Anda di halaman 1dari 2

Ringkasan Eksekutif

Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan YAB Dato` Seri Mohamad Khaled Nordin telah melantik
pasukan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia untuk menjalankan kajian dinamakan " Suara Hati
Johor" iaiatu kajian penglibatan awam terhadap 100 hari pentadbiran YAB Menteri Besar Johor. Hasrat
Kerajaan Negeri Johor ini bertujuan memartabatkan kehendak, jangkaan dan keperluan rakyat
berasaskan tema " merakyatkan Kerajaan"

Objektif kajian "Suara Hati Johor" adalah mengenalpasti isu-isu secara holistik yang dihadapi rakyat serta
perkara-perkara penting yang perlu ditangani oleh pentadbiran negeri.

Kajian memberi penekanan kepada empat (4) kluster utama berikut:

Kesejahteraan hidup meliputi isu perumahan, kos sara hidup dan perkhidmatan kesihatan

Meningkatkan martabat sosial merangkumi pendidikan, pekerjaan dan juga pembangunan insan

Memperkasakan kehidupan masyarakat dengan meningkatkan kualiti kehidupan, dan

Pembangunan komuniti

Sejumlah 5571 responden dari kesemua 10 daerah negeri Johor telah memberikan input berguna
kepada pihak Kerajaan Johor melalui dua bentuk utama pelaksanaan kajian iaitu kajian dalam talian serta
kajian lapangan

Hasil kajian mendapati sebanyak tujuh (7) isu berbangkit telah dikemukakan oleh responden kedua-dua
kajian dalam talian dan kajian lapangan. Tujuh isu tersebut adalah:

 Mengurangkan kadar jenayah

 Rumah mampu milik di kawasan bandar

 Mengawal harga barangan harian

 Peluang pekerjaan yang mampan (dari segi gaji dan kos hidup)

 Memperkukuhkan pendidikan agama

 Menangani masalah sosial

 Lambakan Pekerja asing

Hasil "suara hati" responden melalui maklum balas terhadap soalan terbuka mendapati sebanyak tiga (3)
kelompok isu berbangkit yang dikemukakan oleh responden kedua-dua kajian dalam talian dan kajian
lapangan. Tiga kelompok isu tersebut adalah:

 Kemudahan awam

 Good governans

 Pekerjaan di Johor
Dapatan kajian ini menunjukkan harapan,kehendak, jangkaan dan keperluan rakyat yang tinggi terhadap
Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan YAB Dato` Seri Mohamad Khaled Nordin

Kepemimpinan politik di Johor di semua lapisan kepemimpinan perlu menginsafi, memahami dan
menghayati perubahan politik dalam era moden. Fenomena politik menggambarkan tahap literasi politik
dan kesedaran politik dalam kalangan dalam kalangan rakyat semakin meningkat. Keputusan PRU-13
menunjukkan sikap dan pemikiran rakyat yang berubah dan peka kepada keadaan politik semasa.
Sesungguhnya kepemimpinan politik yang berintegriti mendaulatkan perlembagaan dan melaksanakan
dasar pembangunan yang pro-rakyat menyumbang kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan.

Adalah diharapkan kajian ini menghasilkan output yang berguna untuk dijadikan dasar yang akan
dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Johor.

Penutup

Dapatan kajian ini menunjukkan harapan,kehendak, jangkan dan keperluan rakyat yang tinggi terhadap
kerajaan negeri Johor di bawah kepemimpinan YAB Dato Seri Mohamad Khaled Nordin

Kepemimpinan politik di Johor di semua lapisan kepemimpinan perlu menginsafi, memahami dn


menghayati perubahan politik dalam era moden

Anda mungkin juga menyukai