Anda di halaman 1dari 70

TEATER

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Pengenalan Teater dan Drama

DR. ROBAH BINTI MOHAMAD


JPM
IPGK PM
Sekiranya bahan tersebut masih
dalam bentuk skrip
= dikenali sebagai drama

Apabila skrip tersebut dipentaskan


= dikenali sebagai teater
Definisi
Dran (bahasa Greek kuno)
melakukan, melakonkan
Karangan berbentuk prosa dan
puisi
Menampilkan persoalan kehidupan

Cerminan realiti hidup


Karangan prosa dan puisi yang menyajikan
dialog atau pantomin cereka yang
mengandungi konflik untuk dipentaskan
Cabang sastera yang mengandungi komposisi
pelbagai seni dan memaparkan unsur
dramatik
Setiap kejadian yang dirangkai dengan
sebab akibat yang menarik serta dramatik
Menurut Aristotle:

DRAMA suatu peniruan kehidupan,


sebuah cermin budaya, suatu
bayangan kebenaran
Plot merupakan penggerak utama

Drama terbina daripada tiga


kesatuan:
- aksi
- tempat
- masa
Menurut Rahmah Bujang:

Pengajaran dan
Pembelajaran drama secara
tidak langsung membawa
kepada berkenalan dengan
kehidupan yang sebenar
kerana drama mempunyai
nilai-nilai pendidikan,
kewarganegaraan,
kebudayaan, dan
kemasyarakatan di samping
meningkatkan kemahiran
bahasa.
Koh Boh Boon (1994)
berpendapat bahawa:
Peristiwadalam drama
disampaikan secara langsung
kepada pembaca seolah-olah
pembaca sendiri menyaksikannya.
Akibatnya, seseorang pembaca
drama berkemungkinan besar lebih
mudah terpengaruh oleh
perkembangan cerita dalam
sesebuah drama sehingga turut
sama mengalami emosi watak-watak
tersebut.
dalam bentuk naskhah, dan lebih bertujuan
untuk dipentaskan
berbentuk prosa atau puisi
terdiri daripada dialog-dialog yang disusun
melalui watak-watak yang diwujudkan. Pengarang
menyampaikan pemikirannya melalui dialog
watak-watak tersebut
Konflik menjadi unsur penting dalam drama -
menggerakkan plot, iaitu ciri penting dalam
sesebuah skrip drama. Sebuah skrip yang tidak
didasari oleh konflik tidak boleh dianggap
sebuah drama, sebaliknya hanya sebuah sketsa
sahaja.
Gaya bahasa dalam drama biasanya mengikut
latar masa dan latar masyarakat yang
diwakilinya bagi memastikan drama tersebut
benar-benar mencerminkan sosio-budaya
masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.
Naskah Pementasan
bertulis (teater)

Seni individu Seni kolektif (gabungan


(hasil seorang pelbagai unsur seni
pengarang dan seni bina (latar set),
dinikmati oleh seni muzik (lagu), seni
pembaca secara tari dan seni busana
sendirian) (rekaan pakaian/kostum)
Untuk dibaca Untuk ditonton
Tidak perlukan (Penonton kolektif)
penggunaan ruang Penggunaan
pentas dan ciri lain ruang/pentas
Pelakon (pemain
peranan)

Drama sebagai skrip/naskhah bacaan dinikmati secara individu dan


tidak memerlukan ruang, pelakon dan bantuan seni lain, tetapi apabila
dipentaskan, drama sebagai teater yang perlukan ruang pentas,
pelakon dan gabungan pelbagai seni lain dan dinikmati
bersama/secara kolektif.
Tragedi : drama yang memaparkan kisah
duka dan tragis.
Komedi : drama yang bersifat lelucon
dan menghiburkan. Drama yang
memaparkan tema yang serius dalam
bentuk lucu dan menggembirakan.
Melodrama : drama yang bersifat
sentimental dan ceritanya sering
mendebarkan serta mengharukan.
Farsa: drama yang bersifat komedi
murahan atau konyolan. Drama begini
hanya mementingkan hiburan ringan dan
murahan sahaja.
WATAK
LATAR
AKSI
BAHASA
PEMIKIRAN
PLOT/STRUKTUR DRAMATIK
Babak
Adegan
Prolog
Epilog
main peranan
improvisasi/simulasi
teater pembaca
teater bercerita
Kerusi panas

Drama kreatif Teks drama


(sebagai (sebagai
pendekatan/ sumber)
teknik) Drama realiti kehidupan
latihan asas
- IREJ
dialog (sebutan, sosiobudaya
kelancaran, intonasi dll) nilai murni/agama
Pementas
penghayatan (justifikasi) -an teater pengajaran
komunikasi (sebagai
medium) KB
disiplin, yakin diri, ilmu
psikolinguistik &
sosiolinguistik
PELAKON
1. Santai, yakin,
tumpuan
2. Pergerakan,
3. Imaginasi
4. Kepetahan
5. Penggunaan 5 indera

PENCIPTA KARYA/
PENILAI
1. Plot
Kanak-
kanak & PENONTON
2. Perwatakan
remaja 1. Persepsi
3. Tema/pemikiran
2. Respon
4. Diksi
3. Penilaian
5. Muzik
6. Spektekal
Seni persembahan pada mutakhir ini
perlu dilihat daripada aspek
pendidikan, justeru ruang lingkup
pendidikan adalah luas; merangkumi
pendidikan formal, pendidikan nonformal
atau pendidikan informal. Pembelajaran
juga boleh terdiri daripada
pembelajaran yang dimaksudkan atau
pembelajaran insidental
(Dr. Zainal Latiff, 1991)
Peluang kepada pelajar meneroka
persekitaran mereka
Mendidik pelajar- menjana imaginasi,
kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan
lebih efektif dan proaktif
Membina keyakinan diri, disiplin,
komitmen dalam kalangan pelajar -
membentuk sahsiah diri dan kerja
berkumpulan
Penglibatan semua deria dalam proses
pembelajaran - mudah menyerap
pembelajaran, ada pengalaman total-
melihat, membuat dan merasa secara benar
Membantu guru dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih menarik dan efektif
Memupuk minat dan kreativiti dalam
kalangan pelajar
Menggalakkan anggota masyarakat -
lebih bijak untuk bersuara,
memberi pandangan, menghasilkan
idea-idea baharu yang berkesan,
efisien dan praktikal untuk semua
Sumber penceritaan apakah kisah
yang ingin disampaikan? Bahan-
bahan rujukan boleh diperolehi
dari situasi semasa, cerita-cerita
tradisi dan juga cerita rakyat
Mesti menggarap cerita secara
tersusun, menarik dan kreatif -
bergabung dengan elemen- elemen
lain
Melalui kaedah simulasi /permainan
teater- imitasi (peniruan) aksi,
gerak & ekspresi -binatang, tumbuh-
tumbuhan dan juga watak-watak
tertentu

Kaedah bercerita - guru dan kelompok


pelajar akan sama-sama memahami
cerita dan perwatakan menerusi cara
pembacaan dialog
Choral speaking - dalam bentuk
ensemble/berkumpulan- elemen
gerak pengucapan, muzik, nyanyian
boleh digunakan

Menggunakan topeng - penyerlahan


watak menerusi pemakaian topeng -
visual - menarik perhatian -
aplikasi gerak dan juga vokal
Memahami cerita - mesej yang ingin
disampaikan kepada khalayak -
relevan atau sebaliknya
Pembahagian watak - mengikut
kesesuaian & kecenderungan pelajar
Proses latihan - dari skrip ke
pentas - peranan pengarah -
pengaturan babak - proses kreatif
secara kolaboratif
Penjadualan Latihan
Prasarana Latihan
Logistik
Persiapan latihan mesti
dilihat dalam aspek yang
berikut:
Pemanasan badan
Vokal dan pengucapan
Latihan pergerakan
Latihan ekspresi
Latihan babak ke babak
Run through
Guru memainkan peranan penting
dalam mengorganisasi jadual
latihan, keperluan latihan dan
kaedah latihan.
Guru berfungsi sebagai individu
yang bertanggungjawab dalam
pengurusan produksi, pengurusan
pentas, pengarahan dan
sebagainya.
Teater dalam pendidikan berfungsi
untuk membentuk suasana pengajaran
dan pembelajaran yang kondusif bagi
membentuk kreativiti pelajar baik
untuk pementasan bagi tontonan dalam
skala besar maupun dalam pengajaran
dan pembelajaran BM sahaja.
Teknik Pengajaran Drama
1.Kemahiran Berfikir
2.Pengurusan Grafik
3.Kolaboratif
4.Kerusi Panas
5.Baca Dialog
6.Bayangan Minda
7.Tangga Cerita
8.Gerak Kreatif
9.Aksi Kaku
10.Lakonan
11.Penghayatan Watak
12.Monodrama
13.Teater Bercerita
14.Teater Pembaca
15.Adaptasi
16.Cerpendra
17.Peta Pemikiran i-Think
1. Kemahiran Berfikir
Mengelaskan, mengumpulkan, dan
mengkategorikan
Membuat kaitan dan perhubungan
Membandingkan dan membezakan
Mengenal pasti idea utama, idea sokongan,
dan perincian
Mengenal pasti pernyataan benar atau
salah
Mengenal pasti fakta dan pandangan
Mengenal pasti sebab dan akibat
Meramalkan akibat sesuatu tindakan
Membuat inferens dan kesimpulan
Mentafsir
Merumus dan meringkas
Menyelesaikan masalah
Membuat kesimpulan
2. Pengurusan Grafik

Pelbagai cara borang pengurusan


grafik boleh disediakan melalui
kreativiti guru/murid.

3. Kolaboratif

Boleh melakukan aktiviti secara


berpasangan, berkumpulan (pelbagai
kebolehan, sama kebolehan).
4. Kerusi Panas
Berasaskan penghayatan terhadap watak
dan perwatakan dengan menyoal pelakon
yang melakonkan sesuatu watak (atau
pelajar yang diminta membawakan watak
tersebut) untuk mendapat kejelasan
tentang watak dan perwatakan dalam
sesebuah cerita.
5. Baca Dialog
Membaca dialog yang terdapat dalam
bahan prosa dengan intonasi yang
bersesuaian. Teknik ini sangat sesuai
dalam melatih pelakon untuk tujuan
pementasan.
6. Bayangan Minda

Tujuannya untuk memberi gambaran dan


pemahaman kepada pelajar.
b. Pelajar diminta membayangkan situasi
yang bermain dalam minda watak yang
dipilih.
c. Pelajar juga diminta membayangkan latar
belakang watak yang dipilih.
d. Aktiviti ini dapat menyedarkan kepayahan
dan kesenangan yang dirasai oleh watak.
e. Sesuai untuk menghayati dan mengenal
watak dan perwatakan bagi watak yang
dipilih
7. Tangga Cerita
Pelajar dikehendaki menyusun dan
mencatat peristiwa-peristiwa dalam
sebuah cerita mengikut urutan dengan
menggunakan bahan grafik agar mereka
dapat memahami plot dan sinopsis
cerita.

8. Gerak Kreatif
Melakukan pergerakan kreatif seperti
pergerakan flora yang ditiup angin,
pergerakan fauna ketika terancam atau
dalam bentuk gerak tari sesuatu
tindakan mahupun perbuatan.
9. Aksi Kaku
Murid melakonkan aksi watak yang
disebut oleh guru tanpa mengeluarkan
suara.
(atau Muzium Lilin)
Setelah mendapat tugasan daripada kad
arahan, ketua dikehendaki menjadi
pengarah kepada ahli-ahlinya melakonkan
watak kaku dalam babak yang diarahkan
dan ketua hendaklah menjelaskan kepada
audiens tentang lakon kaku tersebut.
Setelah berakhir aksi kaku, setiap ahli
menerangkan tentang aksi dan watak
masing-masing serta jalan cerita.
10. Lakonan

Gabungan aksi dan gerak dengan dialog oleh


pelakon yang memainkan peranan.

11. Penghayatan Watak


Menghayati watak yang diberi
dengan bersungguh-sungguh. Sesuai
bagi mengetahui jenis watak yang
terdapat dalam sesebuah karya dan
juga sebagai latihan untuk mereka
yang terlibat dalam pementasan.
Karya drama yang dituliskan untuk seorang pelakon.
a)Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang
pelakon.
b)Pelakon perlu menghayati watak yang dipilih.
c)Pelakon akan cuba meluahkan rasa hatinya supaya
dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam
karya.
d)Berpandukan kepada luahan perasaan watak melalui
dialog yang berkesan audiens dapat menilai
perwatakannya dan perwatakan individu lain.
Langkah-langkah Monodrama
a) Guru memilih murid untuk melakonkan watak Hang
Tuah dan Hang Jebat.
b) Murid dikehendaki menghayati monolog yang
disediakan dan dilafazkan dengan nada yang
sesuai mengikut wataknya.
c) Murid diminta beraksi melakonkan kedua-dua
watak dengan penuh penghayatan dan mimik
muka yang berkesan.
d) Murid-murid lain diminta mentafsir dan mencatat
sifat-sifat watak.
13. Teater Bercerita
a. Aktiviti ini melibatkan seorang pencerita dan beberapa
orang pelakon.
b. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon
beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.
c. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih
dahulu.
d. Murid lain diminta mencatat maklumat berdasarkan
arahan guru.
e.Teknik ini sesuai untuk mengajar genre drama, cerpen,
novel dan prosa klasik.
14. Teater Pembaca
a. melibatkan beberapa orang murid
membaca skrip sesebuah cerita di hadapan
kelas.
b. lebih mementingkan aspek penggunaan
suara, sebutan, intonasi, mimik muka dan
bahasa tubuh yang lain.
c. murid yang sedang membaca skrip
diminta bergerak selangkah ke hadapan
dan kembali selangkah ke belakang
selepas gilirannya habis.
d. membantu penonton memahami,
menghayati dan merasakan cerita itu
seolah-olah sedang berlaku di hadapan
mereka.
e. Pelajar lain boleh mencatat maklumat
15. Adaptasi

a.Mencipta karya dalam bentuk genre


lain berdasarkan genre sedia ada.
Sebagai contoh, menulis pantun
berdasarkan cerpen, menulis skrip
drama berdasarkan sajak dan
sebagainya.

b.Dapat mempelbagaikan kemahiran dan


meningkatkan kreativiti pelajar.
16. Cerpendra

a.Sekumpulan pelajar melakonkan


sesebuah cerpen dalam bentuk
drama.
b.Teknik ini mendalamkan pemahaman
dan penghayatan pelajar terhadap
watak, latar, tema dan persoalan
yang ingin dipaparkan oleh
penulis.
17. Peta Pemikiran (KBAT)

PROGRAM i-THINK

-Program ini bertujuan mempertingkat dan


membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan
murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

-Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir


dalam pengajaran dan pembelajaran di samping
melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi.
-Abjad i bermaksud inovasi dan THINK pula
bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara inovatif
yang perlu ada pada semua murid.

-Program i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran.


Peta Pemikiran merupakan alat berfikir yang
dipersembahkan dalam lapan bentuk secara visual
yang mudah diguna pakai dan difahami.
a. Peta Bulatan

Proses Pemikiran: Mendefinisikan mengikut


konteks.

Sumbang saran idea dan mempamerkan


pengetahuan sedia ada berkaitan sesuatu tajuk
dengan memberikan maklumat mengikut konteks
Langkah Membina Peta Bulatan

1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di


bahagian tengah.
2. Tuliskan topik utama yang ingin
diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.
3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar
mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4. Isikan bahagian dalam bulatan besar
dengan segala maklumat berkaitan dengan
topik tersebut untuk menjana idea (proses
sumbangsaran).
5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan
besar untuk menyatakan sumber rujukan atau
sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
Contoh Peta Bulatan

rasdi146@gmail.com
b. Peta Buih

Proses Pemikiran: Menerangkan atau


memperihalkan menggunakan adjektif.

Memperkaya kebolehan pelajar bagi mengenal


pasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya
menggunakan perkataan deskriptif atau
huraian.
Langkah Membina Peta Buih

1. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah


dan labelkan topik utama di dalamnya.
2. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya
untuk diisi dengan kata adjektif / kata sifat
bagi topik tersebut.
3. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan
topik utama menggunakan garis lurus.
4. Senaraikan seberapa banyak kata / frasa
adjektif berkaitan sama ada positif / negatif .
Warna yang berbeza boleh digunakan.
5. Contoh:
Kata Adjektif cantik, baik hati, periang,
pandai, pendiam, cemburu, malas
Frasa Adjektif- bertelinga besar, berion
positif, bersisik tebal.
rasdi146@gmail.com
c. Peta Buih Berganda

Proses Pemikiran: Banding beza.

Membanding beza sesuatu


Langkah Membina Peta Buih Berganda

1. Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di


dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek / idea)
yang ingin dibandingkan.
2. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
3. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya
termasuklah di antara 2 bulatan utama.
4. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama
menggunakan garis lurus.
5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di
antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik
untuk mewakili persamaan.
6. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna
kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1
topik sahaja.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menunjukkan
persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.
d. Peta Pokok

Proses Pemikiran: Membuat pengelasan.


Mengklasifikasi bahan atau idea
Langkah Membina Peta Pokok

1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan


gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik
utama kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang
pengelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap
kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis.
e.Peta Dakap

Proses Pemikiran: Hubungan bahagian seluruh.


Menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau
imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua ialah
bahagian utama.
Langkah Membina Peta Dakap

1. Digunakan untuk mengkaji


menganalisis objek secara
fizikal/maujud
2. Tuliskan bahagian objek yang ingin
dipisahkan dan gariskannya.
3. Tuliskan bahagian pecahan utama.
4. Tuliskan bahagian/komponen yang
lebih kecil di sebelah kanannya.
5. Lukiskan ( { ) untuk menggabungkan/
menyatukan objek dan komponennya.
f. Peta Alir
Proses Pemikiran: Urutan

Langkah Membina Peta Alir


1. Tuliskan tajuk ( peristiwa / langkah)
2. Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan
isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan /
membina / membuat......
3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan
langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin
diterangkan.
6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris
berikutnya (jika perlu)
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya,
lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama
berkenaan.
8. Cadangan topik Terangkan plot cerpen tersebut.
g.Peta Pelbagai Alir
Proses Pemikiran: Sebab dan Kesan

Langkah Membina Peta Pelbagai Alir


1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan
kesan.
2. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan
peristiwa yang dikaji.
3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab
berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.
4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah
mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa
tersebut dalam kotak di sebelah kanan.
6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan
sebab atau kesan sahaja.
8. Cadangan Topik Mengapakah watak utama bertindak
sedemikian dan nyatakan kesan-kesannya.
h. Peta Titi
Proses Pemikiran:
Analogi (Hubungan yang sama mencari faktor
penghubung)

Langkah Membina Peta Titi


1. Lukiskan sebuah garisan dan tuliskan faktor
penghubung (relating factor) di bahagian kiri.
2. Faktor penghubung (RF) adalah frasa setara yang
mengaitkan analogi.
3. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas
dan bawahnya pasangan yang berkaitan.
4. Seterusnya, ikuti langkah yang sama untuk
pasangaberikutnya.
5. Kedua-dua pasangan berkaitan ini disambungkan
oleh puncak.

6. Sambungkan pasangan seterusnya sehingga tamat.


-BERASASKAN ORAL TEXT-
DISAMPAIKAN SECARA TURUN-
TEMURUN

-KISAH-KISAH DONGENG
DALAM MASYARAKAT

-KISAH-KISAH MITOS &


LEGENDA
KONSEP HEROISME-
CONTOH:BADANG, HANG TUAH,
PUTERI GUNUNG LEDANG

SUNTIKAN ELEMEN
KONTEMPORARI SESUAI
DENGAN PEMIKIRAN KANAK-
KANAK
PERKAITAN DENGAN KOMPONEN-
KOMPONEN PERSEKITARAN YANG
MEMBAWA PENGAJARAN DARI SEGI
SAINS DAN KEHIDUPAN

CONTOH: KITARAN HIDUP, PEMANASAN


GLOBAL DAN PROSES FOTOSINTESIS
INSPIRASI KEJADIAN-KEJADIAN
DARI PERISTIWA SEMASA - SLICE
OF LIFE

PERLU PEKA DENGAN


PERSEKITARAN

GARAPAN KREATIF - JADI BENTUK


PERSEMBAHAN-PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
RUJUKAN-CERITA-CERITA
BERKAITAN KEHIDUPAN
BINATANG & TUMBUHAN

IMAGINASI WATAK DALAM


PENCERITAAN- PERLAKUAN,
GERAK DAN VOKAL

Anda mungkin juga menyukai