Anda di halaman 1dari 25

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

171

Topik

10
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Perancangan Bahasa dan Literasi

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Memberi definisi bahasa dan literasi; Membanding dan membezakan teori perkembangan bahasa; Menerangkan matlamat program bahasa dan literasi kanak-kanak; Menerangkan tentang perkembangan bahasa dan literasi kanakkanak; Menyesuaikan bahan dan kandungan yang terdapat dalam komponen perkembangan bahasa dan komunikasi; Mengaplikasikan aktiviti bahasa dalam perkembangan bahasa dan literasi; dan Melaksanakan penilaian berdasarkan kurikulum bahasa dan aktivitiaktiviti yang dijalankan.

PENGENALAN
Bahasa merupakan lambang bunyi yang mempunyai makna. Bunyi yang mempunyai makna sahaja boleh ditakrifkan sebagai bahasa. Sejak dari kecil lagi kanak-kanak diajar secara berperingkat-peringkat untuk menguasai bunyi yang merujuk kepada makna. Seorang ibu bapa akan berasa gembira jika bayinya dapat menyebut perkataan mama atau papa. Proses ini berlanjutan dari masa ke semasa sehinggalah kanak-kanak tersebut dapat bertutur dengan fasih dan tepat. Bahasa juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kefahaman dan interaksi. Untuk meningkatkan tahap berbahasa kanak-kanak prasekolah satu kurikulum telah dibentuk dan disusun untuk tujuan pembelajaran diprasekolah.

172

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

10.1

DEFINISI BAHASA DAN LITERASI

Apakah itu literasi? Dahulu perkataan kesediaan untuk belajar selalu diperkatakan tetapi kini telah ditukarkan kepada kemunculan literasi. Menurut Marie Clay (1966) literasi merupakan kesediaan untuk membaca benda yang bercetak. Untuk itu setiap kanak-kanak mempunyai tahap kebolehan untuk membaca dengan baik sehinggalah ia matang dalam penulisannya. Pada peringkat awalnya kanakkanak Cuma mencakar sahaja tanpa adanya perkataan tetapi apabila bertambah matang perkataan yang dicakar dan dilorek itu menjadi satu perkataan yang boleh dibaca dan memberi makna. Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) 2006, memberi definisi bahawa Literasi adalah merupakan kebolehan untuk mengenal, memahami, menginterpretasi, mencipta, berkomunikasi, menggunakan bahan dan penulisan bercetak yang berkaitan. Literasi melibatkan pembelajaran sepanjang hayat yang membolehkan seseorang individu untuk mencapai matlamat dan juga untuk memperkembangkan pengetahuan dan potensi dan boleh melibatkan diri sepenuhnya di dalam masyarakat yang majmuk. Elizabeth Sulzby (1986), literasi berkembang seperti kebolehan bertutur yang bermula sejak lahir tanpa ada panduan khusus. Menurut Sulzbys, kanak-kanak akan tahu membaca dan menulis bahasa setelah dia memahami dan boleh membuat perkaitan antara menulis dan bertutur dan memperkembangkan literasi mengikut gayanya sendiri. Menurut Chamber English Dictionary (2003), mendefinisikan literasi (celik huruf) sebagai berpelajaran berupaya menulis dan membaca mempunyai kemahiran di dalam atau dengannya. Dalam bahasa pendidikan literasi asas bermakna literasi klasik atau tradisional tentang pembelajaran mengenai bagaimana untuk membaca, untuk menulis dan untuk melakukan perkiraan dan operasi angka, literasi-literasi asas di dalam kesemua masyarakat dipelajari secara formal dalam suasana pendidikan asas dan menengah, terutamanya sekolah-sekolah awam atau persendirian, tetapi kadangkala literasi-literasi asas ini dipelajari di rumah atau di dalam pusat-pusat komuniti. Kesimpulannya bahasa dan literasi merupakan kemahiran seseorang individu itu untuk memperoleh kemahiran membaca dan menulis daripada bahan-bahan yang bercetak. Literasi juga adalah merupakan budaya membaca dan menulis, atau dalam erti kata lainnya literasi bermaksud satu budaya atau perlakuan dengar dan ucap. Setiap orang yang berpendidikan dengan mempunyai tahap

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

173

literasi yang tinggi disebut literat. Ini adalah disebabkan kerana ia mampu melakukan kedua-dua aktiviti iaitu membaca dan menulis.

SEMAK KENDIRI 10.1


Nyatakan perbezaan-perbezaan yang terdapat pada definisi literasi di atas.

10.1.1 Bagaimana untuk Memperoleh Literasi?


Leslie Morrow (1993), telah mengenal pasti empat suasana yang boleh memperoleh kemahiran-kemahiran literasi. (a) Membaca diperoleh melalui interaksi sosial dan peniruan tingkah laku Literasi akan diperoleh apabila kanak-kanak melibatkan dirinya dalam aktiviti membaca. Interaksi sosial mengajar kanak-kanak fungsi membaca dan pertuturan dengan kanak-kanak lain. Perhubungan sosial merupakan satu penglibatan sosial yang tinggi. Kanak-kanak sangat suka dan seronok apabila dapat melibatkan diri dalam aktiviti membaca. Holdaways (1979) menyatakan teori perkembangan literasi sebagai satu proses bila mana orang dewasa memberi sokongan kepada kanak-kanak terutama sebutan sesuatu perkataan.

(b) Kanak-kanak memperoleh kebolehan membaca melalui pengalaman yang telah ditempuhi Kebanyakan kanak-kanak telah boleh membaca kerana dia mempunyai kompetensi dan kemahiran literasi sebelum mula melangkah ke alam persekolahan. Melalui pengalaman-pengalaman yang telah dilalui telah membantu kanak-kanak untuk dapat membaca dengan baik secara tidak langsung dapat memperkembangan kemahiran bahasa dan literasi. (c) Kanak-kanak memperoleh kemahiran membaca apabila dia dapat melihat tujuan dan keperluannya Kanak-kanak perlu mengetahui bahawa membaca, menulis dan bertutur adalah sangat berguna kepadanya. Kanak-kanak dapat mengetahui bahawa kebolehan membaca dan menulis akan dapat membantunya dalam pelbagai fungsi. Fungsi bahan yang ditulis itu seperti senarai nama peralatan dapur, papan tanda arah, resipi masakan, mesej telefon, papan notis sekolah, menu makanan, nombor telefon dan perkataan dapat memberi pengertian yang bermakna kepada kanak-kanak.

174

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

(d) Membaca memainkan peranan penting di dalam kebolehan membaca Dengan membaca kepada kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak dalam meningkatkan kemahiran literasinya, minat kepada membaca buku dan dapat memahami bentuk dan struktur sesebuah cerita. Sebuah cerita yang sangat baik strukturnya jika ia mempunyai persekitaran (permulaan cerita, tempat, dan pengenalan watak) tema, jalan cerita, kesimpulan dapat dilihat dengan jelas. Kanak-kanak yang dapat memahami satu-satu jalan cerita akan dapat meramal keputusan sesebuah cerita walau pun cerita itu belum tamat.

10.1.2 Bagaimana Kemahiran Literasi diperoleh oleh Kanak-kanak?


Kemahiran literasi boleh di peroleh oleh kanak-kanak daripada: (a) Ibu bapa / keluarga Gaya pertuturan dan sikap ibu bapa yang rajin membaca akan menjadi pendorong untuk kanak-kanak supaya rajin membaca.

(b) Jiran tetangga Gaya pertuturan dan keadaan jiran tetangga banyak mempengaruhi literasi bahasa kanak-kanak. (c) Rakan sebaya Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kebolehan berbahasa dan memperkembangkan literasi bahasa kanak-kanak.

(d) Guru / pengasuh Guru dan pengasuh merupakan individu yang paling hampir dengan kanak-kanak. Terutamanya ketika di sekolah. Sebagai seorang yang hampir dengan kanak-kanak, guru perlulah menggunakan pendekatan dan kaedah serta teknik yang pelbagai di dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. (e) Media Media menjadi bahan yang penting dalam literasi bahasa. Ini adalah disebabkan dengan menggunakan media yang canggih dapat membantu kanak-kanak itu untuk belajar dan memperoleh pengetahuan.

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

175

10.2

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA

Terdapat ramai pakar yang mengutarakan dengan teori-teori perkembangan bahasa kanak-kanak. Antaranya ialah Noam Chomsky (1957), Piaget (1963), dan B.F Skinner (1957). (a) Noam Chomsky (1957) Noam Chomsky merupakan seorang Ahli Psikolinguistik yang dilahirkan di Amerika Syarikat. Beliau berpendapat bahawa setiap kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai alat pemerolehan bahasa atau LAD (Language Acquisition Devise).

NOAM CHOMSKY

(i)

Kanak-kanak telah boleh bercakap ketika berumur tiga tahun dengan menggunakan tatabahasa transformasi-generatif. Tatabahasa transformasigeneratif (iaitu kebolehan kanak-kanak membentuk dan memanipulasi ayatayat) tidak dipelajari secara formal. Kebolehan itu dipelajari kanak-kanak melalui komunikasi lisan dengan orang dewasa.

(ii) Chomsky telah membezakan antara kebolehan bahasa dengan pengetahuan bahasa. Kebolehan bahasa bermaksud kebolehan kanakkanak menggunakan bahasa. Manakala pengetahuan bahasa bermaksud pengetahuan kanak-kanak tentang bahasa, iaitu tentang bentuk ayat, sistem makna dan sistem bunyi yang didengar dalam bahasa yang digunakannya. (iii) Pengetahuan bahasa tidak diajar secara formal, tetapi ditiru, dipelajari dan difahami iaitu dengan cara mendengar dan bertutur (iv) Kanak-kanak tidak dapat menerangkan rumus-rumus tatabahasa yang telah diserapkannya tetapi dapat menggunakannya dengan betul. Kita dapat menilai sejauh mana kanak-kanak itu telah memahami dan mempunyai pengetahuan tentang bahasa yang dituturkannya. Ini disebabkan kerana kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan semula jadi menyerap pengetahuan tersebut, termasuk pengetahuan tentang tatabahasa yang didengar dan dituturkannya.

176

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

(v) Teori Chomsky juga dinamakan sebagai teori nativistik kerana teori ini menekankan sifat semula jadi atau keaslian yang hanya terdapat dalam diri manusia. (b) B.F. Skinner Merupakan seorang Profesor psikologi di Universiti Harvard Amerika Syarikat beliau menekankan bahawa pembelajaran bahasa ini berlaku sebab orang dewasa mengajar kanak-kanak bercakap (misalnya ibu bapa dan ahli-ahli keluarga), memberi galakkan dengan memberi ganjaran setiap kali kanakkanak dapat meniru atau menyebut sesuatu perkataan yang diajar. B.F SKINNER Menurut pendapat beliau, ganjaran diberikan adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak. Perlakuan bahasa ini boleh jadi menyebut sesuatu bunyi atau perkataan, frasa arau klausa atau kanak-kanak berbuat sesuatu menurut perintah orang dewasa. Contohnya ibu bapa mengajar anak mereka nama bahagian-bahagian anggota. Misalnya, menunjukkan mata dan menyebut mata. Kanak-kanak akan meniru dan menunjukkan mata dan menyebutnya. Sehinggalah kebahagian-bahagian lain. Ganjaran akan diberikan kepada setiap jawapan yang betul kebiasaannya dalam bentuk pujian atau senyuman, ciuman dan lain-lain yang menyeronokkan dan merangsang kanak-kanak-kanak untuk memberi jawapan yang betul. Ganjaran ini juga bertindak sebagai pengukuhan kepada perlakuan bahasa yang betul.

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

177

(c)

Jean Piaget Beliau merupakan seorang ahli psikologi berbangsa Swiss dan pernah bertugas di Universiti Geneva. Beliau pernah menjalankan penyelidikan tentang perkembangan kognitif (mental) kanak-kanak. Hasilnya lahirlah Teori Perkembangan Kognitif.

JEAN PIAGET Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak sentiasa berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Kanak-kanak mula belajar bercakap dalam lingkungan umur dua tahun iaitu penghujung tahap sensori motor. Dari umur dua tahun hingga tujuh tahun, kanak-kanak memasuki tahap pemikiran praoperasi. Dalam lingkungan umur empat tahun kanak-kanak sudah mula pandai bercakap dengan petahnya dan boleh membentuk ayat, menggunakan tatabahasa yang betul dan boleh memahami percakapan orang lain. Mulai umur empat tahun ke atas perkembangan bahasa kanak-kanak menjadi lebih pesat. Piaget juga menjelaskan perkembangan bahasa kanak-kanak dibahagikan kepada dua tahap, iaitu: (i) Tahap umur dua hingga empat tahun Di tahap ini percakapan kanak-kanak adalah bersifat egosentrik. Iaitu kanak-kanak suka bermain dan sambil bermain bercakap seorang diri. Bukan sahaja kanak-kanak itu bersifat egosentrik atau berpusat kepada diri sendiri tetapi kelakuan dan tingkah lakunya juga bersifat egosentrik. Kanak-kanak pada masa ini belum boleh memahami perasaan, keperluan atau kehendak orang lain. Segala-galanya dia yang punya. Konsep saya saya saya sangat menebal dalam sanubarinya. Kanakkanak ini akan kerap berkata, Ini Ali punya, Itu Ali punya, Ini Ali punya dan seterusnya.

178

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

(ii) Umur lima hingga tujuh tahun Umur dalam lingkungan ini memperlihatkan bahasa dan perlakuan kanak-kanak mula bercorak sosial. Kanak-kanak pada tahap ini sudah mula menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dan berkeyakinan untuk berinteraksi dengan orang lain. Menurut Piaget, perkembangan mental dan perkembangan bahasa kanak-kanak berlaku dengan amat pesatnya dalam lingkungan umur ini. Ini merupakan hasil interaksi antara kanak-kanak dengan alam persekitarannya yang lebih luas dan interaksi sosial yang lebih banyak, iaitu interaksi dengan kanak-kanak lain, orang dewasa dan ibu bapa serta keluarganya. Perkembangan bahasa yang pesat mempengaruhi perkembangan mental kanak-kanak. Dengan kebolehan berbahasa akan meningkatkan kebolehannya untuk berfikir, memberikan peluang untuk menyoal dan bertanya, bertukar idea dan pengalaman dengan orang lain secara tidak langsung kanak-kanak akan dapat menambahkan perbendaharaan katanya dan meningkatkan lagi kebolehan menggunakan bahasa secara lisan.

AKTIVITI 10.1
Senaraikan bagaimana kanak-kanak belajar literasi bahasa berdasarkan kepada ketiga-tiga teori perkembangan bahasa tersebut.

10.3

MATLAMAT PROGRAM BAHASA DAN LITERASI AWAL KANAKKANAK

Antara matlamat program bahasa dan literasi awal kanak-kanak adalah untuk membantu kanak-kanak dalam: (a) Memupuk keyakinan diri di kalangan kanak-kanak. (b) Memberi pengalaman berinteraksi dan berkomunikasi dengan guru, rakan, orang lain dan bahan-bahan media cetak dan elektronik. (c) Memupuk minat terhadap perkataan baru, memahami makna dan menambah perbendaharaan kata. Bertutur dengan sopan dan bertatasusila.

(d) Memupuk budaya berfikir. (e)

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

179

Tujuan Pengajaran Literasi adalah untuk membolehkan kanak-kanak: (a) Mendengar untuk memberi perhatian, mendengar secara kritis; mendengar untuk memberi penghargaan.

(b) Bertutur untuk melahirkan perasaan; menyatakan maklumat; menjawab soalan; menyatakan kefahaman; dan maksud dramatik. (c) Membaca untuk memperoleh maklumat; berinteraksi dengan teks dan berinteransaksi (transaction) dengan teks.

(d) Menulis untuk menerapkan kemahiran mekanis; dan melahirkan maklumat serta menyatakan pengalaman; melahirkan makna. (e) Melatih berfikir secara kritis dan kreatif.

10.4

PERKEMBANGAN LITERASI AWAL KANAKKANAK

Perkembangan literasi awal di kalangan kanak-kanak merangkumi beberapa perkara: (a) (c) Fizikal yang melibatkan tulisan dan lukisan. Mental iaitu apabila mereka mempunyai idea yang perlu diluahkan dan sentiasa mahu jawapan terhadap kenapa, bagaimana, di mana, siapa serta kebolehan melakukan seriasi dan mengkategorikan. (b) Persepsi iaitu menerima dan mengaplikasikan tanggapan mereka.

(d) Bahasa iaitu dengan menggunakan simbol dan perkataan. Teale dan Sulzby dalam bukunya Emergent Literacy: Writing and Reading (1986). telah melakarkan satu potret kanak-kanak dalam kemajuan ke arah literasi. Beliau telah membahagikan ada tiga peringkat atau tahap kanak-kanak iaitu: (a) Kebanyakan kanak-kanak yang berada dalam sebuah organisasi celik huruf, mempelajari membaca dan menulis telah dimulakan sejak ia dilahirkan.

(b) Fungsi literasi adalah merupakan bahagian-bahagian yang perlu dipenuhi dengan tujuan dan matlamat ke arah aktiviti-aktiviti yang berfokuskan kanak-kanak. (c) Membaca dan menulis perlu berjalan seiring dan sentiasa berkait terhadap kanak-kanak.

180

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

SEMAK KENDIRI 10.2


Nyatakan perkembangan literasi awal kanak-kanak.

10.5

PENYESUAIAN BAHAN DAN KANDUNGAN

Bahasa dan Literasi merupakan satu program bahasa ekspresif dan bahasa reseptif yang terdapat dalam lisan dan penulisan. Bahasa ekspresif mengandungi pertuturan dan penulisan manakala bahasa reseptif adalah pendengaran dan membaca. Terdapat banyak peluang untuk memperkembangkan bahasa melalui pertuturan terutama pada awal persekolahan kanak-kanak. Antara aktiviti yang biasa diadakan adalah seperti perbincangan dalam kumpulan, membaca buku cerita, berkongsi semasa dalam perbualan. Tetapi jika pengajaran dijalankan dalam satu kumpulan, pendekatan menggunakan bahasa reseptif adalah bersesuaian. Guru perlu pandai memilih antara pendekatan bahasa reseptif atau bahasa ekspresif. Untuk melaksanakan pendekatan-pendekatan ini guru perlulah bijak memilih persekitaran yang bersesuaian dengan pembelajaran bahasa sama ada secara individu atau berkumpulan. Aktiviti-aktiviti prasekolah Kebanyakan aktiviti-aktiviti diprasekolah dijalankan di pusat-pusat atau sudutsudut pembelajaran. Guru perlu memilih pusat-pusat pembelajaran yang bersesuaian dengan pendekatan pengajaran bahasa yang dicadangkan. Antara sudut yang bersesuaian ialah; (a) Sudut Permainan Drama Sudut Permainan drama merupakan sudut yang sangat penting untuk pembelajaran bahasa kanak-kanak. Di sudut ini pendekatan bahasa ekspresif yang memfokuskan kepada pertuturan kanak-kanak dapat dijalankan yang merangkumi perkembangan perbendaharaan kata di samping mempertingkatkan lagi kemahiran kognitif. Permainan drama melibatkan kanak-kanak bermain peranan tanpa menggunakan skrip dan jalan cerita yang diberi. Ianya mungkin berperanan sebagai kehidupan dalam sebuah keluarga atau keadaan di pasar raya.

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

181

Dalam permainan drama, kanak-kanak akan dapat merasai alam orang dewasa kerana ia akan melakonkan alam itu. Secara tidak langsung kanakkanak akan dapat merasai dan menikmati alam yang dia ceburi. Sebagai satu permainan yang simbolik ianya dipenuhi dengan pelbagai makna yang dapat membimbing dan membantu kanak-kanak ketika ia dewasa. Kebiasaannya pemain drama ini adalah merupakan permainan untuk kanak-kanak supaya berani menjelajah dan berkeyakinan terutama sekali dalam pembentukan kemahiran bahasa, kognitif dan sosial. Sebahagian daripada kebaikan menggunakan kaedah permainan drama ini ialah: Membolehkan murid terlibat sepenuhnya dalam pembelajaran. Menggalakkan self-development pada diri murid. Membolehkan murid berkomunikasi dengan lebih yakin. Memudahkan murid memahami sesuatu konsep. Menyediakan murid dengan immediate reinforcement semasa aktiviti dilaksanakan. Mengurangkan masalah disiplin atau gangguan pelajar di bilik darjah semasa pengajaran dilaksanakan kerana mereka terlibat secara langsung. Membolehkan pelajar memahami nilai-nilai dirinya sendiri.

(b) Lain-lain Sudut Pembelajaran Selain daripada sudut permainan drama terdapat lagi beberapa pusat-pusat pembelajaran yang dapat mempertingkatkan kemahiran bahasa dan literasi kanak-kanak prasekolah antaranya ialah, Pusat pembelajaran muzik. Pusat pembelajaran sains. Pusat pembelajaran matematik dan manipulatif/ blok. Pusat pembelajaran teknologi.

AKTIVITI 10.2
Pada pendapat anda, apakah kepentingan pusat-pusat pembelajaran, selain daripada pusat pembelajaran permainan drama dan kesan bahasa dan literasi yang diperoleh oleh kanak-kanak.

182

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

10.6

AKTIVITI-AKTIVITI BAHASA DAN LITERASI

Di dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak diletakkan di bawah komponen bahasa dan komunikasi. Antara kemahiran-kemahiran bahasa dan literasi yang cuba diterapkan oleh komponen ini ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. (a) Kemahiran mendengar kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar.

(b) Kemahiran bertutur kanak-kanak akan dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila. (c) Kemahiran membaca kanak-kanak boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca.

(d) Kemahiran menulis kanak-kanak dilatih untuk menguasai motor halus sehingga boleh menuliskan huruf dan perkataan dan seterusnya menulis ayat mudah. Berikut adalah kandungan Kurikulum Bahasa Melayu seperti yang terdapat di dalam Huraian kurikulum Prasekolah Kebangsaan. (a) Kemahiran Mendengar
Kandungan Cadangan Aktiviti

1. Mendengar dengan penuh


perhatian.

Meneka

dan membezakan diperdengarkan. didengar.

bunyi

yang

Memejamkan mata dan menyatakan bunyi yang Membawa kanak-kanak ke luar kelas dan
menyatakan persekitaran. bunyi yang didengar dari

Mendengar bunyi alat muzik atau alat perkusi


dan menyatakan pic tersebut.

Mendengar bunyi rakaman seperti orang ketawa,


menangis dan mengajuk apa yang didengar.

Mendengar dengan teliti bunyi di persekitaran


dan menceritakan apa yang didengar.

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

183

2. Mendengar dan mengecam


kesamaan bunyi perkataan.

Mendengar sebutan dan menyatakan perkataan


yang mengandungi awalan yang sama contoh: ayam, ayah, asam, abu (bunyi a), batu, bata, baju, bapa (bunyi b).

Mendengar sebutan dan menyatakan perkataan


yang mengandungi akhiran sama. Contoh, mata, bata, kata, suka (bunyi a).

3. Mendengar dan mengecam


bunyi perkataan yang berbeza.

Mendengar sebutan dan menyatakan perkataan


yang mengandungi awalan berbeza. contoh: apa, ini, obor, ular, baju, bapa.

Mendengar sebutan dan menyatakan perkataan


yang mengandungi bunyi akhiran yang berbeza. Contoh, batu, nasi, basi, teko). Sumber : Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. PPK 2003.

(b) Kemahiran Bertutur


Kandungan Cadangan Aktiviti

1. Berinteraksi dengan mesra.

Memulakan perbualan dengan menyebut nama


seperti ibu bapa dan nama adik beradik.

Berbual tentang pengalaman ibu di rumah. Berbual bersama rakan dan guru mereka. Menggunakan ucapan yang sesuai semasa hari
perayaan.

2. Merancang pertuturan
melalui soal jawab.

Bersoal jawab dengan pasangan atau kumpulan


kecil menggunakan intonasi yang betul.

Latar belakang diri dan keluarga. Pengalaman yang menggembirakan. Objek di persekitaran. Gambar. Poster/ buku. Mengemukakan soalan secara kreatif.

3. Melafazkan puisi dengan


intonasi yang betul.

Mendengar dan melafazkan pantun dua kerat


dan empat kerat.

Berbual mengenai kandungan puisi. Membuat persembahan dan pertandingan puisi.

184

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

4. Melakonkan watak-watak
mengikut situasi.

Melakonkan watak-watak dalam cerita kanakkanak.

Mereka watak-watak cerita secara imaginatif dan


melakonkannya. Sumber : Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. PPK 2003

(c)

Kemahiran Membaca
Kandungan Cadangan Aktiviti

1. Mengenal bentuk huruf.

Menyanyi lagu abjad. Menyebut huruf mengikut urutan ke depan dan


dari belakang.

Memadankan bentuk huruf dengan bentuk objek


di persekitaran.

Membentuk huruf melalui pergerakan badan. Membulatkan huruf besar dan huruf kecil
menggunakan bahan dari pelbagai media.

2. Mengenal huruf vokal.

Membulatkan huruf vokal. Membandingkan dan memberi contoh bunyi


vokal e taling dan e pepet.

Contoh: emak dan enam (e taling). Ekor dan epal (e pepet). Membunyikan huruf vokal melalui lagu.

3. Mengenal huruf konsonan.

Mengecam dan membulatkan huruf konsonan


dalam perkataan.

Mengecam dan membunyikan. Mengecam huruf konsonan dan bunyinya


di awal atau diperdengarkan. di akhir perkataan yang

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

185

4. Mengecam dan
memadankan gambar dengan perkataan.

Berlatih memadankan gambar dengan lakaran. Bermain memadankan gambar dengan perkataan
melalui permainan seperti memancing dan suai pasang.

Bermain mencari perkataan tersembunyi.

5. Memperkenalkan dan
menambah perbendaharaan kata.

Melawat persekitaran sekolah dan mengecam


label yang diberi.

Mengumpul dan menampal objek ke dalam


buku skrap.

Melukis gambar dan bercerita tentang gambar


yang dilihat.

Menyanyi sambil mengecam seni kata lagu.

6. Membina suku kata dan


perkataan.

Mencantumkan bunyi huruf vokal dan konsonan


bagi membentuk suku kata.

Menyanyikan

lagu suku kata sambil menunjukkan suku kata yang dinyanyikan. vokal dan huruf konsonan serta bunyinya untuk membentuk suku kata tertutup.

Meneroka melalui permainan cantuman huruf

Menggandingkan
mudah.

perkataan

menjadi

ayat buku

7. Membaca perkataan dan


rangkai kata.

Guru

membacakan bergambar. perkataan.

menggunakan

Kanak-kanak memadankan gambar dengan

8. Membaca ayat dalam konteks.

Guru menggunakan kad imbasan dan meminta


kanak-kanak mencantumkan kad tersebut.

Membaca ayat yang dicantumkan. Guru membaca buku cerita dengan intonasi yang
betul dan sesuai.

9. Memahami bahan yang


dibaca.

Kanak-kanak membaca secara berpasangan atau


secara kumpulan kecil.

Bersoal jawab tentang bahan yang dibaca. Menceritakan semula bahan yang telah dibaca. Menulis gambaran kandungan bahan yang telah
dibaca.

186

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

10. Membimbing cara membaca.

Membaca judul buku, nama pengarang, pelukis,


penerbit buku.

Guru membaca sambil menunjukkan arah


bacaan atas ke bawah ke kiri dan ke kanan.

Guru menunjukkan cara memegang buku pada


jarak yang betul dan menerang sebabnya.

Guru menunjukkan cara menjaga buku.

11. Memupuk minat membaca.

Menyatakan mengapa buku tersebut dipilih


untuk dibaca.

Bersoal jawab tentang buku berdasarkan gambar


pada kulit buku.

Meminta kanak-kanak meramalkan cerita dalam


buku. Sumber : Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. PPK 2003

(d) Kemahiran Menulis


Kandungan Cadangan aktiviti

1. Membina kemahiran
menulis.

Mengerakkan mata mengikut corak yang dibuat


di udara.

Membuat corak menggunakan pelbagai bahan. Menyambung titik-titik pelbagai bentuk garisan
dan gambar mengikut arah anak panah yang diberi.

Memasukkan benang ke dalam lubang untuk


membentuk jalinan atau gambar.

Melakar

corak, garisan dan gambar menggunakan alat tulis yang dipegang dengan betul. betul.

Meniru huruf dan menulis mengikut arah yang

2. Menguasai kemahiran
menulis.

Menekapkan nombor mengikut garisan terputus. Menulis huruf supaya menjadi suku kata dan
perkataan.

Menulis perkataan, rangkai kata dan ayat


bermakna.

Menulis cerita dari pengalaman mereka dalam


ayat mudah.

Membuat buku kecil.


Sumber : Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. PPK 2003

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

187

Lain-lain aktiviti yang bersesuaian untuk meningkatkan kemahiran perancangan bahasa dan literasi kanak-kanak: (a) Bertutur dan Mendengar Bertutur dengan bahasa dan dialek sendiri. Menanya dan menjawab soalan. Mengenal pasti fakta dan memerhati menggunakan perkataan sendiri. Menggunakan bahasa untuk menyelesaikan masalah. Mengambil bahagian dalam aktiviti nyanyian, bercerita, puisi dan drama. Membuat dan menggunakan rakaman. Mengingat kembali dan memerhati dalam kontek yang sebenar. Menguatkan, meluaskan dan mengehendaki kemahiran-kemahiran bertutur dan mendengar kanak-kanak.

(b) Menulis (c) Memerhatikan hubungan di antara bertutur dan menulis. Menulis dalam pelbagai bentuk. Meluahkan perasaan melalui penulisan. Bekerjasama dalam membuat penulisan yang bermakna. Menggunakan peralatan-peralatan menulis seperti komputer dan mesin taip. Menguatkan, meluaskan dan mengehendaki kemahiran-kemahiran menulis kanak-kanak. Mencetak cerita-cerita yang kanak-kanak tuliskan.

Membaca Meluaskan pengalaman pelbagai genre bahan sastera kanak-kanak. Membaca cerita karangan sendiri. Membaca dan mendengar bahan-bahan pembacaan lain. Menggunakan audio-visual atau pelbagai media untuk menambahkan pengalaman membaca. Meluaskan pengalaman membaca supaya mahir membaca.

188

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

10.7
(a) (c)

PENILAIAN

Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan bertujuan untuk: mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. merancang dan mengubah suai aktiviti pengajarannya. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. (b) mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

(d) mengesan keberkesanan pengajarannya. (e) (f)

10.7.1 Kaedah dan Cara Melaksanakan Penilaian


Penilaian untuk tahap kanak-kanak prasekolah dijalankan dengan cara membuat pemerhatian. Ini adalah disebabkan pemerhatian adalah merupakan satu kaedah penilaian melalui pemerhatian yang sistematik dan tepat untuk mengumpul maklumat dan merekodkannya dengan tepat. Untuk itu penilaian yang dijalankan dapat di kategorikan kepada tiga iaitu: (a) (c) Pemerhatian tingkah laku Hasil kerja kanak-kanak (i) Pemerhatian Tingkah Laku Terdapat beberapa contoh tingkah laku yang boleh diperhatikan dan dinilai semasa kanak-kanak itu sedang: Membuat aktiviti mewarna, bermain air, bermain pasir. Bermain pondok bersama rakan-rakan. Bermain bongkah bersama rakan atau bersendirian. Menyelesaikan masalah bersama rakan. (b) Perbualan atau interaksi

(ii) Pemerhatian Semasa Perbualan atau Interaksi Pemerhatian boleh dilaksanakan menerusi situasi berikut: Interaksi kanak-kanak dengan kanak-kanak. Interaksi kanak-kanak dengan guru.

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

189

Interaksi kanak-kanak dengan bahan. Main peranan. Bersoal jawab. Bercerita. Bacaan. Nyanyian dan puisi.

(iii) Pemerhatian Berdasarkan daripada Hasil Kerja Kanak-kanak Penilaian boleh dilakukan semasa kanak-kanak sedang membuat dan melaksanakan hasil kerjaya. Contohnya: Lukisan. Tulisan. Buku skrap. Kraf tangan. Buku kecil. Model.

Berikut adalah Penilaian Kemahiran Bahasa dan Literasi di dalam Perkembangan Komponen Bahasa dan komunikasi
Bil 1 1 1.1 Kemahiran yang dinilai Kemahiran mendengar. Mendengar dengan penuh perhatian. 1.1.1 Mengenal pasti apa yang didengar. 1.1.2 Mengecam dan membezakan pelbagai jenis bunyi. 1.1.3 Mengecam dan membezakan intonasi suara. 1.1.4 Menceritakan apa yang didengar. 1.1.5 Mendengar dan memberi gerak balas terhadap arahan, cerita, puisi, ritma atau rentak, perbualan. Ulasan/ Tarikh Ulasan/ Tarikh Catatan

2 3 4 5

190

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

6 7 8 9 10

1.1.6 Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang sama. 1.1.7 Mengecam perkataan dengan bunyi akhiran yang sama. 1.1.8 Mengecam perkataan dengan bunyi awal yang berbeza. 1.1.9 Mengecam perkataan dengan bunyi akhir yang berbeza. 2.0 2.11 Kemahiran bertutur. Berbual dalam bahasa mudah dengan sebutan yang betul.

11

2.1.2 Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila. (a) mengikut giliran (b) mengikut situasi (c) mengikut peringkat umur 2.1.3 Menyatakan permintaan dan arahan secara bertatasusila. 2.2.1 Mengemukakan soalan dengan menggunakan intonasi yang betul. 2.2.2 Menjawab soalan dengan tepat. 2.2.3 Menjawab soalan secara kreatif. 2.2.4 Bersoal jawab secara bersopan. 2.3.1 Melafazkan pelbagai bentuk puisi seperti pantun, sajak dan syair. 2.3.2 Menceritakan semula pelbagai bentuk puisi dalam bahasa yang mudah. 2.4.1 Melakonkan watak-watak menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak tersebut. 3.1.1 Menyebut huruf mengikut urutan dan secara rawak.

12 13

14 15 16 17

18

19

20

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

191

21 22 23 24 25 26

3.1.2 Mengaitkan huruf dengan bentuk objek di persekitaran. 3.2.1 Mengecam huruf vokal yang terdapat dalam perkataan. 3.2.2 Membunyikan huruf vokal dan huruf konsonan. 3.3.1 Mengecam dan membunyikan huruf konsonan. 3.4.1 Memadankan gambar dengan perkataan. 3.5.1 Mengecam dan mengaitkan label. pada pelbagai objek dan tempat. 3.5.2 Bercerita tentang gambar yang dilihat atau hasil kerja. 3.5.3 Mengecam perkataan melalui nyanyian dan puisi. 3.6.1 Menyebut suku kata hasil gabungan huruf konsonan dan huruf vokal. 3.6.2 Mencantum dua suku kata konsonan dan vokal dalam satu perkataan. 2.6.3 Membaca suku kata terbuka VKV. 3.6.4 Membaca suku kata tertutup. KVK. 3.6.5 Membaca dua suku kata terdiri daripada (KV-KVK), (KVK-KV) dan (KVK-KVK). 3.6.6 Membaca perkataan dan rangkai kata yang bermakna. 3.6.7 Membaca ayat dari cantuman perkataan dan rangkai kata. 3.6.8 Membaca ayat dalam perenggan pendek dengan intonasi yang sesuai.

27 28 29

30

31 32 33

34 35 36

192

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

37 38 39 40 41 42

3.6.9 Mengenal tanda bacaan di dalam ayat atau perenggan. 3.6.10 Menjawab soalan berdasarkan bahan yang dibaca. 3.6.11 Membaca pelbagai bahan bacaan. 3.6.12 Bercerita tentang bahan yang dibaca. 4.1.1 Melakukan koordinasi matatangan. 4.1.2 Melakukan pergerakan tangan dari jari untuk membentuk corak mengikut arah yang betul. 4.1.3 Memegang alat tulis dengan cara yang betul untuk menulis. 4.1.4 Menulis huruf mengikut cara yang betul. 4.1.5 Menulis nombor mengikut cara yang betul. 4.1.6 Menguasai kemahiran menulis perkataan. 4.1.7 Menguasai kemahiran menulis cerita.

43 44 45 46 47

Berdasarkan penilaian di atas guru akan dapat mengenal pasti kanak-kanak, sama ada sudah bersedia dari segi bahasa dan literasinya atau pun sebaliknya. Seandainya kanak-kanak itu masih belum bersedia lagi guru perlulah membuat penilaian sekali lagi atau pun sehingga kanak-kanak itu telah menguasainya, bersedia dari segi penggunaan bahasa.

AKTIVITI 10.3
Jelaskan bagaimana peranan pemerhatian dapat dijalankan dalam penilaian.

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

193

RUMUSAN
Marie Clay (1966), literasi merupakan kesediaan untuk membaca benda yang bercetak. (UNESCO) 2006, memberi definisi bahawa Literasi adalah merupakan kebolehan untuk mengenal, memahami, menginterpretasikan, mencipta, berkomunikasi, menggunakan bahan dan penulisan bercetak. Elizabeth Sulzby (1986), literasi berkembang seperti kebolehan bertutur yang bermula sejak lahir tanpa ada panduan khusus. Chamber English Dictionary (2003) mendefinisikan literasi (celik huruf) sebagai berpelajaran berupaya menulis dan membaca mempunyai kemahiran di dalam atau dengannya. Kesimpulannya bahasa dan literasi merupakan kemahiran seseorang individu itu untuk memperoleh kemahiran membaca dan menulis daripada bahan-bahan yang bercetak. Noam Chomsky berpendapat bahawa setiap kanak-kanak yang dilahirkan mempunyai alat pemerolehan bahasa atau LAD (Language Acquisition Devise). Kanak-kanak telah boleh bercakap ketika berumur tiga tahun dengan menggunakan tatabahasa transformasi-generatif. Chomsky telah membezakan pengetahuan bahasa. antara kebolehan bahasa dengan

Teori Chomsky juga dinamakan sebagai teori nativistik kerana teori ini menekankan sifat semula jadi atau keaslian yang hanya terdapat dalam diri manusia. B.F Skinner menekankan bahawa pembelajaran bahasa ini berlaku sebab orang dewasa mengajar kanak-kanak bercakap (misalnya ibu bapa dan ahli-ahli keluarga), memberi galakkan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut sesuatu perkataan yang diajar. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak sentiasa berkait rapat dengan perkembangan mentalnya. Kanak-kanak mula belajar bercakap dalam lingkungan umur dua tahun iaitu penghujung tahap sensori motor. Piaget juga menjelaskan perkembangan bahasa kanak-kanak di bahagikan kepada dua tahap. Teale dan Sulzby dalam bukunya Emergent Literacy: Writing and Reading (1986). telah membahagikan ada tiga peringkat atau tahap kanak-kanak.

194

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

Bahasa dan Literasi merupakan satu program bahasa ekspresif dan bahasa reseptif yang terdapat dalam lisan dan penulisan. Bahasa ekspresif mengandungi pertuturan dan penulisan manakala bahasa reseptif adalah pendengaran dan membaca. Kebanyakan aktiviti-aktiviti diprasekolah dijalankan di pusat-pusat atau sudut-sudut pembelajaran. Guru perlu memilih pusat-pusat pembelajaran yang bersesuaian dengan pendekatan pengajaran bahasa yang dicadangkan. Permainan drama melibatkan kanak-kanak bermain peranan tanpa menggunakan skrip dan jalan cerita yang diberi. Di dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak diletakkan di bawah komponen bahasa dan komunikasi. Kemahiran mendengar kanak-kanak boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar. Kemahiran bertutur kanak-kanak akan dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila. Kemahiran membaca kanak-kanak boleh mengucapkan apa yang tertulis dan bercetak dan memahami makna perkataan atau ayat yang dibaca. Kemahiran menulis kanak-kanak dilatih untuk menguasai motor halus sehingga boleh menuliskan huruf dan perkataan dan seterusnya menulis ayat mudah. Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan Bahasa dan Literasi kanak-kanak. Penilaian untuk tahap kanak-kanak prasekolah dijalankan dengan cara membuat pemerhatian.

Transformasi-genaratif Bahasa ekspresif Bahasa reseptif Ganjaran

Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

TOPIK 10 PERANCANGAN BAHASA DAN LITERASI

195

RUJUKAN
Bernard Spodek (1994). Right from the start. Teaching children ages three to eight. Allyn and Bacon. Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging literacy. (7th ed.). NY: Thomson Delmar Learning. Sowers, J. (2000). Language arts in early education. NY:Thomson Delmar Learning. Koster, J. B. (2001). Growing artists: Teaching art to young children. (2nd ed.). NY: Thomson Delmar Learning Mayesky, M. (2002). Creative activcities for young children. (7th ed.). NY: Thomson Delmar Learning Libby, W. M. L. (2002). Enriching the curriculum with art experiences. NY: Thomson Delmar Learning. Isbell, R. T. & Raines, S. (2003). Creativitiy and the arts with young children. NY: Thomson Delmar Learning Schirrmacher, R. (2002). Art and creative development for young children. (4th ed.). NY: Thomson Delmar Learning Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia UNESCO Institute for Statistics: Literacy rates, youth (15-24) and adult (15+), by region and gender (September 2006 Assessment).

Anda mungkin juga menyukai