Anda di halaman 1dari 8

Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional

Lampiran Internship PISMP

Lampiran 1
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
(Laporan antara 8- 10 muka surat)

NAMA PELAJAR : KANCANAWATI BINTI KAMAR


NURUL AIN BINTI MOHD GHAUS
PROGRAM : PROGRAM INTERNSHIP PISMP JUN 2014

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU BERENDAM 2, MELAKA

NAMA PROJEK/AKTIVITI : PROJEK LATIHAN SENAMROBIK MURID PRASEKOLAH

TEMPOH PELAKSANAAN : 20 FEBRUARI 2018- 16 MAC 2018

OBJEKTIF :

 Meningkatkan keyakinan diri murid untuk menghadapi pertandingan senamrobik.


 Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah.
 Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat
 Mengeratkan silaturahim antara murid dan guru.
 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani, intelek dan
sosial.

STRATEGI PELAKSANAAN :

Aktiviti senamrobik merupakan satu program yang amat sesuai dijalankan bagi memupuk
gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-
murid sejak dari kecil. Oleh itu,memandangkan murid-murid prasekolah akan mengikuti
pertandingan senamrobik maka guru pelatih telah merancang untuk mengadakan latihan
senamrobik sebagai persediaan sebelum menghadapi pertandingan tersebut. Di samping
itu, murid dapat meningkatkan perkembangan secara holistik meliputi aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Lampiran Internship PISMP

Berikut adalah tarikh dan tempoh pelaksanaan :

 Tarikh yang dirancang ialah 20 Februari 2018- 16 Mac 2018


 Dilaksanakan selama sebulan oleh guru pelatih sempena projek internship

Aktiviti telah dilaksanakan mengikut perancangan. Selain itu, bantuan daripada guru-guru
prasekolah Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 telah melancarkan lagi perjalanan
program. Objektif utama projek ini untuk meningkatkan keyakinan dalam diri murid
sebelum menghadapi pertandingan senamrobik. Selain itu, melalui projek ini juga murid
dapat memupuk semangat bekerjasama dalam satu pasukan.

REFLEKSI :

1. Kekuatan Projek/Aktiviti
 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk belajar menguruskan projek
yang melibatkan murid-murid prasekolah di Sekolah Batu Berendam 2.
 Meningkatkan kredibiliti guru pelatih terhadap tugas dan tanggungjawab
sebagai seorang guru.
 Melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat.
 Memupuk amalan bersenam dalam kalangan murid supaya dapat
mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka.
 Memupuk semangat kerjasama berpasukan apabila murid bersama-sama
melakukan latihan senamrobik.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Lampiran Internship PISMP

2. Kelemahan Projek/Aktiviti
 Murid masih kurang memahami pola dan pergerakan senamrobik
 Kekangan masa untuk melatih murid

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Setelah berakhirnya projek tersebut, kami telah mendapati beberapa kelemahan yang boleh
diperbaiki sebagai satu cadangan penambahbaikan di masa akan datang. Antara kelemahan
yang paling ketara sekali ialah murid-murid masih kurang memahami pola dan pergerakan
dalam senamrobik. Namun, kami telah menukar pola dan memberikan pergerakan yang
mudah sesuai dengan kemampuan murid-murid tersebut.

Selain itu, kami juga dapat mendapati bahawa kekangan masa untuk melatih murid
menjadi kelemahan semasa melaksanakan projek latihan senamrobik ini. Hal ini demikian
kerana, disebabkan tempoh pelaksanaan projek ini dijalankan setiap hari iaitu selama
sebulan, maka masa yang diperuntukkan adalah terhad. Sehubungan itu, antara cadangan
penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah merancang semula waktu latihan supaya
supaya murid-murid dapat berlatih mengikut secara konsisten mengikut masa yang
ditetapkan.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Lampiran Internship PISMP

KESIMPULAN :

Kesimpulannya, sebagai seorang guru pelatih, kami mendapati projek seperti ini dapat memberi
bimbingan awal kepada bakal-bakal guru untuk sentiasa bersedia dengan idea-idea yang bernas
dan kreatif dalam usaha memberikan peluang dan pengalaman yang bermakna buat murid-murid
prasekolah Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, Melaka.

Di samping itu, aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kredibiliti guru pelatih dan menilai
kesungguhan dalam menyempurnakan projek yang telah dirancang dengan teratur dan jayanya.
Oleh itu, melalui projek ini, kami telah mempelajari bahawa sebagai seorang bakal guru kami perlu
mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya supaya boleh digunakan
apabila berada di sekolah kelak.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Lampiran Internship PISMP

Gambar 1: Perbincangan dengan guru tarian dan guru prasekolah

Gambar 2: Pemilihan lagu senamrobik


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Lampiran Internship PISMP

Gambar 3: Perbincangan pola dan pergerakan senamrobik

Gambar 4: Pemilihan murid untuk memasuki pertandingan senamrobik


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Lampiran Internship PISMP

Gambar 5: Latihan senamrobik bersama murid prasekolah

Gambar 6: Latihan senamrobik bersama murid prasekolah


Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Lampiran Internship PISMP

Gambar 7: Latihan senamrobik bersama murid prasekolah

Gambar 8: Latihan senamrobik bersama murid prasekolah

Anda mungkin juga menyukai