Anda di halaman 1dari 12

Topik Pengenalan

1 Gaya Hidup
Sihat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membezakan beberapa definisi dan konsep gaya hidup sihat;
2. Menerangkan enam komponen gaya hidup sihat;
3. Menghuraikan kepentingan gaya hidup sihat terhadap kesihatan
individu, agensi kerajaan dan swasta serta negara; dan
4. Menjelaskan peranan dan usaha agensi penggerak di Malaysia
dalam mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat.

PENGENALAN
To keep the body in good health is a duty,.. otherwise we shall not be able to
keep our mind strong and clear.
~ Buddha

Kata-kata Buddha ini memang ada kebenarannya. Gaya hidup sihat adalah satu
corak gaya hidup yang dikaitkan dengan individu yang mengamalkan tatacara
kehidupan yang aktif dan cergas. Gaya hidup sihat boleh dicapai oleh seseorang
individu dengan mengamalkan perlakuan aktiviti fizikal sekerap yang mungkin
dan juga mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Setiap individu daripada
pelbagai kategori umur dinasihatkan untuk melakukan aktiviti fizikal sekurang-
kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit setiap sesi dan mengamalkan
pemakanan yang rendah lemak, gula dan garam. Menurut penyelidik-penyelidik
di bidang sains sukan, corak gaya hidup sihat dapat mengurangkan obesiti yang

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


2 TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

menjadi punca kepada penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi
dan kencing manis. Kini, masyarakat kita mula mengamalkan gaya hidup sihat
ekoran daripada kesedaran bahawa penyakit kronik wujud daripada corak
kehidupan yang tidak sihat.

1.1 FALSAFAH, DEFINISI DAN KONSEP


Sebagai permulaan, kita akan cuba memahami konsep asas gaya hidup sihat
dengan melihat pelbagai definisi yang dikemukakan. Secara umumnya, gaya
hidup sihat berkait rapat dengan konsep kualiti hidup. Ia melibatkan perubahan
dalam masyarakat dan sistem sosial daripada keadaan yang dianggap tidak
memuaskan kepada keadaan yang lebih baik. Dengan demikian, kualiti hidup
merangkumi bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi meliputi juga aspek
lain seperti sosial, psikologi, kebudayaan, politik dan alam sekitar.

Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya


hidup yang sihat, akses dan kebebasan memperoleh pengetahuan, taraf
kehidupan yang melebihi keperluan asas individu dan memenuhi keperluan
psikologi untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang setanding dengan
aspirasi negara.

Masyarakat yang mempunyai gaya hidup yang sihat dikatakan mempunyai


kualiti hidup yang tinggi. Namun, masyarakat yang mempunyai kualiti hidup
yang tinggi tidak semestinya mempunyai gaya hidup yang sihat. Sebagai contoh,
seorang penghidap kanser paru-paru yang mempunyai segala kemewahan
dikatakan tidak mempunyai gaya hidup yang sihat kerana amalan menghisap
rokok terlalu kerap telah menjejaskan kesihatannya.

1.1.1 Definisi dan Konsep Gaya Hidup Sihat


Secara umumnya, gaya hidup sihat ditakrifkan sebagai satu proses atau amalan
kesihatan ke arah perubahan hidup yang memuaskan yang meliputi pelbagai
aspek termasuklah penjagaan pemakanan yang seimbang, bersenam, mengawal
tekanan atau stres, dan yang paling penting adalah menghindar diri daripada
aktiviti-aktiviti yang negatif dan berisiko.

Manakala menurut Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO, 1946) pula


mentakrifkan perkataan sihat sebagai:

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT 3

Suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya
ketika ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk
meneruskan hidup dengan prospek positif.

Menurut kajian Lyons dan Langille (2001), konsep gaya hidup sihat
dikategorikan sebagai satu kehidupan yang seimbang di mana seseorang
membuat satu pilihan dengan bijak. Walau bagaimanapun, segala pilihan ini
dipengaruhi beberapa faktor. Mereka juga menerangkan bahawa gaya hidup
yang sihat adalah suatu amalan untuk mengurangkan masalah kesihatan,
pemulihan, mengurangkan tekanan hidup dan meningkatkan mutu kehidupan.

1.1.2 Konsep dan Matlamat


Konsep dan matlamat gaya hidup sihat adalah universal. Matlamat utama gaya
hidup yang sihat adalah untuk membentuk individu yang sihat dari aspek
jasmani, mental dan rohani serta bebas daripada sebarang penyakit. Untuk
jangka masa panjang, corak gaya hidup sihat yang diamalkan akan melahirkan
sebuah masyarakat yang cergas dan aktif tidak kira peringkat umur dan taraf
hidup sama ada tua atau muda, kaya atau miskin.

1.1.3 Komponen-komponen Gaya Hidup Sihat


Bagi memastikan objektif gaya hidup sihat tercapai, terdapat enam komponen
penting dalam gaya hidup yang perlu dikecapi iaitu dari segi mental, sosial,
fizikal, spiritual, persekitaran dan emosi. Jadual 1.1 menerangkan definisi
komponen-komponen yang terkandung dalam gaya hidup sihat.

Jadual 1.1: Komponen-komponen Gaya Hidup Sihat

Komponen Definisi
Mental Kebolehan untuk mengenal pasti realiti kehidupan serta
menangani masalah dengan bijak.
Merujuk kepada kualiti sesuatu perhubungan sama ada di
Sosial
antara ahli keluarga, rakan, guru dan lain-lain.
Mempamerkan emosi yang stabil dan positif melalui cara yang
Emosi
betul dan bukannya konstruktif.
Kemampuan tubuh melakukan sesuatu aktiviti serta
Fizikal
menghindari diri daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


4 TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Memastikan persekitaran yang bersih untuk kesejahteraan


Persekitaran
bersama.
Memastikan keharmonian hubungan antara satu sama lain serta
Spiritual mempunyai tujuan dan hala tuju. Di samping itu, nilai, moral
dan etika juga perlu dititikberatkan.

1.2 KEPENTINGAN GAYA HIDUP SIHAT


TERHADAP KESIHATAN INDIVIDU,
AGENSI KERAJAAN, SWASTA DAN
NEGARA
Di zaman sekarang yang serba moden, masyarakat kini kurang mengambil berat
tentang aspek kesihatan diri dan sebaliknya hanya mementingkan wang ringgit
dan kebendaan semata-mata. Sikap sebegini tidak wajar diamalkan kerana tanpa
gaya hidup yang sihat masyarakat tidak akan dapat menikmati segala kekayaan
dengan sempurna. Justeru itu, amalan hidup sihat amat penting untuk menjamin
tahap kesihatan yang selesa.

1.2.1 Kesihatan Individu


Individu yang cergas dan sihat merupakan salah satu daripada asas yang
penting untuk memastikan negara kekal maju dan membangun. Biasanya
apabila taraf hidup kita meningkat, cara hidup kita akan berubah dan
pemakanan juga berubah sehingga kita lupa kepada pentingnya menjaga
kesihatan diri.

Justeru itu, tidak hairanlah ramai individu masa kini berisiko menghidap
pelbagai jenis penyakit seperti hipertensi, kanser paru-paru, kencing manis dan
buah pinggang. Hipertensi adalah satu penyakit berbahaya kerana ia
membebankan jantung dan ini menyebabkan arteriosklerosis (pengerasan
dinding arteri). Ini meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok.
Hipertensi yang tidak dirawat juga akan membawa kepada penyakit kronik
degeneratif seperti retinopati, strok, paru-paru berair, penebalan dinding jantung
dan sakit jantung, pengerasan dinding arteri terutama di jantung, sakit buah
pinggang dan otak serta boleh membawa kepada kematian.

Di samping itu, seseorang individu yang tidak mengamalkan cara hidup sihat
berisiko mendapat obesiti (kegemukan) yang akan menjejaskan penampilan diri
seseorang (lihat Rajah 1.1). Akibat dari keadaan fizikal tersebut, ada sesetengah
individu yang sanggup memakan pelbagai jenis pil pelangsing yang berbahaya
sebagai jalan penyelesaian mudah sehingga sanggup memudaratkan kesihatan.
Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT 5

Rajah 1.1: Secara teknikal, anda dikatakan obes sekiranya berat badan anda lebih 10%
daripada Indeks Jisim Tubuh (BMI)

1.2.2 Agensi Kerajaan dan Swasta


Bagi agensi kerajaan dan swasta, amalan gaya hidup yang sihat amatlah penting
dan sangat dititikberatkan. Kakitangan kerajaan dan swasta adalah merupakan
nadi penggerak bagi sesuatu syarikat atau organisasi. Tanpa mereka, sesebuah
organisasi tidak dapat beroperasi dengan efektif lalu menjejaskan produktiviti.

Rajah 1.2: Tekanan di tempat kerja boleh menjejas kesihatan diri dan mengganggu
konsentrasi di tempat kerja

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


6 TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Stres atau tekanan adalah satu penyakit psikologi yang selalu dialami oleh
kakitangan kerajaan dan swasta (Rajah 1.2).

Stres boleh ditakrifkan sebagai tekanan yang berlaku ke atas diri seseorang
berpunca daripada rangsangan luaran dan dalaman.

Masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti beban kerja atau
masalah dengan rakan sekerja. Seseorang yang mengalami stres tidak dapat
mengawal perasaan dan emosi. Mereka biasanya tidak mengamalkan gaya
hidup yang sihat dan cenderung melakukan aktiviti-aktiviti negatif seperti
menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah untuk menghilangkan
tekanan. Ada juga di antara mereka yang sanggup melakukan kegiatan jenayah
seperti memukul orang, mengugut dan membunuh.

Berikut adalah beberapa petikan daripada akhbar tempatan, Utusan Malaysia


yang memaparkan gejala sosial yang melanda rakyat yang menghadapi tekanan.

Rajah 1.3: Contoh petikan akhbar yang memaparkan gejala sosial yang melanda rakyat
yang menghadapi tekanan

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT 7

AKTIVITI 1.1

Kita berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan setiap hari.


Kadangkala, kita sendiri tidak perasan akan tekanan di sekeliling kita.
Pakar mental menggalakkan kita mengetahui sejauh mana kita boleh
mengurus tekanan.

Sila layari laman web freestresstest.org dan lengkapkan soal selidik


Free Stress Quiz untuk mengenal pasti bagaimana anda mengawal
tekanan. Bagaimanakah anda dapat memperbaiki reaksi anda terhadap
tekanan?

1.2.3 Negara
Tanpa amalan gaya hidup yang sihat, negara akan kehilangan rakyat untuk
membangunkan negara. Rakyat adalah aset yang penting untuk sesuatu negara
kerana ia mencerminkan keharmonian dan keamanan. Justeru itu, untuk
mengecapinya rakyat mestilah mengamalkan gaya hidup yang sihat. Rakyat
yang lemah dari segi fizikal dan mental boleh menjejaskan kestabilan negara.
Untuk menjadi negara yang terkenal, membangun dan berdaya saing, rakyat
mestilah menjaga mutu kesihatan dengan bersenam serta menjaga pemakanan.
Negara yang maju tiada ertinya sekiranya rakyat lemah dan sentiasa
berpenyakit. Ia akan mencemarkan nama baik dan reputasi negara selaku
Negara Sedang Membangun dan seterusnya akan membantutkan kegiatan
ekonomi negara. Akhirnya, negara akan menjadi tidak stabil dan kerugian
kerana rakyatnya yang tidak produktif.

1.3 PROMOSI HIDUP SIHAT


Promosi gaya hidup sihat merupakan satu aktiviti yang dilakukan untuk
menggalakkan masyarakat terus bergiat aktif dalam kehidupan seharian dan
mengamalkan cara hidup yang sihat.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


8 TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

1.3.1 Agensi Penggerak Kementerian Kesihatan,


Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan
Negeri
Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri
merupakan induk penting dalam mempromosikan gaya hidup sihat.

1.3.2 Kaedah Promosi


Pelbagai kaedah promosi telah dijalankan bagi memastikan masyarakat terus
mengamalkan gaya hidup yang sihat. Antara langkah yang telah diambil oleh
kerajaan adalah dengan menaik taraf segala kemudahan dan prasarana sukan
dan rekreasi seperti taman-taman rekreasi, padang, gelanggang dan alat-alat
permainan di peringkat negeri, bahagian, daerah dan kampung. Di samping itu,
kerajaan juga cuba mendapatkan bantuan lebih ramai pakar kesihatan untuk
membuat kajian terhadap beberapa wabak penyakit yang dihadapi rakyat agar ia
dapat dibendung lebih awal.

Langkah ini adalah penting untuk meyakinkan penduduk dan masyarakat


setempat bahawa kerajaan amat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan
aktiviti dan memandang berat isu kesihatan rakyat demi melahirkan masyarakat
cergas dan sihat agar negara lebih maju. Dengan peruntukan tinggi yang
diberikan kepada setiap Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti kesihatan, kerajaan berharap agar setiap
kemudahan digunakan oleh masyarakat dengan sebaik-baiknya.

Di samping itu, kerajaan juga dalam Rancangan Malaysia ke-8 telah bekerjasama
dengan pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Belia dan Sukan dalam
merencanakan pelbagai aktiviti kesihatan seperti mengadakan pelbagai karnival
dalam mempromosikan kempen Gaya Hidup Sihat".

Di antaranya ialah Kempen Cara Hidup Sihat bertemakan Sihat Sepanjang


Hayat yang dijalankan setiap tahun. Kempen ini memberi penekanan dan fokus
terhadap amalan-amalan yang boleh dipraktikkan oleh rakyat Malaysia untuk
mempromosikan kesihatan mereka.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT 9

Kedua-dua artikel ini menunjukkan promosi kerajaan ke arah melahirkan warga


yang mementingkan kesihatan diri.

500 sertai kempen kesihatan percuma 150 anggota polis


(Berita Harian, Rabu - 26 April 2002) jalani pemeriksaan kesihatan
(Utusan Malaysia, Isnin - 1 April 2002)
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
(Malaysia) - Kempen pemeriksaan Pulau Pinang, (Malaysia) - Seramai 150
kesihatan percuma dan menabung anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia
dengan institusi kewangan memberi (PDRM) menjalani pemeriksaan kesihatan
ruang kepada lebih 500 masyarakat di Mes Pegawai Kanan, Jalan Lahat di sini.
Islam termasuk kanak-kanak Pemeriksaan yang dijalankan oleh
menyertai kempen itu di pekarangan kakitangan Hospital Lam Wah Ee,
Masjid Jamek Padang Lalang, dianjurkan dengan kerjasama polis dan
Seberang Perai Tengah. Program itu Kelab Lions Georgetown. Mereka
membolehkan ahli kariah di situ berpeluang menjalani pemeriksaan bagi
mendapatkan pemeriksaan kesihatan menguji tahap penglihatan, tekanan darah
tekanan darah tinggi dan kencing dan kadar gula dalam darah masing-
manis dari Pegawai Perubatan masing. Untuk memberi perkhidmatan
Hospital Bukit Mertajam. yang berkesan kepada masyarakat adalah
penting mempunyai tahap kesihatan yang
cemerlang. Anggota polis perlu sentiasa
berjaga-jaga dengan mementingkan
penjagaan diri bagi mengelakkan mereka
terkena penyakit-penyakit kronik.

Rajah 1.4: Contoh artikel yang menunjukkan promosi kerajaan dalam melahirkan
masyarakat yang mementingkan kesihatan diri

1.3.3 Kumpulan Sasar


Kumpulan sasar merangkumi kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas.
Keutamaan adalah diberikan kepada kumpulan kanak-kanak kerana pada
peringkat ini mereka boleh dididik untuk mengamalkan corak gaya hidup sihat
sehingga dewasa. Ini menjadi sasaran dan matlamat utama pihak Kementerian
Kesihatan Malaysia.

Kumpulan sasar yang lain seperti remaja, dewasa dan warga emas tidak di
ketepikan juga kerana tahap kesihatan kumpulan ini juga perlu diubah supaya
menjadi lebih sihat, berkualiti dan produktif. Ini kerana mereka adalah aset
negara dalam membentuk modal insan yang utama untuk membangunkan
negara kita pada masa kini dan juga masa hadapan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


10 TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Oleh itu sebagaimana dapat kita perhatikan, pihak Kementerian Kesihatan


Malaysia tidak mensasarkan kepada kumpulan tertentu sahaja dalam usaha
mereka untuk menerapkan corak gaya hidup sihat ini tetapi menetapkan
matlamat merentasi generasi dari usia kanak-kanak sehingga ke warga emas.

1.3.4 Tips Gaya Hidup Sihat


Kita boleh mengamalkan tip-tip ini untuk menikmati gaya hidup sihat.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT 11

Rajah 1.5: Antara tips yang boleh diamalkan dalam gaya hidup sihat

AKTIVITI 1.2

Cuba anda senaraikan tip-tip gaya hidup sihat yang lain dengan
melayari Internet.

Gaya hidup sihat berkait rapat dengan konsep kualiti hidup. Ia juga
dikategorikan sebagai satu kehidupan yang seimbang.

Dua komponen kecergasan fizikal ialah berasaskan kesihatan dan perlakuan


motor.

Hipertensi, obesiti dan stres adalah punca gaya hidup tidak atau kurang
sihat.

Kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk mempromosikan gaya hidup


sihat. Salah satu promosi yang berkesan ialah Kempen Cara Hidup Sihat.

Pelbagai tips yang boleh diamalkan untuk menikmati gaya hidup sihat juga
disyorkan.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)


12 TOPIK 1 PENGENALAN GAYA HIDUP SIHAT

Gaya hidup sihat Obesiti


Hipertensi Perlakuan motor
Kecergasan fizikal Sihat
Kualiti hidup Stres

Queen, J. A., & Queen, P. S. (2005). The frazzled principal's wellness plan
reclaiming time, managing stress, and creating a healthy lifestyle. Thousand
Oaks, California: Corwin Press.
Thirlaway, K., & Upton, D. (2009). The psychology of lifestyle promoting healthy
behaviour. London and New York: Routledge.
Lyons, R., & Langille L. (2001). Atlantic Health Promotion Research Centre,
Dalhousie University.

Hak Cipta Open University Malaysia (OUM)

Anda mungkin juga menyukai