Anda di halaman 1dari 4

TAJUK :

KISAH KETABAHAN NABI AYUB A.S

Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guruguru serta hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang
bertajuk Kisah ketabahan Nabi Ayub a.s

Daun mengkuang si daun pandan


Mari dianyam ditanah rata

pantun

Mari bersama ambil tauladan


Ketabahan Nabi Ayub tajuk cerita

Tahukah rakan-rakan siapakah Nabi Ayub itu?..... dan kenapakah baginda dijadikan
contoh dalam hal ketabahan atau kesabaran?.........

Hadirin sekalian
Nabi Ayub merupakan manusia yang istimewa dalam segala hal
kekayaan dan cukup sabar.Walaupun Nabi Ayub hidupnya mewah, beliau tidak
sombong dan takbur dengan kekayaannya, malahan baginda tetap kuat beribadat
kepada Allah. Nabi Ayub a.s sentiasa menyeru umatnya supaya taat kepada Allah
walau apa jua keadaan sekalipun.
Dalam kesempatan itu, pelbagai helah dan gangguan telah iblis lakukan untuk
menguji baginda dalam semua perkara . Iblis telah mencerai-beraikan keluarga
baginda yang ramai dan rukun itu. Hasutan iblis menyebabkan ramai
umatnya membenci baginda . Hasil ladang dan kebun, ternakan semakin hari
semakin merosot. Kemarau yang panjang dan banjir besar berlaku. Kekayaan dan
kemewahan yang dimiliki musnah dan akhirnya baginda menjadi miskin. Walaupun
demikian, ketabahan, keimanan dan ketakwaan nabi Ayub a.s semakin
Utuh .Sebagaimana firman Allah dalam surah Shaad ayat 44 :

$R) mtRAy`ur #\A /$| 4 zNoR A7y9$# (


Ertinya ". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang Yang sabar; ia
adalah sebaik-baik hamba;

Hadirin sekalian
Sekiranya manusia memiliki sifat sabar seperti nabi Ayub, sudah tentu hidup kita
aman , harmoni dan akan mencapai ketakwaan yang teguh. Sebagaimana yang
berlaku di Palestin pada hari ini, mereka tetap sabar walaupun pelbagai serangan
di lakukan oleh pihak zionis terhadap mereka.

Kawan kawan

Iblis tidak jemu dan putus asa, malah terus mencuba. Iblis serta kuncukuncunya pun pergilah ke suatu tempat tinggal anak-anak Nabi Ayub iaitu di suatu
gedung yang penuh dengan pelbagai kemewahan dan kemegahan. Lalu iblis
mengoyang-goyangkan gedung itu sehingga roboh lalu menimpa ke atas anak-anak
baginda dan terrus bergelimpangan mati. Melihat keadaan itu, baginda
merasa sangat sedih sambil menangis. Baginda redha dengan pemergian anakanak.
Sebagaimana firman Allah surah As Shod ayat

40 :

b)ur ms9 $tRyAZ 4As"9As9 z`mur 5>$ttB


Ertinya : Dan Sesungguhnya ia mempunyai kedudukan Yang dekat lagi mulia di sisi
kami, serta tempat kembali Yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak).

Kawan-kawan..
Sebagai pengajaran, kita seharusnya redha dengan apa jua kebaikan dan keburukan
yang telah menimpa kita. Sebagai contoh, jika kita gagal dalam peperiksaan yang
kita hadapi, maka kita
harus redha dan menerima dengan penuh rasa rendah diri.

Hadirin sekalian
Iblis merasa marah kerana usaha yang dilakukannya tidak dapat menggoncang
keimanan, kekuatan, ketaatan serta ketabahan nabi Ayub. Dalam
keadaanbegitu sekali lagi datang menemui Allah.
Wahai Allah . Sekiranya nikmat kesihatan yang engkau berikan kepada
nabi Ayub ditarik kembali, sudah tentu Ayub tidak akan dapat menginggatimu,
melakukan ibadat dan sebagainya. Iman Ayub pasti akan berkurang

Hadirin sekalian
Dalam keadaan itu, Iblis terus berniat jahat terhadap baginda lalu
menaburkan kuman ke dalam tubuh badan baginda, semenjak dari hari itu, badan
baginda mulai kurus, lemah serta tubuh badan mula ditumbuhi bintik-bintik kudis,
semakin lama semakin teruk sehingga berulat. Penderitaan Nabi Allah Ayub
menanggung penyakit ini selama 80 tahun. Ramai dari kalangan sahabat handainya
menjauhi nabi Ayub kecuali isterinya sahaja yang berada disisi.

Bagaimanakah sekiranya kita yang menghadapi penyakit tesebut ?....... tetapi nabi
Ayub tetap mengucapkan syukur, mengingati Allah malahan mulut nabi Ayub tidak
henti-henti mengucap tasbih kepada Allah. Kita sebagai hamba allah hendaklah
sentiasa berzikir mengingati Allah setiap masa.Kita mesti redha dalam menghadapi
musibah yang tidak baik berlaku ke atas kita.

Hadirin sekalian
Dalam keadaan yang segetir ini seorang hamba Allah yang terbujur tidak bermaya
selain mengharap redha Allah, si iblis menjelma lagi kononnya sehabat nabi Ayub
sewaktu sihat dahulu. Si iblis mula melafazkan kata-kata manisnya cuba menghasut
pula isteri nabi Ayub. Wahai isteri nabi Ayub apalah gunanya engkau
bersuamikan leleki yang sudah menderita sekian lama. Dalam hati isteri nabi Ayub,
ia terfikir juag berbuat demikian, akan tetapi rasa sayang dan taatnya kepada nabi
Ayub, ia tidak sanggup berbuat demikian. Pada suatu hari isteri nabi Ayub berbisik
kepada suaminya. Wahai sayangku sampai bilakah engkau diseksa oleh tuhanmu
ini?..... dimanakah kekayaan, anak-anakmu, sahabat-sahabat karibmu dan kawankawan terdekatmu? ..Wahai sayangku apakah engkau tidak sanggup lagi
bersuamikan aku makanya imanmu kian menipis? Kata nabi Ayub. Kalau engkau
tidak sanggup lagi tinggal bersama ku, pergilah dan tinggalkan aku bersendirian di

rumah tanpa anak dan isteri. Selepas pemergian isterinya, nabi Ayub berdoa kepada
Allah wahai Tuhanku aku telah diganggu oleh syiton dengan kepayahan dan
kesusahan serta siksaan, sesungguhnya engkaulah Tuhanku yang maha pengasih
dan maha penyayang .

Allah telah memakbulkan doa nabi Ayub lalu berfirman dalam surah As- Shod ayat
42

.A$# y7=_A / ( #xAyd 7@|tFB AA$t/ >#uAAur


Ertinya : " Hentakkanlah (bumi) Dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka
terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " ini ialah air sejuk untuk mandi
dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".

Sabar adalah sebahagian daripada iman, orang yang tabah akan selalu mendapat
rahmat dari Allah. Sebaliknya orang yang bersifat tergesa-gesa akan mengalami
kerugian yang amat besar.

Sampai sini sahaja kisah saya pada kali ini . Sekian, wabillahi taufik wal hidaya
wassallamu alaikum warah matullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai