Anda di halaman 1dari 16

138

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

Topik

8
1. 2. 3. 4. 5. 6.

Drama dan Dramatika Kreatif

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Menjelaskan konsep drama dan teater kanak-kanak; Menyatakan kepentingan-kepentingan drama dan teater kepada kanak-kanak; Membuat satu perancangan untuk menyediakan satu persembahan drama dan teater kanak-kanak; Menyenaraikan bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat persembahan TV dan teater kanak-kanak; Memastikan peranan guru dan kanak-kanak semasa aktiviti persembahan sedang diadakan; dan Mengenal pasti hubungan drama dan teater dengan kurikulum adan komponen prasekolah.

PENGENALAN
Drama dan teater kanak-kanak sering kali disalah ertikan oleh masyarakat umum. Apabila disebut persembahan drama kanak-kanak ianya membawa makna untuk melatih kanak-kanak dengan pelbagai teknik drama seperti lakonan, penulisan skrip, pengarahan dan apresiasi drama. Manakala teater kanak-kanak bermaksud untuk membicarakan tentang seni atau aktiviti drama yang diintegrasikan ke dalam pendidikan. Melalui pelbagai aktiviti drama dan dramatik kanak-kanak yang terlibat dapat mengenal diri mereka dengan lebih jelas lagi, mengenal ruang dan persekitaran,

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

139

memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek. Manakala teater dalam pendidikan pula lebih menjuruskan kepada bagaimana kita melatih kanak-kanak menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, menanamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta berkemahiran berkomunikasi. Apakah yang dimaksudkan dengan drama dan dramatika kanak-kanak?

8.1

KONSEP DRAMA DAN DRAMATIKA KANAK-KANAK

Perkataan drama berasal daripada perkataan dran yang bermaksud melakonkan atau melakukan. Selain daripada itu drama ini juga bermaksud aktiviti melakonkan karangan yang berbentuk prosa dan puisi yang ditampilkan dengan gerak laku serta mencerminkan tentang realiti kehidupan manusia. Kebanyakan buku-buku drama dan dramatika kanak-kanak yang terdapat di negara kita pada peringkat awalnya merupakan saduran dan terjemahan bahanbahan buku drama dari barat. Untuk itu pada awal abad ke-20an, Pejabat Karang Mengarang yang berpejabat di Sultan Idris Training College (SITC) telah memulakan langkah untuk menterjemahkan bahan-bahan drama dari Barat. Drama klasik Inggeris yang popular dan terkenal Macbeth hasil karya William Shakespeare merupakan buku yang awal yang telah disadurkan dan dipermudahkan oleh Hussein Ahmad. Drama ini telah diterbitkan oleh Saudara Sinaran Berhad. Empat tahun kemudian dua buah buku drama suntingan H.R Cheeseman dan B.L Milne berjudul Cherita Lakunan, buku 1 dan 11 telah diterbitkan oleh Malaya Publishing House (MPH) untuk kegunaan kanak-kanak sekolah Melayu. Konsep drama dan dramatika kanak-kanak adalah bertujuan untuk: (a) Mengubah sikap kanak iaitu untuk tujuan memperbaiki sikap dan peribadi pelakon dan penonton yang menyaksikan dan melakonkan teater atau drama.

(b) Meningkatkan lagi ilmu pengetahuan yang tersedia ada (sebagai satu pendidikan) daripada tidak tahu kepada tahu. (c) Merangsang pemikiran kanak-kanak secara kritis dan kreatif. (d) Menggerakkan penggunaan psikomotor dan mempertajamkan pelbagai kecerdasan yang sedia ada pada diri setiap kanak-kanak. (e) Memotivasikan diri kanak-kanak untuk membicarakan tajuk atau isu-isu tertentu bagi tujuan mendidik dan memberi kesedaran berkaitan dengan tajuk dalam kurikulum atau persekitaran kanak-kanak.

140

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

Drama dan teater dapat membimbing kanak-kanak supaya lebih menumpukan kepada: (a) Konsentrasi Kanak-kanak adalah digalakkan untuk memberi tumpuan atau sepenuh konsentrasi tentang sesuatu aktiviti yang dilakukan. Dengan memberi sepenuh penumpuan ini matlamat yang dikehendaki akan dapat dicapai dengan jelas. Di samping itu semasa aktiviti drama dan teater ini kanak-kanak akan dilatih untuk membina dan meningkatkan keyakinan diri serta kepercayaan terhadap orang lain. Keadaan tubuh badan semasa membuat latihan konsentrasi ini hendaklah di dalam keadaan tenang atau relax dan kanak-kanak juga akan diajar untuk menggunakan imaginasi semasa menjalankan aktiviti supaya dapat membentuk seorang yang dapat berfikiran kreatif dan kritis.

(b) Pergerakan Tubuh (Olah Tubuh) Sebelum aktiviti drama dan teater dijalankan, kanak-kanak itu perlulah didedahkan dengan kesedaran tubuh/diri mereka. Terutama sekali tentang aktiviti mengenal ruang diri. Ruang diri boleh dibahagikan kepada dua iaitu ruang diri dan ruang umum. Ruang diri merupakan ruang atau bahagian yang ada pada diri kita seperti atas, tengah, bawah, hadapan dan belakang. Manakala ruang umum merupakan ruang yang terdapat di sekeliling atau persekitaran kita. Kanak-kanak juga perlu memahami tentang keadaan saiz dan bentuk badan seseorang untuk memudahkan membuat pergerakan tubuh serta memudahkan juga kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan ini kanak-kanak akan dapat mengekalkan hubungannya dengan orang lain. (c) Penggunaan Lima Deria Penggunaan panca indera adalah penting untuk latihan drama dan teater. Dengan menggunakannya secara optimum secara tidak langsung dapat melatih kanak-kanak itu terhadap kepekaan melihat, mendengar, merasa, menghidu dan menyentuh sesuatu benda. Penggunaannya ini juga membolehkan kanak-kanak itu dapat mengingat dan membuat improvisasi apabila melalui indera terhadap realiti dan persekitarannya.

(d) Imaginasi Terhadap Situasi/Keadaan Semasa kanak-kanak berteater dan berdrama mereka akan dapat membuat satu unsur imaginasi. Di mana kanak-kanak akan dapat menggambarkan atau membayangkan satu situasi atau keadaan. Melalui kebolehan berimaginasi ini kanak-kanak akan diperkaya dengan pelbagai jenis pengalaman yang mereka telah peroleh daripada persekitarannya. Pergerakan melalui imaginasi/ situasi dapat meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu situasi. Di samping itu juga kanak-kanak akan dapat memanipulasi setiap objek melalui stimulasi imaginasi terhadap sesuatu situasi atau keadaan.

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

141

(e)

Bahasa, Vokal dan Pertuturan/komunikasi Bahasa yang digunakan lebih menjuruskan kepada bahasa kanak-kanak iaitu bahasa yang mudah dan ringkas. Corak penyampaiannya boleh dilakukan sama ada bersuara atau tanpa suara. Kanak-kanak juga dapat menyesuaikan diri untuk berkomunikasi berdasarkan kepada keadaan atau situasi persekitaran kanak-kanak itu. Membina Peribadi Guru akan cuba untuk membentuk dan membina peribadi kanak-kanak supaya ia dapat menonjolkan tentang keterampilan diri, mod, emosi serta aksi yang akan cuba ditonjolkan. Drama dan dramatika ini juga berperanan untuk membentuk setiap insan supaya memperoleh pengetahuan, ilmu dan peribadi yang menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu drama dan teater yang disajikan perlulah yang berasaskan kepada konsep JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak. Konsep ini pula dapat diklasifikasikan kepada tiga konsep penting yang saling berkaitan antara satu sama lain (lihat Rajah 8.1), seperti (a) (c) pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran pementasan drama dan teater sebagai mdium pembelajaran (b) teks drama sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dan

(f)

Rajah 8.1: Konsep Jeri

142

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

(a)

Pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran Terdapat pelbagai pendekatan atau teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa menggunakan teater atau drama. Antara yang kerap digunakan oleh guru-guru prasekolah ialah: (i) main peranan (ii) improvisasi/simulasi (iii) teater pembaca (iv) teater bercerita (v) tetamu dalam aksi

(b) Teks drama sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dan realiti kehidupan (i) sosio budaya (ii) nilai murni/ agama (iii) pengajaran (iv) KBKK (v) ilmu (vi) psikolinguistik & sosiolinguistik (c) Pementasan drama dan teater sebagai mdium pembelajaran (i) latihan asas (ii) dialog (sebutan, kelancaran, intonasi dll) (iii) penghayatan (justifikasi) (iv) komunikasi (v) disiplin, yakin diri

AKTIVITI 8.1
Apakah yang dimaksudkan dengan drama dan dramatika kanakkanak?

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

143

8.2

KEPENTINGAN DRAMA KEPADA KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Kepentingan drama dan teater kanak-kanak adalah untuk merujuk kepada aktivitiaktiviti yang tidak formal, di mana kanak-kanak akan dibimbing oleh guru untuk mengapresiasi dan menghayati tajuk atau isu dengan penuh perasaan. (a) Matlamat utamanya drama dan teater kanak-kanak ini adalah bukan bertujuan untuk diadakan satu pementasan tetapi yang paling penting ialah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka alam imaginasi mereka secara bebas tetapi terkawal melalui disiplin seni drama dan teater.

(b) Selain itu aktiviti seumpama ini juga bertujuan untuk mengembangkan potensi diri kanak-kanak melibatkan diri secara kumpulan serta dapat mempertingkatkan apresiasi terhadap sastera. Drama dan teater ini juga merupakan satu terapi kepada kanak-kanak kerana kebanyakan cerita kanakkanak tekniknya adalah hampir serupa. (c) Aktiviti drama dan teater dapat menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif kanak-kanak kerana kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak. Semasa aktiviti berlangsung kanak-kanak akan digalakkan oleh guru untuk berfikir melalui soalan-soalan yang bercapah dan membimbing mereka ke arah pemikiran yang terbuka.

(d) Menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam drama dan teater ini juga dapat meningkatkan kecekapan berbahasa dan komunikasi, malahan dapat juga meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, membina konsep diri yang positif, memupuk kesedaran sosial, empati, nilai-nilai murni dan sikap yang positif (Heing, R.B: 1993). (e) Drama dan teater merupakan satu proses yang dinamik. Guru sebagai pembimbing akan dapat meneroka, mengembangkan idea, konsep dan perasaan melalui aktiviti pergerakannya. Melaluinya kanak-kanak akan dilatih supaya dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti improvisasi berdasarkan isi pelajaran yang disampaikan. Aktiviti drama dalam pendidikan bukan sesuatu yang sukar dilaksanakan. Peter Slade (1954) menjelaskan bahawa ekspresi menjelaskan bahawa ekspresi dramatik dalam diri seseorang kanak-kanak telah sedia wujud dan dikuasai sejak mereka kecil lagi. Slade membuat kajian dengan pemerhatian terhadap bagaimana seseorang kanak-kanak bermain. Berdasarkan kajiannya beliau telah merumuskan bahawa kanak-kanak mempunyai kebolehan membuat sintesis, membuat ramalan, membuat keputusan, berfikir secara logik, membuat uji kaji, mencipta serta menyerapkan ilmu daripada persekitaran mereka.

(f)

144

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

(g) Selain kanak-kanak dapat berfikir secara kreatif dan kritis, aktiviti drama dan teater ini juga dapat mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan, selesa dan pragmatik. Kanak-kanak akan dilatih menggunakan bahasa dengan bersahaja dan bertepatan dengan situasi serta peranan yang dimainkan.

8.3

PERANCANGAN DRAMA DAN TEATER KREATIF KANAK-KANAK

Untuk melaksanakan aktiviti drama dan teater kreatif ini guru perlulah terlebih dahulu merancang aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan, terutamanya dari segi latihan. Tanpa melibatkan diri kanak-kanak dalam latihan-latihan khusus penghayatan watak dan penghafalan skrip tidak akan berjalan dengan lancar. (a) Latihan Konsentrasi Kebanyakannya kanak-kanak memang mempunyai kurang daya konsentrasi atau tumpuan kepada sesuatu perkara. Untuk itu latihan ini perlu dijalankan sebelum latihan drama dan teater. Latihan ini bertujuan untuk membolehkan mereka berlatih dengan memberi tumpuan kepada sesuatu perkara secara tidak disedari. Selain daripada itu guru boleh juga mengadakan aktiviti memberi tumpuan perhatian seperti mengadakan permainan, contoh seperti; (i) Mendengar bunyi siren ambulans, atau kereta bomba. (ii) Melihat kapal terbang mendarat. (iii) Menonton filem komedi. (iv) Menonton filem seram. (v) Menghidu bau asap sampah terbakar. (vi) Menghidu bau wangi, busuk dan lain-lain lagi. (b) Latihan Pengukuhan Indera Latihan pengukuhan dalam lima panca indera yang merangkumi deria melihat, mendengar, merasa, menyentuh dan menghidu amat penting dalam menghasilkan sesebuah drama kreatif. Latihan ini bolehlah dimulakan dengan memperkenalkan kepada kanak-kanak tentang persekitaran mereka melalui awal. Beberapa latihan boleh dilaksanakan. Contohnya: (i) Latihan panca indera melihat Mengarahkan kanak-kanak membuat satu imaginasi bahawa mereka akan masuk ke dalam sebuah rumah yang besar di mana di dalam sangat ramai penghuninya. Kemudian membuka kasut serta meletakkannya ke dalam rak-rak kasut yang telah disediakan.

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

145

Keadaan rumah itu sangat gelap, anda hendak keluar. Terus mencari rak kasut tempat anda menyimpan untuk pulang ke rumah anda. Didapati kasut anda telah bercampur aduk dengan kasut-kasut lain, puas anda mencarinya sehingga anda merasa bosan. Anda sudah terlewat pulang ke rumah anda. Anda perlu mendapatkan kasut itu dengan secepat mungkin. Apabila anda sampai di rumah anda, anda terus menuju ke rak kasut dan meletakkannya di tempat yang anda biasa letakkannya.

(ii) Latihan panca indera mendengar Anda mengarahkan kanak-kanak mendengar bunyi kuat seperti bunyi letupan. Mendengar satu bunyi yang sangat perlahan. Samar-samar dan cuba untuk meniru bunyi tersebut. Akhirnya dapat meneka bunyi yang telah didengari. Mendengar pelbagai jenis kenderaan yang lalu di jalan raya. Kanak-kanak dikehendaki memberitahu bunyi kenderaan tersebut. Mendengar pelbagai jenis lagu yang dimainkan oleh beberapa alat muzik.

(iii) Latihan panca indera membau Waktu tengah hari. Balik dari sekolah, terhidu bau ikan masin. Menghidu pelbagai jenis minyak wangi di kaunter jualan peralatan kosmetik di sebuah pasar raya yang terkenal. Menghidu sesuatu bau yang sangat tidak menyenangkan diri, cuba meneka apakah benda yang terbau itu. Cuba mencari dari mana bau itu datang dan akhirnya dapat tahu apakah sebenarnya bau itu. Pergi ke sebuah taman yang dipenuhi dengan bauan bunga-bunga yang sangat harum, nyaman dan menyegarkan.

(iv) Latihan panca indera merasa Memakan kek strawberi yang sangat enak dan lazat. Mencuba masakan luar negara yang belum pernah dirasai. Cuba untuk merasanya. Akhirnya gemar terhadap masakan tersebut. Menggigit sehiris buah mangga yang sangat masam dan kelat kerana belum lagi masak kerana masih muda.

146

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

(v) Latihan panca indera sentuh. Menyentuh hujung paku yang tajam. Menyentuh sehelai kain baldu yang lembut, tebal dan halus teksturnya. Tersentuh kuali yang panas ketika menggoreng ikan. Memegang ketulan air batu yang sejuk.

Latihan yang dicadangkan di atas hanyalah sebagai contoh. Pembimbing atau guru bolehlah mempelbagaikan aktiviti tersebut. Tujuannya adalah untuk membolehkan kanak-kanak itu sentiasa peka dan lebih berketerampilan melatih panca indera mereka supaya mereka mendapat: (i) pengalaman dalam melakukan imaginasi. (ii) meneroka. (iii) memberi pendapat. (iv) mencipta sesuatu secara kreatif. (v) mempelbagaikan pengalaman. (vi) melakukan pemerhatian yang teliti. (vii) boleh membuat keputusan muktamad seperti memilih apa yang penting dan apa yang tidak penting.

AKTIVITI 8.2
Berpandukan contoh-contoh aktiviti panca indera, cuba anda fikirkan apakah aktiviti-aktiviti lain yang anda fikirkan sesuai dengan kanakkanak prasekolah.

8.4

JENIS-JENIS CERITA DAN TEATER KANAK-KANAK

Jenis-jenis cerita kanak-kanak adalah pelbagai, antaranya ialah yang bertemakan seperti berikut: (a) Haiwan Berdasarkan tema cerita haiwan, kanak-kanak akan melakonkan teater atau drama yang berunsur haiwan. Di mana haiwan yang dilakonkan dapat

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

147

dibahagikan kepada haiwan yang lemah, kuat, garang, rajin, pemalas dan lain-lain lagi. Biasanya pelaku akan memakai topeng haiwan yang dilakonkan. Penerapan nilai murni perlu ditekankan semasa kanak-kanak melakunkan tema haiwan tersebut. (b) Pokok Dengan menggunakan pokok sebagai tema cerita. Kanak-kanak dapat merasai dan menjiwai peranan pokok yang terdapat di persekitarannya. Kanak-kanak akan cuba bertindak dan memberi respons apabila angin bertiup, cuaca yang panas, pokok ditimpa hujan, pokok ditebang dan pelbagai jenis aktiviti yang dilakukan terhadap pokok. (c) Manusia Segala tingkah laku manusia akan ditiru oleh kanak-kanak. Kanak-kanak juga akan cuba bermain peranan bagaimana untuk menjadi manusia dewasa, remaja, kanak-kanak dan orang tua. Kanak-kanak akan menggayakan pergerakan, perlakuan serta gaya percakapan setiap individu atau manusia yang dilakonkan wataknya.

(d) Kenderaan Kanak-kanak akan cuba menggayakan pergerakan kenderaan seperti pergerakan kereta api, bas, lori, motosikal dan sebagainya. Di samping menggayakan pergerakan kenderaan, kanak-kanak akan cuba membunyikan bunyi kenderaan tersebut. (e) Alam Fantasi Kanak-kanak akan cuba melakonkan drama yang bercorak seperti berada di alam fantasi. Seperti ketika berada di tahun 2020, di awang-awangan, di dasar lautan dan sebagainya. Alam Sebenar Keadaan sebenar dunia kanak-kanak. Kanak-kanak akan cuba melakonkan keadaan alam sebenar (real world).

(f)

AKTIVITI 8.3
Buatkan satu aktiviti bagaimanakah kanak-kanak berada di alam fantasi.

148

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

8.5

BAHAN DAN PERALATAN UNTUK PEMENTASAN DRAMA DAN DRAMATIKA KANAK-KANAK

Pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan dalam pementasan drama dan dramatika kanak-kanak ini. Antaranya: (a) (c) (e) (f) Kertas mahjong. Kaset. Pentas. Back drop dan sebagainya. (b) Radio. (d) Compact Disk.

Senaraikan bahan-bahan lain berserta dengan gambar peralatan yang biasa digunakan dalam sesebuah pementasan drama dan dramatika kanak-kanak.

8.6

PERANAN GURU DAN KANAK-KANAK

Dalam menjayakan sesebuah drama kreatif, guru perlulah memberikan fokus sebagai pembimbing atau sebagai ketua dalam peranan, di mana guru akan bertindak untuk merangsang dan memulakan aktiviti-aktiviti drama tersebut di dalam bilik darjah. Biasanya dalam memulakan aktiviti drama kreatif di bilik darjah, guru berperanan sebagai watak tertentu dalam cerita atau isu yang dibawa oleh kanak-kanak. Dalam melaksanakan kaedah ini menerusi penghayatan terhadap teks sastera yang dipelajari, guru merancang peranan-peranan tertentu mengikut matlamat dan keperluan kandungan teks tersebut. Di antara peranan-peranan yang boleh dimainkan oleh guru: (a) Peranan seorang Pengarah yang memberikan arahan kepada pelakonpelakonnya berdasarkan cerita yang dilakonkan. Selain itu, guru juga boleh berperanan sebagai watak yang paling berkuasa dan boleh memberikan arahan kepada watak-watak lain bagi tujuan menggerakkan plot ceritanya.

(b) Berperanan sebagai penyampai mesej atau arahan: seperti penolong ketua atau penolong pengarah yang menyampaikan arahan atau pesanan kepada ahli yang lain. Guru boleh meminta pendapat kanak-kanak yang berperanan pelbagai watak lain dalam cerita membincangkan tentang sesuatu isu atau permasalahan yang perlu diselesaikan atau yang perlu diberikan kata putus.

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

149

(c)

Peranan sebagai sebahagian daripada ahli kumpulan (sama peranan seperti kanak-kanak) yang diminta berbincang atau menyelesaikan sesuatu masalah dan tugasan yang diberikan. Guru akan sering menggunakan perkataan seperti kita dan menghadirkan dirinya di dalam sesuatu kumpulan sebagai ahli. Sebagai contoh guru boleh berkata apa yang harus kita lakukan.., bagaimanakah kita hendak menyatakan .

(d) Peranan sebagai pembangkang atau pengacau dalam sesebuah kumpulan. Guru akan bertindak sebagai ahli yang sering mencabar pendapat ahli-ahli lain atau membangkang sesuatu keputusan. (e) Peranan sebagai antagonis dalam cerita. Guru akan berperanan sebagai antagonis yang mencabar watak lain yang dimainkan oleh kanak-kanak. Guru perlu memastikan bahawa setiap kanak-kanak akan menggunakan bahasa dan intonasi yang sesuai semasa dialog diutarakan walaupun menunjukkan pertentangan idea atau pendapat. Guru akan cuba untuk berperanan pelbagai watak pada sesuatu masa. Guru boleh memainkan pelbagai peranan semasa sesi aktiviti dilaksanakan.

8.7

AKTIVITI PEMENTASAN

Contoh latihan aksi yang berdasarkan situasi yang dicadangkan adalah seperti berikut: (a) Situasi: menyediakan meja dan hidangan untuk majlis hari jadi adik atau rakan.

(b) Menjaga kucing yang anda sayangi. Seperti memandikan, mengeringkan bulunya dan memberi makan. (c) Anda cuti hari ini. Anda telah berjanji dengan rakan anda hendak pergi bermain di padang. Anda telah terbangun lewat, anda terpaksa tergesa-gesa bersiap untuk menemui rakan anda yang sedang menunggu.

(d) Anda baru pulang dari sekolah. Ibu tidak ada di rumah. Anda ke dapur dan buka periuk. Cuma ada nasi sahaja. Anda membaca nota yang ditulis oleh ibu. Minta anda menggoreng telur untuk lauk hari ini. Anda pula jarang menggoreng telur, tetapi anda terpaksa. Akhirnya anda berjaya. (e) Anda dan sekumpulan rakan sedang berkhemah di tepi sebuah hutan. Semasa hendak memasak anda terpaksa mencari kayu api, ketika itu anda ternampak sebuah gua. Anda dan rakan-rakan masuk ke dalam gua tersebut. Anda semua sangat berhati-hati kerana takut dan suasana sangat gelap. Rakan anda membawa lampu picit dan semasa menyuluh jalan anda ternampak dan menemui sebuah kotak. Anda dan rakan-rakan membuka kotak tersebut. Di dalamnya terdapat emas dan berlainan. Tiba kedengaran bunyi yang sangat menakutkan. Masing-masing ketakutan. Tetapi ada juga yang sempat mengambil wang emas dan memasukkan ke dalam poket. Terdengar suara yang makin lama makin kuat.

150

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

Selain situasi, guru boleh juga menggunakan gambar dan menimbulkan beberapa pertanyaan untuk mewujudkan mood dan situasi berdasarkan gambar, muzik, watak atau tokoh tertentu. Contohnya: (a) Gambar pemandangan yang memberikan gambaran situasi tertentu untuk menimbulkan perasaan di kalangan kanak-kanak.

(b) Perdengarkan muzik atau irama instrumental dan minta kanak-kanak menghayatinya dan cuba mengimaginasikan sesuatu situasi atau keadaan berdasarkan lagu itu. (c) Perdengarkan muzik yang mempunyai lirik tertentu dan minta kanak-kanak untuk cuba menggambarkan situasi yang diceritakan dalam lagu.

(d) Melakukan aksi atau gerak berdasarkan sesuatu benda, meniru gerak objek seperti pensel, pengering rambut dan lain-lain lagi. (e) (f) Berikan boneka dan arah kanak-kanak beraksi seolah-olah diri mereka boneka. Meneka watak melalui lakonan bisu (meneka aksi atau peristiwa berdasarkan isi cerita yang dibaca).

(g) Rantai cerita (menyambung cerita secara bergilir). (h) Bercerita pelbagai gaya (berdasarkan gambar, sinopsis atau secara terperinci sesuatu senario dalam cerita. (i) Lakonan spontan berdasarkan situasi yang diberi oleh guru.

8.8

HUBUNGAN DENGAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Hubungan drama dan dramatika dalam pendidikan prasekolah sememangnya rapat. Ini dapat dilihat berdasarkan perkaitan antara Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan Komponen Bahasa dan Komunikasi yang mana menjadi tunjang perkembangan bahasa kanak-kanak. Komponen Bahasa dan Komunikasi merupakan nadi kepada perkembangan kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak dikira telah berkemahiran berbahasa sekiranya ia telah menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan orang lain. Selaras berdasarkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di peringkat persekolahan adalah wajar bagi setiap kanak-kanak menguasainya dengan baik sekali. Proses penguasaan kemahiran Bahasa Melayu dapat diperoleh melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif dalam

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

151

aktiviti yang menggembirakan dan menyeronokkan seperti bercerita, berbual, bersoal jawab, menyanyi, berlakon, berpuisi dan permainan Bahasa. Aktiviti ini akan dapat menambahkan Objektif Kurikulum Bahasa Melayu untuk membolehkan kanak-kanak; (a) (c) Mendengar dan menyatakan apa yang didengar. Membaca dan menceritakan perkembangan kanak-kanak. isi bacaan sesuai dengan peringkat (b) Bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila.

(d) Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul. Berdasarkan kurikulum pendidikan prasekolah komponen Bahasa Melayu (Jadual 8.1), terdapat satu beberapa kandungan bahagian yang memfokuskan kepada drama dan dramatika kreatif. Antaranya ialah kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.
Jadual 8.1: Contoh Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Berfokuskan kepada Komponen Bahasa Melayu Kandungan 2.4 Melakonkan watak-watak mengikut situasi Hasil Pembelajaran 2.4.1 Melakonkan watak-watak menggunakan bahasa yang sesuai untuk menghidupkan watak tersebut. Cadangan aktiviti Bahan/ Alatan perakam video, kaset, buku cerita kanakkanak.

Melakonkan watak- Boneka,


watak dalam cerita kanak-kanak

Mereka

watakwatak cerita secara imaginasi dan melakonkannya.

AKTIVITI 8.4
Berpandukan kepada Buku Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, laksanakan satu drama kreatif yang berasaskan kepada pembelajaran pra sains.

152

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

RUMUSAN
Perkataan drama berasal daripada perkataan dran yang bermaksud melakunkan atau melakukan. Persembahan drama kanak-kanak ianya membawa makna untuk melatih kanak-kanak dengan pelbagai teknik drama seperti lakonan, penulisan skrip, pengarahan dan apresiasi drama. Teater kanak-kanak bermaksud untuk membicarakan tentang seni atau aktiviti drama yang diintegrasikan ke dalam pendidikan. Melalui drama dan dramatika kreatif kanak-kanak yang terlibat dapat mengenal diri mereka dengan lebih jelas lagi, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek. Melalui drama, kanak-kanak dapat meluahkan emosi dan perasaan ketika berdrama dan akan terus terbawa-bawa dalam kehidupan seharian mereka. Awal abad ke-20 an Pejabat Karang Mengarang yang berpejabat di Sultan Idris Training College (SITC) telah memulakan langkah untuk menterjemahkan bahan-bahan drama dari Barat. Drama klasik Inggeris yang popular dan terkenal Macbeth hasil karya William Shakespeare merupakan buku awal yang telah disadurkan dan dipersembahkan. Mengubah sikap kanak iaitu untuk tujuan memperbaiki sikap dan peribadi pelakon dan penonton yang menyaksikan dan melakunkan teater atau drama. Meningkatkan lagi ilmu pengetahuan yang tersedia ada (sebagai satu pendidikan) daripada tidak tahu kepada tahu. Merangsang pemikiran kanak-kanak secara kritis dan kreatif. Menggerakkan penggunaan psikomotor dan mempertajamkan pelbagai kecerdasan yang sedia ada pada diri setiap kanak-kanak. Memotivasikan diri kanak-kanak untuk membicarakan tajuk atau isu-isu tertentu bagi tujuan mendidik dan memberi kesedaran berkaitan dengan tajuk dalam kurikulum atau persekitaran kanak-kanak. Latihan pengukuhan dalam lima panca indera yang merangkumi deria melihat, mendengar, merasa, menyentuh dan menghidu amat penting dalam menghasilkan sesebuah drama kreatif. Untuk melaksanakan aktiviti pementasan sesebuah drama dan dramatika. Kanak-kanak akan dilatih untuk membuat latihan aksi di beberapa situasi yang mencabar kemampuannya.

TOPIK 8 DRAMA DAN DRAMATIKA KREATIF

153

KATA KUNCI
Drama Dramatika kreatif Penggunaan deria Konsentrasi Rantai cerita Main peranan improvisasi/simulasi Teater pembaca Teater bercerita Tetamu dalam aksi

RUJUKAN
Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging literacy. (7th ed.). NY: Thomson Delmar Learning. Sowers, J. (2000). Language arts in early education. NY: Thomson Delmar Learning. Nelsen, M. R. & Nelsen-Parish, J. (2002). Peak with Books: An early childhood resource for balanced literacy. (3rd ed.). NY: Thomson Delmar Learning. Sawyer, W. (2004). Growing up with literature. (4th ed.). NY: Thomson Delmar Learning. Whitehead, M. R. (2002). Developing language & literature for young children. NY: PaulChapman Educational Publishing. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai