Anda di halaman 1dari 8

FAKTOR-FAKTOR YANG

MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
SOSIO EMOSI KANAK-KANAK
(6-12 tahun)
Kumpulan 4 - Afni, Fatin, Hasliza, Aqilah
IBU BAPA
➔ Memberi impak yang besar kepada sosio-emosi kanak-kanak.
➔ Faktor “parenting style”
● Autoritarian - ibu bapa bersifat tegas dan terlampau mengawal
anaknya.
● Autoritatif - mendidik anaknya dengan kasih sayang dan sentiasa
menggalakkan supaya anaknya berdikari.
● Permisif - terlalu memberi kebebasan terhadap anak-anaknya.
➔ Berdasarkan teori, kanak-kanak berumur lingkungan ini
memerlukan peneguhan positif terhadap tugas yang
disempurnakannya.
➔ Sifat kanak-kanak itu juga dipengaruhi cara asuhan ibu bapa dan
tahap pendisiplinan yang digunakan.
RAKAN SEBAYA
★ Penerimaan seseorang kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam
aktiviti dengan kanak-kanak lain mempengaruhi pergaulannya.
★ Kanak-kanak yang pandai bergaul dan melibatkan diri dengan rakan
sebaya dapat bersosial dengan baik.
★ Pandangan negatif rakan-rakan juga terhadap seseorang
kanak-kanak juga mempengaruhi sosio-emosinya.
● Contohnya: mengejek, memperlekeh dan sebagainya.
★ Semasa prasekolah, kanak-kanak yang pandai bergaul menjadi lebih
mahir dalam memahami isyarat permainan yang dipamerkan oleh
rakan-rakan dan saling bertolak ansur untuk memperbaiki jenis
permainan yang mereka main.
GURU
★ Guru berperanan untuk memperkembangkan tahap emosi
kanak-kanak.
★ Guru juga kadang-kadang harus bersikap rendah diri untuk
berkawan dengan murid-murid.
★ Sokongan guru kepada kanak-kanak yang bermain
meningkatkan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.
★ Penglibatan orang dewasa supaya memberi tunjuk ajar
kepada kanak-kanak dalam permainan dapat
meningkatkan sosio-emosi kanak-kanak. Tetapi, menjadi
kurang berkesan jika orang dewasa mengarah cara
permainan itu dimainkan kepada kanak-kanak. (Johnson
et al., 1999; Roskos & Neuman, 1993)
DIRI SENDIRI
● Thomas and Chess (1992) menghuraikan jenis kanak-kanak mengikut
perangai iaitu:
1. Kanak-kanak normal - kebiasaannya bersikap riang dan mudah untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
2. Kanak-kanak bermasalah - kebiasaannya agresif dan sukar menyesuaikan diri
dengan persekitaran baru.
3. Kanak-kanak khas - lambat untuk bertindak balas dengan persekitaran baru,
kurang aktif dan berfikiran negatif.
● Penampilan diri

I. individu yang mempunyai fizikal yang menarik mempunyai keyakinan diri


yang lebih tinggi untuk bergaul.

II. menerima layanan yang lebih baik daripada orang sekeliling.


BAKA/ GENETIK
● Faktor baka dikenali sebagai gen yang dibawa oleh
kromosom sel sperma dan sel ovum di mana ianya
mengandungi sifat baka.
● Gen ini menentukan pewarisan ciri-ciri perkembangan
emosi individu.
● Kajian menunjukkan ciri-ciri emosi dan sosial kanak-kanak
ini diwarisi daripada gen-gen ibu bapa.
● Sebagai contoh, ibu bapa mempunyai emosi yang kurang
stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang
agresif dan autokratik.
ADIK BERADIK
● Dalam keluarga, sifat adik beradik dan
hubungan berbeza ibu bapa dengan anak-anak
juga mempengaruhi sosio-emosi
kanak-kanak.
● Menurut Berger (2000), Pengaruh adik
beradik kepada perkembangan sosial dan
emosi kanak-kanak ialah ianya boleh
memupuk dan menyokong atau penuh dengan
konflik.
SEKIAN TERIMA KASIH

CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,


including icons by Flaticon, infographics & images by Freepik

Anda mungkin juga menyukai