Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum w.b.t...

Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Radin Mokhtar, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad
Yang dihormati, Encik Kamarudin Bin Abd Latif,
Yang Dipertua PIBG SK Sungai Haji Muhammad
Puan Rashidah Bt Zainal Abidin, Guru Kanan Pentadbiran
Encik Nur Muhammad Uwais Alqorni, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid
Encik Nazri, Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru, AJK PIBG, serta murid yang disayangi sekalian

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI HAJI MUHAMMAD KALI KE-27 BAGI TAHUN
2014

Sebagai pembuka tirai, dijemput hadirin berdiri dan menyanyikan
lagu Negaraku, diikuti lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah

Hadirin sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis ditepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis diberkati,

Bagi memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan
sukacitanya menjemput Ustaz Ahmad Fauzi untuk memimpin
bacaan doa.
Dipersilakan ...

Amin amin ya rabbal alamin.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan
dengan lancar.


Seterusnya bacaan ikrar Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-27 akan
dibaca oleh adik
Siti Noraishah Bt Mohd Norikram,
Ketua Pengawas Sk Sungai Haji Muhammad.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas bacaan ikrar itu tadi.


Hadirin yang dihormati,

Marilah kita saksikan perarakan perbarisan rumah-rumah sukan.

Hadirin sekalian,
Mendahului perarakan ialah pasukan yang tampil dengan warna
Merah iaitu kontigen dari rumah LEKIR. Kontigen ini diketuai oleh
adik Muhammad Nor Hafizi Bin Aduka.
Dengan motto BETTER STRIVE THAN NEVER.
Rumah LEKIR nampaknya bertekad untuk merebut gelaran juara
pada tahun ini.


Berikut pula ialah kontigen dari Rumah Tuah yang menggunakan
warna kuning sebagai lambang perjuangan. Kontigen ini diketuai
oleh adik Muhammad Shaqil Naiem Bin Nursaiful Bahari.
Dengan motto Panglima Tuah menjadi penguat semangat untuk
terus mengejar kejayaan dalam kejohanan kali ini.

Seterusnya ialah kontigen dari RUMAH JEBAT dengan warna biru.
Kontigen ini diketuai oleh adik Muhammad Nur Hakim Bin Ramlee
dengan motto BIRU MELANGKAH MEGAH.
Kita percaya RUMAH JEBAT mampu membuat kejutan dalam
kejohanan kali ini.

Kontigen yang terakhir adalah pasukan TABIKA KEMAS SK SUNGAI
HAJI MUHAMMAD. Diketuai oleh adik

___________________

Perarakan perbarisan ini akan dinilai oleh juri-juri profesional kita
ya. Diharap semua kontigen dapat membuat yang terbaik kerana
hanya satu rumah sahaja yang akan dipilih.
Seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha,
Tn. Hj. Radin Mohd Mokhtar (Guru Besar SK Sungai Haji
Muhammad) untuk memberikan ucapan.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Radin Mohd Mohktar di
atas ucapan beliau itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput Encik Kamarudin bin Abd Latif, Yang
Dipertua PIBG SK Sungai Haji Muhammad untuk memberikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan
Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad kali ke-27 bagi tahun
2014.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Kamaruddin
Bin Abd Latif di atas ucapan dan perasmian itu tadi.
Maka dengan itu, rasmilah Kejohanan Sukan Sekolah Kebangsaan
Sungai Haji Muhammad kali ke-27

Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.
Sekarang dipersilakan semua kontigen yang mengambil bahagian
untuk bergerak keluar ke khemah masing-masing bagi kita
meneruskan acara sukan pada petang ini.

Perhatian diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di
padang bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar
lagi.


100m
(l) & (p)
Tahap 2
Perhatian
Acara sukan sebentar lagi akan dimulakan dengan larian 100meter
lelaki dan perempuan individu tahap 2
Wakil setiap rumah bagi acara larian 100meter lelaki dan
perempuan diminta bersedia.

80m
(l) & (p)
Tahap 1
Acara seterusnya ialah larian 80meter lelaki dan perempuan
individu tahap 1
Wakil setiap rumah bagi acara larian 80meter lelaki dan
perempuan diminta bersedia.

200m
(l) & (p)
Tahap 2
Seterusnya larian 200meter lelaki dan perempuan individu tahap 2
Wakil setiap rumah bagi acara larian 200meter lelaki dan
perempuan diminta bersedia

4x100m
(l) & (p)
Tahap 1
Seterusnya larian berganti-ganti 4 x 100meter Lelaki dan
perempuan tahap 1
Wakil rumah bagi acara 4x100meter lelaki dan perempuan diminta
bersedia.

4x200m (l) &
(p)
Tahap 2
Seterusnya larian berganti-ganti 4 x 200meter Lelaki dan
perempuan tahap 2
Wakil rumah bagi acara 4x200meter lelaki dan perempuan diminta
bersedia.

4x50m
Campuran
Tahap 1
Seterusnya larian berganti-ganti 4 x 50meter campuran tahap 1
Wakil rumah bagi acara 4x50meter campuran diminta bersedia.

Larian baton
(tadika)
Seterusnya larian baton kategori tadika
Diminta perserta bersedia.

Bola dalam
gelung rotan
(tadika)
Acara sukaneka pertama dimulakan dengan bawa bola dalam
gelung rotan kategori tadika.
Murid diminta bersedia

Sukaneka
Tahap 1
(6org)
Tahap 2
(8org)
Acara diteruskan dengan sukaneka bagi tahap 1 dan 2
Tiup belon
ibubapa &
anak (tadika)
Bagi acara sukaneka seterusnya ialah acara tiup belon ibubapa dan
anak kategori tadika

-AJK Sk. Sg.
Hj.
Muhammad
-Ibu
-Bapa
Sebelum mengakhiri kita ada acara untuk
-AJK SK Sg. Hj. Muhammad
-kategori ibu
-kategori bapa


Penutup Dengan berakhirnya acara kategori bapa itu tadi, maka berakhirlah
acara olahraga kita pada kali ini

Penyampaian
hadiah


p/s :
majlis
diteruskan
dengan
cabutan
bertuah (6)
Sekarang tibalah masanya bagi upacara penyampaian hadiah.
Majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Suwaibah @ cikgu
Nur Muhammad untuk menyampaikan hadiah.

Bagi acara :
1. Lompat jauh lelaki
2. Lompat jauh perempuan
3. Lontar peluru lelaki
4. Lontar peluru perempuan
5. Lompat tinggi lelaki
6. Lompat tinggi perempuan
Terima kasih diucapkan kepada Puan Suwaibah @ cikgu Nur
Tempat ketiga
dimenangi oleh
_________

Tempat kedua
dimenangi oleh
___________

Dan johan acara
______ ialah
_______ dari
rumah ______.
Muhammad diatas kesudian untuk menyampaikan hadiah.
Penyampaian
hadiah


p/s :
majlis
diteruskan
dengan
cabutan
bertuah (6)
Seterusnya
Majlis mempersilan Yang Dipertua PIBG, Encik Kamarudin B Abd
Latif untuk menyampaikan hadiah.

Bagi acara :
1. Lari 100m L
2. Lari 100m P
3. Lari 80m L
4. Lari 80m P
5. Lari 200m L
6. Lari 200m P
Terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG, Encik
Kamarudin B Abd Latif diatas kesudian untuk menyampaikan
hadiah.

Tempat ketiga
dimenangi oleh
_________

Tempat kedua
dimenangi oleh
___________

Dan johan acara
______ ialah
_______ dari
rumah ______.
Penyampaian
hadiah


p/s :
majlis
diteruskan
dengan
cabutan
bertuah (6)
Majlis dengan sukacitanya menjemput Puan Rashidah Bt Zainal
Abidin untuk menyampaikan hadiah.

Bagi acara :
1. Lari 4 x 100m L
2. Lari 4 x 100m P
3. Lari 4 x 200m L
4. Lari 4 x 200m P
5. Lari 4 x 50m campuran (tahap 1)
Terima kasih diucapkan kepada Puan Rashidah Bt Zainal Abidin
diatas kesudian untuk menyampaikan hadiah.
Tempat ketiga
dimenangi oleh
_________

Tempat kedua
dimenangi oleh
___________

Dan johan acara
______ ialah
_______ dari
rumah ______.
Penyampaian
hadiah


p/s :
majlis
diteruskan
dengan
cabutan
bertuah (6)
Majlis dengan sukacitanya menjemput Cik Aminah Bt Abd Manap
(Penyelis Kanan KEMAS) untuk menyampaikan hadiah.

Bagi acara :
1. Lari baton (acara tadika)
2. Bawa bola dalam gelung rotan (acara tadika)
3. Tiup belon ibubapa & anak (acara tadika)
Terima kasih diucapkan kepada Cik Aminah Bt Abd Manap
(Penyelis Kanan KEMAS) diatas kesudian untuk menyampaikan
hadiah
Tempat ketiga
dimenangi oleh
_________

Tempat kedua
dimenangi oleh
___________

Dan johan acara
______ ialah
_______
Penyampaian
hadiah


p/s :
majlis
diteruskan
dengan
cabutan
bertuah (6)
Majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Haji Radin Mohd
Mokhtar, Guru Besar SK Sungai Haji Muhammad untuk
menyampaikan hadiah.

Bagi acara :
1. Sukaneka tahap 1
2. Sukaneka tahap 2
3. Acara ajk SK Sg. Hj. Muhammad
4. Acara ibu
5. Acara bapa
6. Johan perbarisan
7. Johan keseluruhan
Tempat ketiga
dimenangi oleh
_________

Tempat kedua
dimenangi oleh
___________

Dan johan acara
______ ialah
_______ dari
rumah ______.
Seterusnya diumumkan penyandang bagi Olahragawan SK SG. Hj.
Muhammad bagi tahun ini disandang oleh _________________

Seterusnya diumumkan penyandang bagi Olahragawati SK SG. Hj.
Muhammad bagi tahun ini disandang oleh _________________

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Radin Mohd Mokhtar,
Guru Besar SK Sungai Haji Muhammad diatas kesudian untuk
menyampaikan hadiah


Penutup Dengan itu, maka berakhirlah kejohanan Sukan Tahunan Sekolah
Kebangsaan Sungai Haji Muhammad Kali Ke 27 Bagi Tahun 2014.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk
itu adalah daripada saya sendiri.
Syabas diucapakan kepada semua dan Majulah Sukan Untuk
Negara

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai