Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN CONTOH BERETI

KEDAH

MINIT MESYUARAT HEM KALI PERTAMA 2021

Bil. Mesyuarat : Pertama Tahun 2021


Tarikh : 27 Februari 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 11.10 pagi
Tempat : Dewan SADR

Kehadiran :

1. Encik HusIL Bin Shafie (Guru Besar)


2. Hasbi binti Mus Johari (PK HEM)
3. Noor binti Md Alleh (PK 1)
4. Encik Jamal Bin Abduh (PK Koko)
5. Puan Nurulhuda Bt Mat Don (SU HEM)
6. Fazi binti Md Zahat (KWAMP)
7. Puan Norhaya Binti Abu Bakar (RMT)
8. Puan Kartini Binti Ibrahim (Data HEM)
9. Encik Bakar Bin Ahmad (Kaunseling)
10. Encik Azmei Bin Sami (Pelancongan / Lawatan)
11. Encik Zakri bin Md Zain (Perhimpunan)
12. Encik Ahmad Jisri Bin Md Kir (Disiplin & 3 K)
13. Puan Azira Binti Ayoub (Keceriaan)
14. Puan Shimah Binti Man (Program Sekolah Penyayang)
15. Puan Halwani Baki (SPBT)
16. Encik Zamzam Bin Hashim (Keselamatan)
17. Encik Yusri Bin Omin (KPJ)
18. Puan Munirah Bt Rahmi (Rawatan)

I. ALUAN PENGERUSI
1.Pengerusi (PK HEM) memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab
dan mengalu-alukan kedatangan guru-guru serta mengucapkan terima kasih
kerana hadir ke mesyuarat kali pertama bagi tahun 2021.
2.Pengerusi berharap agar aktiviti atau program pada tahun 2021 akan
berjalan mengikut takwim.
3.Pengerusi mengingatkan guru-guru tentang bidang tugas unit masing-
masing dan teruskan aktiviti seperti tahun-tahun sebelumnya dengan
cemerlang.
4.Setiap kerja buat mesti berpandukan punca kuasa dan guru – guru boleh
merujuk buku panduan dan pengurusan takwim sekolah 2021 yang telah
diedarkan dalam mesyuarat guru kali pertama 2021.
5.Pengerusi menyemak secara sepintas lalu mengenai jawatankuasa induk
HEM dan setiausaha setiap unit berpandukan PPTS 2021.
6.Semua unit dikehendaki mengadakan mesyuarat unit masing – masing
selepas mesyuarat induk dijalankan.
7.Semua ajk perlu prihatin dengan aktiviti di dalam takwim.Setiausaha perlu
memastikan surat/kertas kerja untuk program disiapkan awal sebelum
berlangsungnya program.Penyelaras program diminta berjumpa dengan PK
HEM untuk membincangkan program yang akan dilaksanakan terlebih
dahulu.
8.Semua unit juga diminta membuat carta organisasi serta mempamerkan
dalam fail unit masing – masing.
9.Setiap unit perlu mengadakan surat panggilan mesyuarat, senarai
kehadiran guru ke mesyuarat dan juga minit mesyuarat.
Makluman

II. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT YANG LALU

10.Mesyuarat sebulat suara mencadangkan agar minit mesyuarat ini


disahkan dan disokong.

Makluman

III. PERKARA BERBANGKIT


11.Pengerusi memaklumkan kepada guru kelas untuk membanci semula
kerosakan pada meja kerusi kelas. Jika berlaku sebarang kerosakan
bolehlah dimaklumkan kepada PK HEM dengan kadar segera.

Tindakan : Guru Kelas

IV. PERBENTANGAN LAPORAN DAN ISU

12.Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa unit HEM akan


mengekalkan buku salah laku murid.
Makluman

13.Setiausaha SPBT memaklumkan bahawa buku teks untuk semua murid


telah diedarkan.Namun masih terdapat murid tidak mengambil buku teks.

Makluman

14.Setiausaha Unit Kaunseling memaklumkan bahawa program motivasi


tahun 6 telah dirancang namun perlaksanaannya bergantung kepada status
covid semasa.Program mentor mentee akan terus dilaksanakan dan
melibatkan semua guru.Jika terdapat kes dikalangan murid,semua guru boleh
merujuk kepada guru kaunseling dan mengisi borong bimbingan kelompok
atau individu untuk sessi kaunseling.
Tindakan : Semua Guru

15.Setiausaha unit murid cicir memaklumkan bahawa tiada murid cicir


disekolah ini.Namun masih terdapat murid ponteng tegar.
Tindakan : Makluman

16.Setiausaha unit RMT memaklumkan bahawa jumlah murid RMT bagi


tahun 2021 adalah seramai 59 orang.
Makluman

17.Setiausaha unit keselamatan memaklumkan bahawa Mesyuarat


memutuskan agar latihan kebakaran akan cuba dilaksanakan pada tahun
2021. Laluan kebakaran juga akan dimurnikan berikutan pertukaran
kedudukan kelas.
Tindakan : Semua Guru

18.Setiausaha unit KPJ memaklumkan bahawa unit ini merancang untuk


mengadakan pameran dan ceramah berkaitan dadah. Perancangan tahun
2020 untuk lawatan ke penjara sp terpaksa ditangguhkan pada tahun 2021
berikutan covid 19.
Makluman

19.Setiausaha unit Penyayang memaklumkan bahawa guru bertugas adalah


seperti biasa namun terdapat sedikit rombakan.

Tindakan : semua guru

20.Setiausaha unit Pencegahan Dadah merancang untuk memurnikan lagi


sudut ppda.
Makluman

V. HAL-HAL LAIN

21.PK HEM memaklumkan bahawa semua guru kelas perlu memberi


penekanan berkaitan sop perjalanan pembukaan sekolah.

Makluman

22.PK HEM memaklumkan bahawa sop akan dibacakan pada waktu pagi,
sebelum rehat dan waktu pulang.
makluman

23.PK HEM menyeru agar semua guru kelas menyediakan pelan lantai untuk
ditampalkan didalam kelas.
Makluman
VI. PENUTUP
24.Pengerusi berharap agar semua program dapat direalisasikan pada tahun
2021. Semua guru disaran agar bekerja bersunguh-sungguh.
Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.10 pagi.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

( ) ( )
S/U Hal Ehwal Murid PK Hal Ehwal Murid

Disahkan oleh :

(HUSIL BIN SHAFIE)


Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai