Anda di halaman 1dari 3

TEKS KISAH ASHABUL UKHDUD | KATEGORI LELAKI

Bismillahhirrahmanirrahim….
Assalamu`alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terima kasih Pengerusi Majlis, panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian yang dikasihi. Tajuk
cerita Saya ialah Kisah ashabul ukhdud.

Kawan-Kawan… Pernahkah anda semua mendengar kisah ini? Kisah ini berkaitan dengan sebuah
lubang yang besar... Nak tahu? Dengar ya...

Kuasa sihir amat berkuasa


Yahudi pula agama pegangan
Tersebut pendeta mencari warisnya
Kisah bermula di Negeri Yaman

Kawan-kawan…. Kisah ini berbicara tentang seorang pemuda yang berguru dengan seorang ahli
sihir dan seorang Rahib hingga berjaya menggoncang singgasana raja yang sombong lagi angkuh
bahkan menggelarkan dirinya sebagai tuhan.

Pada suatu hari ketika pemuda itu berulang alik dari istana selepas berguru dengan ahli sihir, dia
melalui tempat tinggal seorang rahib dan dia tertarik kepadanya dan mendengar nasihat daripada
rahib tadi. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a. w

(Tholabal Ilmu Faridhotan ‘ala kulli muslim )

menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim” (riwayat Ibnu Al-Majah) “

Pada hari yang lain pula, pemuda itu terserempak dengan seekor binatang besar yang menghalang
laluan orang ramai. Timbul idea bagi pemuda tersebut untuk mengetahui yang manakah benar di
antara tukang sihir dan rahib. Maka dia mengambil seketul batu dan melontar kepada binatang
tersebut lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya urusan rahib lebih Kamu sukai daripada urusan ahli sihir,
maka bunuhlah binatang ini sehingga orang ramai dapat lalu-lalang.” Dia pun melontarnya, maka
binatang tersebut mati dan orang ramai dapat lalu lalang.

Pegawai Istana matanya buta,


Ditakdir Allah sembuh matanya,
Gempar Istana Raja pun murka
Disiksa Raja kerana imannya.
TEKS KISAH ASHABUL UKHDUD | KATEGORI LELAKI
Pada suatu hari, pegawai yang sembuh matanya telah pergi ke suatu majlis. Raja berasa amat
hairan lalu Baginda bertanya "Siapakah yang menyembuhkan matamu. Lalu pegawai tersebut
menjawab : "Tuhanku". Raja bertanya lagi: "Adakah bagi kamu tuhan selain daripadaku?".
Pegawai itu menjawab : "Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah". Raja tersebut amat marah apabila
mendengar jawapan itu, kerana ia boleh menggugat takhta dan singgahsananya. Raja terus
menyiksa pegawai itu sehinggalah dia memberitahu mengenai pemuda tersebut.

Maka pemuda tadi dihadapkan kepada Raja. Disangka Raja, pemuda itu murid Ahli Sihirnya. Tetapi
rahiblah gurunya dan pemuda itu mengajak untuk beriman kepada Allah yang Esa. Rahib terus
diazab agar meninggalkan agamanya namun dia enggan dan tetap bersabar sehinggalah badannya
dibelah dengan gergaji. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah potongan ayat 153 :

(innallaha ma’as sobirin)

Sesungguhnya Allah bersama orang-orang Yang sabar

Kerana ketaatannya kepada Allah, Rahib itu meninggal dunia bersama aqidahnya.

Raja telah merancang untuk mencampakkan pemuda itu ke lembah yang curam agar kembali
menyembahnya. Lalu pemuda itu berdoa kepada Allah. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan
jatuhlah semua pegawai-pegawai raja ke dalam lurah yang dalam. Pemuda tadi kembali kepada raja
dengan selamatnya dan menceritakan apa yang berlaku.

Ayuhlah rakan-rakan, sentiasalah bersabar dan berdoa. Janganlah cepat berputus asa hingga
membunuh diri seperti yang berlaku di negara kita baru-baru ini.

Dibawa pemuda ke dasar lautan


Amatlah lucu itulah kebenaran,
pegawai istana yang tenggelam
pemuda kembali dengan tenteram

Ya, kawan-kawan...

Raja menyedari kelemahannya untuk membunuh pemuda tersebut. Akhirnya pemuda itu
memberitahu cara dirinya dapat dibunuh. Pemuda itu meminta raja supaya mengumpulkan orang
ramai di suatu tempat dan mengikatnya di sebatang pokok. Kemudian memanahnya dengan
berkata : "Dengan nama Allah s.w.t Tuhan pemuda ini!". Lalu raja pun memanah pemuda itu.
Dengan serentak juga orang yang menyaksikan kejadikan itu mengucapkan “ Kami beriman kepada
Tuhanmu “.
TEKS KISAH ASHABUL UKHDUD | KATEGORI LELAKI
Maka matilah pemuda tadi dalam keadaan berserah diri kepada Allah s.w.t. Bukannya kerana takut
tetapi untuk membuktikan keyakinannya kepada Kekuasaan Allah..

Kawan-kawan, bencana alam yang berlaku seperti banjir besar, gempa bumi bahkan letupan
gunung berapi sepatutnya menginsafkan kita semua. Yakinlah bahawa Allah Maha Berkuasa
melakukan sesuatu yang kita tidak menduga.

Raja berasa amat gembira dengan kematian pemuda tersebut. Tetapi Raja amat marah apabila
ramai yang menyaksikan kejadian itu telah beriman kepada Allah. Raja segera mengarahkan
tenteranya menggali parit dan menyalakan api kemudian menghumbankan setiap orang yang
beriman kepada Allah ke dalamnya.

“sesiapa yang meninggalkan agamanya, maka kamu tidak akan dicampakkan.” Namun, semua
orang yang beriman itu lebih rela dihumbankan ke dalam api tersebut kerana teguhnya keimanan
terhadap Allah Taala.

Ayuh umatku, contohilah ketabahan warga palestin di Gaza yang terus berjuang
mempertahankan Negara dan agama dari serangan Israel.

Sekian wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum waramatullahi wabarakatuh...

Anda mungkin juga menyukai