Anda di halaman 1dari 4

MINIT MESYUARAT

SESI LIBAT URUS PEMBUKAAN SEKOLAH SEMESTER 3 SK KEDUMPAI

TARIKH : 6 JANUARI 2022

MASA : 10.45 PAGI

TEMPAT : SK KEDUMPAI, SIMUNJAN

KEHADIRAN

KEHADIRAN:

1. EN BAZLI BIN NAHRAWI


2. PN EDA BT OBENG
3. EN CHRISTIE AK TANGGIE
4. EN JUNAIDY BIN BEE
5. PN NOORLISMALIZA BT NASIR
6. EN MAHATHIR BIN CHEE
7. EN NELSON AK KEDANG
8. EN MASRI BIN SELI
9. PN GAGA AK TUNTUN
10. EN HELMI BIN FAUZI
11. EN OLIVER AK KUA
12. CIK MARTHA AK GERINANG
13. EN MOHAMAD MUSA BIN JALI
14. PN HALNISAH BINTI JAAFAR
15. CIK DAYANG HAMIDAH BINTI AWANG MAT
16. EN HALIAN BIN RAJILI
17. EN DONNY AK SIEW
18. En DOMONIC
19. CIK AINI

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN GURU BESAR


1.1 MAJLIS DIMULAI DENGAN BACAAN DOA
1.2 Guru Besar, En Bazli bin Nahrawi mengucapkan tahniah kerana telah
mengadakan mesyuarat ini bagi menguruskan urusan pembukaan
sekolah semester 3.
2.0 PERKARA PENGARAH JPN
2.1 Pentadbir hendaklah memastikan urusan kewangan diurus dengan betul.
2.2 Guru besar harus memantau setiap perkara yang berlaku di sekolah.
2.3 Tugas luar boleh dilakukan tanpa menggangu tugasan hakiki.
2.4 PGB pula hendaklah menggunakan sumber manusia yang sedia ada akibat
daripad kekurangan tenaga pengajar.
2.5 Ppdc yang dilaksana wajar berlaku di mana sahaja dan adanya elemen
merentas kurikulum seperti didik hibur dalam pembelajaran bagi menarik
minat murid.
2.6 PGB dan semua staff hendaklah bekerjasama dalam mencapai misi dan
visi sekolah.
2.7 Kawasan sekolah hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.
3.0 PERKARA TP.SPS
3.1 Pengoperasian sekolah akan bermula pada 10 Januari dan murid boleh
daftar asrama bermula 9 Januari berlandaskan SOP 3.0 yang masih
berkuatkuasa.
3.2 Perhimpunan sekolah masih tidak dibenarkan.
3.3 Lawatan daripada orang luar selain KPM adalah tidak dibenarkan.
4.0 PERKARA DARIPADA EN JAYA UKI DAN EN HUD
4.1 Pengoeprasian sekolah yang memiliki enrolmen kurang daripada 300
murid adalah tanpa penggiliran.
4.2 Lawatan daripada penjaga bagi murid asrama adalah tidak dibenarkan.
4.3 Pemakaian murid pula adalah bebas dan kemas.
4.4 Data kuarters mestilah dikemaskini mulai Januari 2022
4.5 Pihak sekolah adalah digalakkan untuk melaksanakan inovasi.
5.0 URUSAN ASRAMA
5.1 Ujian calitan hanya dapat dilaksanakan dengan kebenaran ibu bapa atau
penjaga.
5.2 Sekiranya murid positif, ibu bapa diminta membawa anak ke klinik untuk
rawatan.
5.3 Murid asrama yang memohon untuk belajar harian dalam tempoh 2
bulan ini adalah dibenarkan.
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1. Sekolah dibenarkan memohon guru ganti mystep melalui IPD masing-
masing dengan syarat perkhidmatan adalah tidak kurang daripada 1 bulan
tetapi tidak melebihi setahun.
6.2 Bagi urusan pertukaran guru pula, pemohon perlu tunggu surat arahan
dari semasa ke semasa kerana perkara ini seiring dengan penggal
persekolahan.
6.3 Murid tahun 6 yang ingin memasuki sekolah kas boleh membuat semakan
pusat pada 7.1.2022.
6.4 RMT dan PSS dicadangkan untuk murid bukan asrama yang dalam
kategori B40 dan penyediaan makanan adalah dicadangkan dikontrakkan
dibawah Puan Donny
6.5 Pihak JPN turut mencadangkan bahawa pembelian makanan asrama
adalah secara terus dalam tempoh seminggu ataupun sebulan.
6.6 Pengurusan HERMIS akan dilaksanakan secara atas talian.
6.7 Pengurusan Aset pula wajar diuruskan dalam masa terdekat.
7.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terimas kasih kepada semua pihak yang telah
mengamanatkan segala tugas yang diamanahkan. Mesyuarat ditangguhkan pada
12.00 tengahari.

Disediakan oleh,

____________________________
(EN MUHAMMAD SYUKRI FAZLIN BIN HAMID)
SETIAUSAHA

Anda mungkin juga menyukai