Anda di halaman 1dari 4

TEKS PERTANDINGAN BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN

KATEGORI LELAKI (KEBIJAKSANAAN LUQMANUL HAKIM)


PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019
TAJUK : KEBIJAKSANAAN LUQMANUL HAKIM

TEKS CERITA CATATAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

(Pantun)
Kecil molek si ikan bilis, Kata aluan
sedap dimakan penambah perasa,
Terima kasih pengerusi majlis,
Yang bijaksana para hakim dan penjaga masa.

(Zikir Astaghfirullah)
Pengenalan
Dengarkanlah, hayatilah, cetusan minda kurniaan Allah, jadikan iktibar Tajuk
sematkan di jiwa, Kebijaksanaan Luqmanul Hakim tajuk cerita.

Kawan-kawan para hadirin sekalian,


Isi 1
Luqmanul Hakim berketurunan Habsyi, merupakan seorang manusia istimewa
yang disebut namanya dalam al-Quran. Bahkan, namanya diabadikan menjadi
salah satu nama surah dalam al-Quran.

Ada yang berpendapat bahawa Luqman adalah seorang Nabi, dan ada pula
Huraian 1
yang mengatakan bahawa Luqman adalah seorang pengembala, juga seorang
Hakim Bani Israel. Hakikatnya…

(Sajak)
Luqmanul Hakim insan pilihan
Allah kurniakan beberapa kelebihan
Kebijaksanaan Luqman tiada tandingan

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 12 :

Ayat Al-Quran
Walaqod a~tai na~ luqma~nal hikmah
(Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepada Luqman hikmah Maksud/sumber
kebijaksanaan)

Demikianlah kawan-kawan,
Kesimpulan/
Gunakanlah kelebihan yang dikurniakan Allah pada jalan kebaikan. pengajaran
Contohilah Dr Zakir Naik yang bukan sahaja seorang doktor perubatan, malah Isu semasa
ilmunya itu digunakan sebaiknya di jalan dakwah.

DISEDIAKAN : USTAZAH NURUL SOLEHAH BINTI MOHD ZUBIR (SK PENGHULU IMBAN)
TEKS PERTANDINGAN BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN
KATEGORI LELAKI (KEBIJAKSANAAN LUQMANUL HAKIM)
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019
Kawan-kawan,
Kebijaksanaan Luqmanul Hakim mendidik anaknya dirakam di dalam Al-
Quran.

(Nasyid Intifada)
Oh ilmu aqidah jadi pegangan Isi 2
Syariat dan ibadah itulah perintah Tuhan
Berakhlak mulia satu tuntutan kepada manusia seluruh zaman
Itulah inti pati wasiat Luqman kepada anaknya dengan penuh kasih sayang Huraian 2

Ya kawan-kawan, Luqman mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang.


Bak kata pepatah, ‘bagai menatang minyak yang penuh’. Panggilan lembut
“Ya Bunaiya..’ selalu menjadi ungkapan.

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 12 :

Ayat Al-Quran
Maksud/sumber
Ya~ bunaiyyala~ tusyrik billah
(Wahai anak kesayanganku, janganlah kamu mempersekutukan Allah)

Ya rakan-rakan,
Didiklah anak-anak dengan ilmu dan kasih sayang. Kesimpulan/
Contohilah kebijaksanaan Almarhum Tan Sri Hassan Azhari, Tokoh pengajaran
Isu semasa
Agamawan Negara yang mendidik anak-anaknya sehingga berjaya.

Kawan-kawan para hadirin sekalian,


Kebijaksanaan Luqman dalam berhujah dijadikan panduan. Isi 3

Suatu hari..Luqman diminta untuk menyembelih seekor kambing dan memilih


bahagian yang paling baik untuk dipersembahkan.

Pada hari yang lain pula, Luqman diminta untuk menyembelih seekor kambing Huraian 3
dan memilih bahagian yang paling buruk pula.

(Syair)
Hati dan lidah Luqman sembahkan
Dua bahagian menjadi pilihan
Baik dan buruk Luqman jelaskan
Hati dan lidah punca kejadian

DISEDIAKAN : USTAZAH NURUL SOLEHAH BINTI MOHD ZUBIR (SK PENGHULU IMBAN)
TEKS PERTANDINGAN BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN
KATEGORI LELAKI (KEBIJAKSANAAN LUQMANUL HAKIM)
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019

Kebijaksanaan Luqman berhujah berkenaan hati dan lidah ada kebenaran,


dan juga telah dibenarkan oleh Nabi Muhammad SAW sepertimana yang telah
disebutkan di dalam hadis :

‫من كان يؤمن باهلل واليوم اآلخر فليقل خريا أو ليصمت‬ Hadis
Maksud/sumber
Man ka~na yu’minu billah hiwal yaumil a~khir falyaqul khairan au liyasmut
(barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia
berbicara yang baik atau diam)
Muttafaqun ‘Alaih, Riwayat Bukhari dan Muslim

Begitulah rakan-rakan,
Kita haruslah berhati-hati ketika berbicara dan berkata-kata, seperti kata Kesimpulan/
pepatah, ‘kerana mulut badan binasa’. Hari ini, sikap netizen sangat gemar pengajaran
Isu semasa
memberi pendapat tanpa usul periksa, bahkan sering menyebarkan berita
palsu di media sosial. Istilah ‘membawang’ yang menjadi fenomena
masyarakat kini wajar dihentikan.

Kawan-kawan,
Kebijaksanaan Luqmanul Hakim dalam bertindak jadikan pedoman.

(Nasyid Taubat Seorang Hamba)


Suatu hari himar ditunggang, luqman dan anak menuju ke kota, Isi 4
Dikecam oleh penduduk kota, lalu turunlah Luqman dari Himar
Namun dicemuh penduduk kota, kononnya anak membuli ayahnya,
Lalu berkata Luqman kepada anaknya Huraian 4
Kata-kata manusia jangan dihirau, jika diturut tiada kesudahan.

Apabila himar ditunggang berdua, mereka dicemuh dengan cemuhan


penduduk kota, “Zalim sungguh orang itu dan anaknya. Kasihan himar
ditunggang berdua”. Apabila Luqman membiarkan anaknya sahaja
meunggang himar, ada pulak yang berkata, “Tergamak si anak duduk
menunggang himar dan membiarkan ayahnya berjalan kaki”.

Lalu, Luqman membiarkan orang berkata-kata sambil meneruskan perjalanan.


Pesan Luqman, agar banyakkan bersabar dengan ujian.

DISEDIAKAN : USTAZAH NURUL SOLEHAH BINTI MOHD ZUBIR (SK PENGHULU IMBAN)
TEKS PERTANDINGAN BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN
KATEGORI LELAKI (KEBIJAKSANAAN LUQMANUL HAKIM)
PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2019

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 17:

Ayat Al-Quran
Wasbir ‘ala~ ma~ aso~bak Maksud/sumber
(dan bersabarlah atas apa yang menimpamu)

Ya kawan-kawan,
Kita haruslah bersabar dengan ujian yang menimpa. Marilah sama-sama Kesimpulan/
Pengajaran
berdoa agar keluarga mangsa tragedi tembakan di Christchurch New Zealand
Isu semasa
diberi kekuatan dan kesabaran.

kawan-kawan,
Isi 5
Contohilah kebijaksanaan Luqmanul Hakim dalam kehidupan. Sesungguhnya
Luqman hanyalah manusia biasa tetapi diangkat ceritanya di dalam Al-Quran.

(Nasyid Rasulullah)
Luqmanul Hakim insan pilihan
Terukir namanya di dalam al-Quran
Atur bicaranya jadikan pedoman
Wasiatnya terkandung hikmah dan pengajaran

Penutup
Begitulah kawan-kawan,

Kisah Kebijaksanaan Luqmanul Hakim. Semoga kita beroleh pengajaran.

Sekian, Wabillahitufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi


wabarokatuh.

DISEDIAKAN : USTAZAH NURUL SOLEHAH BINTI MOHD ZUBIR (SK PENGHULU IMBAN)

Anda mungkin juga menyukai