Anda di halaman 1dari 18

SK SEBAYAN

PETI SURAT 319


89058 KUDAT, SABAH

PROGRAM
PERKHEMAHAN
UNIT
BERUNIFORM

TAHUN 2014
DISEDIAKAN OLEH:
AMINURRASHID BIN IBRAHIM
SETIAUSAHA PROGRAM
DI BAWAH KENDALIAN;
UNIT KO-KURIKULUM & BIMBINGAN KAUNSELING
DAN SEMUA GURU SERTA KTBM
SK SEBAYAN, KUDAT

ISI KANDUNGAN

M/S

PENDAHULUAN

OBJEKTIF PROGRAM

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

11

LAMPIRAN

13

PENUTUP

18

Pendahuluan
Program Perkhemahan Unit Beruniform SK Sebayan ini adalah suatu
program yang dirancang oleh Unit Ko-kurikulum dan Unit Bimbingan Dan Kaunseling
untuk Tahun 2014. Umum mengetahui bahawa aktiviti perkhemahan amat sinonim
dengan kegiatan unit beruniform di peringkat sekolah rendah, menengah
sehinggalah universiti.

Oleh sebab itu, Unit Ko-kurikulum kerjasama dengan Unit Bimbingan dan
Kaunseling berhasrat untuk melaksanakan program ini dengan kerjasama semua
warga SK Batu Sebayan sama ada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru, ibu bapa
mahupun murid-murid itu sendiri. Program ini dirasakan bertepatan sebagai langkah
pertama pihak sekolah untuk memantapkan kemahiran-kemahiran asas dalam
kegiatan unit beruniform seperti berkawad, ikatan dan simpulan, aktiviti lasak dan
sebagainya di kalangan murid-murid SK Sebayan.

Memandangkan ini merupakan pertama kali program sebegini akan diadakan


di sekolah ini, mungkin terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki misalnya
dari segi pelaksanaan dan tahap keberkesanan program. Adalah menjadi harapan
supaya sebarang cadangan untuk penambahbaikan program ini dapat diutarakan
dari semasa ke semasa demi manfaaat kita bersama.

OBJEKTIF
PROGRAM
Objektif Program

Memantapkan

penguasaan

kemahiran-kemahiran

asas

dalam kegiatan unit beruniform seperti berkawad, ikatan dan


simpulan, aktiviti lasak dan sebagainya

Menarik minat murid-murid dalam kegiatan unit beruniform


sebagai aktiviti tambahan selain pembelajaran di dalam
kelas

Meningkatkan tahap keyakinan murid-murid dalam aktiviti


unit beruniform

Menyediakan murid-murid yang lebih kompeten dalam


kegiatan ko-kurikulum khususnya unit beruniform apabila
mereka berada di sekolah menengah nanti

AHLI
JAWATANKUASA
PROGRAM

AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2014
6

SK SEBAYAN, KUDAT
Penaung

Pegawai Pelajaran Daerah Kudat

Penasihat

En. Sirul Hj Hama, Guru Besar

Pengerusi

En. Joel Sokiam, Penolong Kanan Ko-kurikulum

Naib Pengerusi 1

En. Joseph Peter, Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi 2

En. Sapaun Angayu, Penolong Kanan HEM

Setiausaha

En. Aminurrashid Bin Ibrahim

Bendahari

En. Hj Sh.Silan Bin Sh. Abd Rahman

AJK Pelaksana:Kem Komandan

En. Jessonley Kumpit

Timb. Kem Komandan

En. Perimus Ominshil

Cenderamata

Cik Aisah Ambar & Cik Malai Rosni M.Tuah

Disiplin & Keselamatan

En. Mohd Sapi Bin Lamdani & pengawal


keselamatan SK Sebayan

Juruteknik & Peralatan

En. Donnie Charlie & En. Sh Asat

Makanan

Pn. Bandung@ Lihya Bt Atuh & Mary Wong

Penginapan

En. Stiklin Aiyong & Pn. Nurul Ashikin

Tugas-tugas Khas

Cik Edziela Bt Raimin & En. Sh Kassim b Sh Indun

Urusetia dan Jemputan

Puan Khasmawati & En Papin Matoka

Dokumentasi

En. Nor Faizal Bin Zakaria

Penyelaras Aktiviti

En. Aminurrashid Bin Ibrahim

BIDANG TUGAS SETIAP AHLI JAWATANKUASA


7

PENAUNG

Pegawai Pelajaran Daerah Tenom sebagai Penaung

akan memberi sokongan terhadap apa jua


penambahbaikan

supaya

program

ini

mencapai

matlamatnya
PENASIHAT

Guru Besar sebagai Penasihat akan memberi kata putus

ataupun idea terhadap perjalanan program ini


sama ada dari segi pelaksanaan, jawatankuasa ataupun
apa jua yang dirasakan perlu
PENGERUSI

Penolong

Kanan

Ko-kurikulum

sebagai

Pengerusi

bertindak menguruskan perjalanan program seperti


mesyuarat pra program, pemantauan dan lain-lain lagi
NAIB PENGERUSI :

Naib Pengerusi yang terdiri dari Guru Penolong Kanan

Kurikulum dan Guru Penolong Kanan HEM akan


membantu tugas Pengerusi
SETIAUSAHA

Menyediakan kertas kerja serta minit-minit mesyuarat,

maklumat-maklumat program dan hal-hal lain


berkaitan kesetiausahaan
BENDAHARI

Mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan

kewangan program seperti kutipan yuran,


bayaran dan lain-lain

KEM KOMANDAN

Bertindak sebagai Guru Pemimpin kepada

Membantu Kem Komandan

semua ahli unit beruniform


TIMB. KEM KOMANDAN

CENDERAMATA

Menguruskan

cenderamata

untuk

para

tetamu jemputan serta hadiah untuk murid-murid


DISIPLIN & KESELAMATAN

Menyediakan peraturan-peraturan program

seperti peraturan tapak perkhemahan,


peraturan

pakaian

dan

sebagainya

di

samping memastikan tahap disiplin para peserta


sentiasa terkawal
JURUTEKNIK & PERALATAN

Menyediakan segala jenis peralatan yang

diperlukan untuk keperluan sepanjang program


MAKANAN

Menguruskan makanan dan minuman untuk

para guru, staf dan peserta program


PERSIAPAN DEWAN

Menyiapkan hiasan dewan bagi tujuan

majlis perasmian program dan juga aktiviti-aktiviti


sepanjang program
PENGINAPAN

Menyediakan pelan tapak perkhemahan

dan menguruskan peralatan khemah kepada


para peserta
TUGAS-TUGAS KHAS

Menjaga kebajikan para peserta seperti hal

kecemasan, kesihatan dan lain-lain lagi seperti


kemudahan ampaian dan tandas para
peserta
URUSETIA DAN JEMPUTAN

Membantu

setiausaha

dan

juga

menyediakan surat jemputan kepada para tetamu


jemputan program
DOKUMENTASI

Merakam gambar serta video sepanjang

program berjalan dan menyediakan satu laporan


9

aktiviti (bergambar) selepas program tamat


PENYELARAS AKTIVITI

Memastikan

setiap

aktiviti

diselaraskan

mengikut jadual program dan memastikan


perjalanan program berjalan lancar

10

CADANGAN
PELAKSANAAN
PROGRAM

CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM


11

Tarikh

11-13 November 2014 (3 hari 2 malam)

Hari

Selasa Khamis

Tempat

Perkarangan SK Sebayan

Kumpulan sasar

Pasukan Pengakap,
Tunas Pandu Puteri,
Semua guru dan KTBM SK Sebayan

Anggaran
Perbelanjaan

Rujuk Lampiran 1

Sumber Kewangan

- Unit Bimbingan & Kaunseling


- Unit Ko-kurikulum sekolah
- Sumbangan semua guru dan KTBM

Strategik

1. Menyediakan kertas kerja dan pembentangan


kepada Guru Besar
2. Mengadakan mesyuarat gerak kerja semua ahli
jawatankuasa program
3. Mengadakan mesyuarat kemajuan gerak kerja
program
4. Pelaksanaan program
5. Mengadakan mesyuarat laporan post-mortem

Tentatif Program

Rujuk Lampiran 2

Keperluan Peserta

Rujuk Lampiran 3 dan 4

Senarai Tugas AJK

Rujuk mukasurat 8 10

12

LAMPIRAN

13

LAMPIRAN 1
PERINCIAN ANGGARAN PERBELANJAAN SEPANJANG PROGRAM

BIL.
1.
2.
3.
4.

PERKARA
Makanan dan Minuman
Hadiah & cenderamata
Bahan Aktiviti & Modul
Sumbangan
JUMLAH

KUANTITI

HARGA (RM)
RM 250
RM 100
RM 86
RM 50
RM 486

LAMPIRAN 2
TENTATIF PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2014
Masa/
Hari
11 NOV
2014
(Selasa)

12 NOV

0445 - 0800

0815 - 1015

1030 1230

1245 1400

1415 1600

1615 1730

Peserta
berkumpul di
sekolah/
Pergerakan ke
tapak
perkhemahan

Pendaftaran
para peserta/
Taklimat
Program

Memasang
khemah/
Minum Pagi

Makan
Tengahari/
Solat/ Rehat

Explore Race

Minum Petang
Solat/ Riadah
Petang

Mandi/ Solat/
Ceramah Moral

Latihan Asas
Kawad Kaki

Sukan rakyat
&
Aplikasi luar
bilik darjah

Makan
Tengahari/
Solat/ Rehat

2014
(Rabu)

Riadah Pagi/
Sarapan Pagi

Minum Pagi

13 NOV
2014
(Khamis)

Riadah Pagi/
Sarapan Pagi

Pergerakan
pulang

14

Flying Fox/
Abseiling

Minum Petang
Solat/ Aktiviti
Water
confidence

LAMPIRAN 3
SENARAI PERALATAN (PERLU DIBAWA OLEH PESERTA)
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2014
SK SEBAYAN, KUDAT
BIL.

PERKARA

KETERANGAN

1.

Pakaian

Uniform lengkap

CATATAN

T-shirt berkolar
Pakaian sukan (baju berkolar,
seluar tracksuit panjang, stokin,
kasut sukan)
Pakaian solat (baju melayu, kain
sarung, telekung dan lain-lain)

2.

Peralatan aktiviti

Untuk murid-murid islam


sahaja

Pen, pensel, buku log dan lain-lain


Tali, kain anduh, lampu suluh,
wisel dan sebagainya

3.

Peralatan mandi

Selipar, sabun mandi, sabun


basuh, berus baju
Berus gigi dan ubat gigi

4.

Makanan

5.

Ubat-ubatan sendiri

Air minum, biskut, roti

Jika perlu
Jika ada

* Sila bawa peralatan yang dinyatakan secukupnya.


* Sekiranya para peserta ingin membawa peralatan-peralatan lain yang dirasakan
perlu, sila maklumkan kepada Kem Komandan

15

LAMPIRAN 4
SENARAI PERALATAN
PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM TAHUN 2014
SK SEBAYAN
BIL.

PERKARA

KETERANGAN

1.

Peralatan aktiviti

Walkie-talkie

CATATAN

PA System
Tali nylon, mancis
Kompas

2.

Peralatan khemah

Generator
Khemah
Dapur memasak

3.

Makanan

4.

Ubat-ubatan

Rujuk Lampiran 1
Peti kecemasan

16

PENUTUP

17

PENUTUP
Program ini dirangka bukan semata-mata untuk memenuhi takwim Unit Kokurikulum SK Sebayan pada tahun ini, tetapi objektif utamanya ialah untuk
meningkatkan lagi minat murid-murid terhadap kegiatan ko-kurikulum seperti unit
beruniform dan pelbagai lagi. Mudah-mudahan program ini dapat berjalan dengan
lancar dan memberi seribu satu pengalaman baru kepada para peserta program ini.
Justeru itu, diharap semua warga SK Sebayan dapat bersama-sama berganding
bahu dalam menjayakan program Perkhemahan Unit Beruniform Tahun 2014 ini.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.........................................................
(EN. AMINURRASHID BIN IBRAHIM)

.......................................
(EN. JOEL BIN SOKIAM)

Setiausaha,

Guru Penolong Kanan KOKUM,

Program Perkhemahan UB 2014,

SK Sebayan,

SK Sebayan, Kudat

Kudat.

Disahkan oleh,

..............................................
(EN. ASIRUL BIN HJ. HAMA)
Guru Besar,
SK Sebayan, Kudat

18

Anda mungkin juga menyukai