Anda di halaman 1dari 8

KETUA PELAJAR SMK SRI ANDALAS

Salam sejahtera dan salam perpaduan !

Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan hanya buat Tuhan yang telah kurniakan saya
peluang ini. Penghargaan saya juga ditujukan kepada Sidang Redaksi atas permintaan
untuk kata-kata aluan daripada saya.

Sesungguhnya, Majalah Gemilang mengharungi pelbagai transformasi dan revolusi


saban tahun bagi membawa SMKSA ke arah yang lebih terkini, telus dan tuntas sejajar
dengan peredaran zaman yang memacu ke alam globalisasi dan era teknologi maklumat.
Lantaran itu, saya yakin bahawa pihak Sidang Redaksi dengan bimbingan guru-guru
penasihat berusaha untuk menghasilkan Majalah Gemilang yang terbaik setiap tahun
sebagai menyedari peranan majalah sebagai etos bagi mengukir 1001 kenangan, mencatat
detik-detik bersejarah sepanjang tahun dan memotret seribu wajah. Jadi diharapkan agar
majalah edisi kali ini akan terus memaparkan kecemerlangan demi kecemerlangan yang
telah dilakar SMKSA sepanjang tahun yang amat bermakna ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majalah ini
khususnya kepada Sidang Redaksi majalah di bawah bimbingan Puan Wan Suhaila Binti
Wan Ahmad. Warga SMKSA sekalian, kejayaan yang dicapai selangkah demi selangkah
oleh SMKSA dapat menggambarkan komitmen dan semangat jitu yang wujud dalam diri
setiap warga SMKSA.

Akhir sekali, semoga SMKSA terus melakar kecemarlangan yang berterusan dan
meletakkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas di tempat yang sepatutnya.

Sekian, terima kasih.


- KIRTHINY PUSPANATHAN-

KETUA EDITOR SMK SRI ANDALAS

Salam sejahtera!

Bersyukur kita kepada Tuhan dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat sekali lagi
kita saksikan sebuah penerbitan majalah yang menjadi kebanggaan warga SMK Sri
Andalas, iaitu Majalah Gemilang edisi ke-20. Sekalung penghargaan, penghormatan dan
tahniah diberikan kepada guru penasihat dan Sidang Redaksi 2019 atas berkat usaha dan
perkhidmatan yang tidak mengenal erti jemu dan penat dalam menyiapkan wadah yang
cukup bermakna bagi seluruh warga SMK Sri Andalas. Majalah Gemilang 2019 ini turut
menjadi medium bagi para pelajar menyerlahkan dan mengasah bakat mereka yang
sememangnya terpendam lama. Dalam majalah ini jugalah tercatatnya segala coretan
suka duka para guru dan para pelajar untuk dijadikan kenang-kenangan terutamanya bagi
para pelajar Tingkatan 5 yang akan meninggalkan SMK Sri Andalas yang tercinta.

Penghasilan Majalah Gemilang 2019 ini bukan sahaja merekodkan hari-hari di SMK
Sri Andalas bahkan merakamkan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai sudut, baik
kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu, kejayaan demi kejayaan yang telah ditempa
oleh para pelajar SMK Sri Andalas turut dimuatkan untuk tatapan semua. Majalah ini
turut memaparkan sebarang perubahan yang berlaku di SMK Sri Andalas pada tahun yang
cukup bermakna ini.

Sebagai ketua editor Majalah Gemilang 2019, saya mewakili Sidang Redaksi 2019
ingin memohon maaf jika terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penghasilan
majalah ini Sesungguhnya, kami telah memerah kudrat agar Majalah Gemilang 2019 akan
tetap tersemat dalam hati warga SMK Sri Andalas. Semoga dengan penghasilan majalah
ini, semua kenangan dan memori indah bersama SMK Sri Andalas dapat dipotretkan untuk
tatapan masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

- (MAWAR SALSABILLA BINTI KAMARUDDIN)-


PENGETUA SMK SRI ANDALAS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya pada tahun ini, sekali
lagi saya diberi ruang dan kesempatan untuk merakam sepatah dua kata dalam ruangan
ini. Sebelum meneruskan bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada semua ahli sidang redaksi Majalah Gemilang 2019 kerana telah berjaya
menerbitkan majalah ini.

Alhamdulillah, berkat usaha gigih kerjasama semua pihak,SMK Sri Andalas telah
banyak mengalami perubahan dalam pelbagai bidang. Kejayaan ini merupakan hasil usaha
pelbagai pihak dalam mengekalkan dan meningkatkan pencapaian ini dari semasa ke
semasa.

Dalam menghadapi era globalisasi yang mencabar ini, murid-murid perlu berusaha
lebih gigih untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain itu,
permuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting bagi melahirkan
kejayaan anak-anak. Oleh itu, murid-murid perlu sentiasa aktif dari segi akademik dan
kokurikulum untuk menjadi murid yang berpengetahuan dan berkeperibadian mulia demi
menyahut cabaran dan wawasan negara.

Akhir kata, saya berharap agar semua warga SMK Sri Andalas terus melipat
gandakan usaha untuk meriah kejayaan dalam semua bidang. Saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung bagi menjayakan
penerbitan Majalah Gemilang 2019.

Sekian, terima kasih.

“Selamat maju jaya”


- HJH CIK NOREHA BINTI HAILANI-

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KLANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera.

Saya merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pihak
sekolah dan badan redaksi majalah sekolah kerana memberi ruang kepada saya untuk
saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini. Tahniah diucapkan kepada sidang
redaksi majalah atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang istimewa ini.

Syabas dan tahniah kepada para pendidik dan anak-anak pelajar generasi berilmu
kerana berupaya berkolaborasi secara berpasukan dalam melahirkan majalah sekolah
yang boleh dijadikan media rujukan dan memori terindah kepada semua komuniti
sekolah. Semangat tersebut dan gandingan yang mantap amat penting dalam menjayakan
sesuatu kerja bagi mendapatkan impak yang tinggi.

Majalah sekolah ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan


pencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang
dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Memang benar bahawa
media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir, tetapi sebagai
dokumentasi yang bersifat rasmi, majalah sekolah akan terus relevan sampai bila-bila.

Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara seperti


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Sarana
Ibu Bapa yang menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak untuk terus berdaya
saing dan dihormati. Saya mengucapkan tahniah kepada warga sekolah dan ibu bapa
kerana berjaya memanfaatkan peluang dan bekerjasama bagi melicinkan pengurusan
sekolah dan maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap.
Mudah-mudahan sumbangan dan kesungguhan tuan puan bakal memacu pendidikan ke
persada kecemerlangan yang dihajati.

Akhirnya, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


jawatankuasa majalah dan sidang redaksi sekolah. Kepada pembaca majalah ini, semoga
beroleh manfaat.
Sekian, terima kasih.

PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan taufik dan inayah-Nya, saya
diberi kesempatan menitipkan kata alu-aluan untuk majalah sekolah bagi tahun 2019.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah


Gemilang SMK Sri Andalas dan semua pihak yang terlibat kerana telah berjaya
menerbitkan majalah sekolah tahun 2019. Berkat usaha yang disumbangkan oleh warga
sekolah mencerminkan kesepaduan jalinan kerjasama dan iltizam ke arah mewujudkan
suatu budaya atau komuniti akademik. Hasrat saya juga agar warga sekolah bukan sahaja
memberi perkhidmatan kepada murid, ibu bapa dan komuniti tetapi menawarkan
perkhidmatan kepada mereka dan semua tindakan yang dilaksanakan secara pantas.

Kejayaan dalam menghasilkan majalah sekolah merupakan simbol kejayaan


pengurusan sekolah itu sendiri dengan hasil kerjasama, permuafakatan dan interaksi yang
terjalin antara guru, murid-murid, ibu bapa dan komuniti. Sesungguhnya usaha untuk
menerbitkan majalah sekolah adalah satu langkah yang bijak dan perlu diteruskan oleh
pihak sekolah kerana majalah merupakan satu dokumentasi dan rekod perjalanan
aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun dalam semua bidang sama ada kurikulum atau
kokurikulum di samping murid-murid juga dapat melontar dan merakamkan idea kreatif
mereka. Segala paparan yang berkualiti mencakupi kepelbagaian bidang akan
mempertingkatkan keterampilan murid-murid dan imej sekolah dalam mengharungi era
globalisasi dan mampu bertindak balas dengan arus perdana. Suasana keprihatinan warga
sekolah terhadap perubahan dan anjakan pemikiran masa kini diharap dapat
merencanakan perkembangan ilmu yang merangkumi skop yang lebih luas selaras dengan
transformasi pendidikan masa kini.

Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa warga sekolah akan terus berjuang
bersungguhsungguh untuk melahirkan murid-murid berpendidikan, kukuh jati diri,
berakhlak tinggi dan bersemangat kental sekali gus mampu mengangkat dan
memartabatkan sistem pendidikan negara kita.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

-DR. MAHANOM BINTI MAT SAM-

YDP PIBG SMK SRI ANDALAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada
kali ini. Terima kasih juga kerana memberikan kesempatan untuk saya melakarkan kata
alu-aluan. Tahniah diucapkan kepada AJK Sidang Redaksi 2019.

Kejayaan ini merupakan kesinambungan tradisi yang berlangsung selama ini dan
memberikan pengertian yang besar kerana menerusi Majalah Gemilang, kita dapat
merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita. Saya
pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang
cemerlang dalam aspek akademik mahupun sahsiah.

Pemuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting melahirkan
kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan menyediakan
landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum mereka melakar
kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini akan mampu membuahkan hasil yang
optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak sama ada dalam kurikulum maupun
kokurikulum. Jelaslah di sini, komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan
negara yang berfalsafah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Justeru, saya menyeru agar para pelajar sentiasa berusaha memperbaiki


pencapaian diri dan berpegang teguh pada aku janji yang dilafazkan. Kegigihan serta
ketabahan pelajar mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas
pertama.

Akhirul kalam, saya mendoakan SMK Sri Andalas sentiasa beroleh kejayaan
dan segala usaha akan diberkati Allah SWT. Semoga terus berjaya dalam segala bidang.

Sekian, terima kasih.


​KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Selamat Sejahtera dan Salam Sayangi Malaysiaku

Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya mencoretkan sepatah dua kata
dalam majalah sekolah pada kali ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan majalah
sekolah yang sungguh istimewa ini. Segala peristiwa dan kenangan sepanjang tahun lalu
dapat dirakamkan dan menjadi sumber rujukan dalam sejarah pendidikan. Sata percaya
komitmen yang tinggi dan kerjasama padu daripada warga sekolah telah menahtijahkan
penerbitan majalah yang dapat kita tatapi.

Pendidikan adalah asas dalam melahirkan masyarakat Malaysia maju berteraskan semangat
bersatu padu,progresif,berbudaya dan berwatak. Bagi menyahut cabaran ini, Kementerian
Pendidikan bertekad untuk terus meningkatkan kualiti sistem pendidikan serta memberi
fokus kepada keberhasilan murid. Aspek akademik,sahsiah dan nilai perlu diterapkan dalam
pendidikan. Justeru itu,semua guru perlu berganjak daripada pembelajaran berorientasikan
peperiksaan kepada pembelajaran berorientasikan perkembangan bagi menyokong usaha
ke arah melahirkan murid yang berjaya secara holistik.

Para guru dituntut agar sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Pengetahuan dan kemahiran
terkini dalam menghadapi cabaran abad-21 perlu diperkukuhkan. Pasa masa yang
sama,sekolah dan para guru akan sentiasa diberi sokongan professional daripada
pembimbing yang pakar dab pengurusan yang mantap.

Akhir kata,saya menyeru semua pihak termasuk pemimpin sekolah,guru,ibu bapa,pihak


berkepentingan dan agensi swasta untuk sama-sama menjayakan agenda pendidikan negara
demi melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang pada masa
akan datang.

SELAMAT MAJU JAYA!

-Datuk Dr.Amin bin Senin

Anda mungkin juga menyukai