Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA (AJK) PENGANGKUTAN LAWATAN ILMIAH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN (PJM

3112) Pengangkutan adalah salah satu jawatankuasa yang penting dalam program lawatan ilmiah ini. Sebagai AJK pengangkutan, saya telah mengambil beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan urusan pengangkutan. SEBELUM LAWATAN Sebaik sahaja kertas kerja diluluskan oleh Pengarah, saya telah

mengisi borang permohonan penggunaan kenderaan, iaitu bas sebagai pengangkutan untuk ke Pulau Pinang dan selama 4 hari 3 malam kami berada di sana. Tempahan itu telah berjaya dibuat kerana masih terlalu awal, dan tiada sebarang tempahan lain pada tarikh yang telah diminta. Selain itu, sebelum lawatan saya juga telah mengenalpasti siapakah yang akan menjadi pemandu bas untuk membawa kami ke Pulau Pinang bagi memastikan tiada sebarang percanggahan dan salah faham yang berlaku. Hanya 38 orang pelajar yang menaiki bas IPG, manakala 3 pelajar yang selebihnya menaiki kereta Encik Aziz kerana tempat duduk yang tidak mencukupi di dalam bas. Dua orang pensyarah pengiring iaitu Encik Hashim bin Ismail dan Encik Khairul Azman bin Khairuddin turut berada di dalam bas semasa perjalanan. SEMASA LAWATAN Selepas semua pelajar dan pensyarah menaiki bas, saya bertindak untuk menyusun atur kembali tempat duduk pelajar kerana berlaku kekurangan satu tempat duduk yang tidak mencukupi untuk seorang pelajar. Sebagai langkah penyelesaian, saya memutuskan untuk duduk di bahagian belakang tempat pemandu gantian berehat dan tidur. Akhirnya, semua orang boleh duduk dengan selesa dan emmpunyai tempat duduk.

SELEPAS LAWATAN Sesampainya kami di IPG Kampus Kota Bharu pada pukul 12 tengah malam, saya telah memastikan agar tiada sebarang barang yang tertinggal dan bas bersih daripada sebarang sampah. Setelah memastikan semuanya selesai, saya menarik lafas lega kerana dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

12 MAC 2013

_______________________________ (NAJIHAH AINI BINTI PUTEK) AHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTAN, LAWATAN ILMIAH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI & SUKAN (PJM 3112)

Anda mungkin juga menyukai