Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Masa : 25 minit

Umur : 4 Tahun

Standard Kandungan : Menguasai kemahiran prabaca

Standard Pembelajaran : BM 2.1.5 Membaca secara olok-olok

BM 1.5.1 Menyampaikan idea tentang


sesuatu
yang didengar, dilihat atau
dialami

Objektif : Di akhir pembelajaran, kanak-kanak akan

dapat

1. Menunjukkan teknik memegang buku

dengan betul.
2. Menunjukkan jarak antara mata dengan

buku dengan betul .

Standard Prestasi : Kanak-kanak dapat mendengar dan memberi

pelbagai respons terhadap pembacaan


buku

yang dibaca.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Menaakul, strategi berfikir dan berfikir


secara

kreatif.
Langkah-langkah aktiviti :

1. Guru membawa masuk troli buku ke dalam kelas sambil menunjukkan


pelbagai jenis buku yang berwarna dan menarik. Kanak-kanak melihat
troli buku yang dibawa oleh guru dan tertanya-tanya apa yang ingin
dilakukan oleh guru.
2. Guru meminta kanak-kanak untuk memilih buku cerita yang telah
disediakan secara berpasangan. Kanak-kanak mendengar arahan guru
dan memilih buku bersama pasangan.
3. Guru meminta kanak-kanak untuk mencari gambar yang ditetapkan
oleh guru dalam buku cerita tersebut. Kanak-kanak mencari gambar
dalam buku cerita mengikut arahan guru.
4. Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang gambar yang dilihat dan
meminta kanak-kanak untuk menceritakan apa yang dilihat dan
dialami berdasarkan pengalaman dan pendapat kanak-kanak.
(Menaakul dan berfikiran kreatif)
5. Kanak-kanak memberi respons dan menyampaikan idea tentang apa
yang dilihat dan dialami berdasarkan gambar dalam buku cerita dan
pengalaman kanak-kanak. (Berfikiran kreatif)
6. Guru menyediakan kad gambar buku dan meminta kanak-kanak untuk
menyusun semula kad gambar mengikut jalan cerita yang betul.
Kanak-kanak mengambil kad gambar buku dan menyusun jalan cerita
bersama pasangan. (Strategi berfikir)
7. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membaca kad
gambar buku yang telah disusun oleh kanak-kanak dengan betul.
Kanak-kanak membaca kad gambar buku bersama pasangan masing-
masing.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai