Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PPKI

SK BALIK PULAU
BILANGAN (1) SESI 2022/2023

Tarikh : 24 MEI 2022


Hari : SELASA
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Ibnu Khaldun
Kehadiran : Guru Besar, Penolong Kanan Pendidikan Khas,

Semua guru PPKI

1. KATA-KATA ALUAN (GURU BESAR)


1.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran para guru ke mesyuarat Guru Pendidikan
Khas.
(Makluman : Semua Guru)
2. HOUSEKEEPING DAN INFORMASI

2.1 Guru Besar memaklumkan tentang waktu bekerja guru yang fleksibel manakala
pembantu pengurusan murid (ppm) pula adalah waktu kerja terperingkat

2.1.1 MYSG

Guru Besar memberi maklumat berkaitan MYSG guru dengan menggunakan


pendekatan guru prihatin. Guru besar juga memberikan peringatan tentang waktu
kerja ppm supaya datang sebelum jam 7.00 pagi untuk membolehkan ppm balik
seawall 4.00 petang. Jika 7.01 pagi PPM perlu balik pada jam 4.30 petang.

2.1.2 Diskripsi tugas guru & ppm


Guru Besar membahagikan tugas gurumengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

2.1.3 Cuti Rehat Khas (CRK)


Guru Besar mengingatkan para guru berkaitan dengan CRK iaitu keistimewaan yang
diberikan kepada guru. Namun begitu guru perlu memohon dengan Guru Besar
terlebih dahulu. Guru-guru juga diingatkan supaya tidak menyambung cuti dengan
keistimewaan CRK melainkan kes-kes kecemasan.

2.1.4 Waktu Rehat Murid


Guru Besar memaklumkan tentang waktu rehat murid yang telah diubahsuai kepada
jam 9.10 hingga 9.40 pagi. Manakala waktu pulang murid kelas intervensi pada jam
11.00 pagi (dihantar oleh ppm ke pintu pagar sekolah).

2.2 Waktu gantian (relief)

Guru Besar memaklumkan guru berkaitan waktu gentian PPKI hanya melibatkan
guru-guru PPKI sahaja tidak termasuk guru aliran perdana.

2.3 Pengurusan kewangan PPKI

Guru besar memaklumkan jika guru ingin membuat pesanan nota minta perlulah
meyertakan surat yang berkaitan. Jika PPKI ingin menganjurkan program boleh terus
berbincang dengan penolong kanan. Pembekal juga mesti mempunyai SSM dan
pengurusan wang kerjaam Guru besar menekankan supaya guru menguruskan
kewangan dengan formula 50% - 30% - dan 20%

2.4 Suriany Binti Abdulah (guru PPKI)


2.4.1 Memaklumkan tentang pengurusan EMK akan bermula pada bulan MAC 2023. Pada
bulan Julai duit akan turun ke sekolah dan ibu bapa boleh ambil sebanyak RM150.00
sebulan.
2.4.2 Guru kelas diminta untuk mengemaskini APDM mengikut syarat yang diminta.
2.4.3 Pengurusan RMT mengikut jumlah murid yang hadir ke sekolah.
2.4.4 Kelab Keusahawanan murid akan kembali membuat program keusahawanan
pembuatan roti dan sayur-sayuran.

DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH

____________________________ ____________________________
(AHMAD SYAFIQ BIN ABDULLAH) (MOHD RAZIF BIN OTHMAN)
Setiausaha PPKI Guru Besar
Sk Balik Pulau SK Balik Pulau

Anda mungkin juga menyukai