Anda di halaman 1dari 17

Aktiviti Dan Strategi Yang Menggalakkan Perkembangan Sosio-Emosi Awal Kanak-Kanak (6 Bulan-12Bulan)

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI AWAL KANAK-KANAK ( 6-12 BULAN)

Pada sekitar 7 bulan, bayi menyedari bahawa kebebasannya adalah terhadap ibu (atau penjaganya). Manakala ini adalah satu peringkat kognitif yang menarik. Pemahaman baru tentang pengasingan boleh membuat bayi kegelisahan. Bayi tahu kamu boleh meninggalkannya tetapi tidak tahu yang kamu juga boleh kembali semula. Jadi bayi akan menangis bila kamu meninggalkan mereka walaupun untuk seketika.

Bayi sudah mengetahui namanya dan memahami yang kamu sedang bercakap dengannya. Dia akan memandang ke arah kamu bila kamu bercakap dengannya.

Mula menyesuaikan diri terhadap bunyi suara kamu juga. Bila bunyi suara gembira, bayi akan beraksi gembira, dan bila kamu berkata keras terhadapnya dia akan sedih dan boleh menangis.
Bayi juga mula mengenali di antara orang asing dan orang yang mereka kenal, bayi akan menangis bila kita meletakkannya di tangan seseorang yang tidak kenali.

Bayi mula memahami permintaan yang mudah. Misalnya perintah jangan. Bayi akan berhenti dengan memandang wajah kamu bila kamu mengatakan jangan menyentuh alatan elektrik. Bayi juga menguji tindakan kamu terhadap tingkah laku yang mereka lakukan. Contohnya, bayi akan membuang makanan ke atas lantai hanya untuk melihat apa yang akan kamu lakukan, dan kemudian meyimpan tindakan kamu di dalam kotak memori atau ingatannya. Akan datang, bayi akan menguji sekali lagi untuk melihat sama ada kamu akan bertindak dalam kaedah yang sama.

Dalam peringkat umur ini, si kecil sibuk mengasah kemahiran untuk berhubung dengan kanak-kanak yang lain. Apabila 2 bayi yang berumur di bawah 1 tahun diletakkan bersebelahan dengan satu set permainan, mereka biasanya akan bermain di sisi yang berlainan tetapi tidak bermain bersama.

Apabila mencapai umur 12 bulan kanak-kanak sudah mula nampak seperti antisosial menangis bila ditinggalkan atau gelisah bila berada dalam dakapan selain daripada ibubapanya. Kanak-kanak lebih suka ibu bapa tidak bergaul dengan orang lain dan akan gelisah bila kamu didapati tidak berada di sekitarnya. Kadang-kadang hanya keadiran kamu sahaja yang dapat menenangkannya.

PERINGKAT UMUR (6-9 BULAN)

Kebolehan Emosi
Gembira apabila dapat bermain. Mula menunjukkan respon apabila namanya dipanggil. Menunjukkan rasa tidak selesa dan ragu-ragu terhadap orang yang tidak dikenali. Menunjukkan rasa sedih apabila berjauhan dengan ibu bapa/penjaga.

Cadangan Aktiviti
Sesetengah bayi sudah mampu memegang objek tertentu di tangannya. Pada masa inilah, bayi akan suka memegang barang mainan seperti anak patung dan bola yang lembut. Berikan barang mainan yang berbunyi apabila ditekan kerana bayi akan menunjukkan perasaan gembira atau takut apabila mendengar bunyi tersebut. Banyakkan bermain dan bercakap dengan bayi pada tahap ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah mencium jari bayi dan tangan kedua-dua bayi ditepuk supaya mindanya terangsang serta berasa gembira.

PERINGKAT UMUR ( 9 -12 BULAN)

Kebolehan Emosi
Menunjukkan perasaan dengan cara senyum, menangis dan juga perasaan marah. Mempunyai hubungan yang dengan ibu bapa atau penjaga. Meniru gaya orang lain. istimewa

Menunjukan perasaan suka pada buku.

Cadangan Aktiviti
Membaca buku cerita untuk kanak-kanak Pada tahap ini kanak-kanak gemar mendengar dan melihat buku cerita yang berwarna warni. Anda digalakkan membuat mimik muka bagi menunjukkan perasaan sedih, gembira atau terperanjat. Kanak-kanak pada tahap ini sudah mula memahami mimik muka anda. Berikan bayi permainan yang mempunyai pelbagai saiz dan bentuk. Sebenarnya pada tahap ini kanak-kanak sudah dapat menilai dan membezakan saiz objek walaupun berada pada jarak yang jauh .

Aktivti cadangan
Memberikan kanak-kanak kad bergambar yang pelbagai saiz, bentuk dan warna Kanak - kanak telah dapat menggunakan daya ingatan bagi mengaplikasikan mimik muka dan meniru gambar yang dilihat bagi bagi mewakili emosinya. Memperdengarkan lagu-lagu riang dan mudah serta bernyanyi bersama Kanak-kanak pada tahap ini sudah boleh bertindak balas terhadap bunyi persekitarannya.

Strategi yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak


STRATEGI MAIN SAMBIL BELAJAR

Strategi main sambil belajar adalah aktiviti dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Main adalah ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan.

Strategi yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak


STRATEGI SCAFFOLDING

Strategi main sambil belajar adalah memberikan bimbingan secara berperingkat sehingga kanak-kanak betul-betul menguasai kemahiran yang diajar. Apabila adanya bimbingan, secara tidak langsung berlaku interaksi antara pembimbing dan kanak-kanak tersebut.

..Terima Kasih..

Anda mungkin juga menyukai