Anda di halaman 1dari 6

KISAH KETABAHAN NABI AYUB ALAIHISSALAM

Assalamualaikumwarah matullahhiwabarakatuh.
Terima kasih tuan pengerusi majlis., Panel hakim yang bijaksana seterusnya
hadirin sekalian.

Nyanyi : Hayatilah cerita saya,


Qisasul Ambiyak empunya cerita ,
Kisah ketabahan nabi Ayub
Buat pedoman kita semua.

Kawan-kawan,

Nabi Ayub merupakan cucu nabi Ishak dan cicit nabi Ibrahim .Beliau diutuskan
kepada masyarakat bangsa Rom. Allah telah mengurniakan kepada Nabi Ayub
dengan kemewahan, harta yang melimpah ruah, dan anak yang ramai. Nabi Ayub
hidup bahagia bersama isterinya Siti Rahimah dan kesemua anak-anaknya di
daerah Syria.

Baginda sangat suka bersedekah dan berbuat baik kepada fakir miskin.
Kawan-kawan.bukankah kita sebagai hamba perlu bersyukur dengan nikmat Allah?

Ya
.. dengan cara bersedekah, berzakat dan menolong orang susah.
Oleh sebab itu, umat Islam perlu menghulurkan bantuan kepada
penduduk Syria yang menjadi pelarian dan memerlukan bantuan
akibat pergolakan yang berlaku di sana.

Firman Allah di dalam al-Quran surah Ibrahim ayat 7


Yang bermaksud : Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah
nikmat kepadamu, dan jika kamu kufur, sesunggunya azab Ku sangat pedih.
Ya Kawan-kawan
Iblis sangat cemburu melihat ketaatan dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah
kepada nabi Ayub. Pada suatu hari. Iblis dengan penuh iri hati bertemu dengan Allah
sambil berkata,

Ya Allah, Hambamu yang bernama Ayub tidak jujur dan berpura pura taat kepada
perintahmu , kerana takut hartanya hilang

Dengan izin Allah, maka iblis berusaha menguji keimanan Nabi Ayub

Pantun: Iblis dan syaitan jalankan rancangan,


Merosak memusnah segala kekayaan,
Hiduplah baginda dalam kemiskinan
Tabah hatinya menerima ujian

Masyaallah, dalam sekelip mata semua kekayaannya musnah tidak diduga.


Termasuklah putera dan puteri tercinta. Namun, tidak sedikit pun goyah iman
didada kerana semuanya pinjaman Allah semata-mata.

Firman Allah dalam surah Al Imran ayat 41..

Mafhumnya

Ya kawan-kawan,

Berfikir dan bermuhasabahlah ke atas kejadian bencana alam masa


kini, banjir besar kerap kali melanda beberapa tempat ni negara kita
seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan selainnya. Sangat
banyak kemusnahan harta benda direkodkan saban tahun.
Semuanya ujian Allah untuk menguji dan mengukuhkan keimanan.
Allah kasihkan kita sebenarnya

Dendam iblis tiada akhirnya .nabi Ayub terus diduga. Diuji dengan penyakit kulit
yang sangat dahsyat menular keseluruh tubuhnya Kudis memunuhi seluruh
badannya, dari kepala hingga ke kaki, bahkan mengalir mengalir darah bercampur
nanah. Ulat-ulat mengeliuk-geliuk jatuh dari kudis di badannya. Dalam tempoh itu,
hatinya tetap redha. Lidahhya saban hari tidak putus-putus mengalunkan zikir
kepada Allah.

Nasyid, : Habis hilang semua harta,


Kini diuji penyakit pula,
Disisih dipulau semua tetangga,
Namun hatinya tetap kepada Allah. (Kasih
Sayang - Raihan)

Namun, isterinya Siti Rahimah.tetap setia menjaga dan memenuhi keperluannya


dengan penuh kasih sayang dan kesabaran

Firman Ar Rahman, di dalam surah al-Baqorah ayat 153.

Mafhumnya ..Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

Ya kawan-kawan.
.
Sabarkasih sayang dan saling tolong menolong sifat terpuji yang
perlu ada dalam diri kita.apatah lagi bila ditimpa penyakit
penyakit kronik seperti yang disiarkan oleh rancangan televisyen
Bersamamu dimana seorang ibu, Nor Azlina Basir sangat tabah dan
sabar menjaga anaknya Nur Damia Darwiesya, berusia empat tahun
yang menghidapi masalah jantung (injap terbuka). Beliau sentiasa
berusaha keras bagi menampung keperluan rawatan anaknya agar
dapat sembuh seperti kanak-kanak lain.

Kawan-kawan,

Iblis terus menggoda tanpa henti selagi impiannya memesongkan akidah nabi
Ayubtidak tercapai. Apakah yang berlaku seterusnya?

Nasyid: Iblis mula mengatur strategi


Dugaan datang silih berganti
Isteri tercinta melangkah pergi
Kepada Allah berserah diri

Iblis tidak senang melihat ketaatan dan kesabaran isteri Nabi Ayub lalu dibisikkan
hasutan agar dia berkeluh kesah di atas keadaan Nabi Ayyub. Nabi Ayub
mengetahui tipu daya iblis itu.seraya bermunajat kepada Allah

Wahai Allah, aku malu untuk memohon agar engkau membebaskan aku dari
penderitaan dan kesusahan ini. Aku malu kerana nikmat yang telah Engkau berikan
kepada kami selama 80 tahun sama sekali tidak sama dengan kesusahan yang
dialami selama tujuh tahun. Wahai Allah, sesungguhnya isteriku telah dihasuti
syaitan. Andai aku diberikan kesempatan untuk sembuh akan ku sebat isteriku 100
kali sebatan sebagai hukuman.

Kawan-kawan,
Nabi Ayub sabar menanggung penyakit kulitnya selama 18 tahun sehinggakan
tiada lagi daging yang tinggal di badannya, hanya lapisan kulit dengan jaringan
saraf sahaja yang kelihatan. Apabila matahari menyinari, maka sinar itu seakan-
akan tembus bahagian belakangnya. Melihatkan kesabaran Nabi Ayyub, lantas Allah
menurunkan Wahyu di dalam surah sod ayat 42
Mafhumnya
Hentakkan kakimu , inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minumanmu.

Kawan-kawan nak tahu,

Syair: Setelah mengikut suruhan tuhan


Air diminum badan dibersihkan
Hilang segala penyakit di badan
Hingga tiada sebarang kesan.

Ya kawan-kawan..
Setelah itu, isteri yang taat kembali memohon ampun dan Nabi Ayub melaksanakan
sumpahnya.isteri dirotan 100 kali mengunakan rumput sebagai hukuman.

Seperti dalam surah As Sod : 44

Kunci kebahgiaan keluarga ialah kesetiaan dan kasih sayang yang


berpanjangan. Kini institusi keluarga semakin rapuh lihatlah
berapa banyak kes-kes penceraian difailkan dimahkamah..
Masyaallah. Menurut Datuk Dr. Fadzilah Kamsah, 65% pasangan
muda bercerai disebabkan proses pendidikan agama yang longgar
serta kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga.

Alangkah kecewanya iblis.akhirnya mengakui ketabahan Ayub alaihissalam


menghadapi dugaan .Segala kekayaannya dikembalikan. Maka, benarlah janji Allah
di dalam Surah Al - Insyirah ayat 6,

Mafhumnya
Ya, kawan-kawan,

Pantun : Selepas kesusahan ada kesenangan,


Sabar dan syukur jadikan azimat,
Kisah Nabi Ayub jadikan teladan,
Agar menjadi mukmin yang hebat.

Sekian wabillahi taufiq..

Anda mungkin juga menyukai