Anda di halaman 1dari 2

KATA ALU-ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera salam


1Malaysia.
Terlebih dahulu tahniah dan syabas diucapkan kepada AJK SIDRED Majalah
INDAH

Edisi

tahun 2016 atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang

istimewa ini.
Majalah INDAH Edisi tahun 2016 ini suatu dokumen bercetak yang sangat penting
sebagai gambaran kecemerlangan warga SMK Pandan Indah pada tahun ini.
Walaupun teknologi canggih atas talian dan teknologi komunikasi mayapada ini telah
mengambil alih sebahagian besar naskhah penulisan tradisional namun SMK
Pandan Indah

masih mampu mengekalkan penerbitan majalah INDAH dalam

bentuk yang sedia ada bagi kesekian kalinya. SMK Pandan Indah sentiasa mengalualukan aplikasi teknologi terkini, tetapi pada masa yang sama berusaha menjaga
kesinambungan sejarah yang sangat berharga ini.
Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah
kepada AJK SIDRED dan panel guru penasihat, serta terima kasih kepada semua
pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan sehingga memungkinkan majalah
ini berada di tangan pembaca warga SMK Pandan Indah bukan sekadar catatan
memorabilia zaman persekolahan, bahkan suatu rujukan dokumentasi

tentang

kemajuan dan kejayaan yang telah diraih oleh warga SMK Pandan Indah yang
autentik serta rasmi sekali gus relevan sampai bila-bila.
Perubahan dan penambahbaikan dalam Dasar Pendidikan Negara seperti
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan
Sarana sekolah yang menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan
(PPPM) 2013 2025 menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta
mengaplikasikan Strategi Lautan Biru supaya terus berdaya saing dan dihormati.
Saya mengucapkan tahniah kerana warga sekolah dan ibu bapa berjaya
memanfaatkan pelbagai aplikasi dalam talian bagi melicinkan pengurusan sekolah
dan maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap. Mudah-

mudahan sumbangan ikhlas kita semua bakal m,emacu pendidikan di SMKPI ke


persada kecemerlangan yang dihajati.
SMK Pandan Indah menjelmakan segala dasar dan pendekatan bagi menambah
baik dan melestarikan Sistem Pendidikan Kebangsaan pada tahun 2016 menerusi
semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan seluruh warga sekolah
diperkukuh. Perancangan sekolah juga

dipastikan pada landasan yang betul

sebagai kesinambungan citra penubuhan SMK Pandan Indah selama 20 tahun.


Pelan

Pembangunan

Pendidikan

Malaysia

(PPPM)

2013-2025,

Petunjuk

Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
merupakan kerangka asas pelaksanaan transformasi pendidikan pada peringkat
sekolah yang semakin kompetatif untuk menghasilkan modal insan yang diharapkan
berdasarkan Misi dan Visi KPM.
Tiada kata secantik bahasa untuk saya menyusun kata-kata, tiada gambar secantik
lukisan untuk saya gambarkan perasaan. Dengan ingatan tulus ikhlas dari lubuk hati
yang paling dalam, saya berdoa semoga kita semua sentiasa diberkati dan
memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab dalam
merealisasikan kejayaan anak didik dengan penuh ikhlas, iltizam dan komitmen.
Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya mengucapkan terima kasih kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pejabat
Pendidikan Daerah Hulu Langat, Lembaga Pengelola Sekolah dan PIBG atas
kepercayaan dan sokongan kepada pihak sekolah. Akhir kata sebagai penutup kata
renunglah kata pujangga ini sebagai pedoman bersama, Kita sering mengimbas
kembali kenangan lalu tetapi kita jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari
esok. Kepada anak-anak didik SMK Pandan Indah Belajarlah berdiri dahulu
sebelum cuba untuk berlari semoga kalian semua beroleh kejayaan dan hidup yang
dirahmati.
Sekian .
PN. CHE SALMAH BT SAMSUDIN
Pengetua SMK Pandan Indah

Anda mungkin juga menyukai