Anda di halaman 1dari 1

Bilangan Jurnal : Ke-4

Minggu Praktikum : Pertama


Tarikh Peristiwa / : 29 Februari 2016
Kejadian :
Tajuk Jurnal

Pada hari ini bersamaan dengan hari jumaat, satu program “Run Road” telah diadakan
bagi murid tahap 2 dan acara sukaneka bagi murid tahap 1. Program ini bermula pada
pukul lapan pagi sehingga pukul sebelas pagi. Saya dan rakan sepraktikum telah
mengambil ahli sebagai ahli jawatankuasa bahagia penunjuk arah dan check-point.
Selain itu, kami telah membantu guru-guru untuk membimbing murid dalam tarian
senamrobik sebelum acara “Road Run” dimulakan.
Sepanjang aktiviti ini berlansung, kami dapat belajar untuk menganjurkan
program merentas desa apabila menjadi guru sebenar kelak. Terdapat pelbagai aspek
yang perlu diperhatikan dari segi selok belok, keselamatan serta kesesuaian waktu dan
tempat untuk mengadakan aktiviti seumpama ini.
Pada hari ini juga, saya dan rakan-rakan yang lain telah menerima jadual waktu
mengajar bagi sesi praktikum yang akan berjalan selama tiga bulan. Bagi guru pelatih
yang mengajar subjek Dunia Seni Visual dan subjek Pendidikan Moral mendapat lapan
waktu mengajar bagi tempoh seminggu.
Sepanjang minggu ini, saya dapat perhatikan budaya sekolah ini serta tingkah
laku murid-murid melalui pertemuan antara guru pelatih dan murid dalam kelas ganti.
Kebanyakkan murid di sekolah ini memerlukan perhatian dan ketegasan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Setelah itu, selepas aktiviti pada hari ini selesai, kami bertolak untuk pulang ke
rumah masing-masing tepat pada jam 12:50 tengahari.

Anda mungkin juga menyukai