Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Terima kasih Pengacara Majlis: Cikgu Puan Siti Hajar Binti Arshad.

•Yang Berusaha Puan Mahiram Bt. Mohammed (Pengetua SMKCB)

•Yang Berusaha En. Mohd. Marzuki Bin Abdul Ghani ( Pen. Kanan Pentadbiran )

•Yang Berusaha En. Suhaimi Bin Yahya ( Pen. Kanan HEM )

•Yang Berusaha Puan Fatimah Nazrah Bt. Ab. Ghani ( Pen. Kanan Ko-Kurikulum )

•Yang Berusaha Encik Wan Mahamad Zailan Bin Mohd. Zain ( Penyelaras PPKI)

•Yang Berusaha Pn. Aida Norhazili Bt. Mat Hassan( Guru Kanan Bahasa )

Puan Dalilah Bt. Abdul Ghany ( Guru Kanan Voteks)

Encik Puvaneswaran a/l Perumalu (Guru Kanan Sains/ Matematik)

Yang berusaha Encik Hassan Bin Abu Bakar ( Ketua Pegawai Tadbir kaki tangan sokongan
SMKS 1 ).

Yang dihormati para kanselor sekolah yang diketuai oleh Puan Almi Hidayah Bt Halim

Yang dihormati guru-guru SMKSI 1.

Yang dihormati para kaki tangan/staff sokongan sekolah.

Yang dikasihi murid-murid sekalian.

Alhamdulillah hirabbil alamin wassala tuwasslam muala asyrafil ambia iwalmursalin


syayidina muhammadin walaala alihi wasahbihi wassalam.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga
kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah diberikan kesihatan dan kekuatan
kepada kita semua untuk berada di dalam dewan yang mulia ini pada tengah hari yang ceria ini.
Marilah kita sama-sama merendahkan diri kepada kekuasaan dan keagungan Allah SWT.
Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Besar Muhammad SAW.

Mari pula kita doakan kepada muslimin dan muslimat yang mendahului kita telah kembali
ke rohmatullah semoga roh mereka ditempatkan pada sisi orang-orang yang beriman.

Mari pula kita doakan semoga umat Islam yang masih hidup baik di kampung, negeri dan
negara Malaysia hidup dalam keadaan sejahtera, aman dan damai. dan marilah kita sama-sama
mendoakan keselamatan dan turut bersimpati dengan penderitaan hidup umat Islam di negara
Palestin yang sedang bergolak dilanda perang yang kita dan dunia pun tidak tahu sampai bila
akan berakhir. Kita harus bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih banyak kepada
kerajaan yang ada pada hari ini kerana dapat mengawal negara kita daripada berlaku sebarang
perkara yang tidak dingini.

Guru-guru, murid-murid dan hadirin sekalian. Pada hari ini tanggal 14 Disember 2023
(Khamis) merupakan hari paling nostalgiatik dalam lipatan sejarah hidup saya. Pada hari ini
hampir sampailah persaraan saya dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kaki tangan
perkhidmatan awam (guru) selepas menyandang jawatan ini selama 33 tahun yang bermula
pada 1 Januari 1991 sehingga 1 Januari 2024. Tarikh kuat kuasa sebenar persaraan saya ialah
pada 2 Januari 2024. Persaraan ini ialah persaraan pilihan sendiri 55 tahun walaupun saya
masih ada 5 tahun lagi tempoh berkhidmat sebenar/persaraan wajib masih berbaki 5 tahun pada
1 Januari, 2028.

Pada kesempatan di ruangan ini, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada pihak sekolah terutamanya kepada Puan Mahiram Bt. Mohammed (Pengetua) dan
KGKT kerana telah mengadakan majlis khas untuk saya. Saya mengucapkan penghargaan yang
amat tinggi dan sangat teruja dengan majlis pada hari ini. •Majlis perpisahan yang dibuat oleh
pihak sekolah terhadap saya pada hari ini merupakan penghargaan yang amat tinggi dan
bernilai. Satu penghargaan yang amat bermakna dalam hidup saya dan keluarga. •Dalam
berkarya sebagai kerjaya guru selama 28 tahun dalam PPD Pasir Mas yang sempat bertugas di
7 buah sekolah menengah tidak pernah dibuat majlis perpisahan yang sebegini meriah. Naik
pangkat PK-Ko dari SMK Bunut Susu ke SMK. Kedondong ( 1992 ), naik pangkat guru Kanan
Sains Sosial dari SMK. Tendong ke SMK. SI 1 ( 2001 ), naik pangkat Guru Kanan Pentadbiran
dari SMK SI 1 ke SMK Perempuan ( 2001 ), naik pangkat Penolong Kanan Pentadbiran dari
SMK Perempuan ke SMK Tg. Penglima Raja ( 2001 ), naik gred GC DG2/DG48 dari SMK Tg.
Penglima Raja ke SMK SI 1 ( 2002 ) tidak pernah dibuat majlis penghantaran dan sambutan
seperti pada tengah hari ini. Tidak pernah merasai suasana dihantar dan disambut, apalagi
dihargai dan dipuji sanjung. Tapi pada hari ini suasananya amat berlainan sekali, saya terasa
sungguh dihargai dan dihormati dengan majlis yang diadakan. Ibarat kata permata timbul di
hujung senja. •Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK Kelab Guru
dan Kaki tangan ( KGKT ) SMK SI 1 yang diketuai/dipengerusikan oleh Yang Berusaha Cikgu
Che Man Bin Masan yang telah merancang dengan baik majlis pada hari ini. Satu tugas dan
tanggungjawab yang amat mencabar telah berjaya ditangani dengan sempurna oleh Cikgu Che
Man beserta Ahli Jawatankuasanya. Syabas dan tahniah. Satu perencanaan yang amat kemas
dan rapi telah diatur seperti menyediakan beca berhias, perarakan kumpulan kompang,
perbarisan bunga mangga pasukan beruniform, pemberian cendera kenangan, dan seterusnya
meminta saya mengenaikan set pakaian melayu beserta tengkolok. •Terima kasih kepada
semua guru, kaki tangan sokongan sekolah dan pelajar kerana telah memberikan kerjasama dan
sokongan moral yang jitu terhadap majlis perpisahan saya ini. •Pada kesempatan ini, saya
mengambil peluang untuk memberi kemaafaan kepada semua pihak dan mengizinkan segala
perkongsian ilmu yang didapati daripada saya. Dalam masa yang sama, saya juga ingin
menyusun sepuluh jari dari hujung kaki sampai ke hujung rambut untuk memohon maaf daripada
semua pihak ( guru-guru, kaki tangan sokongan dan para pelajar ) jika terdapat sebarang
kesilapan dan kesalahan baik yang berlaku dengan sengaja atau pun tidak dengan sengaja
sepanjang bergaul dan bertugas di sekolah ini. •Kepada pengetua ( Tuan Haji Ab. Halim Bin
Che Hassan ) dan para pentadbir SMK SI 1, saya terpaksa memohon maaf secara khusus dan
terbuka kerana memang ada kesalahan dan kesilapan, misalnya sekali-sekala ada juga keluar
dari pintu pagar sekolah tanpa sempat memohon kebenaran/keizinan kerana urusan peribadi
( Tapi tidaklah sehingga meninggalkan kelas pengajaran ). Misalnya pada bulan Januari lepas
adalah sebanyak tiga kali pergi ke bank RHB, Pasir Mas selama lebih kurang 10 – 30 minit.
Harap dapat dimaafkan dengan serta-merta ( 0 – 0 ) oleh Pengetua yang budiman. •Untuk
makluman semua guru dan pelajar sekalian, majlis perpisahan persaraan saya yang dibuat oleh
pihak sekolah pada hari ini agak terlambat sebulan cukup daripada tarikh sebenar bersara pada
1 Febuari, 2013 ialah kerana surat rasmi persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam
lambat di terima. Surat hanya diterima pada tengah hari Rabu, iaitu dua hari sebelum sekolah
bercuti sempena tahun Baru China selama 9 hari. Pada hari Khamis sehari sebelum bercuti
Tahun Baru China, sekolah mengadakan Majlis Maulidur Rasul, dengan pelajar dan guru
berarak beserta selawat mengelilingi bandar Pasir Mas. •Jadi sekolah menghadapi kekangan
masa untuk AJK Kelab Guru dan Kaki Tangan mengadakan mesyuarat bagi berbincang dan
merancang majlis perpisahan saya. •Saya banyak-banyak bersukur dengan majlis ini kerana
sekurang-kurangnya dapat menjawab pertanyaan jiran-jiran sekitar dan masyarakat kampung.
•Guru-guru dan para pelajar sekalian. •Sebenarnya jasa saya kepada sekolah ini selama 10
tahun 6 bulan bertugas di sini tidaklah seberapa. Sewaktu menjadi pengerusi kelab KGKT pada
tahun 2002-2003 sempat juga membina 25 buah garaj kereta guru dan kaki tangan yang
sebelum daripada ini tidak ada. Garaj yang dibina pada tempoh hari masih lagi kekal digunakan
guru-guru dan kaki tangan sehingga ke hari ini walaupun sekarang tinggal 15 buah sahaja. Idea
pembinaan garaj kereta ini bertujuan untuk memberi kebajikan kepada guru-guru dan kaki
tangan sokongan di samping sebagai sumber pendapatan tetap tahunan KGKT. Dan pada
hakikatnya apa yang dirancang telah menjadi kenyataan. •Saya juga telah mencetuskan idea
melabelkan nama-nama bilik khas dan kelas dengan meletakan di atas pintu masuk ke bilik atau
ke kelas berkenaan yang sebelum ini juga tidak ada. Label-label kelas dan bilik-bilik khas
tersebut nampaknya kekal digunapakai sehingga sekarang walaupun telah berlaku rejenama
semula. Tujuannya ialah bagi memudahkan semua pihak yang hendak berurusan di tempat
tersebut, terutamanya kepada para ibu bapa, guru dan pelajar mencari kelas masing-masing.
Kerangka label khas yang diperbuat daripada besi yang pletnya mudah ditukar ganti. •Dalam
mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat peperiksaan SPM, saya telah berjaya
meletakan penanda aras yang kuat dan kukuh dengan pencapaian tertinggi 95.9% dan gred
purata tertinggi ialah 3.42 dengan 48 orang mendapat A pada tahun 2011. Dan keputusan SPM
tahun 2012 yang akan diumumkan pada bulan Mac nanti, dijangkakan pencapaiannya akan
lebih menarik lagi . Saya amat kecewa kerana target untuk melihat pencapaian 100% dengan
gred purata mata pelajaran 0 atau 1 belum lagi tercapai sehinggalah saya buat pilihan untuk
bersara. Saya berharap guru pengganti saya boleh melakukan sesuatu yang luar biasa untuk
mencapai impian yang masih tergantung itu. •Walaupun sumbangan dan peranan saya di
sekolah ini dalam jangka masa 10 tahun lebih nampaknya tidak seberapa, tetapi pada
hakikatnya saya telah berjaya mengharumkan nama baik SMK SI 1 ke seluruh pelusuk negeri,
negara dan dunia ( termasuk ke Sabah dan Sarawak ), melalui pelbagai program
profesionalisma mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat PPD, JPN, dan KPM
sebagai penceramah kursus , penceramah mata plelajaran, penilai buku teks, pemeriksa kertas,
pembina dasar dan penulis blog. •Guru-guru dan para pelajar yang dihormati sekalian. •Bermula
pada 1 Februari, 2013 yang lalu dan untuk waktu hari-hari saki baki seterusnya, terputus sudah
hubungan rasmi saya sebagai guru atau kaki tangan perkhidmatan awam Malaysia dengan
para pelajar, guru, PPD, JPN, KPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia kerana telah
bersara. Namun begitu roh, semangat dan jiwa kependidikan masih tebal menapak dan
membara di dalam diri, jiwa dan sanubari saya. Masih utuh dan sedia menyumbang bakti kepada
sesiapa sahaja asalkan untuk kemajuan pembangunan pendidikan, masyarakat, agama, negara
dan bangsa. •Tugas guru pada akhir-akhir ini amat berat dan mencabar. Guru adalah arkitek dan
juruteknik manusia. Profesion keguruan berbeza dengan tugas-tugas kaki tangan perkhidmatan
awam lain. Kaki tangan perkhidmatan awam lain seperti polis, tentera, doktor, pegawai daerah,
peguam, hakim dan lain-lain menggunakan ilmu yang dimilki pada dirinya sebagai pelaksana
tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan kepadanya. Tetapi guru menggunakan ilmu
Posted by azmar
Protect and Secure Your WiFi : https://bit.ly/vpn_secure

Anda mungkin juga menyukai