Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 2: AFIQ & RIZAL

Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), seni drama merupakan salah satu
kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Kanak-kanak belajar mengenal diri dan masyarakat menerusi
drama. Hal ini demikiian kerana, elemen asas yang terdapat dalam mencerminkan
kehidupan individu serta masyarakat. Menerusi aktiviti drama, murid-murid dapat dibimbing
berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara dengan lebih efektif. Mereka juga boleh
dilatih dalam aspek penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai
menerusi aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Pembelajaran melalui drama akan
menjadikan pembelajaran murid-murid lebih bermakna dan berlangsung dalam keadaan
yang menyeronokkan.

            Drama merupakan salah satu elemen yang merentas kurikulum kerana boleh
diaplikasikan sebagai pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua
mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Menurut Farizah Nazir et al.
(2015), aktiviti drama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan
kemahiran berkomunikasi secara berkesan serta tepat seperti nama yang ditekankan dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Sama
seperti karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks, berperanan sebagai medium
penyebaran ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang
digambarkan. Guru boleh membimbing murid menghayati kandungan teks atau skrip melalui
pembacaan dan perbincangan berkenaan dengan skrip yang dibaca. Murid-murid dapat
memahami perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku manusia dan
sosiobudaya masyarakat melalui watak-wataj yang terdapat dalam skrip tersebut.

            Dalam pengajaran dan pembelajaran Guru boleh membawa pelajar meneroka


pemikiran yang lebih luas dan mendalam tentang tema dan aspek-aspek lain yang terdapat
dalam skrip drama melalui pendekatan atau kaedah yang sesuai (Amir Juhari, 2015).
Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan dengan aktiviti drama pembaca atau
pementasan drama. Selain itu, skrip juga boleh distrukturkan mengikut mata pelajaran
tertentu. Contohnya, untuk mengajarkan sejarah, guru boleh memilih skrip yang
menterjemahkan kisah sejarah yang dipelajari atau membinanya sendiri bersama murid
dengan mengaplikasikan teknik improvisasi atau simulasi.

Melalui plot atau konflik yang dikemukakan dalam skrip, guru boleh meminta murid
berbincang bagi memikirkan penyelesaian masalah, andaian atau meramalkan penyelesaian
sesuatu cerita atau peristiwa. Melalui analisis perwatakan pula, guru boleh meminta
pendapat murid tentang perilaku, tindakan dan cara watak menyelesaikan permasalahan
yang ditimbulkan (Lutfi Abas, 1987). Aktiviti sebegini menggalakkan kemahiran berfikir kritis
dan kreatif, di samping menggalakkan murid memahami permasalahan masyarakat dan
cuba menjadikan persoalan yang terdapat dalam skrip itu sebagai satu pengajaran yang
menambahkan pengalaman mereka tentang erti kehidupan. Dalam hal ini, secara tidak
langsung guru telah dapat menerapkan nilai-nilai murni dan membentuk peribadi pelajar itu
sendiri.

Peranan drama dalam pendidikan bukan sekadar melatih kefasihan bertutur,


kecekapan berkomunikasi, berfikir dan berketrampilan, malahan melalui aktiviti berdrama,
murid boleh mempertingkatkan potensi diri dalam banyak aspek. Ini termasuklah aspek
perkembangan diri dan sosialnya. Drama merupakan seni persembahanyang
menggabungkan seni lakon dengan plbagai seni lain seperti seni muzik, seni tari, seni
pertukangan, seni bina, seni berbahasa dan seni yang lain.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa drama merupakan medium yang signifikan
dalam konteks aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui penglibatan dalam aktiviti
drama, murid-murid digalakkan untuk memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri
mereka. Perkara tersebut selaras dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan
sebagai kemahiran nilai tambah dalam pendidikan. Aktiviti drama juga merupakan aktiviti
yang berpusatkan murid, kerana proses penghasilan drama itu sendiri pasti melibatkan
penyertaan mereka secara aktif. Murid-murid yang memainkan peranan dalam aktiviti drama
akan menerokai pelbagai aspek penting dalam perkembangan diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai