Anda di halaman 1dari 4

Fail Dokumentasi |JBA1079/600-4/5

KERTAS KERJA
TERAPI PENDIDIKAN KHAS 2017

Nama Program Terapi Pendidikan Khas 2017


Tarikh 14 Ogos 2017
Hari Isnin
Masa 8.00pagi 12.00tengahari
Tempat Padang Sekolah
Anjuran Program Pendidikan Khas Integrasi SK Desa Cemerlang
Sasaran Semua murid Program Intergrasi Pendidikan Khas, guru-guru
pendidikan khas dan pembantu pengurusan murid.

Bil Perkara Jumlah

1 Kelas P.Khas UKM 7

2 Kelas P.Khas UPM 6

3 Kelas P.Khas USM 5

3 Guru pendidikan khas 6

4 Pembantu pengurusan murid 2

Jumlah 26 orang

Pelaksanaan Program dilaksanakan melalui:


Program 1. Mengemukakan kertas cadangan kepada Guru Besar untuk
semakan dan kelulusan
2. Mesyuarat antara guru-guru Pend. Khas dan Pembantu
Pengurusan Murid (PPM)
3. Menjalankan program dan pemantauan program
Pendahuluan Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) dibuka bagi mendidik
kanak-kanak berkeperluan khas yang mengalami masalah
pembelajaran. Oleh yang demikian pihak pengurusan sekolah telah
sedaya upaya menyediakan mutu pendidikan yang berkualiti bagi
kanak-kanak berkeperluan khas ini. Selain pendidikan dalan bilik
darjah, kanak-kanak khas ini juga perlu dilatih dari segi terapi fizikal
yang membolehkan mereka dapat berfungsi pada tahap yang
maksimum dalam memenuhi keperluan kehidupan mereka.
Fail Dokumentasi |JBA1079/600-4/5
Matlamat Pemilihan Terapi Pertuturan dan Terapi Multisensori bagi murid-
murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah bagi
memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran
menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid
normal yang lain. Disamping dapat meningkatkan lagi
perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan
perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.

Objektif 1. Mengaplikasikan terapi multisensori pada murid-murid


Pendidikan Khas
2. Menerapkan nilai bekerjasama di kalangan murid-murid
Pendidikan. Khas
3. Meningkatkan kefungsian motor halus dan kasar murid-murid
Pendidikan Khas
4. Merangsang murid untuk berinteraksi dan berkomunikasi
dengan persekitaran
5. Melatih murid-murid khas bermasalah pembelajaran
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian
dan berkaitan dengan kehidupan seharian
Anggaran kos RM 22.00
Anggaran Perkara Kuantiti Jumlah
perbelanjaan Soda bikarbonat 1 RM 3.00
Warna air 2 RM 9.00
Water beads 1 RM 5.00
Cuka 1 RM 5.00

Jumlah Besar RM 22.00


Sumber Kewangan Sumbangan Guru Pelatih
Perjalanan Program 8.00pg Berkumpul
8.30pg Gimik Pelancaran
9.00pg Pameran Terapi
9.10pg Taklimat Terapi
9.30pg Stesen Terapi
Terapi pertuturan
Terapi pasir
Terapi multisensori
12.00tghhari Penutup
Fail Dokumentasi |JBA1079/600-4/5

Ahli Jawatankuasa Pengerusi


Pn. Hamidah bt Ali

Timbalan Pengerusi
Pn. Radfazillah bt Abd Rahim

Naib Pengerusi I
En. Ahmad Kanarajah Perumal

Naib Pengerusi II
Pn. Fouziah Bt Abd Aziz

Penyelaras
Cik Sumithra A/P Pushpanathan

AJK Stesen Terapi


Mohd Shahrul Bin Suliman
Cik Livesha A/P Singgaravi
Pn. Siti Aminah Binti Hussin

AJK Peralatan
Pn. Sri Ratna Rahayu Bt Nordin
Pn. Farahiyah bt Che Man

AJK Kawalan Murid


Pn. Maryati bt Abd Wahab
Pn Nor Syaza binti Jamali

Sumber Tenaga Guru Pend. Khas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
Penilaian Guru Besar dan Guru Pen. Kanan Kokurikulum
Penutup Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah
bagi daripada semua pihak yang terlibat, adalah amat diharapkan
semoga melalui program ini akan dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan tercapai objektifnya. Diharapkan juga program ini
dapat meransang murid untuk bergerak balas secara positif
terhadap sesuatu kemahiran di samping mengukuhkan hubungan di
antara pelajar, guru dan masyarakat luar serta objektifnya dalam
melahirkan individu khas yang cemerlang dan mampu bersaing dan
berdikari selaras dengan peralihan masa yang penuh cabaran dan
dugaan yang menanti. Harapan yang menggunung untuk melihat
projek ini menjadi kenyataan dan segala pengisian yang dirancang
dapat berjalan dengan lancar.
Fail Dokumentasi |JBA1079/600-4/5
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

...................................... ....................................... ......................................


SUMITHRA A/P PUSHPANATHAN SITI AMINAH BT. HUSSIN HAMIDAH BT ALI
Penyelaras Program Penyelaras PPKI Guru Besar
SK Desa Cemerlang SK Desa Cemerlang SK Desa Cemerlang

Anda mungkin juga menyukai