Anda di halaman 1dari 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020)

DRAMA DALAM PENDIDIKAN


(BMMB3083)

NAMA PELAJAR : AFNAN SHAZNI BIN MOHD AZMANI

ANGKA GILIRAN : 2020192340161

NO KAD PENGENALAN : 011008030399

KUMPULAN : PISMP F9

NAMA PENSYARAH : DR. AZMAN BIN RAHMAT

TAJUK TUGASAN : SKRIP DRAMA

TARIKH HANTAR : 21 APRIL 2022

TARIKH MENERIMA :
MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah
mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan
sempurna. Kerja kursus ini dapat saya laksanakan dengan sempurna. Hasil kerja ini adalah
atas bantuan pelbagai pihak.

Antara mereka termasuklah orang perseorangan. Mereka yang dimaksudkan ialah rakan
sekelas saya yang membantu dalam menyiapkan tugas ini. Dalam kesempatan ini juga, saya
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Azman Bin Rahmat, pensyarah bagi kursus
ini kerana banyak membimbing dalam menyiapkan kerja kursus ini. Beliau telah benyak
memberi penerangan tentang cara melaksanakan kerja kursus ini. Walaupun beliau sibuk,
tetapi beliau tetap ada masa untuk bersama say serta rakan-rakan dalam memberi penerangan
tentang kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya berharap dapat mempelajari banyak lagi ilmu pengetahuan daripada
kerja kursus ini.
PENGENALAN
Menonton drama adalah satu kebiasaan buat semua orang dalam sesebuah negara.
Drama-drama sememangnya akan menampilkan barisan-barisan pelakon yang mantap dan
disegani ramai. Pemilihan pelakon itu sendiri memainkan peranan kerana penghayatan
yang dibawa oleh setiap barisan pelakon menjadi punca drama tersebut melonjak dan
mencipta nama di hati penonton. Disebalik penghayatan watak yang dibawa oleh mereka ini
berdirinya beberapa lembaran yang dipanggil sebagai skrip drama. Skrip drama ini adalah
permulaan perjalanan bagi sesebuah drama itu akan muncul. Skrip drama juga yang akan
membantu pelakon menghayati watak yang akan mereka lakonkan dalam drama tersebut.
Menjadi seorang penulis skrip bukan sesuatu yang mudah. Mereka perlu bijak meletakkan
diri mereka sebagai penyelidik yang mengkagumkan (Mohd Daly Daud et, al.,2015).
Maksud yang diterangkan oleh pendapat tersebut adalah sebagai seorang penulis skrip
yang bijak, kita perlu bertindak sebagai penyelidik. Sebagai contoh, untuk menghasilkan
caerita fantasi, romatik, aksi dan sebagainyaperlu mempunyai idea untuk menulis dan
menggunakan idea yang dikumpul tersebut sebagai bahan untuk menulis skrip drama yang
ingin dihasilkan. Menulis skrip juga memerlukan pengalaman supaya penyerapan idea
menjadi lebih tinggi dan drama yang dihasilkan juga bermutu tinggi.

SKRIP DRAMA

Tajuk Drama : Kita Sama


Dibintangi oleh : Afnan Shazni Bin Mohd Azmani

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama
Cikgu Ramli (cikgu baharu di SKTP)
Chong (anak usahawan kaya berbangsa Cina)
Alex (ayah Chong)

Watak sampingan
Guru Besar SKTP
Murid-murid SKTP
Ranjoo
Khatijah
Penduduk Kampung Tanjung Perahu
Pembantu-pembantu Alex

SINOPSIS

Cikgu Ramli merupakan seorang guru baharu di Sekolah Kebangsaan Tanjung Perahu. Di
sekolah tersebut, cikgu Ramli berdepan cabaran di mana perpaduan kaum di sekolah tersebut
tidaklah begitu akrab. Terutamanya seorang murid yang Bernama Chong yang merupakan anak
kepada seorang usahawan kaya. Sekolah Kebangsaan Tanjung Perahu merupakan sekolah
yang majoriti muridnya berbangsa Melayu, yang kedua ramai berbangsa Cina dan kumpulan
minoriti di Sekolah Kebangsaan Tanjung Perahu adalah kaum India. Akan tetapi, ketiga-tiga
kaum ini tidak begitu mesra seperti dahulu disebabkan oleh perselisihan faham yang berlaku 5
tahun lalu. Perbalahan ini berpunca apabila berlaku perebutan tanah yang berkedudukan
sangat strategik bagi urusan yang melibatkan jual beli. Berlaku perpecahan kaum ini adalah
disebabkan oleh seorang usahawan kaya berbangsa Cina yang menggunakan orang dalam
untuk membeli tanah tersebut dengan kos yang sangat tinggi. Pengetahuan ini sampai ke
penduduk kampung dan menyebabkan ketegangan muncul dalam tiga bangsa utama ini. Kisah
penyatuan semuala bangsa ini bermula apabila cikgu Ramli pulang ke kampung menjadi
seorang guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Perahu. Akan tetapi kehidupan di dalam dan di
luar sekolah menunjukkan perbezaan yang sangat ketara.
SKRIP DRAMA

KITA SAMA

AFNAN SHAZNI
Babak 1

-Suasana di sekolah-

“MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!”

Bergema laungan kemerdekaan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Perahu (SKTP) menandakan


sambutan kemerdekaansedang berlangsung.

Guru Besar : Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera warga SKTP. Semua sihat?

Murid-murid SKTP: (Jawab salam dan pertanyaan guru besar).

Guru Besar : Hari ini, kita telah menerima seorang guru baharu yang akan mengajar
di sekolah ini. Nama beliau ialah cikgu Ramli bin Sarif. Merupakan guru berbangsa Melayu dan
akan mengajar subjek Sejarah tahap 2 nanti. Cikgu Ramli boleh berdiri?

Dengan bangganya cikgu Ramli berdiri, namun cikgu Ramli langsung tidak menerima tepukan
dan menyebabkan cikgu Ramli berasa janggal berada di sekolah tersebut. Berbeza dengan
sekolahnya yang sebelum ini.

Guru Besar : Terima kasih cikgu Ramli.

Setelah sesi memperkenalkan diri, perhimpunan diteruskan lagi dengan beberapa


pemberitahuan tentang program sekolah yang akan berlangsung tidak lama lagi.

-Bilik Guru Besar-

Cikgu Ramli : Assalamualaikum cikgu. Cikgu sibuk ke?

Guru Besar : Waalaikumussalam, silakan masuk cikgu. Tidak mengapa, saya tidak
sibuk.

Cikgu Ramli : Saya ingin bertanya, saya diberitahu kerani, yang saya perlu berjumpa
dengan cikgu dan katanya ada perkara yang perlu dibincangkan. Betulkah cikgu?
Guru Besar : Ya betul. Boleh cikgu berterus terang?

Perasaan tidak lenang muncul dalam hati kecil cikgu Ramli

Cikgu Ramli : Ya cikgu, boleh. Tiada masalah

Guru Besar : Sebenarnya, cikgu risau akan keselamatan kamu.

Cikgu Ramli terkejut seakan-akan tidak percaya akan ayat yang keluar dari mulut seorang guru
yang berpangkat lebih tinggi daripada cikgu Ramli.

Cikgu Ramli : Maksud cikgu?

Guru Besar : Begini, disekolah kita ini, ada seorang anak kepada usahawan Cina
yang kaya di kampung kita ini, dan guru sejarah sebelum ini guru tersebut diarahkan bertukar
ke tempat lain disebabkan oleh aduan yang ayah murid itu lakukan. Disebabkan oleh guru itu
membandingkan keputusan peperiksaan sejarah dengan murid Melayu dan India yang lain.
Lagipula, kamu tahu kan di kampung kita ini hubungan antara ketiga-tiga kaum tidak begitu
sependapat. Saya sendiri telah banyak berusaha dengan pihak sekolah untuk menyelesaikan
masalah ini. Akhirnya kami buntu dan tiada apa yang kami boleh kami lakukan. Saya berharap
dengan kehadiran kamu ini, dapat membantu saya dan warga sekolah menyelesaikan masalah
ini.

Cikgu Ramli : Terkejut saya mendengar luahan cikgu ini. Saya akan cuba yang terbaik
cikgu. Saya tidak menjanjikan apa-apa cikgu kerana saya masih baharu disini. Tetapi saya akan
cuba sehabis baik cikgu.

Guru Besar : Terima kasih cikgu. Ingat, hati-hati dalam tindakan kamu nanti supaya
kejadian yang sebelum ini tidak berulang kembali.

Cikgu Ramli : Baik cikgu.


Cikgu Ramli keluar dari bilik guru besar dengan hati yang gusar dan tidak dapat berfikir apakah
tindakan yang harus dia lakukan seterusnya. Hari pun berlalu.

Babak 2

-Di sekolah-

Hari bermula seperti biasa sehingga cikgu Ramli masuk ke tahun 6 Manggis, kelas akhir di
SKTP.

Cikgu Ramli : Selamat pagi murid-murid

Tahun 6 Manggis : Selamat pagi cikgu!

Cikgu Ramli : Duduk semua

Tahun 6 Manggis : Terima kasih cikgu

Chong : Siapa KAU? aku tak kenal kau.

(dalam hati cikgu Ramli) oh, inilah anak usahawan Cina yang kaya itu

Cikgu Ramli : Awak tak masuk perhimpunan pagi?

Chong : Buat apa aku nak masuk (sambil menjeling)

Cikgu Ramli : Cikgu nak tanya, kamu datang sekolah kenapa?

Chong : Suka hati aku lah mahu datang atau tidak, cikgu nak kisah buat apa. (sambil
merenung tajam)

Cikgu Ramli : Cikgu tak pernah kisah pun siapa nak datang belajar, yang penting gaji cikgu
masuk. Baiklah, semua murid keluarkan buku teks Sejarah dan letak diatas meja. Hari ini kita
akan belajar tentang perpaduan negara dan bangsa.

Reaksi murid-murid tahun 6 Manggis seakan-akan terkejut dengan tindakan cikgu Ramli

Chong : Cikgu boleh tak jangan tunjuk pandai dalam kelas.


Cikgu Ramli tercabar dengan kata-kata budak lelaki itu. Namun cikgu Ramli masih waras
memikirkan maruah sekolah dan guru besar.

Cikgu Ramli : Boleh, tiada masalah. Sebelum itu jawab 3 soalan yang akan cikgu berikan.
Kalau kamu tidak dapat menjawab sepenuhnya. Kamu harus berdiri sepanjang kelas cikgu hari
ini dan jika kamu betul cikgu akan keluar dari kelas ini.

Chong : Baiklah aku setuju.

Cikgu Ramli : Semua murid tahun 6 sila pusingkan badan kamu ke sebelah kanan kelas
kecuali kamu. Sebutkan 3 orang perdana menteri yang pernah memimpin negara dan siapakah
bapa perpaduan negara. Kalau kamu boleh jawab dan jawapan kamu betul, cikgu akan keluar
dari kelas ini seperti yang kamu inginkan.

Chong : Alah senang sahaja. Dato’ Seri Najib, Tun Dr. Mahathir dan…………Bapa
perpaduan pula…………. Apa-apa sajalah.

Cikgu Ramli : Seperti yang dijanjikan berdiri sehingga habis kelas. Janji perlu dilunaskan.
(dengan nada tegas)

Maka pembelajaran berjalan dengan tenang tanpa sebarang gangguan.

Babak 3

-di sekolah-

Alex : MANA CIKGU RAMLI! CIKGU RAMLI KELUAR!

Sekolah digegarkan dengan panggilan nama aku yang begitu kasar. Seluruh isi sekolah keluar
melihat kejadian yang berlaku. Cikgu Ramli berjalan menuju ke arah lelaki itu.

Cikgu Ramli : Ya saya, kamu siapa?

Alex : Aku Alex, Kenapa kau denda anak aku semasa didalam kelas!

Cikgu Ramli : Tapi saya dah dapatkan persetujuan daripada amak kamu untuk berbuat
demikian.
Alex : Kau cakap baik-baik sebelum aku cederakankan kau.

Cikgu Ramli : Apa yang kamu mahukan?

Alex : Jangan sesekali kau denda anak aku lagi, dasar budak melayu.

Setelah Alex beredar dari sekolah, Cikgu Ramli pergi ke Bilik Rawatan untuk merawat kesan
tumbukan Alex. Keadaan menjadi terkawal semula. Pengajaran kelas Chong berjalan seperti
biasa. Cikgu Ramli mengumpulkan kekuatan demi meneruskan perjuangan cikgu Ramli.

Cikgu Ramli : Selamat pagi murid-murid

Tahun 6 Manggis : Selamat pagi cikgu!

Cikgu Ramli : Duduk semua

Tahun 6 Manggis : Terima kasih cikgu

Cikgu Ramli : Sebelum cikgu mulakan kelas, cikgu nak beritahu yang sesiapa yang
tidak mahu belajar boleh tidur, asalkan jangan ganggu kawan-kawan yang belajar.

Chong seperti biasa akan tidur atau mengganggu kawan-kawan lain. Apakan daya demi
keselamatan sekolah, cikgu Ramli terpaksa berbuat demikian.

Khatijah : Cikgu, saya nak tanya boleh?

Cikgu Ramli : Ya Khatijah, boleh sahaja.

Khatijah : Tadi saya tidak sengaja ternampak cikgu menangis sambil memegang
telefon cikgu dan tangan cikgu menggeletar. Kenapa cikgu? maaf jika soalan saya ini agak
keterlaluan cikgu.

Cikgu Ramli : Tidak mengapa Khatijah. Sebenarnya………. sebenarnya cikgu


teringatkan arwah abang cikgu. Dia meninggal sebab kemalangan jalan raya. Polis sahkan
kemalangan itu disebabkan oleh pemandu mabuk tapi pemandu mabuk itu berjaya diberkas
dan telah dipenjarakan. Sebelum meninggal arwah abang cikgu berikan telefon ini sebagai
hadiah dan di dalam telefon itu ada semua gambar cikgu bersama abang cikgu serta kenangan
terakhir cikgu sebelum pemergian abang cikgu. Sebenarnya hari ini cikgu nak ke kedai gambar
sebab nak minta mereka hasilkan satu portrait kenangan cikgu dengan abang cikgu. Tapi tiada
rezeki buat cikgu hari ini. Itulah kisah pendeknya. Menjawab tak soalan kamu?

Khatijah : Maafkan saya cikgu kerana bertanyakan soalan sebegitu.

Cikgu Ramli : Tidak mengapa

Kringggg! Loceng berbunyi menandakan waktu tamat persekolahan.

Cikgu Ramli : Baiklah semua murid, setakat itu sahaja pembelajaran kita hari ini, boleh
kemaskan barang kamu semua dan boleh keluar. Cikgu keluar lambat sedikit sebab nak susun
buku. Boleh keluar terus ya tak perlu ucapkan terima kasih takut nanti terlambat ibu bapa kamu
nak ambil.

Setelah selesai urusan cikgu Ramli di sekolah, cikgu Ramli pulang menaiki kereta. Sebelum
sempat cikgu Ramli keluar dari sekolah, cikgu Ramli terlihat ada seorang budak berpakaian
sekolah masih menunggu penjaganya datang. Cikgu Ramli meneliti sosok tubuh gempal itu.
“Chong”, keluar perkataan itu dari mulut cikgu Ramli. Cikgu Ramli berpendapat bahawa dia
sedang menunggu penjaganya datang ambil, sementara itu, cikgu Ramli singgah sebentar di
kedai makanan basah untuk membeli lauk buat masakan malam ini. Urusan cikgu Ramli selesai
dalam masa 15 minit. Sebelum cikgu Ramli masuk ke dalam kereta, mata cikgu Ramli
terpandang sosok tubuh tadi. Cikgu Ramli pusingkan kereta dah berhenti dihadapan Chong.
cikgu Ramli beranikan diri memanggil dia. Mendengar panggilan Namanya, Chong bingkas
bangun apabila namanya disebut. Cikgu Ramli mempelawa untuk menghantar Chong ke
rumahnya. Chong terpaksa akur dengan arahan cikgu Ramli disebabkan oleh hujan lebat yang
akan tiba. Walaupun keadaan tadi menjadi kejutan buat cikgu Ramli, namun tugas sebagai
seorang guru perlu diteruskan. Setelah sampai di rumah Chong, cikgu Ramli kirimkan ikan
segar buat masakan malam ini. Cikgu Ramli pulang dalam keadaan menikmati lagu di radio
sambil dihujani dengan titisan air.

Babak 4

-di sekolah-
Chong datang mendekati cikgu Ramli semasa aku tengah berehat dibawah pondok. Chong
memberitahu Cikgu Ramli bahawa ayahnya ingin berjumpa dengan CIkgu Ramli selepas waktu
persekolahan di rumahnya. Hati cikgu Ramli berasa kurang senang dengan pelawaan itu,
maklumlah orang Cina kaya pelawa datang rumah. Cikgu Ramli hanya angguk tanda setuju.
Selepas pulang dari sekolah, cikgu Ramli terus ke rumah Chong sepeti yang dijanjikan tadi.

Cikgu Ramli : Selamat petang, ada orang ke?

Keluar sosok tubuh tegap berpakaian baju hitam dan apron memasak. Menjemput cikgu Ramli
masuk. Wajah itu cikgu Ramli kenal

Chong : Cikgu! (panggilan teruja)

Cikgu Ramli pelik dengan tindakan Chong tersebut. Namun cikgu Ramli berkelakuan seperti
biasa. Lelaki tadi keluar.

Chong : Ni lah ayah saya, Alex, yang sebelum ni datang sekolah serang cikgu tu.
(sambil perlahankan suara).

Cikgu Ramli : Ya, cikgu ingat.

Alex : Jemput makanlah cikgu, anak saya mengidam nak makan ayam goreng dan
saya yang minta Chong jemput cikgu sekali datang ke rumah. Saya ada hal nak dibincangkan
sikit.

Setelah selesai menjamu selera, Alex meminta Chong naik ke bilik untuk berehat selepas
seharian di sekolah.

Alex : Saya nak minta maaf atas perbuatan saya sebelum ini. Saya dapat tahu dari
Chong yang itu merupakan telefon pemberian abang kamu sebelum meninggal. Saya dengan
rendah hati memohon maaf atas perlakuan tersebut.

Cikgu Rambil : Eh encik, tidak mengapa.

Alex : Panggil Alex sahaja.

Cikgu Ramli : Oh, baiklah, sebenarnya Alex, saya sudah maafkan kesilapan kamu lagipun
saya sudah nampak Chong mula menunjukkan tanda-tanda menjadi murid yang bagus.

Alex : Cikgu, bolehkah kalau saya nak minta pertolongan cikgu?.


Cikgu Ramli : Boleh katakan sahaja Alex.

Alex menceritakan bahawa Chong orang baik dan anak yang sangat patuh dengan arahan ibu
bapa. Chong kehilangan ibunya pada usia masih kecil dalam lingkungan 6 tahun. Ibunya juga
meninggal disebabkan oleh dilanggar pemandu mabuk. Semenjak ibunya meninggal, Alex
merupakan tempat bergantung sepenuhnya. Tetapi disebabkan oleh kerja yang banyak, Chong
terabai dan penuhi segala kasih sayang dengan wang ringgit sahaja. Oleh sebab itulah diaakan
naik angin apabila terdengar anaknya didenda. Chong sering kali diejek oleh bangsa lain
kerana tidak mempunyai mak. Alex sanggup memberikan tanah yang pernag menjadi rebutan
tiga bangsa utama di Kampung Tanjung Perahu sekiranya cikgu Ramli sudi mendidik Chong.
Selepas mendengar rintihan Alex berkaitan dengan Chong. Akhirnya cikgu Ramli bersetuju
membantu Chong dalam pelajaran. Tambahan pula, dengan pemberian tanah itu dapat
mengembalikan keamanan di Kampung Tanjung Perahu. Bermula sejak itu, keluarga Chong
mula rapat dengan cikgu Ramli.

Saban hari, Chong mula menunjukkan perubahan dan mula bergaul dengan bangsa lain. Guru
besar mula memuji usaha yang cikgu Ramli telah berikan.

Babak 5

-Di sekolah-

Hari bermula seperti biasa.

Cikgu Ramli : Selamat pagi murid-murid

Tahun 6 Manggis : Selamat pagi cikgu!

Cikgu Ramli : Duduk semua

Tahun 6 Manggis : Terima kasih cikgu.

Cikgu Ramli : Baiklah murid-murid, kita sambung pelajaran kita yang terlepas sebelum
iaitu berkaitan dengan perpaduan?

Beberapa orang murid menjawab pertanyaan cikgu Ramli. Tiba-tiba……


Ranjoo : Cikgu, boleh saya nak tanya?

Cikgu Ramli : Ya Ranjoo, silakan.

Ranjoo : Kenapa kampung kita tiada unsur perpaduan seperi yang cikgu
terangkan tadi. Saya dengar perpecahan kaum di kampung kita ini disebabkan oleh perebutan
tanah dan tanah tersebut dibeli dengan harga sangat tinggi oleh ayah seseorang. (sambil
menjeling kearah Chong).

Cikgu Ramli : Ranjoo, kamu lihat tiada unsur perpaduan betulkan? Jadi apa kata kita
yang mulakan penerapan unsur tersebut.

Ranjoo : Baiklah cikgu, saya cuba.

Kringggg! Loceng berbunyi menandakan waktu tamat persekolahan.

Cikgu Ramli : Baiklah semua murid, setakat itu sahaja pembelajaran kita hari ini, boleh
kemaskan barang kamu semua dan boleh keluar. Cikgu keluar lambat sedikit sebab nak susun
buku. Terima kasih semua.

Semua murid mula keluar kecuali Chong.

Cikgu Ramli : Kenapa kamu belum keluar Chong?

Chong : Saya tahu apa yang mereka maksudkan cikgu, mereka maksudkan itu
ayah saya.

Cikgu Ramli terkejut dengan ayat yang terkeluar dari mulut Chong. Air mata chong mula
mengalir. Cikgu Ramli terus memeluk Chong yang menangis teresak-esak.

Cikgu Ramli : Chong, kamu anak yang kuat chong. Ayah kamu baik sebenarnya.
Begini, kamu nak tolong cikgu tak?
Chong : Tolong apa cikgu? (sambal mengesat air matanya)

Cikgu Ramli : Kamu tolong cikgu pulihkan perpaduan di kampung ini. Boleh?

Chong : BOLEH CIKGU!. Saya sedia membantu.

Cikgu Ramli : Baiklah. Cikgu tahu kamu anak yang baik. Eh, nampaknya dekat luar
sana hujan lebat akan melanda. Cepat kemaskan barang kamu, cikgu hantarkan kamu pulang.

Selepas kejadian tersebut, Cikgu Ramli telah banyak berbakti kepada sekolahnya. Beliau telah
mengubah pandangan setiap kaum di sekolah itu dan menyebabkan perpaduan kaum di
sekolah itu semakin kuat dan erat. Walaupun perpaduan di sekolah itu semakin erat, beliau
masing sering melakukan aktiviti-avktiviti social yang dapat mengeratkan hubungan antara
kaum di sekolah itu. Bukan itu sahaja, perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar juga
telah menyebabkan perpaduan di kampung itu juga semakin pulih. Masyarakat di kampung itu
sudah mula bersosial dan menghormati antara satu sama lain. Rumusan kepada cerita ini
membuktikan bahawa “KITA SAMA”.
RUJUKAN
Mohd Daly Daud, Nursyamimi Harun & Md. Rozalafri Johori. (2015). Isu-Isu Penulisan Skrip:
Masalah Yang Memerlukan Penyelesaian (Issues In Script Writing: Solution-Needed
Problems). Journal of Management & Muamalah. Vol 5, No 2. Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor

Anda mungkin juga menyukai