Anda di halaman 1dari 3

3.

1 PENGENALAN TEATER
Teater ibarat laboratorium kehidupan itu sendiri, seperti yang diungkapkan Peter Brook
"Teater akan menjadi tempat yang indah bagi orang-orang yang mabuk dan kesepian,
Teater merupakan sebuah tindak budaya, Teater bukanlah tempat untuk melarikan diri
ataupun untuk mencari perlindungan.
Teater adalah salah satu bentuk kegiatan manusia yang secara sadar menggunakan
tubuhnya sebagai unsur utama untuk menyatakan dirinya yang diwujutkan dalam suatu
karya seni suara, bunyi dan rupa yang dijalin dalam cerita pergulatan kehidupan manusia.
Dari rumusan diatas dapt ditarik kesimpulan bahwa unsur-unsur teater menurut urutannya
adalah sebabagai berikut :
1. Tubuh, manusia sebagai unsur utama ( pemeran/pelaku/pemain)
2. Gerak, sebagai unsur penunjang.
3. Suara, sebagai unsur penunjang ( kata/untuk acuan pemeran)
4. Bunyi, sebagai unsur penunjang ( bunyi benda,efek dan musik).
5. Rupa sebagai unsur penunjang ( cahaya, rias dan kostum.).
6. Lakon sebagai unsur penjalin ( cerita,non cerita,fiksi dan narasi ).
Teater daIam pendidikan
Rajah 1 Penerokaan Konsep Melalui Drama.
Seni drama atau teater merupakan satu cara belajar. Kanak-kanak dan remaja belajar
mengenal diri dan masyarakat melalui drama. ni disebabkan elemen asas drama yang
meniru dan mencerminkan kehidupan induvidu serta masyarakatnya. Melalui aktiviti drama
kreatif, murid-murid dapat dibimbing berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara (body
language) dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih dengan penggunaan laras bahasa
mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan
improvisasi. Di samping itu pembelajaran melalui drama akan menjadikan para pelajar
belajar dengan lebih bermakna dan menyeronokkan.
Drama merentas kurikulum, kerana ianya boleh diaplikasikan sebagai pendekatan atau
teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Di samping itu, aktiviti
drama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran
berkomunikasi secara berkesan serta tepat. Sama seperti karya kesusasteraan yang lain,
drama sebagai teks, berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber
rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru boleh membimbing pelajar menghayati
kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan perbincangan tentang skrip yang dibaca.
Para pelajar dapat mendalami perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku
manusia serta sosio budaya masyarakat melalui watak-watak yang dibina dalam skrip
tersebut.
Guru boleh membawa pelajar meneroka pemikiran yang lebih luas dan mendalam tentang
tema dan aspek-aspek lain dalam sesebuah skrip melalui pendekatan atau kaedah yang
sesuai. Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan dengan aktiviti teater pembaca atau
pementasan teater. Selain itu, skrip juga boleh distrukturkan mengikut mata pelajaran
tertentu. Contohnya, untuk mengajarkan sejarah, guru boleh memilih skrip yang
mendokumentasikan kisah sejarah yang dipelajari atau membinanya sendiri bersama pelajar
dengan mengaplikasikan teknik improvisasi atau simulasi.
Melalui plot atau konflik yang dikemukakan dalam skrip, guru boleh meminta pelajar
berbincang bagi memikirkan penyelesaian masalah, andaian atau meramalkan penyelesaian
sesuatu cerita/peristiwa. Melalui analisis perwatakan pula, guru boleh meminta pendapat
murid tentang perilaku, tindakan dan cara watak menyelesaikan permasalahan yang
ditimbulkan. Aktiviti sebegini boleh menggalakkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, di
samping menggalakkan murid memahami permasalahan masyarakat dan cuba menjadikan
persoalan di dalam skrip itu sebagai satu pengajaran yang menambahkan pengalaman
mereka tentang erti kehidupan. Dalam hal ini, secara tidak langsung guru telah dapat
menerapkan nilai-nilai murni dan membentuk peribadi pelajar itu sendiri.
Penghasilan sebuah teater kanak-kanak atau remaja, merupakan satu usaha yang amat
bermakna kepada para pelajar. Peranan teater dalam pendidikan bukan sekadar melatih
kefasihan bertutur, kecekapan berkomunikasi, berfikir dan berketrampilan, malahan melalui
aktiviti berteater, murid boleh mempertingkatkan potensi diri dalam banyak aspek. ni
termasuklah aspek perkembangan diri dan sosialnya. Teater merupakan seni persembahan
yang menggabungkan seni lakon dengan plbagai seni lain seperti seni muzik, seni tari, seni
pertukangan, seni bina, seni berbahasa dan seni yang lain.
Oleh itu amat bertepatanlah, teater menjadi medium unggul untuk menyampaikan
pembelajaran secara bersepadu sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa
kini. Melalui penglibatan dalam aktiviti drama atau teater, para pelajar digalakkan
memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka. ni bertepatan pula dengan
kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam
pendidikan. Aktiviti teater juga merupakan aktiviti yang berpusatkan murid, kerana proses
penghasilan teater itu sendiri pasti melibatkan penyertaan mereka secara aktif. Kanak-kanak
atau remaja yang memainkan peranan dalam aktiviti drama akan menerokai pelbagai aspek
penting dalam perkembangan diri mereka seperti yang dijelaskan dalam rajah berikut;
Konsep Teater dalam Pendidikan dengan Drama Pendidikan sering kali disalahertikan oleh
umum. Apabila menyebut Drama Pendidikan (Drama Education) bermakna melatih kanak-
kanak atau pelajar dengan pelbagai teknik drama seperti lakonan, penulisan skrip,
pengarahan dan apresiasi drama. Manakala Teater dalam Pendidikan (Theatre in
Education) kita sebenarnya membicarakan tentang seni atau aktiviti drama yang
diintergrasikan ke dalam pendidikan. Dalam hal ini, pendidikan bermakna bukan sahaja
pemerolehan pengetahuan, tetapi yang lebih penting ialah proses pembelajaran dan
penguasaan kemahiran, ilmu dan pembentukan sikap pelajar yang terlibat. Melalui pelbagai
aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat mengenal diri mereka lebih jelas, mengenal ruang
dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai
aspek. Teater dalam Pendidikan membolehkan kita melatih para pelajar menajamkan
sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat
dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya
imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Aktiviti teater
boleh berfungsi sebagai satu kaedah terapi yang membantu pelajar mempunyai masalah
emosi dan fizikal. Drama dan teater juga berperanan membentuk insan yang seimbang dan
harmoni dari segi ntelek, rohani, emosi dan jasmani. ni amat sesuai dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Negara.

Anda mungkin juga menyukai