Anda di halaman 1dari 2

Jawatankuasa Pengelola Program Merentas Desa 2012 Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang. No. Tel : 04-5215227 No. Faks: 04-5214955

____________________________________________________________________________ 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami: Merentasdesa/2012/10/01 Tarikh : 20 FEBRUARI 2012 Pn.Hjh Tumerah Binti Rosmin Pengarah, IPG Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Melalui dan Salinan Ketua Unit Kokurikulum, IPG Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Puan, ACARA LARIAN MERENTAS DESA DI IPG KAMPUS TUANKU BAINUN KALI KE- 16 Perkara: Jemputan Merasmikan Upacara Pembukaan dan Penutupan Merujuk perkara di atas, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa acara Larian Merentas Desa akan diadakan seperti keterangan berikut: Tarikh Masa Tempat : 01 Mac 2012 (Khamis) : 3.00 petang : Astaka Waja, IPG Kampus Tuanku Bainun

2. Sehubungan itu, dengan segala hormatnya puan dijemput hadir bagi merasmikan dan melepaskan peserta acara Larian Merentas Desa tersebut. Bersama ini saya sertakan kad jemputan untuk makluman puan. 3. Semoga dengan kehadiran puan akan menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan Program Merentas Desa ini. Kerjasama dan perhatian daripada puan kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

... (AZIZUL BIN ABDUL AZIZ) Pengerusi Program Merentas Desa IPG Kampus Tuanku Bainun 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang

Anda mungkin juga menyukai