Anda di halaman 1dari 4

TAJUK: KISAH NABI ILYAS ALAIHISSALAM. (A.

S)


Asslalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh....

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana ,guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya hadirin dan hadirat yang
dikasihi sekalian.
Kisah Nabi Ilyas ingin ku kisahkan,
Rasul penyabar dalam seruan,
Sentiasa dicemburu kawan dan lawan,
Marilah kita jadikan ia teladan.
Berdirinya saya disini adalah untuk menghayati Kisah Nabi Ilyas a.s.
mengharungi kaumnya yang yang degil dan tidak mahu menerima seruan
dakwahnya.
PENGENALAN:
Nabi Ilyas a.s. merupakan keturunan Nabi Harun a.s yang keempat. Nama
baginda ialah Ilyas Al-Nasyabi adalah putera kepada Yasin bin Fanhash bin
Al-izar. Baginda diutuskan oleh Allah s.w.t sebagai rasul kepada Bani Israil di
negeri Balbik di Lebonan Selatan.
Allah s.w.t berfirman: surah as-soffat : ayat 123
Kawan-kawan yang dikasihi..
Islam amat menitik berat tentang keturunan atau nasab. Kerana ia
menggambarkan keturunan yang baik akan lahir insan yang baik kepada
ummah.
Sejak akhir-akhir ini, sering kita mendengar berita tentang kelahiran anak
luar nikah serta kes-kes pembuangan bayi di negara kita. Maka marilah kita
menjaga diri dan nasab kita supaya keturunan yang baik akan lahir insan
yang cemerlang dunia dan akhirat.
MENGAJAK KAUMNYA MENYEMBAH ALLAH.
Hadirin sekalian
Setiap hari Nabi Ilyas a.s berdakwah kepada kaumnya Bani Israil menyembah
Allah s.w.t iaitu agama tauhid. Namun mereka tetap degil dan menolak
seruan nabi Ilyas a.s. Kaumnya gemar menyembah berhala bernama Baal
dibuat daripada emas. Oleh kerana nabi Ilyas sering berdakwah, beliau diugut
bunuh oleh kaumnya.
Allah s.w.t berfirman;

Di sini kita
boleh melihat tentang kesabaran Nabi
Ayub a.s.
menempuh segala ujian dengan tenang begitu juga kita sebagai
seorang murid mestilah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu.
Sekarang ini banyak kita dengar belaku kes-kes dalam masyarakat
yang
melibatkan
perasaan
antaranya
mengalami
tekanan
jiwa,bunuh diri dan sebagainya.Ini adalah kerana manusia tidak
sabar dalam ujian yang Allah berikan kepada mereka.

Hadirin sekalian
Setelah iblis tidak berjaya mengoda Nabi Ayub a.s.,Dengan izin dari
Allah iblis telah pergi merosakkan tanaman Nabi Ayub a.s. Maka Nabi Ayub
a.s. dari pada kaya menjadi miskin, disini iblis mengambil kesempatan
mengoda Nabi Ayub a.s. dngan mengatakan bahawa semua kekayaan telah
lenyap dengan sekelip mata,namun Nabi Ayub a.s. dengan tenang memuji
Allah s.w.t. Sesungguhnya segala yang dilangit dan dibumi adalah milik Allah
S.W.T.Iblis sekali lagi kalah dalam mengoda Nabi Ayub a.s. menjadi kufur.Nabi
Ayub a.s.tetap bersabar sepertimana firman Allah s.w.t



wazkur abdana ayyuba iz nada robbahu anni massaniya syaito nu ]
[binusbin wa azab
"Dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya:
'Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan
seksaan')." (Surah As-Sod: Ayat: 41)
Hadirin sekalian
Walaubagaimana susah sekalipun kita mestilah kembali kepada
Allah s.w.t. Sebagai seorang murid kita mestilah sentiasa memohon
doa kepada Allah di waktu susah ataupun senang.
Banyak yang kita dengar apabila sudah berharta manusia lupa
tentang beribadat kepada Allah,bahkan lebih lagi sehinnga
membawa kepada kekufuran. Sepatutnya manusia yang berharta
lebih dekat dengan Allah kerana mereka boleh membelanjakan harta
tersebut di jalan Allah.
Hadirin sekalian
Nabi Ayub a.s. diuji oleh Allah apabila kesemua anak-anak nya meninggal
dunia,dah Nabi Ayub a.s. dalam keadan sakit,sehingga badan Nabi Ayub
a.s.dipenuhi oleh kudis.namun Nabi Ayub a.s. tidak henti-henti berdoa kepada

Allah Azzawajalla. Sekali lagi iblis datang mengoda tetapi keimanan Nabi
Ayub a.s.tetap utuh, sepertimana firman Allah s.w.t:-


[ Wa Ayyuba iz na da rob bahu anni massaniya dhurru, wa anta ar hamu
rohimin]
Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya Dengan berkata:
"Sesungguhnya Aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja Yang lebih
Mengasihani daripada Segala (yang lain) Yang Mengasihani".
[ SURAH AN-ANBIYA: AYAT 83]

Hadirin sekalian
Kita hendalah sentiasa bemunajat kepada Allah kerana hanya
kepadaNya sahajalah tempat pergantungan kita selaku insan yang
bergelar muslim.
Pada zaman ini dengan kecanggihan teklonogi banyak di kalangan
muda mudi kita tewas dengan hambatan hawa nafsu mereka seperti
melayari laman web lucah,membeli buku-buku,majalah atau CD
lucah dan sebagainya.
Kawan-kawan semua ! Siapa harus dipersalahkan ? Tapi jangan tanya Si
Aiman...kerana Aiman tak kisah.... Tepuk dada tanyalah iman kita masingmasing
Hadirin sekalian
Akhir sekali akibat penderitaan yang hebat ditanggung oleh Nabi Ayub
a.s.,iblis tidak henti-henti mengoda Nabi Ayub a.s. sehinggalah isteri Nabi
Ayub a.s. sendiri meninggalkan baginda sendirian akibat hasutan daripada
iblis.tinggalah
Nabi
Ayub
a.s.
sendirian
dengan
keadaan
yang
sakit.Sehinggalah Nabi Ayub a.s. mengangkat tangan lalu berdoa kepada
Allah supaya beliau kembali sihat,
Ya Allah ! Hambamu ini mengadu kepadaMu...Ya Allah, Engkau yang
memberi penyakit kepadaku dan Engkau jualah yang menyembuhkanNya..Ya
Allah! Sembuhlah penyakitku ini.....
Maka dengan ini doa Nabi Ayub a.s. dimakbul oleh Allah. Isteri Nabi Ayub a.s.
telah kembali kepangkuaanya.Nabi Ayub a.s. merupakan seorang yang nabi
yang amat sabar sepertimana firman Allah s.w.t



[ Fastajabna lahu fakasyaf na ma bihi min dhu rin wa a taina hu ahlahu wamislahum
ma ahum ]

Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit


yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan
seganda lagi ramainya...
( SURAT AL ANBIYA: AYAT 84)

Hadirin sekalian

Setelah sembuh Nabi Ayub a.s. sentiasa bermunajat kepada Allah dan
baginda meyempunakan janjinya kepada Allah yang mana baginda merotan
isterinya kerana meninngalkannya akibat terpedaya dengan hasutan iblis.
Dari kisah terakhir ini kita faham bahawa menjadi kewajiban isteri
untuk mematuhi segala suruhan suami selagi tidak menyalahi
hukum syarak.

Dewasa ini ramai para isteri yang bukan sahaja tidak mematuhi
perintah suami, bahkan ada yang sanggup membunuh suami
sebagaimana yang dilaporkan di dada akhbar atau media elektronik.
Sebelum saya mengundur diri dengar sebuah pantun dari saya;
Jangan kita mementingkan diri sendiri
Syirikan Allah jangan sekali
Takbur,riak dan sombong sifat yang keji,
Ingatlah azabnya pedih sekali
Sekian wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi
wabarokatuh

Anda mungkin juga menyukai