Anda di halaman 1dari 23

SEKOLAH TUN FATIMAH, JOHOR BAHRU

MINIT MESYUARAT GURU


BILANGAN 1 /2021
Tarikh : 18 JANUARI 2021

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Sekolah Tun Fatimah dan Kediaman masing-masing

Kehadiran : Semua Hadir

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Salam Sejahtera, Salam 1 malaysia dan Salam Sayangi
Negaraku Tercinta daripada Ustazah Norhayati, Pengetua Sekolah Tun Fatimah. Pengetua
mengalu-alukan kehadiran Penolong Kanan Akademik, Puan Radziah bt Mohd Din, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Ustazah Norhaniza bt Abdullah, Penolong Kanan Kokurikulum, En.
Mod Khir bin Masbol serta semua GKMP dan setiausaha-setiausaha mesyuarat yang berada di
Bilik Mesyuarat serta guru-guru lain yang berada di kediaman masing-masing dalam mesyuarat
kali ini.

1.2 Beliau juga memperkenalkan dirinya sebagai pengetua yang baharu di STF dan mengharapkan
semua guru dapat menjalankan tugas dengan baik dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

1.3 Bacaan Doa oleh Ustaz Syafik bin Yusof

1.4 Bacaan Ikrar Akur Janji oleh semua guru di bawah pimpinan En Mohd Khir bin Masbol.

1.5 Pengetua berterima kasih kepada semua panitia yang telah menyiapkan fail panitia masing-masing
dan akan memeriksa fail-fail tersebut .

1.6 Pengetua berterima kasih dan memuji tindakan semua guru yang berjaya menghantar erph
sebelum cuti sekolah.
1.7 Pengetua memaklumkan penetapan kerja berdasarkan Manual Pengurusan akan bermula pada hari
esuk bersama PK.HEM. (Manual masih belum dikongsi kepada semua guru kerana ada pindaan
yang akan dibuat terlebih dahulu).
(Tindakan Pn Jayasyree)

1.8 Manual Pengurusan Guru sebenarnya tidak banyak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya
(rujuk Manual Pengurusan yang akan diberikan).

1.9 Pengetua mengharapkan apa yang ada disediakan di dalam Manual Pengurusan tersebut hendaklah
dihadam dan di kuasai oleh semua guru.
Makluman : Semua Guru

1
1.10 Pengetua meminta agar motto ‘Comitted to excellence’ difahami oleh semua guru kerana dengan
motto tersebut, STF telah melakari keunggulan dan menjadi sekolah terulung dan idola kepada
anak-anak serikandi dan semua murid.
Makluman : Semua Guru

1.11 Slogan ‘Smart Talented Fantastic’ telah menjenamakan STF dengan begitu ‘smart’.Jadi semua
guru hendaklah mematuhi semua etika yang telah ditetapkan. Contohnya etika pemakaian pakaian
guru ke sekolah. Aspek ‘talented’, telah terbukti dengan hasil kerja semua Penolong kanan yang
begitu komited dan bersungguh-sungguh untuk kejayaan STF. Manakala aspek ‘Fantastic’,
pengetua menegaskan kitalah warga STF yang akan mewarnai kehidupan di bumi Desa Tun ini.
Makluman : Semua Guru

1.12 Piagam Pelanggan – telah diguna pakai sejak dahulu lagi dan merupakan roh atau keutamaan
semua guru. Semua guru mesti mematuhinya kerana tujuan dilaksanakan adalah untuk
memastikan sistem pendidikan berjalan lancar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
Semua guru mesti sentiasa dedikasi, komited, berdisiplin dan produktif.Guru-guru juga mesti
bekerja dengan cepat,cekap dan tepat serta tegas. Justeru anak-anak ‘syurga’ yang berada di STF
ini berada pada landasan yang betul dan membentuk peribadi murid yang mulia.
Makluman : Semua Guru

1.13 Aspek kebersihan dan keselamatan semuanya adalah terkawal dan selamat.Menurut pengetua,
sekolah telah mula berwajah baharu. Pondok jaga, asrama dan kantin turut berwajah baharu.
Makluman : Semua Guru

1.14 Sinkronim STFJB – hendaklah dibaca dan difahami dengan apa yang dimaksudkan dengan huruf-
huruf tersebut dan mesti dilaksanakan.

Makluman : Semua Guru

1.15 Pengetua menegaskan Takwim Penilaian Kurikulum dan Peperiksaan 2021(rujuk Manual
Pengurusan Guru) tetap dibuat supaya hasil pdpR yang dijalankan secara dalam talian adalah sama
seperti dalam talian.

1.16 Penekanan lebih kepada sistem buka buku, penggunaan internet dan bukan meniru kawan-kawan.

1.17 Memandangkan tarikh sebenar penilaian dan peperiksaan tidak ditetapkan oleh pihak SBP, maka
adalah perlu sekolah sendiri yang akan menetapkan tarikh semua peperiksaan seperti Peperiksaan
Pertengahan Tahun, PT3 dan Peperiksaan Percubaan SPM. Semuanya akan dibuat secara
peringkat dalaman sahaja jika KPM dan SBP tidak melaksanakannya. Namun begitu bergantung
pada sebarang pindaan dari semasa ke semasa atas perbincangan dengan GKMP dan setiausaha
kurikulum.

1.18 Pengetua memohon maaf kerana Takwim 2021 yang telah dimurnikan hanya akan dipamerkan
hingga bulan Mac sahaja kerana kekangan pengetua.

Makluman : Semua Guru

1.19 Pengetua memaklumkan pada 19.1.2021 adalah pendaftaran anak-anak ‘syurga’ Ting 5, 2020. Surat
kebenaran merentas negeri, carta alir pergerakan telah dikeluarkan dan telah di’blast’ di dalam
grup PIBG dan sarana.

2
Tindakan :PK Hem

1.20 20.1.2021 merupakan hari persekolahan murid Ting 5,2020. Manakala murid Ting 5, 2021 adalah
di rumah masing-masing.

1.21 Pengetua memaklumkan perjumpaan secara online untuk murid-murid Ting 2 hingga Ting 5 akan
dijalankan pada 22.1.2021. Jadual PDPR akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Makluman : Semua Guru

1.22 20.1.2021 akan diadakan Perhimpunan pagi. Pengucapan pengetua akan dijalankan dengan Ting
5,2020 di Dewan Bestari dengan penjarakan sosial dan SOP. Manakala Muird Ting 2 hingga
5,2021 menyaksikannya melalui goole meet di rumah masing-masing.

Tindakan : Guru Bertugas/Penyelaras Perhimpunan

1.23 Pada 22.1.2021 akan diadakan gotong royong asrama khususnya di Blok Pelangi yang akan
menempatkan murid Ting 5,2021. Kemas selia akan dibuat untuk kemas sendiri tempat masing-
masing. Pengetua meminta semua guru turun padang untuk melihat sendiri keadaan asrama untuk
menerima nak-anak ‘syurga’.

Tindakan : Guru Penjaga/Mentor

1.24 Semasa pendaftaran, hanya seorang ibu atau bapa beserta anak sahaja yang akan dibenarkan dalam
kenderaan. Akan ditaklimatkan.

Makluman : Semua guru

1.25 Guru-guru yang akan menjadi AJK pendaftaran hendaklah bersedia dan memakai mask dan
mematuhi SOP.

Tindakan :AJK pendaftaran

1.25 Pada 20.1.2021 juga merupakan hari ujian PJSK , maka cara kemasukan mereka ke sekolah juga
akan disediakan bagi mematuhi SOP.

Makluman : Semua Guru

1.26 27.1.2021 ialah hari Mesyuarat Agung Kokurikulum dijalankan secara atas talian.

Tindakan : guru Penasihat

1.27 28.1.2021 cuti Thaipusam – semua guru boleh bercuti kecuali nak-anak ‘syurga’ Ting 5 berada di
sekolah dengan mematuhi SOP dan menghabiskan kuarantin 14 hari mereka. Tiada lawatan dan
sebagainya.

Makluman : Semua Guru

1.28 Setiap Sabtu seperti biasa untuk subjek elektif murid ting 5 2020 akan diadakan secara bersemuka.
Manakala sujek teras adalah untuk murid ting 5 2021 secara atas talian. Guru-guru yang datang ke
sekolah hendaklah sentiasa memakai mask kerana guru-guru datang dari luar STF.

Tindakan : Guru Ting 5

1.29 Pengetua menegaskan bahawa semua aktiviti yang dirancang dalam takwim sepanjang Februari
dan Mac akan dilaksanakan mengikut ketetapan tetapi bergantung pada perubahan. Contohnya

3
Program Ratib Asmaul husna, Program Mohon Restu dan Solat Hajat akan dilaksanakan di
sekolah dengan mematuhi SOP. Ibu bapa pula akan melaksanakan di rumah masing-masing dan
membuat rakaman video.

Makluman : Semua guru

1.30 Pemantauan Bertema akan dijalankan bersama warden.

Tindakan warden/Guru Rumah

1.31 Kem Pecutan Akhir SPM 2020 akan diadakan pada Cuti Tahun Baru Cina. Jadual akan
dikeluarkan. Lawatan ibu bapa tidak akan dibenarkan. Tujuannya agar hubungan murid Ting 5
dengan kemelut Covid 19 akan terputus. Hanya video call, google meet akan dibenarkan untuk
anak-anak ‘syurga berhubung dengan ibu bapa masing-masing.

Tindakan : Penyelaras Ting 5

1.32 Aktiviti senamrobik juga akan dijalankan pada 19.2.2021.

Tindakan : Puan Reeza Haida

1.33 SPM akan bermula pada 22.2.2021. Pengetua meminta semua guru yang berada berdekatan STF
datang beramai-ramai ke STF untuk ‘menghantar’ calon-calon SPM masuk ke dewan peperiksaan.

Makluman : Semua Guru

1.34 Selepas kertas terakhir SPM berakhir, semua murid Ting 5 2020, tidak dibenarkan tinggal di
sekolah. Mereka diminta untuk terus balik ke rumah masing-masing.

Makluman : Semua Guru

1.35 8.3.2021 semua murid akan kembali ke sekolah secara bersemuka. Mereka mesti membawa mask
yang berwarna biru (3 lapis) .Mask kain hanya dibenarkan seminggu sekali atau dipakai semasa
hari jumaat dan sabtu sahaja. Setiap pagi semua murid dikehendaki menulis nombor bagi setiap
mask mengikut bilangan hari yang dipakai.

Makluman : Semua Guru

1.36 Pengetua juga mengingatkan guru-guru bahawa kita semua berada dalam Gelombang 3 iaitu
pengurusan berasaskan sekolah secara efektif. Iaitu 1 murid 1 projek.

Tindakan : Semua Guru

1.37 Pengetua menyentuh tentang Panduan Am yang patut dipatuhi oleh semua guru. Kehadiran guru
ke sekolah menggunakan Face Print @ Thumb Print. Manakala guru yang tidak hadir akan
mengisi Google form secara atas talian.

Tindakan : Semua Guru

1.38 Pembentangan Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Pengetua menegaskan bahawa dengan
merujuk Manual Pengurusan Sekolah, carta organisasi pentadbiran tidak banyak berubah seperti
tahun-tahun sebelumnya. Hanya 2 atau 3 orang guru sahaja yang berubah portfolio sesuai
mengikut kesesuaian semasa sekolah . Manakala jawatan setiausaha sahaja yang berubah
mengikut giliran.(Rujuk Buku Manual Pengurusan Guru 2021).

Makluman : Semua guru

1.39 Jawatankuasa Pengurusan Pentadbiran

4
1.39.1 Majlis Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Setiausaha Pn. Salbiah bt Bayudi

1.39.2 Jawatankuasa Perancangan Strategik /Pelan Kecemerlangan Sekolah(SBP)

Penyelaras : Pn Jayasree Jayadevan

Setiausaha : Pn Siti Khadijah Paiman

1.39.3 Jawatankuasa Lembaga Tatatertib Sekolah

Setiausaha : Pn Rasidah Surikan

1.39.4 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah

Penyelaras : Tuan Haji Muhammad Zawawi Nordin

Setiausaha : Pn Fariza Aris

1.39.5 Jawatankuasa Pengurusan Bilik Khas

Setiausaha : En Ahmad Syafiq Yusof

1.39.6 Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

Penyelaras : Pn. Norsidah M.Amin

Setiausaha : Pn. Mardiana Mustaph

1.39.7 Jawatankuasa Pembangunan Guru Baharu

Setiausaha : Pn Wardah bt Mohd Yasin

1.39.8 Jawatankuasa SGE

Penyelaras : En Mohd Kamaru Hakimi bin Razali

Setiausaha : Pn Siti Zafirah Suliman

1.39.9 Jawatankuasa SKPMg2

Penyelaras : Cik Idayati Harun@Abdul Rahman

Setiausaha : Pn Fariza Aris

1.39.10 Jawatankuasa Pengantarabangsaan

Penyelaras : Pn Salbiah Bayudi

Setiausaha : Pn Roziana Zakaria

1.39.11 Jawatankuasa Penandaarasan Sekolah

Penyelaras : Pn Nakimah Paimin

Setiausaha : Pn Siti Khadijah Paiman

1.39.12 Jawatankuasa Pembestarian Sekolah/ADS

Penyelaras : Pn Nakimah Paimin

Setiausaha : En Muhammad Zawawi Nordin

5
1.39.13 Jawatankuasa Galeri Sekolah Dan Papan Kenyataan

Penyelaras : Pn Nakimah Paimin

Setiausaha : Pn Suhana Ramly

1.39.14 Jawatankuasa Mesyuarat Guru

Setiausaha : Pn Wardah Mohd Yasin

Pn Fariza Aris

1.39.15 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun

Setiausaha : Pn Rasidah Surikan

1.39.16 Jawatankuasa Audit Dalaman

Juru Audit Dalaman : En Nik Azrul Kamarudin

Pn Noorul Wahida Mohd Zaki

1.39.17 Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan dan Inventori

Setiausaha : Pn Rasidah Surikan

1.39.18 Jawatankuasa Pembangunan Dan Penyelenggaraan Sekolah

Penyelaras : En Mohd Khir Masbol

Setiausaha : Pn Kalsom Daud

1.39.19 Jawatankuasa Sebut Harga

Setiausaha : Pn Rasidah Surikan

1.39.20 Jawatankuasa Pengurusan Kuarters

Penyelaras : En Mat Kamil Deraman

Setiausaha : Pn Norhidayah Abdul Rahman

1.39.21 Jawatankuasa Pengurusan Sufaz

Penyelaras : Pn Nakimah Paimin

Setiausaha : Pn Nik Kasma Radein Wan Kamal

1.39.22 Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah/Briged Komuniti

Setiausaha : Pn Khadijah Paiman

1.39.23 Jawatankuasa Pendokumentasian & Penggambaran Sekolah

Penyelaras : Tn Haji Ujang Mohamed Lazim

Setiausaha : Pn Siti Maimunah Pakkan

1.39.24 Jawatankuasa Manual Pengurusan Sekolah 2022

Penyelaras : Pn Nakimah Paimin

Setiausaha : Cik Elaine Kerk Rou En

6
1.39.25 Jawatankuasa Laman Web/Media Sosial

Penyelaras : Tn Haji Mohammad Zawawi Nordin

Setiausaha : Pn Nadzirah Mohd Nawi

1.39.26 Jawatankuasa Delima

Penyelaras : Tn Haji Mohammad Zawawi Nordin

Setiausaha : Pn Nadzirah Mohd Nawi

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 En Mohd Kamil bin Deraman mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh
Puan Falisha bt Rusli

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit kerana semua guru telah berjaya melaksanakan tugasan tahun 2020 pada
masa yang ditetapkan berdasarkan borang maklum balas yang dinyatakan.

Makluman : Semua Guru

5.0 KURIKULUM

5.1 Pn.Radziah Penolong Kanan Kurikulum membentangkan tentang Penjajaran Kurikulum 2021
Penjajaran Kurikulum 2021
5.1.1 Jumlah minggu bagi penggal persekolahan tahun 2021 adalah sebanyak 42 minggu bermula dari
20 Januari 2021 hingga tamat sesi persekolahan iaitu pada 9 Disember 2021.

Makluman : Semua Guru

5.1.2 Penjajaran yang telah dipilih untuk setiap tingkatan adalah Blok 30 minit selama 38
minggu.
Makluman : Semua Guru

5.1.3 Peruntukan masa kurikulum bagi tingkatan satu, dua dan tiga adalah seperti berikut:

7
LEBIHAN (+)/
SUBJEK MASA (MINIT)
KURANG (-)
Bahasa Melayu 90 + 30
Bahasa Inggeris 90 + 30
Matematik 120 -
Sains 150 -
Sejarah 60 + 60
Pendidikan Islam 120 -
PJK 60 -
Geografi 60 + 60
RBT/ASK 60 + 60
PSV 30 + 30
Muzik 30 + 30
Bahasa Arab 90 -
Bahasa Jepun/Perancis/Cina 60 -
Makluman : Semua Guru

5.1.4 Peruntukan masa kurikulum bagi tingkatan empat dan lima adalah seperti berikut:

LEBIHAN (+)/
SUBJEK MASA (MINIT)
KURANG (-)
Bahasa Melayu 90 + 30
Bahasa Inggeris 60 + 60
Matematik 120 -
Sejarah 60 + 60
Pendidikan Islam 90 + 30
PJK 60 -
Fizik 120 -
Kimia 120 -
Biologi 120 -
Matematik Tambahan 120 -
Bahasa Arab 120 + 60
Bahasa Jepun/Perancis/Cina 60 -

Makluman : Semua Guru

5.2 Jadual 2021


5.2.1 Jadual waktu yang dibina adalah berdasarkan kepada Panduan Peruntukan Masa
Kurikulum Bagi Kegunaan Pembukaan Sekolah Tahun 2021.
Makluman : Semua Guru

5.2.2 Jadual waktu anjal bersemuka untuk tingkatan 5 2020 yang diedarkan adalah untuk
diguna pakai mulai dari 20 Januari 2021 hingga 18 Februari 2021. Manakala jadual
waktu PdPR untuk tingkatan 5 2021 akan diguna pakai sehingga mendapat arahan untuk
diadakan pembelajaran secara bersemuka.

8
Makluman : Semua Guru

5.2.3 Jadual waktu PdPR bagi tingkatan 4 dihadkan sehingga jam 1.00 petang sahaja bagi
memberi peluang kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
Makluman : Semua Guru

5.2.4 Jadual PdPR tingkatan 3 dan tingkatan 2 akan berjalan sehingga jam 1.30 petang kecuali
untuk mata pelajaran Sains yang mana kelas tersebut akan dilaksanakan selama 2 jam dan
30 minit. Maka hari isnin untuk tingkatan 3 dan hari Ahad untuk tingkatan 2 akan
berakhir pada jam 2.oo petang.
Makluman : Semua Guru

5.2.5 Kepelbagaian aktiviti boleh dilaksanakan sepanjang PdPR seperti memberi


tugasan/latihan, pembentangan, kuiz dan sebagainya.
Makluman : Semua Guru

5.3 Penempatan Kelas


5.3.1 Tiada perubahan kelas untuk pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua.
Makluman : Semua Guru

5.3.2 Pengagihan kelas bagi pelajar-pelajar tingkatan empat dan lima adalah berdasarkan
pencapaian mereka dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Makluman : Semua Guru

5.4 Takwim Kurikulum


5.4.1 Takwim disediakan sehingga bulan Mac dan selebihnya akan disusun kemudian
bergantung pada arahan KPM berkaitan sesi persekolahan dari semasa ke semasa.
Makluman : Semua Guru

5.4.2 Senarai aktiviti kurikulum :

BIL TARIKH AKTIVITI


PKA Elektif SPM 2020
1 30/01/21
PKA Teras – SPM 2021
PKA Elektif SPM 2020
2 06/02/21
PKA Teras – SPM 2021
3 10/02/21 – 14/02/21 Kem Pecutan Akhir SPM 2020
4 19/02/21 – 20/02/21 Kem Pecutan Akhir SPM 2020
5 22/02/21 – 16/03/21 SPM 2020
PKA Elektif – Tingkatan 5
6 20/03/21
PKA Teras – Tingkatan 4
7 21/03/21 – 25/03/21 Penilaian Kurikulum 1 – Tingkatan 5

Makluman : Semua Guru

5.5 AJK Pengurusan Kurikulum 2021

9
5.5.1 Tiada perubahan pada Carta Organisasi Kurikulum berbanding tahun 2020 kecuali
peubahan pada Pengetua Cemerlang sahaja.
Makluman : Semua Guru

5.5.2 Berikut disenaraikan setiausaha bagi setiap jawatankuasa:


5.5.2.1 Majlis Kurikulum
Pn Norheza binti Hedra @ Hidrah
Setiausaha Menengah Atas :
Pn Nur Fadly Roseeda binti Ahmad Fadzil
En Nik Azrul bin Nik Kamarudin
Setiausaha Menengah Rendah :
Cik Elaine Kerk Rou En
Pn Siti Maimunah binti Pakkan
5.5.2.2 Penilaian, Pentaksiran dan Peperiksaan
Peperiksaan : Pn Nor Izwani binti Daud
SPM : Pn Hjh Bahayah binti Mutalib
Pn Nuurol Wahida binti Mohd Zaki
PBD : Pn Lely Khalilah binti Abd Kamar
Cik Noorliza binti Sajadi
PT3 : Pn Melisa binti Sudin
Cik Elaine Kerk Rou En
Dalaman Menengah Rendah :
Pn Nur Fadly Roseeda binti Ahmad Fadzil
Dalaman Menengah Atas :
Pn Nor Hidayah binti Ab. Rahman
5.5.2.3 Pemantauan dan Pencerapan Guru
Pn Nakimah binti Paimin

5.5.2.4 Jadual Waktu dan Guru Ganti


Pn Juhaida binti Kasron
5.5.2.5 Pusat Sumber Sekolah
En Ahmad Syafiq bin Yusof
5.5.2.6 Pelaksanaan MBMMBI
Tn Hj Ujang bin Mohamed Lazim
Pn Siti Norfalisha binti Rusli
5.5.2.7 KSSM
En Noor Azam @ Noor Salleh bin Mohamed
5.5.2.8 PLC
Pn Ramlah binti Sadul
5.5.2.9 Kajian Tindakan Sekolah
Pn Junaini binti Jamirun
5.5.2.10 Pelaksanaan DLP
Cik Noorliza binti Sajadi
Pn Norsilah binti Kamaruddin
Pn siti Zafirah binti Suliman
5.5.2.11 HIP
Pn Reeza Haida binti Miskam
Pn Siti Norfalisha binti Rusli

10
5.5.2.12 PKLSM TIMSS PISA
Pn Norsilah binti Kamaruddin
Pn Marlini binti Othman
5.5.2.13 Pelaksanaan STEM
Pn Norhadizah binti Nordin
5.5.2.14 Pendidikan Sivik
Pn Salbiah binti Bayudi
Makluman : Semua Guru

6.0 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

6.1 Penolong Kanan HEM Ustazah Norhaniza mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang
banyak membantu unit HEM Tahun 2020 dan mendoakan semoga usaha semua diberkati Allah.

6.2 Beliau seterusnya membentangkan Taklimat Pembukaan Sekolah 2021.

Menurut beliau banyak berlaku perubahan kerana sesuai dengan situasi baharu iaitu norma baharu.
Perkara pertama ialah mematuhi SOP. Memandangkan sekolah akan menyambut kepulangan
murid Ting 5 2020 maka SOP Pembukaan Sekolah 2021 yang ditetapkan patutlah dipatuhi .

6.2.1 – Penjajarakan sosial

6.2.2 – Rekod suhu

6.2.3 – Hand sanitizer

6.2.4 – Menjaga Kebersihan yang perlu diamalkan.

6.2.5 – Murid Ting 5 2020

Makluman : Semua Guru

6.3. Merujuk SOP pelajar Kembali ke asrama – Bermula di Pondok Pengawal ibu/bapa hendaklah scan
QR suhu. Sekiranya suhu murid di bawah 37.5°C maka murid dibenarkan masuk ke sekolah. Jika
suhu melebihi 37.5°C murid diminta kembali semula ke rumah atau mendapatkan rawatan di
klinik. (Rujuk Carta Alir Pengurusan Pelajar Kembali ke Asrama)-Lampiran
Makluman : Semua Guru

6.4 Murid juga diminta mengisi maklumat dan suhu badan dalam saringan borang kesihatan yang
disediakan sebelum masuk ke blok masing-masing. Kemudian borang tersebut hendaklah
dikembalikan kepada guru bertugas di Laman Pelajar. Murid juga diminta memakai pelitup
muka(face mask). Sentiasa mencuci tangan menggunakan hand sanitizer atau air dan sabun.
Makluman : Semua Guru

6.5 Jadual Guru Bertugas dan bidang tugas semasa pendaftaran murid Ting 5 ada disediakan secara
giliran. Guru-guru bertugas diminta merujuk jadual tersebut (Rujuk Jadual Bertugas Pendaftaran
Pelajar Ting 5 2020)- Lampiran.
Tindakan : Guru Bertugas

6.6 Ustazah Norhaniza juga telah menempatkan semua murid Ting 5 2020 di Blok Pelangi
berdasarkan Pelan Rumah Pelangi yang disediakan. (Rujuk Pelan Rumah Pelangi)- Lampiran

Makluman : Semua Guru

11
6.7 SOP di asrama juga patut dipatuhi oleh semua murid.
6.7.1- Jarak satu meter seperti di kamar,tandass,bilik belajar dan Dewan Makan.
6.7.2 - Tidur di katil masing-masing – merapatkan katil tidak dibenarkan.
6.7.3 – Perhimpunan melebihi 10 orang tidak dibenarkan.
6.7.4 – Kerap mencuci tangan dan memakai pelitup muka ketika berada di tempat umum.
6.7.5 – Murid tidak sihat hendaklah diasingkan , dihantar ke klinik untuk rawatan
atau dibawa pulang oleh ibu/bapa.
6.7.6 – Laporkan kepada warden sekiranya diri sendiri/ rakan mengalami gegala
Covid 19.
6.7.7 – Semua pakaian dan barang peribadi tidak boleh dikongsi dengan kawan.
6.7.8 – Pelawat tidak dibenarkan.
6.7.9 – Pemantauan berkala perlu dilakukan bagi memastikan semua murid
Mematuhi SOP.
6.7.10 – Tiada Outing bermalam sehingga pemakluman daripada KPM.

Makluman : Semua Guru

6.8 Pengambilan suhu murid akan diambil pada setiap pagi di Dewan Makan di bawah pemantauan
warden, guru bertugas dan guru 3 K
Tindakan :Warden/Guru 3K/Guru Bertugas

6.9 Semua murid juga mesti mematuhi Jadual Harian yang telah disediakan bermula dari Solat Subuh
jam 6.03minit pagi hingga lampu dimatikan untuk tidur , jam 11.00 malam.

Makluman : Semua Guru

6.10 Ustazah Norhaniza juga menjelaskan selepas tamat sesi persekolah, murid mesti membersihkan
kawasan kelas terutamanya di bahagian-bahagian yang disentuh seperti suis, pintu,meja dan
tingkap serta lantai.
6.11 Segala aktiviti yang dijalankan hendaklah mematuhi SOP.
Makluman : Semua Guru

6.12 SOP di Dewan Makan juga ditetapkan.


6.12.1 Pelan Kedudukan murid mengikut meja dan kerusi yang ditetapkan.
6.12.2 Beratur ketika mengambil makanan.
6.12.3 Makan dan minum hanya di Dewan Makan sahaja.
6.12.4 Makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan
6.12.5 Bekas makanan hendaklah diletakkan pada ruang yang disediakan.
6.12.6 Laluan masuk dan keluar Dewan Makan perlu dipatuhi.

Makluman : Semua Guru

6.13 Jadual makan disediakan, murid boleh rujuk di Dewan Makan.


6.14 Solat Berjemaah – hanya dibenarkan di surau mengikut kaedah SOP dan Norma
Baharu.
6.15 Riadah – Aktiviti riadah/sukan yang melibatkan sentuhan tidak dibenarkan.
Makluman : Semua Guru

12
6.16 Koperasi – Akan dibuka tetapi dengan SOP yang ketat. Hanya 2 orang sahaja
dibenarkan berada di koperasi pada satu masa. Tempahan barang di koperasi boleh dibuat kepada
guru koperasi/pekerja koperasi dengan menulis nama dan tingkatan untuk urusan pembungkusan
dan pengagihan.
Tindakan : Guru Koperasi

6.17 Tandas – Mematuhi SOP penggunaan tandas. Terhad kepada 5 orang dalam satu-satu masa
penggunaannya. Elakkan perkongsian peralatan mandi. Sentiasa mengambil langkah penjimatan
air dan elektrik.

Makluman : Semua Guru

6.18 Penggunaan Barang Terlarang dilarang sama sekali. Pihak sekolah boleh serta Tidak akan
dikembalikan semula. Telefon bimbit dilarang membawanya ke Sekolah selaras dengan Pekeliling
KPM.

Makluman : Semua Guru

6.19 Solat Dhuha dibenarkan ketika waktu rehat di surau.

Makluman : Semua Guru

6.20 Guru-guru kelas Ting 5(2020) hendaklah mencatat kehadiran murid secara manual dan
dingatkan juga agar menyediakan hand sanitizer di kelas. Refil boleh diambil di pejabat sekolah.

Makluman : Guru Tingkatan

6.22 AJK Pengurusan HEM 2021


6.22.1 Jawatankuasa Majlis Hal Ehwal Murid

Setiausaha : Pn Khadijah Paiman

6.22.2 Jawatankuasa Pengurusan Asrama

Setiausaha : Pn Norhadizah Nordin Jawatankuasa

6.22.3 Jawatankuasa Unit Bimbingan & Kaunseling

Setiausaha : Pn Khadijah Paiman

6.22.4 Jawatankuasa Lembaga Disiplin Sekolah

Setiausaha : Pn Fadzilah Abdul Majid

6.22.5 Jawatankuasa Sumur

Penyelaras : Pn Nik Kasma Radein Wan Kamal

Setiausaha : Pn Siti Nurul Ain Ashari

6.22.6 Jawatankuasa Bantuan dan Kebajikan Sekolah

Penyelaras : Pn Norashikin Hashim

Setiausaha : Pn Khadijah Paiman

6.22.7 Jawatankuasa Kantin Sekolah

13
Setiausaha : Pn Juhaida Kasron

6.22.8 Jawatankuasa Sekolah Selamat

Setiausaha : En Mat Kamil Deraman

6.22.9 Jawatankuasa Pendaftaran & Minggu Silaturahim

Setiausaha : Pn Mardiana Mustapha

6.22.10 Jawatankuasa Pendidikan & Pencegahan dadah

Setiausaha : Pn Mardiana Mustapha

6.22.11 Jawatankuasa Data & Maklumat Pelajar

APDM : Pn Siti Zafirah Suliman

Buku Pendaftaran : Pn Norhalimatusaadiah Othman

ISIS : Pn Siti Norfalisha Rusli

SSDM : Pn Noor Fadzilah Abdul Majid

6.22.12 Jawatankuasa mentor-Mentee

Setiausaha : Pn Mardiana Mustapha

6.22.13 Jawatankuasa Pengurusan Sistem Rumah/Anugerah SBP/MAAG

Setiausaha : Pn Siti Norfalisha Rusli

6.22.14 Jawatankuasa Sekolah Penyayang

Setiausaha : Pn Mardiana Mustapha

6.22.15 Jawatankuasa 3K

Setiausaha : Pn Sarina Ismail

6.22.16 Jawatankuasa Pengurusan Kelas

Semua Penyelaras Tingkatan

Guru Kelas

6.22.17 Jawatankuasa Program Jati Diri

Setiausaha : Pn Che Norzila Che Daud

6.22.18 Jawatankuasa Kegiatan Sekolah Selepas Pepepriksaan (KSSP)

Setiausaha : Pn Noesilah Kamaruddin

7.0 PENGURUSAN KOKURILUM

7.1 Penolong Kanan Kokurikulum, En Khir memaklumkan bahawa hampir 90° guru-guru penasihat
telah menghantar buku laporan koko.

14
Makluman : Semua Guru

7.2 Pelan Operasi perlu dihantar pada tahun ini dan nyatakan sama ada program dapat dilaksanakan
atau tidak.

Tindakan : Guru Penasihat koko

7.3 Aktiviti SGE banyak dilaksanakan dan hampir 60° telah dibelanjakan.

Makluman : Semua guru

7.4 Pelan Tantikal, Operasi hendaklah diselaraskan iaitu tahun 2021 -2023. Perlu dihantar sebelum
18.2.2021.

Tindakan : Guru Penasihat koko

7.5 Pemakaian pakaian PJPK akan dibincangkan nanti. Pengetua mencadangkan pemakaian baju
PJPK diwajibkan kepada murid Ting 1 hingga Ting 4 2021. Ting 5(2020) dan Ting 5(2021) tidak
wajib sebab takut mereka tidak akan pakai terus hingga akhir tahun.

Makluman :Semua guru

7.6 Papan Kenyataan Koko hendaklah dikemaskini untuk tahun ini.

Tindakan : Guru Penasihat koko

7.7 Barang-barang dan peralatan daripada unit koko yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada Pn.
Lili Murnni. Hal ini penting kerana jika barang yang dipinjam itu rosak atau hilang, barang baharu
akan dibeli untuk gantian.

Makluman :Semua Guru

7.8 Pelaksanaan aktiviti koko adalah wajib berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan semua
guru penasihat wajib melaksanakan.

Makluman :Semua Guru

7.9 Aspek keselamatan semasa melaksanakan aktiviti perlu dititikberatkan

Makluman : Semua Guru

7.10 Pelaksanaan aktiviti semasa PKP,PKPB adalah secara online. Tidak ada aktiviti secara bersemuka.
Begitu juga dengan PJPK. Namun PKPP aktiviti PJPK dibenarkan tetapi mesti mematuhi SOP.

Makluman : Semua Guru

7.11 Sektor Pengurusan Kokurikulum

Ada jawatan dan tugas guru-guru dikekalkan dan ada yang mengalami perubahan.Teapi tidak
begitu ketara.(Rujuk Buku Manual Pengurusan Bil1/2021)

7.12 Stor penyimpanan peralatan hoki telah diubah ke stor blok Zeti.

Makluman : Semua Guru

7.13 Aktiviti Pengucapan Awam/Tunas pendeta akan dilaksanakan pada perhimpunanrasmi dan waktu
rehat .

Makluman : Semua Guru

7.14 Program Rimup adalah berinteraksi dengan pelajar yang berlainan bangsa.

15
Makluman : Semua Guru

7.15 Kejohanan Balapan tidak dapat dilaksanakan kerana PKP.

Makluman : Semua Guru

7.16 Program Showcase akan diupdate. Cadangan tarikh TFIC 2021 ialah pada Ogos jika dilaksanakan.

Makluman : Semua Guru

7.17 Jawatan ketua rumah telah diganti dengan guru lain.

Makluman : Semua Guru

7.18 Kelab Fotografi/Videografi diletakkan di bawah pengurusan Kelab Purnama pimpinan En Ujang bin
Lazim.. Begitu juga dengan Kelab Pemimpin Muda (QM) dibawah pimpinan Pn Norhafizah Ideris
. Tidak perlu diisi dalam Skpmg2.

Makluman : Semua Guru

7.19 Berdasarkan Takwim Kokurikulum, 27.1.2021 merupakan Mesyuarat Agung UB,KP dan SP secara
online.

Makluman : Semua Guru

7.20 Semua ahli unit uniform adalah kekal kecuali ahli MPJB yang akan diserapkan ke mana-mana unit
uniform yang dipilih oleh murid.

Makluman : Semua Guru

7.21 Guru-guru penasihat hendaklah sentiasa mencari pertandingan yang boleh disertai secara atas
talian/bersemuka dalam internet.

Tindakan : Guru Penasihat koko

7.22 Ketua guru penasihat hendaklah membuat giliran bertugas/memantau aktiviti latihan dan mengiringi
pelajar ke pertandingan/program luar sekolah untuk guru-guru masing-masing.

Tindakan : Guru Penasihat koko

7.23 Perhimpunan Bulanan Koko

KPM telah menetapkan tarikh perhimpunan Bulanan Kokurikulum. (Rujuk Manual Pengurusan
Bil 1/2021)- perhimpunan mungkin dijalankan secara online atau bersemuka mengikut SOP.

16
Makluman : Semua Guru

7.24 Takwim MSSD,MSSJ dan MSSM terpulang kepada guru-guru penasihat Sukan/Permainan hendak
menghantar peserta atau tidak bergantung kepada perkembangan semasa sama ada boleh
dijalankan atau tidak. Hal ini disebabkan tidak ada maklumat tentang Takwim Pelaksanaan aktiviti
Sukan/permainan yang dikeluarkan setakat ini

Makluman : Semua Guru

7.25 Pada 25.2.2021 ditetapkan hari penghantaran untuk semua buku laporan koko UB,KP dan SP.
Bulan-bulan seterusnya penghantaran secara berkala dan sentiasa dikemaskini. Manakala pada
9.11.2021 ialah tarikh semua buku laporan koko dihantar untuk semakan terakhir.

Tindakan : Guru Penasihat Koko

7.27 En Khir memaklumkan bahawa dalam buku laporan hendaklah ditambah satu ruangan blok murid
untuk tujuan sistem rumah.

Tindakan: Guru Penasihat Koko

7.28 Untuk Sistem Rumah tidak perlu ada perkataan guru rumah sukan . Perkataan sukan hendaklah
digugurkan.

Makluman : Semua Guru

7.29 Semua aktiviti sukan/permainan berjalan seperti biasa walaupun masalah Covid 19. Aktiviti boleh
dilaksanakan secara atas talian.

Tindakan : Guru Penasihat Sukan/Permainan

17
8.0 HAL-HAL LAIN

8.1 Ibu bapa tidak dibenarkan menghantar makanan/barang di pondok pengawal.


8.2 PKSK Ting 1 – 21&25/1/2021
Ting 4 – 15/2 hingga 25/2/2021

8.3 Penempatan – Blok Pelangi – Ting 5(2020) & Ting 1

- Blok Zeti – Ting 2

- Blok Fatimah – Ting 3

- Blok Aishah – Ting 4

- Blok Zainon – Ting 5

8.4 APDM ibubapa sebenarnya boleh kemaskini tetapi belum dimaklumkan kepada sarana.

8.5 Sistem Rumah semua guru telah membuat sijil tetapi tidak sempat diberikan kepada

Murid.

8.6 Duty warden tahun ini dihadkan kehadiran guru-guru. Maka jadual duty yang dibuat

Melibatkan warden tetap, warden pembantu, guru-guru Ting 5 dan guru-guru yang

tinggal berdekatan.

8.7 Pemakaian baju uniform koko untuk guru wanita ditetapkan pakaian PPIM jika

tiada pakaian unit uniform masing-masing.

8.9 Setiap murid mesti telah ada baju uniform masing-masing yang mengikut standard

Piawaian unit masing-masing. Semua guru penasihat wajib maklumkan kepada

ahli masing-masing agar mereka bersedia dari rumah sebelum pulang ke sekolah.

8.10 Pengetua memaklumkan bahawa eprofil murid Ting 2-Ting 5(2021) hendaklah

disiapkan dalam masa dua bulan ketika mereka berada di rumah. Tugas ini perlu

disiapkan sebagai siap siaga untuk permohonan biasiswa dan kemudian hari.

Manakala Ting 5(2020) hendaklah diberi masa untuk menyiapkannya kerana

kekangan masa untuk menghadapi SPM dalam masa terdekat ini.

8.11 Pembayaran yuran murid Ting 5(2020) adalah berdasarkan bilangan hari mereka

berada di sekolah iaitu mulai 19.1.2021 hingga 11.3.2021 iatu hari terakhir kertas

Biologi. Bilangan hari ialah 57 hari x 1.00 = 57.00 bagi pendapatan ibu bapa

RM 4499.00 ke bawah. Manakala pendapatan ibu bapa RM 4499.00 ke atas,

Bayarannya ialah 57 hari x 3.00 = 171.00. bayaran boleh dibayar secara online

kepada PIBG atau kepada Penyelia Asrama.

8.12 Pembelian barang di koperasi boleh dibeli atas talian dan boleh ambil di koperasi.

18
Manakala murid yang berada di luar boleh membuat pesanan dan akan dikenakan

kos penghantaran.

8.13 Pengetua menegaskan semua guru hendaklah bekerja sebagai satu keluarga kerana

semua guru di STF adalah bertugas membina negara.

8.14 Nik Azrul (Pengerusi Kebirus 2020) mohon letak jawatan sebagai pengerusi dan

ingin membubarkan unit Kebirus. Pengetua memaklumkan agar perkara tersebut

dibincangkan selepas urusan pendaftaran murid minggu ini.Pengetua juga mohon

guru-guru yang masih belum menjelaskan baki yuran Kebirus hendaklah berbuat

demikian sebelum rekod kewangan Kebirus ditutup.

Makluman : Semua Guru

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1 20 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

…………………… ………………................

(WARDAH BINTI MOHD YASIN) (USTAZAH NORHAYATI BT


YUSOFF)

Pencatat Minit Mesyuarat Guru, Pengetua Cemerlang,

Sekolah Tun Fatimah. Sekolah Tun Fatimah.

19
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT GURU
BILANGAN 1 2021
18 JAN 2021

BIL PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS

Pengetua memaklumkan penetapan kerja berdasarkan


Manual Pengurusan akan bermula pada hari esuk
Telah dimurnikan oleh Pn
bersama PK.HEM. (Manual masih belum dikongsi
1. 2.1 Pn Jayasree Jayasree dengan Manual
kepada semua guru kerana ada pindaan yang akan
Pengurusan Guru bil2/21
dibuat terlebih dahulu).

Pengetua memaklumkan pada 19.1.2021 adalah Telah dilaksanakan dengan


pendaftaran anak-anak ‘syurga’ Ting 5,2020. jayanya. Pendaftaran murid
Surat kebenaran merentas negeri, carta alir pergerakan PK HEM Ting 5,2020 telah berjalan
1 1.18
telah dikeluarkan dan telah di’blast’ di dalam grup dengan mematuhi SOP yang
PIBG dan sarana telah ditetapkan oleh KKM dan
KPM.
20.1.2021 akan diadakan Perhimpunan pagi.
Pengucapan pengetua akan dijalankan dengan Ting
5,2020 di Dewan Bestari dengan penjarakan sosial dan Guru Bertugas/ Telah berjaya dilaksanakan
2 1.21 SOP. Manakala Murid Ting 2 hingga 5,2021 Penyelaras dengan mematuhi SOP yang
menyaksikannya melalui goole meet di rumah masing- Perhimpunan telah ditetapkan.
masing.

3 1.22 22.1.2021 akan diadakan gotong royong asrama Guru Penjaga/ Telah dilaksanakan dengan
khususnya di Blok Pelangi yang akan menempatkan Mentor bantuan wardens dan beberapa
murid Ting 5,2021. Kemas selia akan dibuat untuk orang guru penjaga Ting 5.
kemas sendiri tempat masing-masing. Pengetua
meminta semua guru turun padang untuk melihat
sendiri keadaan asrama untuk menerima nak-anak

20
‘syurga’.

Guru-guru yang akan menjadi AJK pendaftaran Ting 5


4 1.24 2020 hendaklah bersedia dan memakai mask dan AJK pendaftaran Telah dilaksanakan
mematuhi SOP
1.26 Semua guru penasihat telah
Guru Penasihat melaksanakan Mesyuarat
27.1.2021 ialah hari Mesyuarat Agung Kokurikulum
4 Agung Kokurikulum secara
dijalankan secara atas talian
atas talian

Setiap Sabtu seperti biasa untuk subjek elektif murid


ting 5 2020 akan diadakan secara bersemuka.
Manakala sujek teras adalah untuk murid ting 5 2021
5 1.28 secara atas talian. Guru-guru yang datang ke sekolah Guru Ting 5 Telah Dilaksanakan
hendaklah sentiasa memakai mask kerana guru-guru
datang dari luar STF.

Pemantauan Bertema akan dijalankan bersama warden


Warden 3k
3 K, warden bertugas dan guru rumah.
6 1.30 Warden bertugas Telah dilaksanakan
Guru rumah

Kem Pecutan Akhir SPM 2020 akan diadakan pada


Cuti Tahun Baru Cina. Jadual akan dikeluarkan.
Lawatan ibu bapa tidak akan dibenarkan. Tujuannya
agar hubungan murid Ting 5 dengan kemelut Covid 19
Penyelaras Ting Telah dilaksanakan dengan
7 1.31 akan terputus. Hanya video call, google meet akan
5 jayanya.
dibenarkan untuk anak-anak ‘syurga berhubung dengan
ibu bapa masing-masing.

Aktiviti senamrobik tidak dapat


dijalankan pada waktu pagi
Aktiviti senamrobik juga akan dijalankan pada
8 1.32 Pn Reeza Haida kerana murid Ting 5 ada kelas
19.2.2021
dan akan digantikan dengan
Aktiviti Riadah Petang.

Jadual Guru Bertugas dan bidang tugas semasa


pendaftaran murid Ting 5 ada disediakan secara giliran.
Guru-guru bertugas diminta merujuk jadual tersebut
9 6.5 Guru Bertugas Telah dilaksanakan
(Rujuk Jadual Bertugas Pendaftaran Pelajar Ting 5
2020)- Lampiran.

Pengambilan suhu murid akan diambil pada setiap pagi Warden/Guru Telak dilaksanakan dan telah
10 6.8 di Dewan Makan di bawah pemantauan warden, guru 3K/Guru diambil tindakan setiap hari
bertugas dan guru 3 K Bertugas bersekolah

21
Koperasi – Akan dibuka tetapi dengan SOP yang ketat.
Hanya 2 orang sahaja dibenarkan berada di
koperasi pada satu masa. Tempahan barang di koperasi
11 6.16 Guru Koperasi Telah dilaksanakan
boleh dibuat kepada guru koperasi/pekerja koperasi
dengan menulis nama dan tingkatan untuk urusan
pembungkusan dan pengagihan

Guru-guru kelas Ting 5(2020) hendaklah mencatat


kehadiran murid secara manual dan
12 6.20 dingatkan juga agar menyediakan hand sanitizer di Guru Ting 5 Telah dilaksanakan
kelas. Refil boleh diambil di pejabat sekolah.

Pelan Operasi perlu dihantar pada tahun ini dan Guru penasihat akan
nyatakan sama ada program dapat dilaksanakan atau mengambil tindakan segera
13 7.2 Guru Penasihat
tidak. untuk menghantarnya kepada
PK Koko.

Ada guru penasihat yang telah


Pelan Tantikal, Operasi hendaklah diselaraskan iaitu
14 7.4 Guru Penasihat menghantarnya dan ada yang
tahun 2021 -2023. Perlu dihantar sebelum 18.2.2021.
belum.

Masih ada papan kenyataan


Papan Kenyataan Koko hendaklah dikemaskini untuk
Kokurikulum yang belum di
7.6 tahun ini. Guru Penasihat
15 kemaskini kerana murid belum
lagi masuk ke sekolah.

Guru-guru penasihat hendaklah sentiasa mencari


pertandingan yang boleh disertai secara atas Akan diambil tindakan dari
16 7.21 Guru Penasihat
talian/bersemuka dalam internet. masa ke semasa

Ketua guru penasihat hendaklah membuat giliran


Telah dilaksanakan. Setiap guru
bertugas/memantau aktiviti latihan dan mengiringi
telah dibuat giliran bertugas
17 7.22 pelajar ke pertandingan/program luar sekolah untuk Guru Penasihat
memantau aktiviti koko secara
guru-guru masing-masing.
bergilir-gilir.

Pada 25.2.2021 ditetapkan hari penghantaran untuk


semua buku laporan koko UB,KP dan SP. Bulan-bulan
Semua guru penasihat koko
seterusnya penghantaran secara berkala dan sentiasa
18 7.25 Guru Penasihat sedia maklum dan akan
dikemaskini. Manakala pada 9.11.2021 ialah tarikh
mengambil tindakan.
semua buku laporan koko dihantar untuk semakan
terakhir

22
En Khir memaklumkan bahawa dalam buku laporan
19 7.27 hendaklah ditambah satu ruangan untuk blok murid Guru Penasihat Akan diambil tindakan
bagi tujuan sistem rumah.

Semua aktiviti sukan/permainan berjalan seperti biasa


Guru penasihat
walaupun masalah Covid 19. Aktiviti boleh Akan diambil tindakan dan
20 7.29 sukan/
dilakasanakan secara atas talian. sedia maklum
permainan

23

Anda mungkin juga menyukai