Anda di halaman 1dari 2

a) Pantun Kanak-kanak

Anak itik anak kedidi, Anak belut Si anak memerang; Kalau adik meninggi diri, Kelak hidup dibenci orang.

Budak-budak mengait duku, Jatuh berderai di atas para; Kalau rajin membaca buku, Pasti adik tidak sengsara.

Pak Abu memasang bubu, Cik Baba menahan lukah; Kata ibu ingat selalu, Kata bapa jangan dilupa.

Pergi ke hutan memburu rusa, Berehat sekejap di tepi kali; Janganlah adik membuang masa, Kerana perginya takkan kembali.

Bunga kekwa kembang di hulu, Disunting oleh Si Dara jelita; Kawan ketawa dampinglah selalu, Kawan menangis bantu sentiasa.

Anda mungkin juga menyukai