Anda di halaman 1dari 9

Pengalaman Belajar Kanak-kanak

Asuwani Thayer Roslin Pelaveandararaj

Setiap kanak-kanak akan menimba pengalaman dari apa yang dilakukan oleh dirinya. Alam belajar akan memperkembangkan mental dan pengalaman kanak-kanak. Terdapat tiga pembahagian melalui pengalaman

belajar kanak-kanak yang optimum iaitu:


i. Pengalaman Langsung ii. Penglibatan Aktif

iii. Kebebasan Belajar

Pengalaman Langsung (First Hand Experience)


melibatkan penggunaan deria seperti deria sentuh, bau,rasa, lihat dan dengar. Pengalaman ini juga adalah berkaitan dengan

pengalaman kanak- kanak itu sendiri.


Contohnya: apabila kanak-kanak menyentuh pemanas air di dapur, secara automatik kanakkanak akan menarik tangannya kerana merasa panas.

Di sini, kanak-kanak telah menggunakan deria sentuhnya dengan merasai kepanasan. Pengalaman mengingatkan yang sebegini supaya akan tidak

kanak-kanak

akan menyentuh sesuatu yang panas lagi.

Secara tidak langsung kanak-kanak ini telah


belajar dari pengalaman mereka sendiri.

Penglibatan Aktif (Active Involvement)


Kanak-kanak akan belajar melalui perkara yang dilakukannya. Kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif akan

mempunyai

pengalaman

yang

banyak

berbanding kanak-kanak yang tidak aktif atau

pasif. Untuk itu, ianya terpulang kepada usaha


kanak-kanak itu sendiri di samping sokongan dari ibu bapa dan guru.

Contohnya: kanak-kanak yang suka bermain bola dengan rakan-rakannya pada setiap petang akan mendapat lebih ramai kawan dan dapat memperkembangkan dirinya sendiri dari

sudut fizikal dan kognitif.

Kanak-kanak yang dapat melibatkan diri secara aktif dapat menambah pengalaman dari segi komunikasi dengan rakan yang lain, menguasai bahasa dengan lebih baik, bentuk kemahiran fizikal, lebih berdisiplin atau tahu had serta batasan yang perlu mereka patuhi dalam sesuatu yang mereka lakukan. Berbanding dengan kanak-kanak yang hanya mengurungkan diri di dalam bilik, mereka tidak

mempunyai ramai kawan-kawan dan ini mungkin akan


mempengaruhi kemahiran berbahasa kanak-kanak tersebut.

Kebebasan Belajar
Setiap kanak-kanak mempunyai minat, gaya belajar dan gaya berfikir yang berbeza. Pengalaman yang mereka dapati adalah ditentukan bagaimanakanak-kanak belajar serta minat mereka terhadap sesuatu perkara. Contohnya: kanak-kanak yang mempunyai minat yang

mendalam terhadap kereta akan mula menunjukkan bakat


dalam menamakan jenis-jenis kereta yang diketahui atau akan membuat sendiri model keretanya sendiri.

Pengalaman kanak-kanak ini akan lebih bertambah dengan adanya buku-buku yang berkaitan atau mereka dibawa pergi untuk menonton perlumbaan kereta.

Anda mungkin juga menyukai