Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kehadrat Tuhan kerana dengan


limpah kurnianya saya mampu menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama
sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus
ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami
mendapat bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk kami.

Seterusnya saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada pensyarah


kami iaitu Puan Periakka Rengaya Chinnaya yang telah banyak membantu dan
memberi tunjuk ajar kepada saya lagi menyiapkan kerja kursus ini. Sesungguhnya,
tanpa bimbingan daripada pensyarah sudah tentu sukar untuk menyiapkan tugasan ini
dalam keadaann amat menekan. Saya membahagikan masa sebagai pendidik dan
sebagai pelajar yang dapat menyiapkan pelbagai tugasan yang diberikan.

Di samping itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan
sokongan yang telah diberikan oleh rakan-rakan saya. Saya juga mendapat semangat
dan kekuatan untuk menyiapkan kerja kursus tersebut.Tanpa sokongan moral daripada
rakan-rakan, sudah pasti sukar untuk kami meneruskan pengajian dan menyiapkan
semua tugasan yang telah diberi oleh pensyarah. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan
yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus
ini dengan jayanya.

Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai