Anda di halaman 1dari 8

Teks Pengacara Majlis

Sukan Tahunan SKSU 2017


A.Peserta & Tetamu Mengambil Tempat

1. Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam 1 Murid 1 Sukan.

2. Yang Berusaha Pn. Fadzilah Binti Maarof Guru Besar SK. Sungai Udang, Yang
dihormati, Tuan _______________________________ , Ketua Balai Polis Sungai
Udang, Yang Dihormati Pn. Roziah Binti Simbob GPK Pentadbiran, Pn. Rosnani
Binti Ahmad Zakaria GPK HEM, Pn. Izamidah Binti Ismail GPK Kokurikulum,
warga pendidik, tuan-tuan dan puan-puan, serta murid-murid sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN


SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG, KALI KE 27 TAHUN 2017.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

3. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin kasih-NYA, kita dapat
berkumpul di padang SKSU ini bagi menjayakan Sukan Tahunan SKSU kali ke
27. Bagi pihak SKSU, majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Dihormati
________________________ ke majlis kita pada petang ini. Selamat datang juga
diucapkan kepada hadirin yang dihormati. Semoga dengan kehadiran tuan
puan, majlis ini lebih bermakna dan berseri.

B. BACAAN DOA

Hadirin yang berbahagia,

1. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah


tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat
rahmat. Untuk itu, Majlis mempersilakan Ustaz Wan Abdul Muhaimin Bin Wan
Awang untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

AminAmin Ya Rabal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


kepada Ustaz Wan Abdul Muhaimin Bin Wan Awang atas bacaan doa
sebentar tadi.

C.PERBARISAN

Hadirin yang dihormati,

2. Majlis temasya Sukan Tahunan kali ke 27 ini akan dimulakan dengan perbarisan
lintas hormat oleh kontinjen-kontinjen rumah sukan.

1
Teks Pengacara Majlis

Sukan Tahunan SKSU 2017


3. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Fadzilah
Binti Maarof GB SKSU, Tuan ____________________ serta barisan GPK untuk
menerima tabik hormat. Dipersilakan.

4. Perbarisan Lintas Hormat pada petang ini didahului dengan perarakan masuk
setiap kontinjen rumah sukan didahului dengan ketua murid, Mohd Akhtar Bin
Hamizan. (iringan muzik)

5. Perarakan masuk dimulai dengan Rumah Hijau dengan slogan


#Alhamdulillah diketuai oleh adik Abu Zaky Bin Abu Baker dan pembawa
sepanduk adik Nurul Syuhada Binti Mohd Shahril. Maskot rumah Hijau yang
menjadi pilihan tahun ini ialah Putera Puteri Katak yang melambangkan
kecomelan dan sentiasa bersedia serta berani menghadapi setiap cabaran
yang mendatang.

6. Seterusnya ialah kontinjen dari Rumah Merah diketuai oleh adik Shamirul bin
Ramza dan pembawa sepanduk, adik Nur Syafika Binti Ajman. Pasukan ini
menggunakan slogan Merah Gagah Berani bersama-sama maskot Burung
Garuda sebagai pilihan mereka.

7. Tampil setia dengan warna diraja ialah kontinjen Rumah Kuning dengan
slogan diketuai oleh adik Muhd Fakhrul Radzi
bin Sabudin dan pembawa sepanduk ialah adik Assabidatul Farhana Bt
Khamisain. Kontinjen ini turut disertai dengan maskot Lebah yang
melambangkan setiap ahli sentiasa ceria dan tersenyum menghadapi segala
rintangan dan dugaan.

8. Seterusnya, tampil pula kontinjen Rumah Biru diketuai oleh adik Chairil Alvin
Alvian bin Khairil Azam dan pembawa sepanduk adik Mimi Zulaikha binti
Shazali yang setia dengan slogannya iaitu Musim Bola FIFA .Bersama-sama
mereka ialah maskot Bola Ape Saje.

9. Majlis merakamkan setinggitinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Guru Besar Puan Fadzilah Binti Maarof, Tuan ______________________ dan
barisan GPK kerana sudi menerima tabik hormat dari setiap kontijen Rumah
Sukan.

D. NEGARAKU

10.Seterusnya, majlis akan diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku. Hadirin


dipersilakan berdiri sebagai tanda menghormati lagu NEGARAKU.
( lagu dinyanyikan)

E. IKRAR KEJOHANAN

2
Teks Pengacara Majlis

Sukan Tahunan SKSU 2017


Hadirin sekalian,

1. Majlis diteruskan dengan menjemput adik Muhammad Akhtar Bin Hamizan


untuk mengetuai bacaan Ikrar Kejohanan. Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Adik Muhammad Haris Daniel atas


bacaan ikrar itu tadi. Semoga semangat itu akan terus membara ke
arah kejayaan dalam kejohanan kali ini.

F.UCAPAN ALU-ALUAN (GB)

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

1. Tirai ucapan pada petang ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pn
Fadzilah Binti Maarof, GB SKSU. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Pn Fadzilah Binti Maarof atas bacaan


ucapan itu tadi.

G. UCAPAN PERASMIAN KETUA BALAI POLIS SG. UDANG

2. Hadirin yang dikasihi, Majlis kita akan diteruskan lagi dengan menjemput dan
mempersilakan Tuan _________________, Ketua Balai Polis Sg. Udang untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan
SKSU
kali ke-27 untuk tahun 2017. Majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan ________________________ atas


ucapan dan kesudian merasmikan kejohanan kita pada hari ini.

1. Demikianlah tadi selesainya upacara perasmian kejohanan. Sekarang,


dipersilakan semua kontinjen yang mengambil bahagian untuk bergerak
keluar ke khemah masing-masing bagi meneruskan acara sukan pada hari ini.
Dipersilakan.

Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk


bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar sahaja
lagi.

I. PERSEMBAHAN TAEKWONDO

3. Hadirin yang dihormati, marilah sama-sama kita menumpukan perhatian ke


kawasan tengah padang bagi menonton satu persembahan istimewa daripada
3
Teks Pengacara Majlis

Sukan Tahunan SKSU 2017


Kelab Taekwondo SKSU. Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada ahli Kelab Taekwondo SKSU atas


persembahan yang mantap itu tadi. Untuk pengetahuan hadirin,
persembahan tadi adalah di bawah pimpinan jurulatih SKSU dari
Kelab Koryeo, En. Amirul Amir Bin Abbas.

J. ACARA SUKAN 1

1. Untuk makluman hadirin, beberapa acara telah pun dijalankan pada minggu
sebelum kejohanan berlangsung iaitu acara lontar peluru dan lompat jauh..

2. Acara diteruskan lagi dengan. ( rujuk buku aturcara)

01 100m C perempuan

02 100m C lelaki

03 100m B perempuan

04 100m B lelaki

05 100m A perempuan

06 100m A lelaki

K. PENYAMPAIAN HADIAH 1

1. Hadirin yang dikasihi sekalian, kita akan meneruskan lagi acara dengan sesi
penyampaian hadiah yang pertama kepada para pemenang. Bagi
menyampaikan hadiah, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Pn.
Izamidah Binti Ismail GPK Kokurikulum untuk menyampaikan hadiah kepada
para
pemenang. Dipersilakan.

Rujuk Senarai

01 Lontar Peluru C Perempuan

02 Lontar Peluru C Lelaki

03 Lontar Peluru B Perempuan

04 Lontar Peluru B Lelaki

05 Lontar Peluru A Perempuan

06 Lontar Peluru A Lelaki

4
Teks Pengacara Majlis

Sukan Tahunan SKSU 2017


07 Lompat Jauh C Perempuan

08 Lompat Jauh C Lelaki

09 Lompat Jauh B Perempuan

10 Lompat Jauh B Lelaki

11 Lompat Jauh A Perempuan

12 Lompat Jauh A Lelaki

Terima Kasih diucapkan kepada Pn Izamidah Binti Ismail atas


kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Bagi meneruskan acara penyampaian hadiah, majlis dengan ini menjemput


dan mempersilakan Pn. Rosnani Binti Ahmad Zakaria GPK HEM untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

Rujuk Senarai

01 60m Akhir C Perempuan

02 60m Akhir C Lelaki

03 60m Akhir B Perempuan

04 60m Akhir B Lelaki

05 60m Akhir A Perempuan

06 60m Akhir A Lelaki

Terima Kasih diucapkan kepada Pn Rosnani Binti Ahmad Zakaria atas


kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

J. ACARA SUKAN 2

1. Hadirin sekalian, kita akan kembali menumpukan perhatian ke arah balapan


bagi menyaksikan acara balapan berpasukan.
2. Acara dimulakan dengan. ( rujuk buku aturcara)

01 4X100m C perempuan

02 4X100m C lelaki

03 4X100m B perempuan

04 4X100m B lelaki

5
Teks Pengacara Majlis

Sukan Tahunan SKSU 2017


05 4X100m A perempuan

06 4X100m A lelaki

07 4X60m Acara Khas Ibu Bapa & Guru

K. PENYAMPAIAN HADIAH 1

1. Hadirin yang dikasihi sekalian, kita akan meneruskan lagi acara dengan sesi
penyampaian hadiah yang kedua kepada para pemenang. Bagi
menyampaikan hadiah, majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Pn.
Fadzilah Binti Maarof GB SKSU untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. Dipersilakan.

Rujuk Senarai

01 100m C Perempuan

02 100m C Lelaki

03 100m B Perempuan

04 100m B Lelaki

05 100m A Perempuan

06 100m A Lelaki

07 4X100m C Perempuan

08 4X100m C Lelaki

09 4X100m B Perempuan

10 4X100m B Lelaki

11 4X100m A Perempuan

12 4X100m A Lelaki

Terima Kasih diucapkan kepada Pn Fadzilah Binti Maarof atas


kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Bagi meneruskan acara penyampaian hadiah, majlis dengan ini menjemput


dan mempersilakan Tuan _______________________, Ketua Balai Polis Sg. Udang
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

Rujuk Senarai

01 4X60m Acara Khas Ibu Bapa & Guru


6
Teks Pengacara Majlis

Sukan Tahunan SKSU 2017

02 Perbarisan Kontinjen Terbaik


Johan : ___________________
Naib Johan : ___________________
Tempat Ketiga : ___________________
Saguhati : ___________________

03 Olahragawan SKSU : ________________________________


________________________________

04 Olahragawati SKSU : _________________________________


_________________________________

05 Keputusan Keseluruhan
Juara : _________________
Naib Juara : _________________
Tempat Ketiga : _________________
Tempat Keempat : _________________

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan _____________________ atas


kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Alhamdulillah, selesai sudah upacara penyampaian hadiah. Ia menunjukkan


bahawa berakhirnya temasya Sukan Tahunan SKSU kali ke 27 pada tahun ini.

L. PENUTUP

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

31.Tahniah dan syabas kepada semua peserta dan kontinjen. Pada yang kalah
jangan mengalah ..cuba lagi tahun hadapan..Insya allah kemenangan bakal
diperolehi kelak...Pada yang menang, tahniah diucapkan dan kekalkan prestasi
anda...

7
Teks Pengacara Majlis

Sukan Tahunan SKSU 2017

32. Kami, bagi pihak ahli Jawatankuasa Kejohanan Sukan Tahunan SKSU kali ke 27
ini, merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung serta memberikan kerjasama yang terbaik dalam menjayakan majlis pada
petang ini. Jika ada kesilapan dan kekasaran bahasa sepanjang kami mengacara
majlis ini, maaf dipinta.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,


Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Murid 1 Sukan. Majulah Sukan untuk Negara.
Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai