Anda di halaman 1dari 13

PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK-KANAK

Tulis peraturan keselamatan dan pamer di dinding yang boleh dilihat oleh
semua kanak-kanak.
Adakan latihan menghadapi kecemasan ( fire drill ).
Ajar langkah-langkah keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak seperti
menyeberang jalan dan penggunaan lampu isyarat.
Kanak-kanak diajar keselamatan di air, terutama sebelum melaksanakan aktiviti
berkelah.
Kanak-kanak diberi penerangan tentang tanda-tanda keselamatan seperti bahan
beracun dan selekoh merbahaya.
Sepadukan tema keselamatan dan kesihatan di dalam pengajaran dan
pembelajaran.

PANDUAN KESELAMATAN DIRI KANAK-KANAK DI SEKOLAH


Beritahu anak anda, jika ingin ke tandas, jangan pergi berseorangan. Minta kebenaran
guru untuk membawa seorang rakan bagi menemaninya. Cara ini amat membantu dalam hal
kecemasan seperti terjatuh di dalam tandas di mana rakan tadi dapat kembali dan memaklumkan
kepada guru. Lebih utama cara ini dapat mengelakkan anak-anak dari gangguan penjenayah
yang mungkin mengambil peluang terhadap anak-anak yang berjalan atau berada di tandas
bersendirian.
Beritahu anak anda jika diminta untuk bertemu guru selepas kelas, pastikan anak anda
ditemani seorang rakan lagi. Jangan biarkan mereka bersendirian menemui guru terbabit.
Maklumkan kepada anak-anak tempat yang boleh dan tidak boleh mereka pergi sama ada
di dalam dan di luar sekolah. Contohnya bangunan stor, bangunan lama, tempat yang jauh dari
pandangan umum perlu mereka jauhi.
Maklumkan anak anda, jangan bercakap atau menerima sesuatu dari orang tidak dikenali,
walaupun orang yang memanggil menggunakan namanya. Ingatkan anak-anak, bahawa orang
yang tidak dikenali boleh memanggil nama mereka kerana anak-anak memakai tag nama pada
baju yang mudah dilihat siapa saja. Ingatkan juga bahawa panggilan nama tidak bermakna si
pemanggil adalah orang dikenali.
Pesan pada anak-anak, jika diganggu jauhkan diri dengan segera seperti lari. Jika terus
diganggu atau dalam kecemasan minta anak-anak jerit API!!! API!!! API!!!. Ini
kerana jeritan api lebih menarik perhatian orang di sekeliling berbanding jeritan meminta
tolong.
PANDUAN KESELAMATAN DIRI DI RUMAH (PERSATUAN BOMBA DAN
PENYELAMAT SUKARELA MALAYSIA (MVFRA)
Memasak memang menyeronokkan bagi kanak-kanak namun ibu bapa perlu mengawasi aktiviti
jika anak-anak mengendalikan dapur
Pakai pakaian berlengan pendek lengan panjang mudah disambar api

Nasihatkan kanak-kanak menggunakan pelapik untuk mengangkat periuk panas

Keselamatan di bilik mandi juga penting, justeru jangan biarkan anak berumur di bawah enam
tahun mandi berseorangan

Periksa suhu air terutama bilik mandi yang menyediakan alat pemanas air

Masa mandi sepatutnya menjadi masa yang menggembirakan dan ibu bapa cuba pastikan tiada
benda licin yang boleh menyebabkan kanak-kanak terjatuh

Jangan biarkan air bertakung dalam baldi atau besen, bagi mengelakkan kanak-kanak berumur di
bawah empat tahun tersungkur di dalamnya dan lemas.

KESELAMATAN UTAMA
1.
Jangan sekali-kali tinggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian atau terkunci di dalam
bilik.
Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan lain-lain bahan kimia yang
berbahaya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau di dalam almari
berkunci. Jangan isi bahan-bahan ini ke dalam bekas lain kerana kanak-kanak mungkin terkeliru
dan menyangka ianya makanan atau minuman.
2.

Simpan barang kemas, pewangi, tali pinggang, tudung dan tali leher di tempat yang tidak
boleh dicapai kanak-kanak.
3.

Apabila memasak, sama ada di dapur atau di luar rumah (BBQ, kenduri dan sebagainya),
jangan benarkan kanak-kanak berada berdekatan dengan kawasan memasak sepanjang masa.
Bahan bakar seperti mancis dan lilin perlu disimpan ditempat yang selamat.
4.

Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat. Jangan bebankan plak
elektrik dengan pelbagai peralatan atau menyorokkan wayar elektrik di bawah permaidani atau
tikar. Pastikan tiada kerosakan pada bahagian luar wayar elektrik.
5.

Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda dari memasukkan jarinya atau
lain-lain benda ke dalamnya.
6.

Kesat atau lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan daripada
tergelincir dan terjatuh.
7.

Simpan peti bantuan kecemasan yang lengkap di dalam rumah dan pastikan setiap orang
dewasa di dalam rumah tahu di mana letaknya peti ini.
8.

Anda digalakkan menggunakan alat pemadam api dan pengesan asap di dalam rumah.
Patuhi jadual selenggaraan dan servis alat-alat ini.
9.

Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga boleh mengakibatkan


kebakaran.
10.

Jangan tinggalkan anak berdekatan air, walaupun kelihatan cetek. Ini termasuk kolah
mandi. Ini kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter sahaja.
11.

Adakan jalan keluar dari rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Beritahu
semua ahli keluarga, termasuk kanak-kanak berkenaan tempat berkumpul di luar rumah
sekiranya berlaku kebakaran.
12.

Simpan semua ubat di dalam kabinet yang berkunci. Jangan tinggalkan ubat-ubatan di
atas meja dapur atau meja bersebelahan katil. Jangan beritahu anak bahawa ubat adalah gulagula. Jangan memakan ubat di depan anak.
13.

KESELAMATAN ALAT MAINAN


1.
Apabila anda membeli alat permainan, pastikan ianya sesuai dengan umur, minat dan
kebolehan anak.
Berikan kanak-kanak mainan yang sesuai dengan umurnya. Mainan untuk kanak-kanak
yang lebih tua mungkin merbahaya untuk kanak-kanak yang lebih muda.
2.
3.

Tanggal dan buang pembalut mainan sebelum ia diberikan kepada anak.

Jangan biarkan mainan bersepah sepah di tangga atau di atas lantai. Latih anak supaya
menyimpan mainan mereka selepas selesai bermain dan sediakan tempat simpanan yang selamat.
4.
5.

Pilih mainan yang bukan toksik dan tidak boleh terbakar.

Pastikan bahagian mata, bulu, butang, cat dan lain-lain pada alat mainan tidak mudah
tertanggal atau menggelupas.
6.
7.

Elakkan mainan berikut:

Berbucu tajam atau mempunyai kemasan yang kasar.


Bertali melebihi 30 sentimeter.
Mempunyai bahagian kecil yang boleh ditanggalkan berukuran kurang dari 5 sentimeter.
Mempunyai tangkai ataupemegang yang panjang yang boleh dimasukkan ke dalam mulut atau
mencucuk mata.
Diperbuat daripada bahan yang mudah pecah atau koyak.
Mempunyai bulu atau rambut panjang yang boleh menyebabkan alahan.
Mempunyai enjin atau kipas yang berputar.
1.
Awasi kanak-kanak ketika mereka bermain dan ajar mereka bagaimana bermain dengan
selamat (tidak boleh memukul satu sama lain atau mencampak barang-barang dan sebagainya).
Pastikan bateri bagi mainan dipasang dengan betul dan jangan benarkan kanak-kanak
tidur dengan mainan berbateri.
2.

Periksa alat-alat permainan kanak-kanak dengan kerap. Baiki atau buang mainan yang
sudah rosak atau pecah.
3.

PERATURAN KESELAMTAN YANG BOLEH DI AJAR KEPADA KANAK-KANAK


1.
larang cuba mengambil apa-apa jika tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja. Minta
bantuan orang dewasa.
2.

Melarang kanak-kanak lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang

benda tajam dalam tangan.


3.

Kemaskan alat permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan jatuh.

Melarang kanak-kanak buka tingkap sendiri. Jangan menjenguk keluar dari tingkap
yang terbuka.
4.
5.

Melarang kana-kanak duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai.

6.

Melarang kanak-kanak berlari-lari atau bermain di tangga.

Pegang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor
turun dari palang.
7.

8.

Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas.

9.

Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa.

10.

Melarang kanak-kanak bermain atau meletakkan beg plastik ke kepala.

11.

Melarang kanak-kanak masuk ke dapur jika tidak ada orang dewasa bersama.

.Melarang mereka bermain dengan wayar langsir atau bidai. Ia boleh menjerut leher
dan menyebabkan kamu tercekik.
12.

. Melarang mereka sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di
dalamnya.
13.

14.

Melarang mereka sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.

15.

Melarang mereka lompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.

KESELAMATAN DI RUANG TAMU


1. Tutup dan kunci pintu ke arah tangga dan hadang tangga dengan pagar. Pastikan pagar teguh
dan tidak mudah roboh.
2. Wayar telefon, televisyen dan sebagainya adalah berbahaya. Ikat dengan pita pelekat atau
getah dan gunakan alat memendekkan wayar bagi mengubahsuai kepanjangan wayar.
3. Letakkan televisyen di atas permukaan yang kuat dan tolak televisyen serapat mungkin ke
dinding.
4. Terdapat banyak bucu yang tajam di dalam ruang tamu seperti meja dan rak. Gunakan
penghalang bucu atau kain berpad untuk mengelakkan kecederaan di kepala, lebam dan benjol.
5. Kunci pintu gelas longsor. Letak pelekat atau tampalan di pintu gelas searas mata kanak-kanak
supaya dia tidak berlari menerusi pintu dengan tidak sengaja.

6. Elak dari menggunakan perabot yang berkaca atau mempunyai permukaan kaca. Jika anda
mempunyai meja kaca, salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi mengelakkan kaca dari
pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan.
7. Penuhkan laci dari bawah ke atas apabila kanak-kanak mula memanjat. Ini mengelakkan
perabot dari terjatuh menimpa dan memerangkap kanak-kanak.
8. Permaidani dan tikar yang tidak melekap ke lantai adalah merbahaya kerana kanak-kanak yang
baru belajar berjalan boleh tergelincir dan terjatuh. Letakkan alas getah di bawah permaidani.
9. Jangan tinggalkan dompet dan beg tangan di atas lantai. Isi kandungan dan talinya boleh
membahayakan kanak-kanak kecil.
KESELAMATAN DI DALAM DAPUR
Dapur memang nampak amat menarik kepada kanak-kanak, tetapi ia penuh dengan bahaya:
wayar peralatan elektrik, cerek berisi air panas, kuali dan laci berisi pisau tajam.
1. Jangan benarkan anak masuk ke dalam dapur.
2. Simpan peralatan tajam supaya tidak boleh diambil anak.
3. Pasang kunci atau penghalang di dalam laci, almari dan pintu.
4. Pasang penghadang di dapur memasak bagi menghalang kanak-kanak dari menyentuh api atau
permukaan panas. Gunakan penutup tombol supaya kanak-kanak tidak boleh menyalakan api.
5. Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi adalah berbahaya.
Sorokkan dengan penutup wayar atau pita pelekat.
6. Biasakan diri supaya memusingkan pemegang atau tangkai periuk ke dalam berjauhan dari
hujung meja. Jangan sekali-kali makan, minum, bawa atau menyediakan makanan atau minuman
panas sambil mendukung bayi.
7. Jauhkan makanan dan minuman panas dari hujung meja.
8. Buang beg plastik dengan serta merta. Tebuk lubang dan ikat sebelum anda membuangnya.
Atau, simpan beg plastik di tempat yang selamat. Selain lemas, kanak-kanak juga boleh tercekik
jika termakan cebisan plastik yang kecil.
9. Alas meja yang berjuntai boleh ditarik dengan mudah dan apa-apa barang di atas meja boleh
jatuh menimpa bayi atau kanak-kanak.
10.Jika anda mahu menggunakan alas meja, kepit dengan penyepit atau klip.
KESELAMATAN DI BILIK TIDUR
1. Gunakan selak keselamatan atau penutup tombol pintu bagi menghalang kanak-kanak dari
terperangkap di dalam almari.
2. Rapatkan perabot yang goyah ke dinding. Secara amnya, jika tinggi perabot lebih dari lebarnya,
ia patut dirapatkan ke dinding.
3. Jauhkan katil bayi, katil dan perabot dari tingkap. Pasang jeriji di tingkap atau penghalang
supaya ia tidak boleh dibuka melebihi 10 sentimeter.

4. Sentiasa tutup bakul sampah di dalam bilik tidur. Jangan buang barangan seperti beg plastik,
barang-barang kecil dan tajam di dalam bakul sampah.
5. Jika anda menggunakan katil dua tingkat, jangan benarkan kanak-kanak berusia kurang dari 6
tahun tidur di tingkat atas.
6. Pastikan kedua-dua katil di tingkat atas dan bawah mempunyai penghadang di bahagian tepi dan
hujung katil.
7. Pastikan penghadang berukuran sekurang-kurangnya 12 sentimeter dari atas tilam.
8. Pastikan tilam terletak rapi dan kemas di dalam katil.
9. Jangan benarkan kanak-kanak bermain di atas katil dua tingkat.
10. Pasang alat pengesan asap di luar pintu. Bunyi amaran mesti cukup nyaring dan kuat supaya
menjagakan anda apabila berada dalam bilik. Uji pengesan asap dengan kerap dan tukar bateri
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
11. Pastikan ada jalan keluar jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Anda mesti adakan satu jeriji
tingkap yang boleh dibuka. Tetapkan tempat berkumpul bagi keluarga jika berlaku kecemasan.
KESELAMATAN DI BILIK AIR
1. Pastikan pintu ke bilik air dan tandas sentiasa tertutup.
2. Jangan benarkan anak pergi ke bilik air atau tandas bersendirian. Sentiasa pastikan anak
ditemani orang dewasa. Jika boleh, pasang kunci di penutup mangkuk tandas supaya anak tidak
boleh terjatuh dan lemas.
3. Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi atau sebarang bekas berisi
air seperti baldi, kolam atau tandas atas apa sebab dan walau sekejap mana sekalipun. Kanakkanak boleh lemas di dalam air berukuran kurang daripada 2.5 sentimeter.
4. Apabila menyediakan mandian bayi, masukkan air sejuk dahulu diikuti air panas. Jangan tambah
air semasa bayi berada di dalam besen mandi. Jika anda perlu menambah air, keluarkan bayi
terlebih dahulu. Uji suhu air sebelum anda memasukkan bayi kembali ke dalam besen mandi.
5. Uji suhu mandian dengan siku anda. Suhu patut berasa suam dan selesa. Anda juga boleh
menggunakan termometer tab mandi yang ada dijual di pasaran.
6. Apabila memandikan bayi, pegang bayi dengan sebelah tangan dan gunakan tangan yang lagi
sebelah untuk memandikannya.
7. Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas di dalam besen mandi supaya bayi tidak tergelincir.
8. Jangan letakkan peralatan elektrik berdekatan sinki, besen mandi atau tandas.
9. Tuang dan kosongkan bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya bagi
mengelakkan kanak-kanak lemas.
10. Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh dicapai supaya anak tidak mengisikannya
dengan air.
11. Bekas yang berisi air seharusnya ditutup setiap waktu.
KESELAMATAN KANAK-KANAK APABILA IBU BAPA TIADA DI RUMAH

Dengan kehidupan dan kerjaya yang sibuk, sesetengah ibubapa mungkin tidak boleh menjaga
kanak-kanak sepenuh masa. Ramai ibubapa akan menghantar anak mereka kepada pengasuh atau
pusat asuhan kanak-kanak semasa waktu bekerja. Ada ibubapa mengupah orang gaji yang tinggal
bersama mereka atau meninggalkan anak dengan nenek dan atuknya. Mereka semua akan
dikenali sebagai penjaga kanak-kanak. Keselamatan anak menjadi tanggungjawab mereka
apabila ibu bapa tidak berada di sekeliling mereka.
1) Tinggalkan anak dengan orang dewasa yang bertanggungjawab. Kanak-kanak yang lebih tua
tidak sepatutnya diberikan tanggungjawab untuk menjaga adik yang lebih kecil.
2) Pastikan penjaga kanak-kanak turut mengamalkan tabiat keselamatan yang baik. Bincangkan
aspek-aspek keselamatan dengan mereka jika ibu bapa rasa terdapat perkara yang boleh
diperbaiki.
3) Berikan nombor telefon kepada penjaga kanak-kanak supaya ibu bapa boleh dihubungi jika
berlaku kecemasan.
4) Jika kanak-kanak sakit dan perlu diberi ubat, tuliskan masa dan dos ubat yang perlu diambil.
Beritahu penjaga kanak-kanak sekiranya sudah memberi ubat kepada kanak-kanak sebelum
meninggalkannya dengan mereka bagi mengelakkan terlebih dos.
5) Beritahu penjaga kanak-kanak sekiranya kanak-kanak mempunyai sebarang masalah
kesihatan yang memerlukan perhatian seperti lelah dan sawan. Pastikan ibu bapa menerangkan
apa yang perlu penjaga lakukan sekiranya kanak-kanak mendapat serangan lelah atau sawan.

1.
2.
3.
4.

Kemalangan Yang Boleh Berlaku Di Taman Permainan


Kemalangan kanak-kanak ini boleh berlaku jika mereka :
Jatuh atau terpintas dari peralatan permainan, dan jatuh dari tempat tinggi. Kes jatuh ini
merangkumi 75% daripada kemalangan di taman permainan.
Terhantuk atau terlanggar peralatan permainan atau rakan-rakan ketika sedang bermain.
Terluka atau tercalar.
Peralatan permainan yang kerap dikaitan dengan kemalangan adalah buaian, "monkey bars",
gelunsur dan jongkang-jongkit.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka bermain ditaman permainan yang mempunyai ciriciri keselamatan yang sempurna. Jika taman permainan di kawasan perumahan didapati tidak
selamat untuk kanak-kanak, sila maklumkan kepada pihak berkenaan.
Di antara ciri keselamatan yang disarankan :
1. Ketinggian peralatan
Ketinggian peralatan tidak perlu lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, "guard-rails" (tinggi di antara
38 inci) perlu dipasang.
2. Tapak permukaan dan kawasan untuk jatuh

Permukaan untuk jatuh perlu merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan permainan terutama di
bawah dan di antara buaian, gelunsur dan lain-lain. Elakkan permukaan yang dibuat daripada
"asphalt", konkrit, rumput dan tanah. Di antara permukaan yang selamat ialah:

i.
Pasir (kedalaman 10 inci)
ii.
Serpihan kayu proses (kedalaman 12 inci)
iii.
Tikar-luar getah (rujuk American Academy of Paediatrics Public Education Brochure).
3. Jerangkap
Ruangan di antara 3.5 hingga 9 inci diperlukan supaya kanak-kanak tidak terperangkap kepala
mereka. (Piawaian Keselamatan Taman Permainan SIRIM).
4. Skru dan pepaku yang menonjol
Risiko yang berkaitan merupakan tersangkut pakaian yang mengakibatkan tercekik dan tercucuk
yang mengakibatkan luka pada badan dan mata.
5. Terjatuh/Terpintas
Pastikan tiada tapak konkrit yang terbiar, curaman, akar kayu atau batu yang boleh
mengakibatkan mereka terjatuh atau terpintas.
6. Peralatan berkaitan dengan umur
Kanak-kanak pra-persekolahan dan bersekolah perlu diasingkan peralatan permainan mereka.

Penyelengaraan taman permainan kanak-kanak


Pastikan taman permainan dibaiki dengan baik, tanpa bucu-bucu yang tajam atau
bergeriji.
Tiada tapak permukaan yang terbiar.
Tiada peralatan yang telah lusuh atau hilang.
Besi, getah, plastik atau kayu telah diperkemaskan dan tidak mereput.
Permukaan perlu sentiasa diselenggara dan bebas dari bucu-bucu tajam.
Semua peralatan perlu dipasang selamat dengan permukaan tanah.
Semua peralatan perlu sentiasa perketatkan supaya tiada yang longgar.
Pengawasan kanak-kanak
Kanak-kanak perlu sentiasa diawasi di taman permainan.
Sediakan tempat duduk untuk ibubapa dan penjaga.
Perhatikan tingkah-laku seperti bergaduh, tolak-menolak, penggunaan peralatan diluar
kawasan permainan yang disediakan.
Pastikan kanak-kanak tidak membawa basikal atau berkaitan ke dalam kawasan
permainan supaya kemalangan dapat dielakkan.

Pastikan kanak-kanak berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk


mengelakkan dari terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan.
Punca-punca berlaku kemalangan daripada bahan api, benda-benda tajam dan peralatan elektrik.

a)
b)
c)
d)
e)
f)

Punca Bahan Api


Kecuaian akibat merokok.
Mancis dan pemetik api diletakkan di tempat yang rendah dan boleh dicapai oleh kanakkanak.
Lilin dan sebarang punca api dibiarkan terdedah tanpa diawasi walaupun seketika.
Bahan mudah terbakar diletakkan di kawasan yang panas serta berhampiran dengan
tempat mainan kanak-kanak.
Gas memasak bocor.
Penyambungan litar elektrik yang berselerak serta peralatan elektrik yang telah rosak.
Kanak-kanak bermain bunga api tanpa diawasi oleh ibu bapa.
Punca Benda Tajam
Benda tajam contohnya pisau, gunting, pen dan sebagainya diletakkan berselerak di atas
lantai atau di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Benda tajam diletakkan di bucu meja. Ini memudahkan kanak-kanak menarik alas meja
sehingga benda-benda tersebut jatuh.
Punca Peralatan Elektrik
Pemegang periuk dan kuali diletakkan menghala ke bahagian luar yang mana kanakkanak boleh mencapai bahagian tersebut.
Wayar peralatan elektrik contohnya seterika, cerek, kipas dan sebagainya dibiarkan
terjuntai ke bawah yang membolehkan kanak-kanak mencapai wayar tersebut.
Kesan akibat kemalangan daripada bahan api, benda tajam dan peralatan elektrik ke atas kanakkanak.
Kesan-kesannya adalah :
Melecur
Luka
Cedera
Terkena kejutan elektrik
Kematian
Kecacatan

KESELAMATAN KANAK-KANAK DI TADIKA


KAWASAN

1) Bilik darjah
Mempunyai peredaran udara yang baik.
Keterangan bilik yang baik kerana kegelapan boleh memberi kesan kepada penglihatan kanakkanak.
2) Dapur
Pastikan semua peralatan seperti sudu, garpu, mangkuk, dan lain-lain disimpan dengan kemas
dan baik.
Pastikan ada tong sampah dan sentiasa tertutup.
Pastikan lantai tidak basah dan licin.
3)

Tandas
Pastikan lantai tidak licin dan bertakung dengan air.
Sinki dalam keadaan baik dan tidak tersumbat.
Paip dapat berfungsi dengan baik.
Pastikan selipar yang disediakan tidak haus untuk mengelakkan daripada terjatuh.
Suis lampu berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
Awasi kanak-kanak semasa berada di dalam tandas.

1.
2.
3.
4.
5.

Panduan Menyediakan Pelan Laluan Kecemasan Semasa Kebakaran


Sediakan pelan susun atur bangunan sekolah dan tempat lapang yang ada.
Tunjuk arah jalan meninggalkan bilik darjah dan laluan ke tempat lapang.
Tunjukkan beberapa laluan lain supaya pengosongan bangunan boleh dilakukan serentak.
Tunjukkan rajah tempat berkumpul dan susunan kedudukan kanak-kanak yang telah ditetapkan.
Sediakan kata kunci butir-butir pelan. Contoh; arah jalan.

Guru & Kakitangan


1) Berkebolehan menggunakan alat pemadam api.
2) Mempunyai pengetahuan atau diberi latihan kecemasan (CPR).
3) Sekurang-kurangnya seorang kakitangan yang mempunyai kemahiran ini berada di sepanjang
masa di prasekolah.
Senarai Nama
1) Senarai nama kanak-kanak lengkap dengan no. telefon ibu bapa, jiran, doktor dll.
2) Ditampal pada dinding berhampiran setiap pintu keluar.
3) Nombor panggilan kecemasan seperti hospital, bomba, polis dll ditampal pada dinding di tepi
telefon.
PERALATAN

Alat Permainan
1) Berhati-berhati dengan alat-alat mainan yang mempunyai sisi dan hujung yang tajam, komponen
kecil, bunyi yang kuat dan boleh bergerak.
2) Pastikan alat permainan tidak terlalu berat dan besar kerana akan membahayakan keselamatan
kanak-kanak.
3) Pastikan saiz alat mainan kecil sekurang-kurangnyanya 1 untuk menghindar dari tertelan,
tersumbat pada hidung, telinga atau saluran penafasan.
4) Pastikan tali pada alat mainan jenis pull toy tidak melebihi 12 inchi.
5) Alat mainan perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari.
6) Baca maklumat keselamatan pada label. Contohnya non-toxic, Not recommended for children
under 3 years of age.
7) Pastikan alat mainan elektrik dipasang dengan baik.
8) Pastikan setiap komponen alat mainan dipasang dengan sempurna.
9) Pastikan alat mainan tidak menggunakan cat bertoksik.
10) Mengajar kanak-kanak kembalikan alat mainan ke tempat asal untuk mengelakkan berlakunya
kemalangan.
11) Membaca panduan mengguna dan terangkan kepada kanak-kanak.
12) Berhati-hati dengan alat perhiasan kanak-kanak yang senang pecah dan mudah ditelan.
13) Alat mainan kecil yang senang ditelan atau disedut melalui hidung tidak sesuai bayi atau kanakkanak prasekolah.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

KESELAMATAN DI LUAR BANGUNAN


Alatan Permainan Luar
Saiz, bentuk dan ketinggian sesuai untuk kanak-kanak.
Mesti dalam keadaan yang baik, contohnya tidak berkarat.
Komponen alat mainan luar tidak bengkok, melengkung, patah atau permukaan yang kemik.
Lubuk pasir ditutup bagi menggelakkan daripada najis haiwan.
Tempat duduk buaian tiada penjuru yang tajam dan dibuat daripada bahan yang ringan.
Alat mainan tiada lubang antara 4 8 yang boleh memerangkap kepala kanak-kanak.
Kawasan sekitar bebas daripada risiko elektrik dan bahan2 buangan seperti kaca, batu, sampah
dll.
Peti Kecemasan
Lengkap dengan ubat-ubatan asas dan perlu diperiksa untuk memastikan tidak berlaku
kehabisan ubat.
Disimpan pada tempat khas supaya mudah dijumpai.
Alatan Elektrik
Pastikan dawai-dawai barangan elektrik yang panjang diikat dan digulung.
Perlu diperiksa dari semasa ke semasa.

1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

BANGUNAN DAN KEMUDAHAN


Keselamatan Fizikal Bangunan
Mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah pintu yang mudah untuk melarikan diri dengan selamat
jika berlaku kebakaran.
Jerajak besi mudah dibuka jika berlaku kecemasan.
Dapur perlu diasingkan dari kawasan murid melakukan aktiviti.
Alat pemadam api sentiasa diperiksa.
Taska atau prasekolah perlu mempunyai pelan laluan kecemasan apabila berlaku kebakaran.
Latihan kebakaran perlu dijalankan 3 kali setahun.
Laluan keluar dari semua bilik bebas daripada sebarang halangan.
Tingkap bangunan adalah 1.2 m tinggi dari paras lantai dan besi bersilang dipasang di ruang
terbuka.
Keselamatan Di Dalam Bangunan
Perabot
Saiz dan ketinggian meja dan kerusi sesuai dengan ketinggian kanak-kanak.
Tiada sudut2-sudut tajam yang merbahaya.
Perabot yang mempunyai sudut tajam perlu dialas.
Rak-rak adalah kukuh dan tidak mudah jatuh apabila dipanjat oleh kanak-kanak.

PAGAR
1) Tangga dipasang pagar pada penghujungnya.
2) Selang antara lubang pagar mestilah kecil supaya kepala kanak-kanak tidak boleh memasukinya.
3) Pasang pagar ditempat yang boleh mendatangkan bahaya.

1)
2)

3)
4)

KESELAMATAN KANAK-KANAK DARIPDADA JENAYAH PENCULIKAN DI


TADIKA
Saranan kerajaan kepada pihak sekolah agar:
Memasang televisyen litar tertutup dapat memantau pergerakan kanak-kanak di sekolah dan di
kawasan sekitar sekolah.
Pihak sekolah,terutamanya guru-guru perlu sentiasa peka dan memerhatikan murid-murid di luar
kawasan sekolah, terutamanya sewaktu mereka pulang dari sekolah agar masalah penculikan
tidak berlaku.
Pesanan dan nasihat daripada guru-guru perlu sering diperingatkan kepada murid-murid agar
mereka tidak alpa akan keselamatan diri sendiri.
Murid-murid hendaklah menunggu ketibaan ibu bapa di kawasan yang selamat seperti di dalam
kawasan sekolah dan di kawasan yang mudah dilihat oleh orang ramai.

5) Selain itu, murid-murid dinasihatkan agar bergerak di dalam kumpulan dan tidak mendekati
orang yang tidak dikenali.

Anda mungkin juga menyukai