Anda di halaman 1dari 7

BUKU SKRAP

SIMPULAN BAHASA

NAMA : NUR FAIHA ADELIA BT. IRWAN

KELAS : 6 CEMERLANG

SEKOLAH :SK. KEM LOK KAWI,


PENAMPANG.

NAMA GURU PEMBIMBING : CIKGU MARIAN


KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT

Maksud Simpulan Bahasa - 3


Contoh Simpulan Bahasa dan ayat Tahun 4 - 4
Contoh Simpulan Bahasa dan ayat Tahun 5 - 5
Contoh Simpulan Bahasa dan ayat Tahun 6 - 6
Lampiran Bergambar - 7
Maksud Simpulan Bahasa
• Simpulan Bahasa adalah gabungan dua perkataan biasa yang digunakan
oleh orang orang melayu zaman dahulu untuk menggambarkan sifat sifat,
tingkahlaku, situasi dan perangai spontan manusia dalam menjalani
kehidupan harian mereka.
• Sejak dahulu lagi simpulan bahasa sangat penting dalam menyampaikan
hasrat dan menyampaikan hajat di hati sama ada bermaksud baik atau
tidak .
Senarai Simpulan Bahasa beserta maksud dan contoh ayat.

1.Ada hati bermaksud mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk


melakukan atau memiliki sesuatu. Contoh ayat : Walaupun berpendapatan kecil,
Jaya ada hati hendak membuka perniagaanya sendiri suatu hari nanti.
2.Anak Emas bermaksud anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya. Contoh
ayat : Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan
kesetiannya.
3.Anak Bapa bermaksud anak yang disayangi oleh bapa. Contoh ayat : Setelah
kematian ibunya Razif telah menjadi anak bapa .
4.Atas Pagar bermaksud tidak menyebelahi mana mana pihak. Contoh ayat : Dalam
pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua dua
pasukan itu
5. Ayam Tambatan bermaksud orang yang menjadi harapan dalam sesuatu
pertandingan. Contoh ayat : Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak
Negeri Kedah kerana kehandalannya menjaringkan gol.
6. Ambil Muka bermaksud membuat sesuatu supaya disukai. Contoh ayat
: Diyana menolong ibunya untuk amabil muka keluarganya agar dia
disukai.
7. Anak Air Bermaksud sungai kecil. Contoh ayat : Di sungai terdapat
anak air yang dapat menarik perhatian penduduk kampung.
8. Anak Didik bermaksud anak yang dibawah jagaan kita .Contoh ayat:
Sofiyah menjadi anak didik Makcik Aminash setelah kematian ibu
bapanya.
9. Angkat Alis bermaksud kehairanan.. Contoh ayat : Azim angkat alis
ketika melihat ramai orang yang tidak mematuhi Perintah Kawalan
Pergerakan .
10. Angkat Muka bermaksud dimanja manjakan . Contoh ayat : Aisyah
selalu menangis setelah dia selalu diangakat muka oleh ibu bapanya.
11. Bau Bau Bacang bermaksud tali persaudaraan yang jauh . Contoh
ayat : Ali yang berasal dari Sabah mempunyai hubungan bau bau
bacang dengan Abu yang berasal dari Negeri Kedah.
12. Berat Hati bermaksud enggan atau malas. Contoh ayat : Annis berat
hati untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh cikgunya
sepanjang cuti sekolah.
13. Berat Mulut bermaksud pendiam dan tidak suka bercakap banyak .
Contoh ayat : Alyah berat mulut ketika berbincang dengan sepupunya
tentang benda yang tidak berfaedah itu.
14. Berhutang Budi bermaksud patut membalas kebaikan seseorang
dengan kebaikan juga. Contoh ayat : Shah berasa berhutang budi
kepada Rayyan setelah Rayyan selamatkan Shah daripada di buli.
15. Langkah Kanan bermaksud bernasib baik. Contoh ayat : Faizal
berasa langkah kanan kerana ada orang yang dapat menghulurkan
bantuan kepadanya.
Lampiran bergambar

Anda mungkin juga menyukai