Anda di halaman 1dari 6

NAMA PELAJAR

: Shatyawathi a/p Somasundharam

NO. KAD PENGENALAN

: 930917-02-6028

PROGRAM

: PISMP Ambilan Jan 2013

NAMA SEKOLAH

: Sekolah Kebangsaan Langgar

NAMA PROJEK

: Projek Senamrobik (INDIVIDU)

TARIKH PELAKSANAAN

: 25 Julai 2016 (SELASA)

OBJEKTIF
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah.
Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat.
Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru.
Mengisi masa terluang murid.
Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang

vi.

disediakan.
Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

STRATEGI PELAKSANAAN
Pada hari Isnin iaitu pada 25 Julai 2016 yang lalu, guru pelatih internship dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu telah berjaya melaksanakan program senamrobik di
Sekolah Kebangsaan Langgar.
Program ini bermula pada pukul 8.15 pagi. Program ini dimulakan dengan
pendaftaran murid kelas 4 Bestari di Dewan Permata Sri Langgar. Peserta mula berkumpul
di dewan bermula pukul 8.05 pagi. Peserta berbaris dan guru pelatih mula membahagikan
murid dalam lima kumpulan.
Program ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan. Peserta-peserta
melakukan aktiviti memanaskan badan dengan mengikut guru pelatih. Seterusnya, semua
peserta membuat senaman ringan sebelum memulakan aktiviti senamrobik. Aktiviti
senamrobik yang diketuai oleh guru pelatih. Tepat pukul 8.15 aktiviti senamrobik dimulakan.
Peserta membuat pergerakan senamrobik mengikut arahan dan pergerakan guru pelatih

mengikut rentak lagu senamrobik yang dimainkan. Aktiviti senamrobik ditamatkan tepat jam
9.30 selepas aktiviti menyejukkan badan.
Selepas aktiviti senamrobik semua peserta diminta duduk dalam bulatan mengikut
kumpulan masing-masing. Guru meminta peserta-peserta untuk berbincang tentang Caracara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat. Setiap kumpulan diminta menghantar wakil
kumpulan untuk membentang hasil perbincangan kumpulan mereka di hadapan semua
peserta. Guru membuat ulasan aktiviti selepas kelima-lima kumpulan telah membentang
hasil perbincangan mereka.
Selepas aktiviti senamrobik ditamatkan, peserta dibenarkan untuk berehat. Selepas
berehat peserta dikehendaki masuk ke kelas masing-masing dan menjalani sesi pengajaran
dan pembelajaran seperti biasa.

REFLEKSI :
KEKUATAN PROJEK :
Projek ini dapat dijalankan dengan jayanya. Murid-murid bersa seronok menyertai projek ini.
Projek senamrobik ini dapat memberi peluang kepada murid yang tidak aktif dan kurang
aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan ini. Aktiviti ini juga dapat menyihatkan
tubuh badan dan meningkatkan tahap kecergasan murid. Lantaran itu, aktiviti ini juga
berjaya memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan muri 4 Bestari.
Disamping itu juga, aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk menyemai semangat
kerjasama, perpaduan dan kemesraan antara kalangan rakan sekelas.
KELEMAHAN PROJEK :
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti dalam proses mengketengahkan
aktiviti ini. Segelintir murid-murid yang tidak melakukan aktiviti senamrobik bersungguhsunguh menjadi salah satu kelemahan projek ini. Hal ii kerana mereka berasa malu untuk
menari. Kelemahan yang seterusnya adalah murid mula meminta untuk bertukar kumpulan
semasa sesi perbincangan kerana mereka ingin berada dalam kumpulan yang sama
dengan rakan mereka. Ini menyebabkan guru mengambil masa untuk menyelesaikan
masalah iini dengan memberi nasihat kepada murid untuk bekerjasama dengan semua ahli
kumpulan.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Pada masa yang akan datang, projek senamrobik perlu kerap dilaksanakan di sekolah. Ini
dapat menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat dan murid.
Bilangan murid yang dilibatkan boleh ditambah lagi pada masa akan datang jika aktiviti
senamrobik dilaksanakan seperti melibatkan semua murid dan guru serta kakitangan
sekolah. Ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta-peserta yang
terlibat.Cadangan penambahbaikan yang seterusnya adalah, murid perlu diberi kesedaran
tentang kebaikan aktiviti senamrobik sebelum melaksanakan aktiviti senamrobik. Hal ini
dapat meningkatkan tahap kesedaran murid untuk melibatkan diri secara bersungguhsungguh dan tidak bersikap sambil lewa.

KESIMPULAN :
Kesimpulannya, projek senamrobik yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan jayannya.
Objektif projek senamrobik yang ditetapkan berjaya dicapai sepanjang pelaksanaan aktiviti
ini. Guru pelatih berjaya menghadapi kekangan yang wujud semasa proses pelaksanaan
aktiviti senamrobik dan menjayakan projek senamrobik ini. Projek sebegini yang berkaitan
dengan kecergasan dan kesihatan perlu kerap dilaksanakan di setiap sekolah. Murid perlu
diberi kesedaran tentang aktiviti-aktiviti senaman seperti senamrobik yang sangat baik
unntuk kehidupan yang cergas dan sihat. Pihak sekolah perlu memberi sokongan kepada
piha-pihak sama ada guru-guru sekolah atau pun pihak luar seperti guru pelatih internship,
badan swasta (NGO), dan pihak kerajaan yang berkenaan yang ingin melaksanakan
program-program sebegini di sekolah.

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PELAKSANAAN PROJEK SENAMROBIK :

Murid-murid 4 Bestari berkumpul di Dewan


Permata Sri Langgar.

Murid melakukan aktiviti panaskan badan.

Murid sedang melakukan aktiviti senamrobik.

Murid sedang melaksanakan aktiviti


menyejukkan badan selepas aktiviti
senamrobik.

Murid-murid sedang berbincang dalam


kumpulan tentang Amalan Gaya Hidup
Sihat.

Wakil kumpulan sedang membentangkan


hasil perbincangan kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai