Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROGRAM

SENAMROBIK (1 MURID 1 SUKAN)

NAMA PELAJAR : SUMITHRA A/P PUSHPANATHAN

PROGRAM : 8 PISMP PENDIDIKAN KHAS

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DESA CEMERLANG

NAMA PROJEK/ AKTIVITI : SENAMROBIK (1 MURID 1 SUKAN)

TEMPOH PELAKSANAAN : 1 HARI

Objektif:

1. meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan
2. melibatkan penyertaan semua murid
3. mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas
4. mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul

Strategi Pelaksanaan:

Sebelum

1) Membuat perancangan pelaksanaan projek dari segi kumpulan sasaran, tempat dan
penyediaan kertas cadangan.
2) Membuat perbincangan bersama mentor mengenai program senamrobik (1 Murid 1
Sukan) yang ingin dilaksanakan untuk projek kumpulan Internship.
3) Memilih muzik senamrobik yang sesuai untuk kumpulan sasaran yang dipilih dalam
melaksanakan program senamrobik (1M 1S).
4) Membuat latihan awal senamrobik sebagai persediaan untuk program senamrobik
(1M 1S).
5) Membuat pelan lantai susunan kumpulan sasaran untuk digunakan semasa
pelaksanaan program senamrobik.
6) Membuat raptai senamrobik sebelum hari pelaksanaan program senamrobik.
7) Berkolaborasi dengan penyelaras program 1Murid 1 Sukan bagi menyediakan
peralatan yang sesuai seperti alat pembesar suara dan merancang atur cara
program senamrobik (1M 1S).

Semasa

1. Program dijalankan mengikut perancangan yang ditetapkan


Selepas

1. Mengambil gambar sebagai bukti dan diselitkan sebagai lampiran

2. Menulis laporan sebagai bukti pelancaran program senamrobik

(1 Murid 1 Sukan).

REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/ Aktiviti:

1.1 Kumpulan sasaran


Kumpulan sasaran yang kami pilih adalah seluruh warga Sekolah Kebangsaan
Desa Cemerlang termasuk guru-guru dan pentadbir sekolah. Kumpulan sasaran
ini sangat sesuai untuk melaksanakan program senamrobik kerana faktor fizikal
mereka yang masih bertenaga dan mampu melibatkan diri secara aktif.. Para
peserta yang terlibat seperti murid-murid dan guru-guru memberikan kerjasama
yang begitu menggalakkan semasa program senamrobik ini dijalankan.
Sokongan padu terhadap program senamrobik 1Murid 1 Sukan yang
dilaksanakan di sekolah sangat memuaskan.

1.2 Kesesuaian tempat


Tempat pelaksanaan program senamrobik ini diadakan di Tapak Perhimpunan
Sekolah Kebangsaan Desa Cemerlang. Tempat ini luas dan sangat sesuai
digunakan untuk melaksanakan program-program seumpama ini. Kumpulan
sasaran yang dipilih bebas untuk bergerak dan melaksanakan aktiviti dengan
jayanya.

1.3 Kerjasama pihak sekolah


Apabila melaksanakan program senamrobik ini, pihak sekolah sangat membantu
kami dari segi penyediaan peralatan, sokongan moral dan sebagainya. Kami
dapat melaksanakan program kecergasan senamrobik ini dengan lebih mudah
dengan bantuan dan dorongan daripada pihak sekolah terutamanya pihak
pentadbir dan mentor.

2) Kelemahan Projek/ Aktiviti:

2.1 Kekurangan tenaga pengajar atau instruktor


Oleh kerana program senamrobik ini adalah anjuran kami sebagai guru pelatih
yang melaksanakan program Internship di sekolah ini, maka hanya kami berdua
sahaja sebagai instruktor senamrobik tersebut. Sebilangan murid yang berada
jauh dari pentas utama agak terhad dalam melakukan pergerakan senamrobik
kerana tidak dapat melihat dengan jelas pergerakan senamrobik.

2.2 Pergerakan senamrobik yang kurang sesuai


Murid-murid tahap 1 iaitu murid tahun 1, 2 dan 3 berasa susah untuk mengikut
pergerakan senamrobik yang kami rancang. Ini telah menyebabkan mereka tidak
dapat membuat senamrobik dengan begitu efektif. Segenlintir murid yang berbual
apabila tidak dapat mengikuti pergerakan senamrobik yang ditetapkan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Melalui kekuatan dan kelemahan yang telah dikenalpasti sepanjang program ini
dijalankan, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat dilaksanakan di masa
akan datang .Kami akan memperbanyakkan instruktor sekiranya jumlah peserta yang
mengikuti program senamrobik ini ramai. Kami akan meminta bantuan dan khidmat
beberapa orang murid Tahap 2 dalam melaksanakan program ini. Di samping memeriahkan
lagi program, murid-murid tersebut dapat mempelajari ciri-ciri seorang instruktor untuk
program senamrobik. Selain itu, kami akan meminta bantuan guru bertugas untuk menjaga
kawalan murid supaya disiplin murid sentiasa dalam keadaan positif. Dengan ini, kami akan
dapat mengurangkan masalah kawalan murid yang suka berbual dengan rakannya. Selain
itu, kami akan merancang pergerakan-pergerakan senamrobik yang mudah diikuti oleh
murid-murid tahap 1. Koreografi yang kreatif juga dapat dibentuk daripada pergerakan yang
mudah dan asas. Kami juga akan pastikan muzik itu sesuai dan senang diikuti oleh murid-
murid pada masa akan datang.

KESIMPULAN

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan ini juga merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan
aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di semua sekolah
seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di
sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan dan berupaya
memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan
dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Aktiviti
senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil
sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada
semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid dapat melibatkan diri dalam
aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Secara keseluruhannya, program senamrobik (1Murid 1 Sukan) ini dapat dilaksanakan


dengan jayanya di Sekolah Kebangsaan Desa Cemerlang dan menjadi satu platform bagi
warga pendidik memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan
menyeronokkan. Melalui program ini kami sebagai guru pelatih dapat memberikan
pengetahuan dan pengalaman yang bermakna sebagai bekalan ilmu ketika bergelar guru
kelak. Di samping itu, pelaksanaan program ini juga dapat memberi impak kepada konsep
kendiri guru pelatih terhadap kemahiran mengurus, mengelola dan memimpin pada masa
akan datang.

SENAMROBIK (1 MURID 1 SUKAN)


SELASA, 15.08.2017
1. Murid-murid bersedia dan beratur mengikut kelas di tapak perhimpunan

SENAMROBIK (1 MURID 1 SUKAN)


SELASA, 15.08.2017
2.Guru-guru pelatih Sekolah Kebangsaan Desa Cemerlang membuat senamrobik di
pentas tapak perhimpunan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai