Anda di halaman 1dari 14

Trend Dan Isu Semasa Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia

1.0 Pengenalan

Pada abad ke 21 ini, sistem pendidikan di seluruh dunia telah mengalami beberapa perubahan
dan kemajuan berbanding zaman sebelumnya. Perubahan tersebut telah membuatkan para
pendidik menjadi buntu dalam meningkatkan kualiti pendidikan mereka terhadap pelajar. Ini
demikian kerana para pendidik masih lagi terikat dengan kaedah tradisional sewaktu mengajar
di dalam era yang sedang berkembang pesat ini. Kebanyakkan para pendidik tidak mempunyai
pendedahan yang sewajarnya mengenai dunia moden. Bagi mereka, perkara tersebut agak
melecehkan dan menyusahkan kerana mereka sudah selesa dengan kaedah yang lama dan tidak
bersedia menerima perubahan yang baharu.

Tanggapan sedemikian telah menyebabkan menteri pendidikan menyuarakan pendapat


supaya sistem pendidikan yang sedia ada perlulah melakukan peralihan ke lingkungan baharu
mengikuti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2011-2025 (Azly & Juppri, 2021). Ini
supaya dapat menyelaraskan isi silibus pelajaran dengan negara maju yang lain dan
membuatkan konteks pengajaran menjadi lebih tampak berkesan kepada para pelajar dan
pendidik itu sendiri. Secara tidak langsung, peralihan tersebut dapat menyediakan generasi
baharu menghadapi program transformasi di masa akan datang.

Sejajar dengan Revolusi Industri 4.0, para pendidik dan pelajar mestilah cekap dan
membiasakan diri dengan penggunaan Internet dan segala alat mahupun peranti teknologi
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran kerana generasi kini lebih dekat dengan dunia
ICT. Ini sudah menjadi suatu lumrah dan tabiat yang normal di dalam kehidupan kini iaitu di
mana kebanyakkan informasi berkenaan pelajaran dan dunia sekeliling boleh dicapai dan
diakses menggunakan hujung jari. Oleh demikian, tidak hairanlah sekiranya perubahan baharu
ini banyak menekankan kepada kaedah moden di dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak.

Namun begitu, perubahan demikian telah menyebabkan timbulnya pelbagai isu di dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini berikutan kerana perubahan ini telah menyebabkan
berlakunya pendebatan hebat di antara golongan pendidik dan masyarakat sekeliling kerana

1
masih adanya tentangan dan tidak mendapat sebulat kata dari semua pihak terutama di dalam
pendidikan awal kanak-kanak.

2
2.0 Kelebihan Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan
Awal Kanak-Kanak

ICT sedang berkembang pesat pada masa ini, penggunaan media elektronik telah mendapat
tempat dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pengunaan ICT seperti tablet yang sering
diberikan kepada kanak-kanak, telefon pintar, media elektronik, rangkaian internet dan aplikasi
mudah alih memberikan kesan yang baik kepada pemahaman kanak-kanak terhadap suatu
konsep maka ia memberi pengaruh pula kepada para pendidik untuk menggunakan teknologi
ICT dalam pengurusan dokumentasi, sebagai alat bantu mengajar, penyampaian informasi
kepada ibu bapa dan kolaborasi.

Menurut Sandra el al. (2013) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam pendidikan
awal kanak-kanak. Pendekatan ICT ini digunakan sebagai salah satu pendekatan PdP dalam
pendidikan awal kanak-kanak kerana Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK)
terdapat tunjang sains dan teknologi serta pendidik disarankan untuk menggunakan ICT
merentasi kurikulum (Lim Keat Heng, 2007).

Masoumi (2015) mendapati bahawa proses pembangunan portfolio kanak-kanak di


prasekolah melalui penggunaan ICT oleh pendidik. Ia adalah inovasi daripada penilaian
berbentuk formatif yang telah lama dipraktikan dalam pentaksiran perkembangan kanak-kanak
prasekolah. Beliau menyatakan bahawa menerusi ICT para pendidik dapat menyimpan hasil
kerja, interaksi dan tingkah laku kanak-kanak dengan lebih sistematik dan mudah untuk para
pendidik mencari semula semua maklumat yang telah disimpan itu. Proses itu dapat
menjimatkan masa para pendidik dan tidak memerlukan tenaga yang banyak kerana semuanya
berada dihujung jari sahaja.

Hooker (2019) menyatakan bahawa para pendidik menyimpan rekod pembelajaran


kanak-kanak ini dapat dijadikan sebagai bukti dan bahan rujukan pada masa akan datang serta
digunakan untuk memantau dan manilai prestasi kanak-kanak dari semasa ke semasa. Ia juga

3
dapat membantu pendidik untuk mengesan perkembangan kanak-kanak dan membantu dalam
perancangan tindakan susulan terhadap kanak-kanak tersebut melalui penyimpanan rekod
menggunakan kemudahan ICT.

ICT telah menukarkan portfolio kanak-kanak yang dahulunya berbetuk fizikal seperti
fail dan folder tetapi kini disimpan dalam peranti khusus seperti komputer tablet yang dikenali
sebagai E-Portfolio. Dengan itu terbuktilah bahawa ICT telah dimanfaatkan dalam urusan
penyimpanan rekod dan dokumentasi kanak-kanak.

Para era globalisasi ini, banyak kajian tentang penggunaan dan pembangunan aplikasi
mudah alih (mobile application) dalam pendidikan awal kanak-kanak telah dijalankan n
(Hooker, 2019; Papadakis & Kalogiannakis, 2017; Kokkalia et al., 2016; Laili Farhana Md
Ibharim et al., 2015; Masoumi, 2015). Ianya tertumpu pada pembangunan perisian yang
berasaskan web mudah alih yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam
pendidikan awal kanak-kanak.

Kemahiran literasi kanak-kanak dapat ditingkatkan melalui aplikasi mudah alih, ia


dibuktikan dalam kajian yang dilakukan oleh Drigas dan Kokkalia (2015) selari dengan kajian
yang dilakukan oleh Siti Syafawati dan Nurul Farhana (2020) untuk menguji kesan penggunaan
aplikasi mudah alih terhadap penguasaan huruf Hijaiyyah dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah.

Kanak-kanak kelainan upaya turut mendapat kesan positif daripada penggunaan ICT
seperti kanak-kanak Disleksia yang sukar untuk menguasai literasi dan numerasi dalam
pendidikan. Aplikasi mudah alih telah digunakan sebagai BBM menerusi tablet yang
dibangunkan untuk kanak-kanak Disleksia memberikan kesan yang positif dari aspek
penguasaan literasi dan numerasi kanak-kanak tersebut (Syukriyah & Wan Nor Asyikin, 2019;
Rahim et al., 2018; Skiada et al., 2014;).

4
Untuk meningkatkan komunikasi dan kolaborasi bersama ibu bapa, pendidik perlu
memanfaatkan pengunaan ICT yang semakin canggih dan kian pesat pada masa kini kerana
penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak memberikan implikasi besar dalam
membangunkan potensi mereka. Perkembangan kanak-kanak menjadi jauh lebih bagus apabila
mendapat sokongan daripada ibu bapa secara optimum. Penggunaan ICT untuk berkomunikasi
dan berkolaborasi dengan ibu bapa dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana ianya lebih
mudah berbanding ibu bapa perlu ke pusat pendidikan kanak-kanak tersebut. Perkembangan
kanak-kanak dapat dilaporkan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja pendidik dan ibu
bapa berada menerusi penggunaan medium email, whatsapp, telegram dan media sosial yang
lain terbukti dalam kajian Kamarulzaman et al. (2017).

5
3.0 Keburukan Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan
Awal Kanak-Kanak

3.1 Kesihatan Dan Perkembangan Kanak-Kanak.

Menurut Papadakis dan S. et.al (2014), kanak-kanak pada era globalisasi ini telah
menggunakan pelbagai jenis peranti seperti tablet, telefon pintar, komputer, permainan video
serta peranti elektronik yang lain untuk memudahkan proses pembelajaran mereka. Hal ini
kerana kanak-kanak lebih cenderung untuk meluangkan masa dengan peranti. Penggunaan
peranti yang kerap dan dalam tempoh yang lama akan menyebabkan kanak-kanak tidak dapat
berkomunikasi dengan baik dimana tiada interaksi sosial diantara kanak-kanak dan orang
sekelilingnya. Di samping itu, penggunaan gajet mampu menyumbang kepada berlakunya
masalah pembelajaran kepada kanak-kanak dimana pengunaan gajet yang berlebihan
menyumbang masalah Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), perkembangan
terbantut serta gangguan emosi (Sundus, 2018).

Selain daripada itu, penggunaan komputer yang kerap turut mengancam perkembangan
sosial kanak-kanak sekaligus melemahkan kemahiran bertutur, berfikir dan berinteraksi
bersama rakan sebaya. Terdapat dua perkara yang mengancam perkembangan tersebut.
Pertama, masa bagi kanak-kanak untuk saling berinteraksi, memerhati dan melibatkan diri
bersosial dengan rakan sebaya menjadi kurang. Kedua, kanak-kanak lebih cenderung untuk
meluangkan masa dan interaksi dengan objek tidak bernyawa dan bukannya dengan rakan-
rakan mereka.

Buktinya dapat diperkatakan oleh Shima Dayana dan Siti Marziah, (2018), gajet
menyebabkan ketagihan kepada penggunanya terutama kanak-kanak. Hal ini kerana, teknologi
kini merupakan sumber yang murah dan mampu dibeli atau diperolehi menyebabkan
berlakunya perubahan budaya di Malaysia. Penggunaan teknologi yang semakin berkembang
di Malaysia telah menyebabkan capaian penggunaan internet sangat tinggi dan meluas di
seluruh tempat. Penggunaan gajet yang berlebihan memberikan kesan yang negetif kepada
kanak-kanak.

Seterusnya, penggunaan ICT yang berpanjangan dan tanpa pengawasan ibu bapa atau
guru memberi kesan kepada perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak (Norazly Nordin

6
dan Juppri Bacotang, 2021). Terdapat empat peringkat kognitif dalam usia kanak-kanak iaitu
tahap sensori motor, tahap pra operasi, tahap operasi konkrit dan tahap operasi formal. Setiap
tahap dikenal pasti dengan ciri-cirinya tersendiri iaitu pertumbuhan akal logik. Tahap
pencapaian kanak-kanak sangat berkait dengan usia mental mereka.

Di samping itu, setiap peringkat dalam tahap pencapaian kanak-kanak adalah berbeza
mengikut setiap individu serta keadaan persekitaran yang berbeza-beza. Setiap kanak-kanak
akan membesar pada satu tahap yang berbeza mengikut situasi. Menurut kajian, kanak-kanak
di bawah umur 2 tahun yang terdedah dengan radiasi yang tinggi seperti kerap kali menonton
rancangan TV atau bermain telefon pintar akan mengalami kesan negatif kepada
perkembangan sosial, komunikasi, bahasa, kemahiran membaca dan ingatan memori jangka
pendek. Selain itu, kesan ini juga memberi gangguan tumpuan belajar dan tidur kepada kanak-
kanak semasa proses tumbesaran. Ramai guru mengadu tentang permasalahan mengawal
murid-murid di dalam kelas dan salah satu faktor berlakunya masalah ini ialah penggunaan
gajet yang berlebihan.

Menurut Norazly Nordin dan Juppri Bacotang (2021), antara kesan-kesan negatif
penggunaan ICT terhadap perkembangan sosial kanak-kanak ialah penggunaan bahasa yang
lemah dan kekurangan kemahiran sosial termasuklah tidak dapat memahami bahasa anggota
tubuh badan. Hal ini kerana, kanak-kanak telah mempelajari sesuatu berdasarkan pemerhatian
yang mereka lakukan dimana wujudnya kandungan aplikasi, iklan dan maklumat yang tidak
sesuai bagi umur kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi yang meluas ini
sangat mudah bagi kanak-kanak untuk mendapatkan akses maklumat dan tayangan yang tidak
sepatutnya seperti video atau adegan lucah sehinggakan boleh mempengaruhi pemikiran dan
tingkah laku kanak-kanak.

Tidak dinafikan bahawa penggunaan internet membantu kanak-kanak untuk


mendapatkan pelbagai informasi dan maklumat terkini malah dapat meningkatkan prestasi
kefahaman kanak-kanak dalam pendidikan. Namun begitu, penggunaan internet secara meluas
dan tanpa pengawasan ibu bapa atau guru berisiko membantutkan tumbesaran dan kognitif

7
kanak-kanak tersebut. Hal ini kerana, kanak-kanak yang belum mencapai kematangan berfikir,
jika mereka diberi pendedahan awal mengenai komputer dan gajet secara meluas dan tanpa
pengawasan ibu bapa atau guru mampu membantutkan kebolehannya untuk berfikir secara
bebas dan cerdas.

Seterusnya, tahap kematangan pemikiran kanak-kanak turut mempengaruhi kemahiran


motor mereka. Hal ini kerana, kematangan kemahiran motor yang rendah di kalangan kanak-
kanak menyukarkan pengendalian komputer atau gajet secara lancar dan efektif.

Pertubuhan kesihatan dunia (WHO) telah membuktikan penggunaan gajet tanpa wayar
yang berpanjangan seperti tablet dan telefon bimbit merupakan antara faktor risiko kanser yang
terjadi disebabkan penghasilan radiasi. Radiasi yang dihasilkan oleh gajet dan telefon bimbit
mampu melumpuhkan sistem imunisasi kanak-kanak jika mereka terdedah dengan radiasi yang
tinggi dan berpanjangan. Tambahan pula, kerap bermain dan memegang alat permainan video
boleh mendatangkan masalah sakit tulang belakang kepada kanak-kanak.

3.2 Kemudahan Dan Infrastruktur

Kemudahan sumber dan infrastruktur merupakan antara isu yang perlu dibincangkan dalam
konteks ini khususnya bagi negara Malaysia yang kini sedang membangun. Malaysia masih
lagi berdepan dengan masalah kemudahan fizikal, sokongan, penyelenggaraan dan penggunaan
ICT dalam pendidikan. Menurut kajian, Malaysia masih tidak mempunyai kemudahan
komputer yang mencukupi bagi sesi pembelajaran dan pengajaran terutama bagi sekolah yang
berada di kawasan pedalaman dan luar bandar. Menurut Kamarulzaman dan Che Annuar et.al
(2017), kurangnya penggunaan ICT dikalangan guru-guru kerana mereka kurang mendapat
sokongan, pengetahuan serta kurangnya peralatan ICT yang disediakan untuk mereka. Selain
itu, guru mengalami masalah dalam mengendalikan komputer untuk sesi pembelajaran dan
pengajaran kerana mereka kurang berminat. Tambahan pula, kesediaan guru terhadap ICT
dapat mengukur sejauh mana keberkesanan dan kejayaan pengunaan ICT dalam pendidikan.
Sememangnya, sikap guru dapat dilihat sebagai satu isu yang perlu diperbaiki dan diberi
perhatian oleh pihak atasan bagi menjayakan penguasaan ICT dalam pendidikan. Melalui sikap
ini juga, kemahiran guru dalam melestarikan pengunaan ICT menjadi terbatas dan terhad

8
sekaligus menjadi satu cabaran yang perlu ditangani dalam meningkatkan penguasaan literasi
pendidikan awal kanak-kanak.

3.3 Peranan Dan Kesediaan Guru

Seperkara lagi, kebanyakan guru-guru bahasa mempunyai kemahiran dan pengetahuan ICT
yang sederhana dan mereka lebih selesa menggunakan kaedah tradisional. Bahkan juga, guru-
guru yang kurang dari aspek ini menjadi agak kekok dan kurang berkeyakinan
mengaplikasikan ICT dalam pendidikan dan ini menjadi lebih cabaran untuk mengajar
menggunakan ICT kepada kanak-kanak. Kelemahan isu ini dapat disokong oleh Sandra
Rahman dan Abu Bakar et.al (2013), bahawa guru-guru yang didapati kurang dari aspek
kemahiran ICT cenderung untuk kurang berkeyakinan menggunakan aplikasi ICT dalam
proses PdP.

Cukup menarik juga, pelajar lebih berminat apabila guru menggunakan aplikasi ICT
dalam pembelajaran mereka disamping dapat meningkatkan tahap kematangan kanak-kanak
tersebut berbanding pelajar yang lemah. Ini berkemungkinan disebabkan jurang digital yang
melibatkan status ekonomi, pendidikan dan insfrastruktur. Di samping itu, cabaran ini perlu
dihadapi kerana jurang digital mempengaruhi minat kanak-kanak dalam pembelajaran.

3.4 Peranan Ibu Bapa.

Sehubungan dengan itu, pertumbuhan teknologi yang pesat ini telah menjadikan ibu bapa
mengambil pendekatan menjadikan teknologi sebagai medium tumbesaran kanak-kanak.
Masyarakat berpendapat ianya mudah sekiranya ibu bapa mempunyai gajet atau telefon pintar
bagi memudahkan mereka melakukan kerja rumah. Lanjutan daripada itu, teknologi mampu
memudahkan ibu bapa mengawal tingkah laku anak-anak jika mereka tiada di rumah. Implikasi
dari sikap ibu bapa ini telah serba sedikit memudaratkan pencapaian anak-anak dari segi
tumbesaran dan pemikiran mereka kerana sikap ibu bapa yang kurang sedar atau lalai akan
memberi kesan sampingan kepada kanak-kanak. Rangsangan yang berlebihan dari penggunaan
gajet ini boleh menyebabkan pengecutan otak kanak-kanak, terutamanya bagi kanak-kanak
yang berumur bawah 3 tahun.

9
10
4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, permasalahan mahupun isu yang dihadapi oleh para pendidik dan
pelajar di dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu ditangani secara bijak dan teratur. Ini
demikian kerana isu ini tidak akan habis dan selalu dipersoal apabila tidak mendapat
kesepakatan dari semua pihak. Justeru itu, semua pihak yang bertanggungjawab perlulah
menanamkan matlamat untuk melahirkan insan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, sosial mahupun intelek di dalam pendidikan supaya pembangunan modal insan dapat
dirancang secara strategik dan holistik seiring dunia moden ini.

Perubahan transformasi adalah amat penting dan agak mencabar di dalam sistem
pendidikan di abad ini. Kemajuan yang ditonjolkan oleh pendidik mahupun pelajar
membuktikan bahawa semua pihak telah secara perlahan berusaha menerima perubahan baharu
ini . Penglibatan semua pihak mengenai revolusi baharu ini menunjukkan bahawa mereka telah
membuka minda mereka lalu menganggap bahawa setiap perubahan yang berlaku tidak
semuanya buruk akan tetapi mampu menjadikan mereka seorang warganegara yang
berpengetahuan dan kompetens.

Maka dengan itu, para pendidik hendaklah cuba mengaplikasikan dan mengaitkan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif menggunakan segala kemudahan
yang ada. Perancangan ini bukan sahaja akan memudahkan pendidik malah dapat memudahkan
para pelajar untuk meneroka topik pelajaran dengan lebih baik lagi berbanding kaedah yang
lama. Tambahan pula, ini merupakan masa yang terbaik bagi para pendidik melakukan
perubahan terhadap sistem pendidikan terutama di dalam bidang kanak-kanak dan diharapkan
agar segala matlamat mahupun hasrat yang dirancang dapat terlaksana mengikuti rancangan
para pendidik dalam menjadikan sistem pendidikan bertambah maju dan inovatif seperti negara
maju yang lain.

Oleh itu, jelaslah bahawa sekiranya para pendidik dan masyarakat mahukan generasi
kanak-kanak yang akan datang menjadi bertambah baik dan maju, segala sistem pendidikan
perlulah sering ditambahbaik dari semasa ke semasa. Fenomena ini juga sangat disyorkan

11
sewaktu situasi yang kritikal ini demi mengekalkan kelangsungan revolusi industri terhadap
pendidikan awal kanak-kanak.

12
5.0 Rujukan

Papadakis, S., Kalogiannakis, M., Orfanakis, V., & Zaranis, N. (2014) ‘Novice
programming environments. Scratch & App Inventor: A first comparison’, in Fardoun, H.M.
and Gallud, J.A. (Eds): Proceeings of the 2014 Workshop on Interaction Design in Educational
Environments, ACM,
https://www.researchgate.net/publication/319173328_The_Appropriateness_of_Scratch_and_
App_Inventor_as_Educational_Environments_for_Teaching_Introductory_Programming_in_
Primary_and_Secondary_Education

Sundus M. (2018). The impact of using gadgets on children. Journal of Depression and
Anxiety, 7(1), 1-3.

Shima Dyana Mohd Fazree, & Siti Marziah Zakaria. (2018). Kesan penggunaaan

gajet kepadaa perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak prasekolah. Prosiding


Kebangsaan Sarjana Muda Sains Sosial dan Kemanusiaan.

http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/195/154

Norazly Nordin & Juppri Bacotang. (2021). Isu dan Trend Penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan, Vol.10 (1), (99-107)

*4333-Article Text-19735-2-10-20210408 (1).pdf

Kamarulzaman Kamaruddin, Che Annuar Che Abdullah, Mohd Noor Idris, & Mohd Nasrun
Mohd Nawi. (2017). Teacher’s level of ICT integration in teaching and learning: A survey in
Malaysian private preschool. AIP Conference Proceedings.

https://www.researchgate.net/publication/320200816_Teachers'_level_of_ICT_integration_in
_teaching_and_learning_A_survey_in_Malaysian_private_preschool

13
Sandra Rahman, Abu Bakar Nordin, & Norlidah Alias. (2013). Penggunaan ICT merentas
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK): Tinjauan di prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia. Jurnal Kurikulum & Pengajaran AsiaPasifik,1(4),12-20.

https://juku.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/7964/5487

14

Anda mungkin juga menyukai