Anda di halaman 1dari 1

PRAKTIKUM FASA 2

AMALAN REFLEKSI

Matapelajaran : Kemahiran Manipulatif ( Corak menggunakan penyemburan air)

1. Isu /Aktiviti:
Set induksi (Video)

2. Analisis Isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:
Murid-murid lebih berfokus apabila menggunakan slaid-slaid powerpoint yang
beranimasi. Aktiviti-aktiviti yang disediakan dapat menarik perhatian murid-murid
dan mereka melibatkan diri dengan aktif apabila diberi token sebagai peneguhan
positif.

2.2 Kelemahan:
Murid tidak dapat mengkaitkan video set induksi dengan topik yang dipelajari
pada hari tersebut sebelum ditanya beberapa soalan. Video yang digunakan
tidak begitu sesuai bagi tahap murid.

3. Cadangan penambahbaikan:
Saya akan menyediakan bahan bantu mengajar seperti video yang dapat
merangsang minda dan minat murid mengikut tahap murid supaya mereka dapat
memahami aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan jelas. Menurut Hamdani
(2011:72), media pembelajaran dalam proses belajar mengajar dapat
mengembangkan keinginan dan minat yang baru, membangkitkan motivasi dan
rangsangan kegiatan belajar, bahkan membawa pengaruh-pengaruh psikologi
terhadap siswa. Berdasarkan pendapat yang dikemukakan di atas, dapat
disimpulkan bahawa media pembelajaran merupakan perantara berupa media
visual, audio, mahupun audio visual yang digunakan untuk menyampaian
materi pembelajaran sehingga dapat membangkitkan keinginan, minat, motivasi
belajar, dan juga dapat mempengaruhi hasil belajar murid.

Anda mungkin juga menyukai