Anda di halaman 1dari 20

Topik Persekitaran

danBudaya

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Menyatakan kepentingan dan keperluan persekitaran dan budaya dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak; Menjelaskan bentuk-bentuk persekitaran yang perkembangan afektif dan pembelajaran kanak-kanak; membangun

Mengenal pasti persekitaran dan budaya yang bersesuai untuk pembentukan pendekatan dan kurikulum pendidikan pra sekolah; Mengenal pasti hubungan antara kanak-kanak persekitaran dan budaya; dan Menjelaskan bagaimana penerapan persekitaran yang kondusif dan intergrasi budaya memainkan peranan dalam pembangunan perkembangan afektif kanak-kanak.

PENGENALAN
Topik ini akan menjelaskan peranan dan kepentingan persekitaran dalam konteks perkembangan afektif dan pembelajaran kanak-kanak. Dibincangkan dalam bab ini adalah matlamat serta pembentukan diri kanak-kanak yang dipengaruhi oleh persekitaran. Penerapan persekitaran kondusif dalam pembelajaran turut dibincangkan serta kesesuaian amalan-amalan dalam kurikulum pendidikan kanak-kanak. Perbincangan mengenai budaya seperti kepelbagaian budaya dan latar belakang pelbagai budaya yang mempengaruhi pembelajaran sama ada secara individu, kumpulan dan kelas turut dibincangkan. Seterusnya aspek-aspek intergrasi budaya dalam pendidikan dan pembelajaran dengan menekankan kepentingan

154

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

proses interaksi rakan sebaya kepada kanak-kanak, nilai-nilai hidup dalam masyarakat pelbagai budaya turut dibincangkan.

AKTIVITI 8.1
Sebelumandaterusmembacababini,bincangkandenganrakanrakan apakahmaknabudayadanpersekitaran?

8.1
(a)

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

Definisi

Culture is the complex system of meaning and behaviour that defines the way of life for a given group or society. It includes beliefs, values, konoledge, art, morals, laws, customs, habits, language and dresses, among other things. Culture include ways of thinking as well as a patterns of behaviour.
(Anderson,M.L.& Taylor,H.F. 2002) Budaya adalah cara berfikir dan cara manusia bertingkah laku menerusi dan di dalam keseluruhan persekitaran mereka

Environment is a place where you spend your life, growing and adapting things along with your experience. Its a place where you enjoy spending time (Eva L. Essa,2003)
Persekitaran melibatkan rasa, perasaan dan cara manusia bertingkah laku untuk memahami dan meletakkan diri di dalam sesuatu situasi persekitaran. Persekitaran dan budaya adalah dua perkara yang berkait. Budaya wujud dalam persekitaran yang di dalamnya dilengkapi dengan suatu sistem kehidupan manusia yang dibentuk menerusi pengetahuan, amalan, kepercayaan, undang-undang, kesenian, adapt resam, bahasa, pakaian dan sebagainya. Persekitaran merupakan salah satu faktor yang sangat penting dalam melaksana keseluruhan program pembelajaran kanak-kanak dan budaya

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

155

adalah sistem yang memberi makna kepada persekitaran hidup kanakkanak. Masyarakat Melayu misalnya dalam sistem budayanya mengambil nasi sebagai makanan ruji, maka apabila diminta menukarkan budaya memakan nasi dengan roti sudah pasti tidak dapat diterima kerana persekitaran masyarakat melayu dalam suasan hujan dan panas menjadikan masyarakat cepat penat dan lapar berbanding dengan persekitaran masyarakat yang memakan roti dalam persekitaran yang lebih sejuk. (b) Matlamat Budaya boleh dibahagi kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah hasilan seperti bangunan, seni, barangan, cetakan, media, pakaian, sekolah, kilang, buku, senjata dan lain-lain. Budaya bukan kebendaan pula bersifat abstrak seperti bahasa, adapt resam, dongeng, sistem politik, sistem kerajaan, norma, undang-undang, tradisi, idea dan kepercayaan. Persekitaran pula boleh dijelaskan sebagai persekitaran fizikal, persekitaran sosial dan persekitaran. Persekitaran fizikal adalah persekitaran yang paling penting untuk kanak-kanak. Thomson & Ashton, 1983 menjelaskan persekitaran fizikal mempengaruhi pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Ada pendapat menyatakan identiti persekitaran merupakan sebahagian daripada pembentukan identiti peribadi seseorang kerana persekitaran menyumbang sebahagian daripada cara hidup individu. Ini dikukuhkan lagi dengan konteks persekitaran yang memenuhi sebahagian keperluan hidup individu, memperkembang kemahiran dan kompetensi (Proshancky & Fabian 1987). (c) Pendidikan Persekitaran dan budaya amat penting dalam pendidikan. Pendidikan yang diperoleh oleh kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan banyak membawa pengaruh budaya dan persekitaran bersama-sama perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

156

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

Setiap kanak-kanak akan membawa nilai-nilai budaya ke dalam hidup mereka menerusi adaptasi persekitaran. Pendidikan berbentuk tidak formal sama ada secara sedar atau tidak akan terus dialami dan diserap ke dalam individu. Persekitaran dan budaya memberi peluang kanak-kanak untuk membuat penerokaan dan membina pengalaman. Persekitaran yang dinamik, harmoni dan positif akan memberi kesan mendalam terhadap perkembangan afektif dan pembelajaran kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa, guru dan masyarakat perlu berganding bahu dan mewujudkan kolaborasi bagi mewujudkan persekitaran yang mampu melonjakkan bukan sahaja perkembangan afektif kanak-kanak, malah perkembangan kognitif, sosial, fizikal dan bahasa. Persekitaran dan budaya merupakan dua aspek yang berkait rapat dengan kehidupan kita. Justeru, semua pihak harus menggembeling tenaga bagi memastikan kanak-kanak dapat menghayati persekitaran dan budaya yang memotivasikan pembinaan sahsiah dan kecemerlangan masa depan mereka. Ringkasnya, persekitaran dan budaya merupakan guru dan bahan pembelajaran bagi kanak-kanak. Maka, sudah semestinya kita menyediakan persekitaran yang benar-benar bersifat harmoni, agar kanakkanak dapat menggarap semaksimum yang mungkin apa yang tersedia dalam persekitaran berkenaan.

AKTIVITI 8.2
Apakah kesan-kesan persekitaran berbeza terhadap perkembangan afektif dan pembelajaran kanak-kanak dari perspektif pendidikan?

8.2

PERSEKITARAN

Latar belakang kanak-kanak Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang. Antara faktor persekitaran itu termasuklah keluarga, institusi pendidikan, rakan sebaya, media massa dan masyarakat.

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

157

Keluarga adalah faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi kanak-kanak, hampir sebahagian besar masa mereka dihabiskan dan digunakan bersama-sama keluarga. Suasana rumah yang mesra dan harmoni adalah menggalakkan bagi perkembangan personaliti kanak-kanak. Hubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana persekitaran kehidupan awal kanak-kanak yang tenteram. Ibu bapa dengan sifat demokratik akan membantu kanak-kanak dalam proses membuat keputusan dan dapat meningkatkan lagi konsep kendiri kanak-kanak. Kasih sayang, layanan, asuhan, perhatian, hubungan antara kanak-kanak dengan ibu bapa dan adik beradik akan secara langsung membantu memperkembangkan personaliti yang positif. Sebaliknya keluarga yang tidak tenteram akan membentuk kanak-kanak yang berlatar belakang suka melawan, bersikap dingin, mempunyai rasa iri hati yang tinggi dan penuh sifat negatif. Dengan kata-kata lain, mereka gagal membina konsep kendiri. Pemakanan juga merupakan faktor yang mempengaruhi latar belakang kanakkanak. Makanan yang seimbang yang disediakan sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Kekurangan satu-satu jenis makanan dna pemakanan boleh menyebabkan individu itu berasa letih dengan mudah atau mudah terkena penyakit. Keadaan seperti ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak ke sekolah ataupun tidak berupaya menyertai sukan, permainan, aktiviti kelab dan secara jelas perkembangan jasmani, sosioemosi, intelek dan rohani kanak-kanak akan terjejas. Tahap sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan serta menentukan jenisjenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anak. Kebiasaannya, keluarga yang berada mampu menyediakan persekitaran yang mampu memenuhi keperluan kanak-kanak. Sebaliknya ibu bapa yang kurang berada, tidak mampu menyediakan persekitaran fizikal yang menepati kehendak mereka. Penerapan persekitaran kondusif Berdasarkan latar belakang kanak-kanak akan mewujudkan interaksi sosial kanak-kanak dengan persekitaran mereka dan membentuk beberapa perkongsian persekitaran. Persekitaran mempunyai hubungan yang rapat dengan perkembangan kanakkanak. Persekitaran yang kondusif memudahkan proses pembelajaran kanak-kanak:

158

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

(a)

Persekitaran fizikal: sama ada persekitaran yang wujud di sekolah atau di rumah adalah persekitaran yang penting untuk membentuk perkembangan kognitif, psikomotor dan juga afektif kanak-kanak. Ia termasuklah susun atur ruang dan bahan-bahan pembelajaran yang terdapat di dalamnya. Kewujudan persekitaran yang kondusif akan memungkinkan kanakkanak cepat belajar kerana adanya alat bantu yang memberi kanakkanak peluang dan keupayaan berfikir secara lebih kreatif dan kritis serta inovatif. Alat permainan yang boleh merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak dakan turut memberi pengaruh kepada perkembangan emosi, sosial dan juga afektif. Persekitaran emosi: berupayan membentuk perkembangan afektif kanak-kanak. Mewujudkan persekitaran emosi yang positif amat perlu demi menggalakkan tingkah laku meneroka, mencuba dan sentiasa ingin belajar sesuatu yang baru. Guru atau ibu bapa yang selalu menitik beratkan tindak balas emosi yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak akan membantu mereka untuk berkembang dengan lebih baik. Persekitaran komunikasi: merupakan persekitaran yang penting dalam menggalakkan keupayaan berfikir secara logik dan kreatif. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada situasi yang membenarkan mereka membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menggunakan kreativiti mereka dalam membuat penerokaan dan pemerhatian. Guru/ibu bapa perlu berkomunikasi dan berinteraksi secara berhikmah dengan kanak-kanak. Ini kerana setiap tutur kata kita sentiasa mendapat perhatian dan ikutan mereka.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

Sentiasa gunakan perbincangan mengenai sebab-musabab dalam perbincangan dalam aktiviti kumpulan dan pembelajaran antara guru, ibu bapa keluarga dengan kanak-kanak. Sentiasa menggunakan komunikasi yang positif dan galakan konsep komunikasi dua hala dan komunikasi aktif dalam bilik darjah. Cara berkomunikasi pada peringkat awal pendidikan kanak-kanak akan sedikit sebanyak mempengaruhi pembentukan diri kanak-kanak. Guru perlu sentiasa bersedia membantu kanak-kanak dan menjawab soalan kanak-kanak ketika ditanya. Sentiasa bersedia untuk memberi jawapan yang akan menyebabkan kanak-kanak perlu berfikir. Persekitaran penting kerana setiap persekitaran membentuk perkongsian bentuk terhadap kanak-kanak. Perkongsian di antara Rumah-Sekolah perlu diwujudkan.

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

159

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa jika ibu bapa yang terlibat secara aktif dalam persekolahan anak-anak mereka, kanak-kanak tersebut mendapat keputusan yang lebih baik. Apakah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk membina perkongsian yang membina di antara rumah-sekolah? Epstein (1991), telah mengenal pasti enam jenis kolaborasi antara ibu bapa dan sekolah: (i) Jenis 1: Memenuhi Keperluan Asas Keluarga Ahli keluarga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa keperluan nutrisi, kesihatan dan keselamatan dipenuhi. Oleh itu membentuk kemahiran keibubapaan yang menjurus kepada penyediaan kanak-kanak untuk persekolahan dan pada masa yang sama membentuk satu iklim persekitaran rumah yang sihat dan membina yang membantu perkembangan pembelajaran dan tingkahlaku anak yang sihat. Dengan ini kolabarasi jenis yang pertama ini amat bersesuaian dengan keperluan asas keluarga. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah: Ceramah tentang Kesihatan / Nutrisi Ceramah Keselamatan Anak di Rumah Bengkel Keibubapaan (ii) Jenis 2 : Keperluan Asas Persekolahan Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan terhadap komunikasi dengan ahli keluarga tentang program-program sekolah dan juga tentang perkembangan kanak-kanak. Komunikasi boleh di dalam bentuk telefon, lawatan, kad kemajuan, notis-notis dan juga juga melalui konferens ibu bapa dan guru. Komunikasi yang inovatif seperti e-mel dapat menyebarkan informasi dengan lebih cepat dan berkesan. Sekolah juga hendaklah menukar bentuk atau cara berkomunikasi serta kekerapan berkomunikasi dengan ibu bapa supaya dapat melihat sama ada maklumat yang disebarkan difahami oleh semua keluarga. Sekolah juga harus mempererat perkongsian dengan menggalakkan komunikasi dua hala, kolaborasi jenis kedua ini akan memenuhi keperluan asas sekolah. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan: Hari Kurikulum Hari Terbuka Malam Pelancaran Tabung Amanah

160

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

(iii) Jenis 3 : Penglibatan di Sekolah Penglibatan ini bukan sahaja melibatkan ibu bapa tetapi juga sukarelawan yang membantu guru, pentadbir dan kanak-kanak serta ahli keluarga yang menghadiri atau memberi sokongan dengan aktiviti kanak-kanak di sekolah. Sekolah hendaklah memudahkan jadual untuk lebih ramai ibu bapa terlibat sebagai sukarelawan mahupun jika hanya sebagai hadirin kepada aktiviti yang melibatkan anak-anak mereka. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan: Hari Kantin Hari Konvokesyen Bengkel Seni Kraf oleh Ibu Bapa (iv) Jenis 4 : Penglibatan dalam Aktiviti Pembelajaran Anak di Rumah Guru hendaklah memohon serta memberi panduan kepada ibu bapa untuk membantu serta mengesan pembelajaran kanak-kanak mereka sendiri di rumah. Guru boleh membantu guru bagaimana untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di rumah semasa menjalani aktiviti pembelajaran yang selari dengan pembelajaran di sekolah. Sekolah juga boleh menyediakan maklumat ataupun kemahiran yang diperlukan oleh pelajar untuk pembelajaran serupa yang dijalankan di sekolah. Kolaborasi jenis keempat ini jika dijalankan dengan baik memastikan bahawa penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah akan memberikan peningkatan dalam pencapaian akademik kanak-kanak tersebut. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan: Bengkel Kaedah Bacaan Bengkel Pengurusan Tingkah Laku Bengkel Literasi (v) Jenis 5 : Penglibatan dalam Membuat Keputusan Penglibatan ibu bapa dalam misalnya sebagai Ahli Lembaga Sekolah mahupun dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan melibatkan mereka dalam hal-hal berkaitan penggubalan polisi, serta membuat keputusan berkaitan dengan peraturan sekolah. Sekolah hendaklah melibatkan ibu bapa secara aktif dan bukannya hanya sebagai penasihat kepada badan yang dianggotai oleh ibu bapa tersebut. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan: Ceramah Hak Kanak-Kanak Ceramah Berkaitan aspek Perundangan Taklimat Peraturan Sekolah

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

161

(vi) Jenis 6 : Kolaborasi dengan Pertubuhan Komuniti Sekolah juga hendaklah kolaborasi dengan agensi, pertubuhan budaya, dan juga badan kebudayaan atau mana-mana kumpulan yang bertanggungjawab untuk kebajikan kolaborasi ini termasuklah programprogram sokongan yang melibatkan komuniti sama ada ianya program sebelum ataupun selepas masa persekolahan, perkhidmatan kesihatan, aktiviti budaya dan juga aktiviti kemasyarakatan yang lain. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan: Hari Keselamatan Perjumpaan dengan JKKK Hari Rukun Tetangga (Gotong Royong). Interaksi sosial merupakan proses seseorang itu bertindak atau memberi gerak balas kepada orang lain. Seseorang berinteraksi dengan ahli-ahli lain sama ada dalam kelompok utama atau kelompok sekunder. Interaksi sosial berkaitan dengan sosialisasi (penerapan nilai sosial), kerana melalui agen-agen sosialisasilah seseorang itu berinteraksi dengan persekitarannya. Interaksi ini diukur melalui kemahiran kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain. Interaksi sosial ini boleh dilihat dengan jelas pada tingkah laku kanak-kanak semasa bermain bersama-sama kawan-kawan ataupun membantu ibu bapa menjaga adik. Interaksi sosial dapat membentuk perkembangan sosial individu. Melalui proses interaksi, seseorang kanak-kanak dapat belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan indentiti kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri dan kategori kendiri. Proses ini bermula sejak seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar. Proses interaksi sosial membina serta mengekalkan susunan atau struktur masyarakat seperti institutsi-institutsi masyarakat, undang-undang, organisasi besar serta pola kebudayaan yang terdapat dalam masyarakat.

162

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

Bagaimana interaksi sosial dapat mengekalkan struktur-struktur ini? Melalui proses interaksi setiap anggota dalam struktur tersebut memainkan peranan mereka masing-masing. Di sekolah contohnya, guru memainkan peranannya sebagai penyampai maklumat kepada muridnya; pembaca berita menyampaikan beritanya kepada pendengar dan sebagainya. Di samping itu, interaksi sosial juga dapat mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas, mengekalkan persahabatan, penyebaran berita, dan perniagaan dijalankan. Dengan ini interaksi sosial sangat perlu dalam kehidupan manusia; tidak kira di tadika, di sekolah, di rumah, di kampong dan di bandar. Kepentingan kemahiran Interaksi dalam persekitaran kanak-kanak amat perlu bagi membangunkan konsep kendiri kanak-kanak bagi mempercepat proses adaptasi kanak-kanak dengan sesuatu persekitaran mereka. Kemahiran interaksi kanak-kanak berlaku sejak bayi lagi. Pada usia satu hingga dua tahun, walaupun kanak-kanak bermain di suatu lokasi yang sama, contohnya dalam bilik darjah, interaksi sosial yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak tersebut adalah secara minimum. Ini kerana pada peringkat egosentrik mereka masih menumpukan kepada penerokaan yang terdekat dengan diri mereka sendiri. Dengan peningkatan umur, mereka akan belajar bekerjasama melalui aktiviti bermain. Tingkah laku bermain kanak-kanak akan berlangsung dengan melalui beberapa peringkat perkembangan mereka sesuai dengan pertambahan usia kanak-kanak. Tahap-tahap permainan kanak-kanak bermula dengan main bukan-sosial (nonsocial play), iaitu bermain tanpa penglibatan sosial, main berseorangan (solitary play), iaitu bermain sambil memerhati orang lain (onlooker play), kepada main sejajar (parallel play) kepada main berhubungan (associate play) dan akhirnya kepada main kerjasama (cooperative play). Pada peringkat tertinggi, kanakkanak akan mahir berinteraksi sosial, bantu-membantu dan mengambil giliran apabila bermain dengan rakan sebayanya. Interaksi kanak-kanak pada usia dua tahun merupakan peringkat kemahiran menyelesaikan masalah. Perkara dapat dilihat semasa kanak-kanak terlibat dalam perebutan alat permainan, mereka menegaskan bahawa sesuatu objek itu adalah hak mereka. Kejadian berebut barang permainandan bermain tanpa berhubung dengan orang lain semasa bermain dalam kumpulan (main sejajar) merupakan satu perkara yang biasa dilalui oleh kanak-kanak pada peringkat awal. Ketegasan orang dewasa dalam menggalakkan kerjasama antara kanak-kanak bagi menyelesaikan pertikaian membantu pembentukan kemahiran sosial kanakkanak pada peringkat awal.

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

163

Dalam usia empat hingga lima tahun, kanak-kanak mula bercampur dan menjalinkan hubungan sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Howes, 1992). Mereka lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman sepermainan mereka dan lebih suka berkongsi objek dan bekerjasama semasa bermain dalam kumpulan. Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru, bertanding, berkawan dan bekerjasama. Tingkah laku kanak-kanak akan berubah mengikut umur dan peranan mereka. Semakin dewasa semakin kompleks tingkah laku mereka. Tingkah laku mereka berbeza daripada seorang kepada seorang yang lain dari satu situasi kepada situasi yang lain. Misalnya, cara berinteraksi dengan kanak-kanak berbeza dengan cara berinteraksi dengan orang yang lebih dewasa. Perbezaan interaksi tersebut adalah disebabkan peranan yang dimainkan dalam satu situasi adalah berlainan dengan peranan yang dimainkan dalam situasi yang lain. Peranan ialah tingkah laku yang diharapkan berkaitan dengan sesuatu status (kedudukan sosial akibat daripada pembahagian tugasan dalam kerja harian). Peranan sebagai kanak-kanak terdiri daripada kesemua tingkah laku yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab sebagai seorang kanak-kanak berdasarkan interprestasi orang dewasa. Peranan kanak-kanak adalah mengikut kehendak ibu bapa dan masyarakat berdasarkan amalan mereka. Peranan dipelajari melalui proses sosialisasi. Perananperanan tersebut bergantung kepada kehendak masyarakat. Dalam kebanyakan masyarakat, ibu bapa dijangka menjaga dan mendidik anak-anak mereka. Namun peranan boleh bertukar ganti tanpa mengubah harapan masyarakat mengenai peranan tersebut. Pendidikan dan Peranan dalam Persekitaran Kanak-kanak Terdapat tiga fungsi peranan dalam sistem sosial: Peranan menjadi rangka kerja awal bagi berinteraksi. Sehubungan dengan mana-mana peranan terdapat pula beberapa harapan, dan harapan ini menjadi asas kepada interaksi dan inilah yang menjadi rangka kerja kepada interaksi. Peranan penting bagi menilai tingkah laku. Misalnya masyarakat menjangka anak lelaki bersifat kelelakian seperti agresif, berani, tahan sakit, tidak mudah berputus asa atau tidak mudah mengeluarkan air mata.

164

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

Peranan mempunyai kesan terhadap personaliti seseorang. Apabila seseorang memainkan peranan, dia akan mengambil aspek yang sesuai bagi peranan tersebut. Jadi apabila kita memainkan peranan, ini memberi kesan terhadap personaliti kita. Apabila seseorang itu tidak memegang sesuatu peranan, ini akan mengubah personalitinya.

Ibu bapa, keluarga, guru dan masyarakat adalah entiti yang perlu menyiapkan kanak-kanak dalam komuniti mereka dengan kemahiran-kemahiran sosial yang tinggi dalam usaha memberi pendedahan ke arah perkembangan afektif yang maksimum kanak-kanak.

AKTIVITI 7.3
Bincangkan mengapa konsep pelbagai budaya boleh diintergrasi dalam pendidikan kanak-kanak? Apakah kepentingan kanak-kanak memahami budaza lain dalam konteks pendidikan awal persekolahan mereka?

8.3

BUDAYA

Budaya adalah pengalaman-pengalaman unik yang dimiliki oleh sekumpulan manusia dengan mendokong sejarah mereka. Perbezaan budaya sering kali menjadi suatu keunikan kepada masyarakat lain untuk saling memahami. Terdapat perbezaan budaya antara keluarga kerana norma-norma yang dimiliki dan dipraktik adalah berbeza. Antara pendidikan dan persekitaran kerana bukan sahaja perbezaan cuaca, malah matlamat dan kepentingan pendidikan dan juga keperluan hidup yang berbeza menjadikan sesuatu budaya akan terrangkum dalam budaya mereka sendiri. Kanak-kanak dalam konteks Malaysia hidup dalam pelbagai persekitaran dengan melihat, mengalami, dan melalui pengalaman-pengalaman melihat budaya lain dalam kehidupan seharian mereka. Perbezaan warna kulit, bahasa, makanan dan amalan agama perlu dilihat dan dialami secara positif oleh kanak-kanak dalam usaha menjadikan mereka peka dan positif terhadap budaya lain. Ciri-ciri budaya dapat dilihat apabila berlaku perbezaan antara budaya dan masyarakat yang mendiami dan sepakat dalam suatu persekitaran.

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

165

Masyarakat dalam persekitaran yang berinteraksi dan berkongsi budaya dan kadang kala boleh membentuk suatu budaya yang dapat dikongsi bersama oleh dua kelompok manusia.

Rajah 8.1: Persekitaran dan budaya membentuk nilai-nilai afektif dalam diri kanak-kanak

Latar belakang pelbagai budaya Kebudayaan perlu dikongsi bersama oleh satu kumpulan manusia. Dalam konteks Malaysia, kegemaran kepada satu jenis makanan atau masakan adalah satu ciri kebudayaan; salah satu daripada makanan yang digemari oleh orangorang Malaysia ialah nasi lemak dengan sambal tumis udang atau sotong. Maka boleh dikatakan kegemaran kepada makanan inilah yang telah membawa ahli-ahli masyarakat bersama. Begitu juga dengan bahasa. orang Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan menjadi bahasa yang dipelajari di institut pendidikan iaitu sekolah. Bahasa juga adalah satu sistem simbol yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat untuk berinteraksi. Perkataan juga dalah simbol dalam masyarakat begitu juga dengan simbolsimbol lain seperti bendera, bintang, bulan dan sebagainya yang membawa kepada kesatuan dalam latar belakang pelbagai budaya masyarakat. Budaya juga boleh dipelajari iaitu apabila segala bentuk tingkah laku, adat resam yang diikuti dan bahasa yang ditutur bukan hasil daripada naluri. Setiap satu boleh dipelajari apabila kita berada dalam persekitaran yang membolehkan adaptasi budaya berlangsung. Hampir semua budaya yang diperoleh manusia adalah hasil daripada proses pembelajaran. Proses mempelajari kebudayaan dinamakan sebagai sosialisasi.

166

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

Budaya juga berbeza mengikut masa dan tempat. Budaya kebiasaannya diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi seterusnya dengan memelihara dan menyesuaikan nilai serta kepercayaan masyarakat. Budaya adalah berasaskan kepada institusi yang mempunyai unsur ekonomi untuk mengekalkan status quo. Walau bagaimanapun budaya berubah kerana ia bersifat dinamik, tidak statik dan berkembang selaras dengan tindak balas masyarakat terhadap perubahan persekitaran sosial dan fizikal. Carol Brunson Philips (1995) menjelaskan terdapat 6 konsep memahami budaya iaitu: (a) Budaya dipelajari(culture is learned) Budaya tidak diasasakan oleh biologi tetapi oleh persekitaran. Guru tidak dapat mengenal pasti budaya keluarga dengan hanya melihat sahaja kerana setiap individu belajar budayanya melalui kehidupan sehariannya. Budaya adalah ciri-ciri kumpulan Ia adalah ciri-ciri individu dalam kumpulan dan komuniti yang diwakili. Asas tingkah laku adalah asas budaya kumpulan yang diwakili. Budaya adalah set tingkah laku Ia menjadi asas kepada pembentukan peraturan. Budaya mempengaruhi tingkah laku yang akan membentuk peraturan. Tingkah laku itu sendiri bukannya budaya. Budaya umumnya dipengaruhi oleh budaya seperti jenis pakaian atau makanan. Tahap budaya individu berbeza antara satu sama lain Sesetengah keluarga, individu, komuniti menekankan budaya tradisi dan sesetengahnya tidak. Contohnya terdapat perbezaan antara komuniti masyarakat Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Ini adalah variasi dalam sesuatu budaya. Guru tidak harus melihat budaya sama pada semua orang, sebaliknya memahami seseorang individu berbeza walaupun dari rumpun yang sama. Budaya dikongsi dan dipinjam Budaya boleh dipengaruhi oleh satu sama lain. Budaya tidak statik. Selagi individu berinteraksi, selagi itulah budaya akan dipengaruhi dan mungkin ditransformasi. Amalan dan Sebab Kanak-kanak belajar budaya daripada persekitaran mereka. Mereka mungkin cekap mengamalkannya tetapi mereka tidak tahu menerangkan sebab-sebab dan rasional sesuatu budaya itu.

(b)

(c)

(d)

(e)

(f)

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

167

Intergrasi budaya Hasil daripada kepebagaian budaya yang berpunca daripada agama, etnik dan perbezaan ras serta umur, jantina dan perbezaan kelas dalam kalangan masyarakat. Budaya boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk iaitu: (i) Budaya dominan .... is the culture of most powerful group in society. It is the cultural form that receives the most support from major institution and constituties the major belief systems. (Andersen & Taylor, 2002).

(ii)

Subculture pula adalah budaya yang diamalkan selain daripada nilai dan
norma dominan.

(iii) Countercultures pula adalah subculture yang dicipta sebagai reaksi menentang nilai budaya dominan. Ahli kepada kumpulan ini menolak nilai budaya dominan atas sebab-sebab politik atau moral lantas membina satu praktik budaya yang secara jelas menolak norma dan nilai kelompok dominan. (iv) Budaya Etnocenterism pula merujuk kepada tabiat yang dilihat dari perspektif kumpulan itu sahaja. Untuk menghakimi satu-satu budaya perlu dilihat mengikut standard budaya lain dan orang lain yang menilainya, bukan orang yang sama supaya mengelak bias. (v) Budaya Globalisasi adalah penyerapan budaya barat ke seluruh dunia kerana budaya yang dikomersialkan dan dipasarkan ke serata dunia seperi budaya makanan segera, budaya media massa dan budaya elektronik yang mendominasi budaya massa secara menyeluruh.

(vi) Budaya Popular pula adalah kepercayaan dan praktik yang menjadi tradisi setiap hari termasuk budaya yang dikeluar secara mass seperti muzik popular, buku dan majalah yang popular dan surat khabar yang disukai ramai. Kebudayaan digunakan untuk menyesuaikan duru kita dengan persekitaran sosial dan fizikal yang wujud di sekeliling kita. Untuk memahami kebudayaan dengan lebih jelas lagi, ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu budaya kognitif, normatif dan kebendaan. Budaya Kognitif adalah keseluruhan pemikiran yang ada pada sesebuah masyarakat. Ia merangkumi bahasa, simbol-simbol lain seperti simbol matematik dan muzik, pengetahuan, kepercayaan dan nilai. Bahasa adalah pembentuk budaya yang paling dominan dalam persekitaran manusia. Manusia mempelajari bahasa sebagai satu budaya, untuk menjadi sebahagian daripada masyarakat.

168

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

Pengetahuan melibatkan segala idea yang boleh disokong secara empirikal. Apakah perkara-perkara yang boleh kita ketahui? Kita mempunyai pengetahuan mengenal persekitaran semulajadi dan persekitaran yang dicipta oleh manusia. Kepercayaan adalah idea yang dikongsi secara kolektif oleh manusia dalam sesuatu masyarakat. Kepercayaan yang dikongsi ini membuatkan ahli masyarakat bersatu. Kepercayaan adalah asas kepada kebanyakan norma dan nilai dalam sesuatu budaya. Kepercayaan menyediakan sistem makna yang mana budaya disusun. Sama ada kepercayaan berpunca daripada agama, lagenda atau dongeng, ia membentuk apa yang manusia mengambilnya sebagai benar dan mungkin. Kepercayaan adalah segala idea mengenal apa yang baik dan apa yang buruk; atau apa yang benar dan apa pula yang palsu. Kebanyakan orang dalam masyarakat mengandaikan bahawa kepercayaan mereka adalah rasional, munasabah dan benar. Apa yang menarik minat ahli sosiologi bukannya mengenal kepercayaan itu benar atau tidak, tetapi hanya melihat dari segi peranan yang dimainkan dalam kebudayaan dan kehidupan orang-orang yang ada di dalamnya. Nilai adalah satu standard atau piawaian yang abstrak dalam kelompok sosial atau kumpulan masyarakat yang dianggap sebagai prinsip. Walaupun bersifat abstrak, nilai menyediakan satu garis kasar untuk tingkah laku. Nilai boleh menjadi asas kepada kesepaduan tetapi ia juga boleh menjadi punca konflik. Nilai adalah tanggapan mengenai apa yang baik atau buruk dalam sesebuah kebudayaan. Biasanya nilai adalah luas dan abstrak. Apa yang ditegaskan oleh kebudayaan yang berlainan adalah berbeza-beza dan dalam jangka masa panjang, pengertian mengenai apa yang baik dan buruk mempengaruhi tingkah laku. Kejujuran merupakan nilai dalam kebanyakan kebudayaan. Hampir semua orang memberi nilai yang tinggi kepada persahabatan. Kebudayaan juga dikaitkan dengan proses sosialisasi dan dalam pendidikan proses ini berlaku secara langsung antara kanak-kanak dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak dengan guru, guru dengan ibu bapa, ibu bapa dengan ibu bapa lain yang dilalui oleh individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok dengan mempelajari kebudayaan kelompok itu serta peranannya dalam kelompok itu.

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

169

Pendidikan Kebudayaan seperti yang dinyatakan sebelum ini berkait dengan sistem pendidikan. Proses sosialisasi merupakan suatu proses kelangsungan pendidikan kepada setiap individu dalam kelompok kebudayaan yang dimiliki dan diamal oleh masyarakat. Sosialisasi adalah proses yang dialami oleh individu sebagai proses sepanjang umur, proses ini bermula sejak kemahiran dan menyatukannya ke dalam kelompok atau masyarakat. Anthony Giddens (1974) menyatakan bahawa sosialisasi adalah proses interaksi sosial yang individu perolehi yang mengakibatkan pembentukan personaliti dan mempelajari cara hidup masyarakatnya. Sosialisasi dikaitkan dengam proses pembelajaran dan melaluinya seseorang itu akan belajar untuk menjadi manusia sosial. Tanpa pembelajaran kanak-kanak contohnya tidak mungkin berupaya untuk berkomunikasi dengan orang lain, berlari, bermain dan sebagainya. Sosialisasi berlaku melalui interaksi manusia. Kita biasanya akan banyak belajar perkara yang penting dalam kehidupan harian terutama daripada keluarga terdekat, kawan karib dan sebagainya. Kadang-kadang belajar juga daripada apa yang dilihat di jalanan, televisyen, filem dan sebagainya. Melalui perhubungan begitu atau apa yang diperhatikan dan mendapati bagaimana untuk berkelakuan sebaik-baiknya dan apa yang kita harap daripada orang lain sekiranya kita ikut atau tidak mengikut norma atau nilai masyarakat. Dalam proses mempelajari tingkahlaku, peranan yang sesuai, manusia menghayati norma dan nilai masyarakat tersebut menjadi norma dan nilai sendiri. Melalui proses penghayatan inilah norma dan nilai sesuatu kelompok itu dikekalkan, walaupun anggotanya silih berganti. Sosialisasi memberi kesan kepada pengalaman kebudayaan secara keseluruhan dan juga ia membentuk imej yang ada pada diri individu itu sendiri dan seterusnya memberi kesan kepada pembentukan peribadi atau personaliti seseorang. Kenapa Sosialisasi Penting? Bagaimana jika seorang individu itu khususnya seorang kanak-kanak kecil dibesarkan tanpa berinteraksi dengan seorang manusia yang lain atau ditempatkan di persekitaran yang tidak membolehkannya berinteraksi dengan cara yang normal seperti yang dikehendaki oleh masyarakat.

170

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

Kesan daripada 'extreme isolation' ini terdapat beberapa kes yang dikenal pasti memperlihatkan betapa pentingnya sosialisasi. Kes pengasingan kanak-kanak yang sebenarnya berlaku ini membolehkan kita memahami tentang pentingnya pengaruh persekitaran terhadap pembentukan personaliti kanak-kanak. Ibu bapa tidak cukup hanya menjaga seorang bayi atau kanak-kanak dengan memberi keperluan fizikal sahaja. Contohnya ibu bapa perlu mengambil tahu tentang perkembangan sosial seorang kanak-kanak itu. Jika kanak-kanak tidak digalakkkan untuk mempunyai kawan-kawan atau persekitaran yang baik, mereka mungkin tertekan untuk berinteraksi dengan kawan-kawan dan amatlah kritis dalam perkembangan emosi mereka. Perkembangan Sosialisasi Kanak-kanak Kanak-kanak suka berkawan dan bermain. Kanak-kanak yang suka dan berkawan dikatakan sebagai kanak-kanak yang bersifat eksternal manakala yang pendiam dikatakan sebagai internal. Perkembangan ini berlaku dalam konteks persekitaran yang disediakan kepada mereka dan juga bagaimana kebudayaan membentuk perkembangan mereka. Kanak-kanak berkomunikasi dengan sesiapa yang disenangi sama ada kawankawan atau orang di sekelilingnya untuk berkawan, belajar atau bermain dan cuba untuk mendekati mereka. Kanak-kanak akan cuba menyertai kumpulan lain untuk bermain dan berkawan. Kanak-kanak akan menanam sifat kepercayaan kepada kumpulan yang disertai dan cuba memahami antara satu sama lain. Secara amnya kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi perkembangan fizikal, kognitif ataupun bahasa. Perkembangan fizikal dapat dilihat daripada pertumbuhan otak, tubuh badan dan kemahiran motor yang semakin berkembang. Selain itu, perkembangan kognitif kanak-kanak bermula dengan cara menyelesaikan masalah yang lebih konkrit melalui beberapa pendekatan iaitu pemikiran mewakili tindakan, membuat banyak alternatif penyelesaian dan mengenal pasti rupa luaran dapat mengaburkan pandangan. Perkembangan bahasa pula dapat diukur melalui perkembangan bahasa sintaksis dan semantik yang dipelajari pada tahun persekolahan. Perkembangan secara pragmatik dan pembelajaran atau literasi juga bertambah baik di mana kanak-kanak banyak berkomunikasi di sekolah serta belajar menulis, membaca, dan mencari maklumat dengan giat. Tahap intelektual atau kecerdikan kanak-kanak juga dapat diukur secara pengukuran IQ.

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

171

Persekitaran dan budaya merupakan agen utama dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Pemupukan dan pembentukan persekitaran yang baik dan kondusif amat bermakna kepada kanak-kanak ke arah membentuk konsep kendiri yang positif dan membentuk keyakinan diri yang tinggi kanak-kanak. Persekitaran boleh dilihat dari pelbagai perspektif sama ada namun setiap satu mempunyai kepentingan yang amat besar kepada perkembangan afektif kanak-kanak. Persekitaran fizikal begitu penting kepada kanak-kanak kerana meletakkan persekitaran yang kondusif memberi makna kepada keseluruhan pembentukan diri kanak-kanak. Begitu juga dengan persekitaran komunikasi dan persekitaran emosi yang turut memberi peranan kepada pembentukan diri kanak-kanak. Persekitaran kebiasaannya selari dengan matlamat dan kebudayaan masyarakat. Kebudayaan yang mendokong kata budi dan daya melambangkan perhubungan antara individu iaitu antara kanak-kanak dengan individu dewasa dan kanak-kanak dengan kanak-kanak lain. Persekitaran dan kebudyaan memberi latar kepada ciri-ciri kanak-kanak, sifat dan identiti kanak-kanak dan masyarakat yang mereka wakili. Sebagai guru keupayaan memahami dan mengadaptasi persekitaran dan kebudayaan merupakan suatu keperluan untuk menerapkan persekitaran yang kondusif kepada kanak-kanak. Menyediakan persekitaran yang positif merupakan suatu perkara yang penting kerana setiap komponen di dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak menekankan konsep pembudayaan persekitaran ke dalam diri kanak-kanak. Kepelbagaian budaya juga perlu dilihat sebagai suatu keistimewaan dalam sesuatu budaya yang melingkungi persekitaran pembelajaran kanak-kanak. Memahami budaya lain menjadikan kanak-kanak lebih peka kepada kehendak dan matlamat individu lain. Kanak-kanak juga perlu memahami dan menyedari bahawa mereka merupakan sebahagian daripada masyarakat dan bakal menjadi agen masyarakat yang dominan.

172

TOPIK 8

PERSEKITARAN DAN BUDAYA

Menerusi aktiviti yang disediakan dalam kurikulum pra-sekolah, pembelajaran yang dilalui sama ada menerusi permainan, muzik, seni, bahasa secara langsung perlu menekankan konsep intergrasi budaya bagi memberi peluang dan pendedahan kepada kanak-kanak peri pentingnya memahami budaya lain. Pembentukan pelbagai aktiviti luar juga penting untuk guru mendedahkan kanak-kanak kepada persekitaran dan kebudayaan.

Budaya Interaksi sosial Intergrasi budaya Kepelbagaian budaya Kondusif

Nilai budaya Norma Persekitaran Sosialisasi

Elias, M.J. (2000). Promoting social and emotional learning. NJ: Association for Supervision & Curriculum Development. Gartrell, D. (2004). The power of guidance: Teaching social-emotional skill in early childhood classroom. NY: Tomson Delmar Learning. Gimpel, G.A. (2003). Emotional and Behaviorial problems of young children. CT: The Guilford Press. Lowenfeld, V & Brittain W.L. (1986) Creative and mental growth. New York:Macmillan. Mark P., & patricia N., (2004). Emotional release for children: Repairing the past, preparing the future. Great Britain: Jessica Kingsley Pub. Nordin Mamat (2005). Asas sosial Kanak-kanak. Kuala Lumpur:Pustaka Salam Rohani Abdullah, et.al., (2004). Panduan kurikulum pra-sekolah. Bentong: PTS.

Anda mungkin juga menyukai