Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT UNIT HEM

SK SINGKIR
BIL 1/2022

Tarikh :
Masa : 9.00 PAGI
Tempat : BILIK TRANSFORMASI
Pengerusi : PUAN NOR HAFIZAH BINTI AJLAN

1. PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru-guru dan berterima kasih di atas kerjasama yang
diberikan dalam pengurusan hal ehwal murid. Pengerusi memohon maaf segala kekurangan
yang berlaku sepanjang tahun 2021. Pengerusi juga mengharapkan sokongan padu dan
kerjasama daripada semua guru dalam hal ehwal murid untuk tahun 2022 kelak walaupun
kita masih berhadapan dengan Pandemik Covid 19 dan persekolahan norma baharu.

Makluman : Pengerusi

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadang untuk disahkan oleh :
Disokong untuk pengesahan oleh :

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

Makluman :
Pengerusi

4. PERBINCANGAN PROFESIONAL
4.1 Pembukaan Sekolah Sesi Persekolahan 2022/2023

4.1.1 Guru bertugas minggu pertama diminta untuk menyambut kedatangan murid pada
hari pertama persekolahan. Guru –guru lain digalakkan untuk turut sama menyambut
kehadiran murid pada hari pertama persekolahan.
4.1.2 Saring suhu setiap murid (pastikan hanya murid suhu 37.5 kebawah sahaja
dibenarkan masuk ke kawasan persekolahan. Murid yang melebih 37.5 diasingkan
dahulu di Bilik 3K dan hubungi waris dengan segera.
4.1.3 Pastikkan penjarakan sosial terkawal dengan baik.
4.1.4 Setiap guru masa pertama harus mengingatkan murid-murid tentang SOP. Guru
waktu pertama juga perlu ambil pesanan makanan dan maklumkan di dalam
whatsapp Kantin 2022.
4.1.5 Pastikan semua murid memakai pelitup muka.
4.1.6 Hanya seorang murid (satu lelaki dan satu perempuan) dibenarkan untuk ke tandas
dalam satu-satu masa tetapi jika berlainan jantina, berdua dibenarkan kerana
destinasi yang berbeza.
4.1.7 Guru waktu pertama juga perlu maklumkan kehadiran murid dan kehadiran RMT di
dalam whatsapp Kehadiran 2022 untuk tindakan guru kelas.
4.1.8 Mohon guru – guru kelas mengisi kehadiran di dalam APDM selewat-lewatnya pada
pukul 9.00 pagi setiap hari.
4.1.9 Mohon guru mata pelajaran sebelum rehat keluar lewat sikit untuk pastikan murid-
murid sudah dapat makanan dan guru mata pelajaran selepas rehat masuk awal
sedikit untuk memantau murid-murid makan di dalam kelas dan kebersihan semasa
makan.

Tindakan : Semua Guru

4.2 Rancangan Makananan Tambahan ( RMT )

4.2.1 Memaklumkan jumlah murid mulai 21.3.2022 tahun 2 hingga 6 yang layak menerima
RMT pada tahun 2022 adalah seramai 116. Bilangan tersebut belum termasuk murid
tahun murid tercicir.
4.2.2 Murid tahun 1 dan murid tercicir belum mula RMT dan akan tunggu arahan daripada
kementerian dari semasa ke semasa.
4.2.3 RMT akan berjalan seperti biasa pada hari pertama persekolahan dan murid akan
makan di dalam kelas bersama murid-murid yang lain pada waktu rehat.

Tindakan : Jawatankuasa RMT / Susu


5. HAL-HAL LAIN

5.1 PK HEM memaklumkan agar semua guru untuk menulis dan menandatangani buku
keberadaan di dalam kelas.
5.2 Guru bertugas mingguan diminta melengkapkan dan menghantar buku laporan
tugasan mingguan kepada PK HEM.

Tindakan : Semua Guru

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi memberi ucapan selamat menjalankan tugas dengan penuh

bertanggungjawab dan dedikasi untuk raih kecemerlangan pada tahun 2022.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 pagi.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________ ____________________
Setiausaha HEM Penolang Kanan HEM
SK Singkir SK Singkir

Anda mungkin juga menyukai