Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPI 2012

TARIKH: 24 SEPTEMBER 2012

TEMPAT: PADANG SKPI

MASA CUE SKRIP


0800 Mengumumkan Mengumumkan ketibaan YDP PIBG SKPI E. Simon
ketibaan YDP Luha ke Majlis Perasmian Kejohanan Sukan
Tahunan SKPI 2012.

Perbarisan Tuan2x, puan2x dan para hadirin yang dihormati,


lintas Hormat pihak majlis dengan sukacitanya menjemput Yg
Berusaha GB Cikgu Andrew Sirai untuk
menjemput dan mengiringi Yg Berusaha YDP PIBG
SKPI En. Simon Luha tampil ke hadapan astaka
untuk menerima tabik hormat kontinjen2x
olahraga sekolah.
Dipersilakan.

1. Perbarisan lintas hormat kontinjen2x


olahraga SKPI 2012 didahului oleh
kontinjen RUMAH SEPAPA dengan
kekuatan ahliinya seramai 38 orang,
diketuai oleh Adik Marvericks Ajai.

2. Kontinjen yang sedang melintas pentas


utama sekarang ini ialah kontinjen RUMAH
SETUTONG dengan kekuatan ahlinya
seramai 40 orang, diketuai oleh adik
Leanard Nanta.

3. Ini ialah barisan wira dan wirawati RUMAH


SENGKALAT dengan kekuatan ahlinya
seramai 42 orang ahli diketuai oleh adik
Alexson.

4. Manakala kontinjen yang membawa bendera


warna merah saga ini pula ialah kontinjen
RUMAH SEBIDIN yang diketuai oleh adik
Francis Ugan dengan kekuatan ahlinya
seramai 40 orang.
5. Kontinjen yang terakhir berbaju kuning ini
ialah barisan pejuang dari RUMAH
SIPOH.Diketuai oleh adik Jalios dengan
jumlah pesertanya seramai 39 orang.

Majlis merakamkan penghargaan dan jutaan


terima kasih atas kesudian Yg Berusaha YDP
PIBG En. Simon Luha dan GB Cikgu Andrew
Sirai, menerima tabik hormat kontinjen2x
olahraga SKPI 2012.

Ucapan Aluan Yg Berusaha YDP PIBG SKPI En. Simon Luha,


Juruacara Yang berusaha GB SKPI Cikgu Andrew Sirai Ak
Benang,
Tuai-tuai Rumah,guru-guru, ibu bapa2x
peserta2x kejohanan serta para hadirin sekalian.

Selamat pagi, salam sejahtera serta salam 1


Malaysia.
Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah kurnianya jua maka dapatlah kita sama-
sama berhimpun di padang yang dihias indah ini
untuk menjayakan Majlis Perasmian Kejohanan
Olahraga SKPI 2012.

Pihak majlis ingin merakamkan penghargaan


setulus hati atas kesudian para hadirin
meluangkan masa ke majlis ini.

Semoga kehadiran para hadirin akan dapat


menyemai semangat, keazaman dan kesungguhan
untuk mencapai kejayaan cemerlang kepada
semua peserta yang bertanding pada kali ini.

Nyanyian Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku


Negaraku & dan diikuti lagu Ibu Pertiwiku.
Ibu Pertiwiku
Semua hadirin dijemput berdiri untuk sama-sama
menyanyikan lagu kebesaran Negara kita.
Hadirin dipersilakan duduk.
Ucapan Aluan Tuan2x, puan2x dan hadirin yang dihormati,
GB majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yg
Berusaha GB SKPI Cikgu Andrew Sirai Ak Benang
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan…

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


GB atas ucapan aluan itu tadi.

Ucapan Tuan2x, puan2x dan hadirin yang dikasihi,


Perasmian Pihak majlis dengan segala hormat dan penuh
YDP PIBG takzimnya menjemput Yg Berusaha YDP PIBG
SKPI SKPI En. Simon Luha untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga
SKPI 2012.
Dipersilakan…

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih


kepada En. Simon Luha atas ucapan perasmian
itu tadi.

Maka rasmilah sudah kejohanan olahraga kita


pada pagi ini.

Bacaan Ikrar Tuan2x, puan2x dan hadirin yang dikasihi,


Kejohanan Seterusnya ialah Lafaz Ikrar Kejohanan. Majlis
mempersilakan Adik Thomas Panggai untuk
mengetuai Lafaz Ikrar kejohanan Olahraga SKPI
2012.

Terima kasih, Adik Thomas Panggai.

Larian obor Sidang hadirin yang dihormati,

Seterusnya marilah kita sama-sama saksikan


acara larian obor kejohanan. Larian ini akan
disempurnakan oleh Adik Francis Ugan dan Adik
Rani Ak Mat.

Untuk menyalakan obor, dijemput GB Cikgu


Andrew Sirai untuk memprsilakan YDP PIBG SKPI
tampil ke hadapan astaka.
Dipersilakan.

Terima kasih YDP

Semasa larian Untuk makluman para hadirin sekalian,

Pembawa obor kita pada tahun ini merupakan dua


orang atlet yang paling menonjol dan sering
mewakili sekolah dalam bidang olahraga, di
peringkat sekolah, peringkat zon dan peringkat
Bahagian.

Selepas Terima kasih Adik Francis Ugan dan Adik Rani


Nyalaan obor Ak Mat, atas nyalaan obor itu tadi.

Semoga nyalaan obor kejohanan ini akan dapat


membakar semangat para paserta untuk
bertanding dengan penuh semangat kesukanan.

Kontinjen Tuan2x, puan2x dan hadirin sekalian,


keluar baris Kontinjen2x akan bergerak keluar barisan.

Penutup Dengan itu maka berakhirlah majlis perasmian


kejohanan Olahraga SKPI 2012. Pihak majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua jawatankuasa, pihak
penaja, PIBG, dan kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan kejohanan pada kali ini.

Akhir kata, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai