Anda di halaman 1dari 1

PENGARAH PENDIDIKAN

JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN


KUALA LUMPUR

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah saya ucapkan kepada anak-anak pelajar generasi
berilmu kerana berupaya berkolaborasi sebagai satu pasukan dalam menghasilkan majalah
sekolah bagi tahun 2016 yang mana ia mencerminkan wajah sekolah buat tatapan semua.
Kesempurnaan dalam semua aspek perlu dititikberatkan kerana majalah ini akan menjadi
medium rujukan terhadap segala perkembangan yang berlaku serta peristiwa suka duka yang
terlakar di bumi sekolah.

Pendidikan di negara kita sedang mengalami proses transformasi yang pantas dalam segala
aspek. Walau bagaimanapun, transformasi yang dirancangkan tidak dapat memberi kesan
yang positif seandainya sikap dan tindakan kita tidak selaras dengan agenda transformasi
tersebut. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang
kini melangkah memasuki Gelombang 2 (2016-2020), pemimpin sekolah, guru-guru dan para
pelajar bertanggugjawab memahami dan menghayati semua bentuk transformasi yang
sedang dan akan dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar sekolah menengah yang bakal melangkah ke alam
pendidikan yang tinggi perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang jitu, nilai kerohanian
yang mantap, literasi teknologi terkini dan kemahiran komunikasi yang berkesan.
Sesungguhnya, kejayaan transformasi pendidikan ini amat penting bagi memastikan hasrat
negara maju tercapai menjelang 2020.

Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh menjayakan agenda pembangunan


pendidikan di peringkat sekolah, negeri dan negara agar matlamat kita untuk membangunkan
potensi individu melalui pendidikan berkualiti menjadi kenyataan. Di samping itu, semoga inti
pati yang terkandung di dalam Majalah Sekolah ini membuktikan aspresiasi pihak sekolah
serta kejayaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam melakukan
transformasi pendidikan.

Sekian, terima kasih.

HAJAH FOZIAH BINTI BUANG


Pengarah Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai