Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN AJK PENGANGKUTAN LAWATAN ILMIAH AHLI : MOHD SHUKRI BIN DULKARIM :HAMZAH MAHDI : MOHD HAFIZ BIN

RAZALI

Pengangkutan adalah salah satu jawatankuasa yang penting dalam lawatan ilmiah yang bertempat di Kuala Lumpur ini. Jawatankuasa seramai 3 orang ini dibentuk untuk melancarkan pergerakan para peserta. Sebelum program ini dijalankan beberapa persiapan awal telah di buat oleh jawatankuasa pengangkutan. Antaranya adalah: 1. Mengisi boring permohonan penggunaan kenderaan (bas) untuk kelulusan Pengarah dari Intitusi Pendidikan Guru Kota Bharu ke Kuala lumpur dan dari Kuala lumpur ke Intitusi Pendidikan Guru Kota Bharu. Setelah semua permohonan diluluskan, program lawatan ini menerima sebuah bus yang boleh memuatkan sebanyak 38 orang peserta dimana dapat diisi oleh pelajar-pelajar kelas Math/Bm/Pj 1 dan Math/Bm/Pj 2. Dua orang pemandu iaitu Encik Abdul Manaf dan Encik Azmi telah menjadi pemandu untuk program lawatan ini. Sebelum hari bertolak Ajk pengakutan telah berbincang bersama pemandu supaya waktu bertolak dan tempat berkumpul sebelum bertolak di tetapkan. Alhamdulillah pada jam 9 malam bersamaan dengan 18 februari 2014 kami bertolak dan sampai di kuala lumpur pada jam 7 pagi keesokan harinya tanpa sebarang masalah.Barang-barang yang dibawa ini disusun dengan betul dan teratur di dalam bas pada hari perjalanan. Sesampai di sana kami mengikuti semua tentatif program yang di rancang oleh AJK program lawatan ilmiah ini. Kami sebagai AJK pengakutan sentiasa mengambil berat dalam hal pengakutan seperti semua peserta yang terlibat sentiasa cukup untuk menaiki bus dalam setiap perjalanan untuk ke program yang dijalankan disana. Kami bertolak balik pada 22 februari 2014 pada jam 10 pagi dan sampai ke IPG pada jam 10 malam. Pada hari bertolak balik juga Alhamdullilah tiada masalah yang berlaku. Secara keseluruhannya, hak-hal berkaitan pengangkutan dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna di mana ianya merangkumi aspek pengangkutan peserta dan barang-barang yang dibawa.

Anda mungkin juga menyukai