Anda di halaman 1dari 45

1

PENGENALAN
KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.
Connell(1981) menjelaskan bahawa proses mengajar belajar merupakan satu
interaksi dinamik antara guru dan murid, malahan guru dan murid masing-masing
saling mempengaruhi antara satu sama lain.Walau bagaimana mendalam sekalipun
pengetahuan guru dalam bidang ilmu bahasa, ilmu itu tidak akan dapat
disampaikannya secara berkesan sekiranya dia tidak memahami konsep-konsep itu.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, strategi, pendekatan, kaedah
dan teknik sering digunakan. Bagaimana pun, keempat-empat konsep ini sering
menimbulkan kekeliruan di kalangan guru. Ini kerana ciri-ciri yang terdapat di antara
konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik saling berkait dan melengkapi di
antara satu sama lain. Malah perhubungan unsur di antara keempat-empat konsep
ini sangat erat sehingga sukar bagi guru untuk membezakan konsep-konsep
tersebut secara berasingan tanpa merujuk di antara satu sama lain.Adalah satu
perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut
adalah merupakan asas untuk membentuk sebuah rancangan pelajaran harian yang
sempurna oleh seseorang guru.
Menurut kamus dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur
untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan
dalam menguruskan sesuatu perkaraDalam bidang pendidikan, strategi merujuk
kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan
teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah
ditentukan.
Di dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi P&P merangkumi perkara-perkara
berikut:
Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran.
Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.Penyusunan
kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori
pembelajaran.
2

Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap faedah dan teknik
mengajar yang telah disusun.
Pengagihan bahan murid mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan
teknik mengajar.
Pengurusan kelas mengikut pendekatan kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai.
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah
rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan
pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai
kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada
pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang
dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

Konsep Penggabungjalinan

Mengikut Buku Panduan Am KBSR, penggabungjalinan ialah satu proses
penyampaian beberapa kemahiran di dalam sesuatu pelajaran.Kemahiran di sini
merujuk kepada kecekapan menjalankan berbagai-bagai jenis aktiviti pembelajaran
seperti membaca, menulis, mengarang, bercerita, melabel dan sebagainya.

Oleh yang demikian, strategi pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR
digunakan untuk menggabungjalinkan beberapa kemahiran asas seperti
mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu dan menyeluruh dalam
sesuatu waktu pelajaran bahasa.


3

Konsep Penyerapan
Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan
daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran.Dalam pengajaran
bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu nilai murni, kemahiran berfikir dan kemahiran
bernilai tambah juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai
bidang ilmu seperti sains, matematik, sivik dan lain-lain lagi.
Bentuk penyerapan :
-Penyerapan isi mata pelajaran lain
-Penyerapan nilai
Penyerapan isi mata pelajaran lain iaitu satu starategi untuk menyerapkan isi
pengetahuan daripada mata pelajaran lain ke dalam satu mata pelajaran lain.Dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, isi pengetahuan daripada mata
pelajaran Sains dan Kesihatan diserapkan seiring dalam penguasaan kemahiran-
kemahiran bahasa.

Pengayaan

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah
kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan
minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara
bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan,
kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah
menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada
jangka masa yang ditentukan.

Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas
yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yangditetapkan. Bahan untuk program ini
terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh
4

digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang
sukar.Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuanmuridmenguasai
sesuatu kemahiran.

Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untukmendapatkan maklumat
yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran
ataupembelajaran. Oleh itu, penilaianperlulah dijalankan berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat
dipastikanjenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama
ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dansetelah itu barulah dapat
dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi
murid.Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan mengikut
tumpuan kepada tiga unsur yang utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
iaitu strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan
pembelajaran.

Strategi pemusatan guru
Strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan peranan utama. Di
dalam bilik darjah, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti
pelajaran,iaitu guru banyak memberi penerangan dan murid hanya duduk
mendengar.Kaedah keseluruhan kelas, demontrasi, syarahan, bercerita, pengajaran
berkumpulan dan setengah-setengah kemahiran pengajaran yang berpusatkan guru
dalam pengajaran mikro menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi
pemusatan guru.


5

Strategi pemusatan murid
Strategi ini murid memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran.Mengikut strategi ini,murid-murid digalakkan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah,guru merupakan
seorang pemimpin yang memandu murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran,
sama ada secara kumpulan atau individu.Di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran
murid.Kaedah kumpulan,inkuiri penemuan,perbincangan,penyoalan,penyelesaian
masalah,bermain,simulasi,main peranan dan sumbangsaran menjadi pertimbangan
semasa menggunakan strategi ini.

Strategi pemusatan bahan
Strategi ini bahan pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh
menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih
berkesan manakala murid-murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih
bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau
secara kumpulan tanpa kehadiran guru.Di antara kaedah-kaedah yang berkaitan
dengan strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual serta bahan-
bahan bercetak.

Kesimpulannya, Guru perlu merancang untuk menentukan tindakan ke arah
mencapai sesuatu matlamat.Strategi yang baik membolehkan proses pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan.




6

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi
memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas.
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil
untuk menuju sesuatu sasaran.
Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come
near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.


Pendekatan pengajaran Bahasa Melayu
Induktif
Deduktif
Eklektif
Komunikatif

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum.
Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan
dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi.
Melalui pendekatan ini, guru akan memulakan pengajaran dengan memberi
sebanyak mungkin contoh khusus sehingga murid dapat membuat kesimpulan
berkenaan apa yang cuba disampaikan oleh guru.
Pendekatan ini sesuai digunakan dalam semua pelajaran bagi menggalakkan
murid berfikir perkaitan antara sesuatu. Antara prinsip-prinsip penggunaan
pendekatan induktif adalah menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih
memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Selain itu, soalan-soalan akan
disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan.
7


Deduktif
Merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan
rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum.
Selepas itu, proses P&P diteruskan di mana para murid akan menganalisis
rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh-contoh yang
dibentangkan.
Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada
umum kepada spesifik.
Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana murid bermula
dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.
Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks
kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang mendalam /mencukupi serta
berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan
tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Dalam penggunaan pendekatan ini, guru memberitahu objektif pembelajaran
kepada murid-murid pada awal pengajaran.
Selepas itu, barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri
tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau
mendapat kesimpulan baru.

Ekletik
Pendekatan ekletik menggunakan dua atau lebih kaedah yang
menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan
menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan
indukif dan deduktif.
Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai
kebolehan.
8

Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi
pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu
itu.
Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan
diikuti dengan kesimpulan.
Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti
dengan generalisasi.
Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif.
Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau
generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan
tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi
kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan
deduktif.
Mengikut pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu
mengandalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.

Komunikatif
Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid
iaitu berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf,
bercerita ataupun melapor.
Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari.
Melalui pendekatan ini, penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal
adalah bagi tujuan komunikasi.
Pendekatan ini wujud kerana didapati pendekatan lain lebih mementingkan
penguasaan bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan
yang terkeluar daripada konteks wacana.
Hasilnya, murid tidak menguasai kecekapan berkomunikasi.
Penguasaan komunikasi adalah perlu agar murid dapat membuat pemilihan
struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.
9

Dalam pendekatan komunikatif ini, beberapa prinsip perlu dipatuhi oleh guru
agar murid dapat menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi antaranya
ialah murid perlu mengetahui aktiviti yang dilakukan dan guru haruslah merancang
terlebih dahulu aktiviti agar murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi.
Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu
mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat berkomunikai
secara berkesan.
Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi sebenar iaitu seperti
perbualan dalam kehidupan sehari-hari.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak
umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak
menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.
Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu
pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

Pendekatan Pembelajaran Bahasa
Berpusatkan Murid
Berdasarkan Bahan
Pemebelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pembelajaran Berasaskan Aktiviti
Pembelajaran Berasaskan Situasional/Senario
Pembelajaran Berasaskan Permainan



10

Pendekatan berpusatkan murid
Pendekatan pembelajaran berpusatkan murid berlaku apabila murid
memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.
Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar
keupayaan mereka sendiri. Sehubungan dengannya aktiviti pemulihan dan
pengayaan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau individu.
Banyak masa diperuntukkan untuk murid melaksanakan sesuatu aktiviti.

Pendekatan berpusatkan bahan
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting.
Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran
untuk mencapai objektif pelajaran.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan
kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.
Pendekatan ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani.
Penggunaan bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang
abstrak dengan lebih jelas.

Pendekatan berasaskan projek
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan berasaskan projek
boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan dan menarik.
Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan pembelajaran akan
lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu situasi
pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.
11


Pendekatan berasaskan masalah
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan masalah memerlukan seseorang
guru secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh
mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran
berbahasa untuk menyelesaikan masalah.
Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan
menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah.


Pembelajaran berasaskan aktiviti
Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental
bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian
minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung
dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru.
Pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah.

Pembelajaran berasaskan situasional
Pendekatan ini mementingkan penggunaan objek secara konkrit, gambar-
gambar dan bahan-bahan maujud serta gerakan tingkah laku yang boleh membantu
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Guru hanya bertindak sebagai model dan menyediakan latar situasi yang
dapat menciptakan struktur bahasa sasaran dan kemudian mengemukakan contoh-
contoh untuk diikuti secara berulang untuk mengukuhkan pembelajaran.


12

Pembelajaran berasaskan permainan
Dalam pendekatan ini pengajaran dan pembelajaran seolah-olah hidup
dengan permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami
sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui
permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat
berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan
bahasa dan aksi


Natijahnya, pendekatan yang baik dapat menarik minat murid terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran, Berdasarkan pendekatan ini, guru perlu
kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran.










13

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Kaedah mengikut Kamus Dewan membawa maksud cara atau aturan
(membuatsesuatu), hukum atau prinsip. Oleh itu, sesuatu kaedah terdiri daripada
sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu
matlamat.Di dalam pengajaran Bahasa Melayu, kaedah merupakan satu tindakan
guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah
ditetapkan. Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha
keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun dan adalah berdasarkan
sesuatu pendekatan yang dipilih.
JENIS-JENIS KAEDAH
Kaedah Terus
Kaedah ini mula direka dan diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer
antara tahun 1920-1935. Kaedah yang mengutamakan prinsip-prinsip mengajar
yang berdasarkan psikologi kanak-kanak ini, didapati serupa dengan kaedah tentera
kerana ia pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam
Perang Dunia Kedua dahulu. Kaedah ini bertijuan supaya kanak-kanak dapat
menguasai keempat-empat kemahiran bahasa secara berkesan dan membolehkan
mereka menggunakan bahasa yang dipelajari itu di dalam masyarakat yang
berkenaan.kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas tertentu:
Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat
dengan fikiran atau sebaliknya.
Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada
Harus timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan
yang telah dirancang
Pengajaran haruslah berpandukan kepada lunas-lunas kanak-kanak
mempelajari bahasa ibunda mereka



14

Kebaikan
Sangat sesuai untuk mempelajari bahasa kerana sifatnya sama dengan cara
kanak-kanak menguasai bahasa ibunda mereka
Pembinaan habit bahasa dapat disegerakan oleh guru-guru kerana kaedah ini
tidak menggunakan terjemahan
Memudahkan pencapaian serta merta(automatik), dan murid-murid dapat
menggunakan bahasa secara aktif dan seterusnya membolehkan mereka
cepat dapat bertutur dengan lancar dan fasih.

kelemahan
Merumitkan guru untuk menyampaikan makna perkataan terutama perkataan
yang abstrak.
Mungkit menerbitkan makna yang kurang tepat kerana penerimaan murid
mungkin tidak seperti yang dimaksudkan.
Murid yang agak lambat mungkan akan agak ketinggalan.

Kaedah Ajuk-Hafaz
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah latih tubi informan. Pengajaran dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Biasanya kadar pembahagian
adalah 1:2( satu bahagian demonstrasi dan dua bahagian lagi adalah latih tubi).
Dalam demonstrasi, diajarkan tentang nahu, sebutan dan perbendaharaan.
Demonstrasi ini dibuat oleh guru atau informan yang terdiri daripada penutur jati.
Dalam latih tubi pula, informan jati atau guru membacakan beberapa ayat, dan
selepas itu, murid-murid mengajuknya sehingga ayat-ayat itu dapat dihafal. Guru-
guru harus ingat bahawa kejelasan dalam menyampaikan pelajaran adalah penting.
Sesuatu yang jelas seperti sebutan yang terang dan nyata akan memberi tanggapan
yang betul kepada murid-murid. Satu tanggapan yang baik pula akan melahirkan
satu penguasaan habit bahasa yang baik dan sempurna.

15

Kaedah Linguistik
Kaedah ini dapatlah dianggap sebagai satu kaedah mengajar bahasa yang moden
secara saintifik. Kaedah ini pada dasarnya adalah membandingkan dua bahasa iaitu
di antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid-
murid, sama ada bahasa itu bahasa ibunda mereka atau bahasa-bahasa lain.
Pengetahuan bahasa murid-murid itu harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi
bahasa itu di samping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna dan lain-
lain. Dalam perkataan lain, kaedah ini mementingkan pertuturan dan membenarkan
penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid. Kaedah ini
mendahulukan bentuk daripada makna.

Tujuan kaedah linguistik
Bertujuan untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah
diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Selain itu, kaedah ini
menerangkan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan di antara tatabahasa
yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

Kebaikan
Guru dapat menyediakan bahan-bahan pelajaran itu dengan lebih teratur dan
tersusun.
Kanak-kanak dapat memahami dengan lebih jelas dan tepat bahan-bahan
tatabahasa yang dipelajarinya.
Kanak-kanak akan lebih cepat dapat bertutur dan membuat ayat dalam
bahasa yang dipelajari dengan mengikut bentuk-bentuk atau corak-corak
ayat bahasa yang ada dalam bahasa ibunda mereka.
Kaedah ini tidak membuang masa dan dapat pula mengelakkan salah faham
di kalangan kanak-kanak terhadap bahasa yang dipelajari.


16

Kelemahan
Oleh kerana kaedah ini berdasarkan penyiasatan secara ilmu sains, maka
hasil yang dijangka tidak akan tercapai kerana undang-undang bahasa
berubah-ubah dari semasa ke semasa.
Tidak boleh diajar oleh sebarang guru kerana ianya memerlukan guru-guru
yang terlatih dalam ilmu bahasa, ilmu pengajaran dan pendidikan.
Kaedah ini mengambil masa yang lama.
Hasil daripada kaedah ini murid hanya dapat menuturkan apa yang diajar
sahaja tetapi tidak dapat memperkembangkannhya dengan baik.

Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Kaedah ini selalu juga dinamakan kaedah Klasik(Palmer). Ini mungkin kaedah yang
digunakan sebelum kaedah-kaedah lain. Oleh kerana dahulunya para sarjana
dikelilingi oleh bahan-bahan sastera bertulis dan oleh sebab kemahiran menulis itu
dijadikan tujuan yang penting maka itulah yang menjadi objektif dalam kaedah
tersebut. Kaedah ini dirancang untuk memberi kemahiran menulis dan bukan
kemahiran bertutur. Oleh itu ia tidak mementingkan fonetik. Kaedah ini menekankan
kepada ejaan dan penulisan dalam bahasa tersebut. Biasanya perkara yang
diutamakan di dalam kaedah ini ialah tentang unsur-unsur kekecualian daripada
yang biasa dalam bahasa yang dipelajari ataupun yang selalu disalahgunakan.
Kaedah ini menentukan perbendaharaan kata diberi di pangkal pelajaran.
Terjemahan adalah difikirkan sebagai satu cara yang penting dalam mempelajari
perbendaharaan kata. Kata-kata itu diberi dalam bentuk terasing daripada konteks.
Kata-kata disusun dalam ayat melalui hukum tatabahasa. Hukum-hukum ini dihafaz
sebagai cara menguasai bahasa itu.

17

Tujuan Kaedah Tatabahasa Terjemahan
Kaedah ini membolehkan murid-murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa dan
juga melatih mereka menulis menggunakan bahasa yang betul. Kaedah ini juga
membolehkan murid-murid menterjemahkan bahasa asing ke dalam bahasa jati atau
sebaliknya. Selain itu, ia dapat melengkapkan murid-murid dengan perbendaharaan
kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan. Murid-murid juga
berkebolehan membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca
kepada bahasa ibunda dan seterusnya membolehkan mereka menikmati nilai
kesusasteraan yang dibaca.

Kebaikan
Tidak menggunakan masa yang lama di dalam kelas.
Guru-guru yang tidak begitu fasih dalam bahasa itu masih boleh digunakan
untuk mengajar bahasa tersebut.
Kaedah ini kurang membebankan guru di dalam menyediakan alat-alat
bantu serta keperluan yang lain.
Tidak menghadkan saiz kelas
Murid-murid boleh belajar sendiri tanpa bimbingan guru(Abdullah Hassan,
1976).

Kelemahan
Menghadapi sedikit kesulitan semasa membuat penterjemahan.
Berkemungkinan memberikan tanggapan yang salah di kalangan murid
terhadap pembelajaran bahasa itu.


18

Kaedah Psikologi
Kaedah ini ada persamaannya dengan Kaedah Terus. Kaedah ini berdasarkan
kepada daya mental dan pertalian idea. Antara cirri-ciri utama kaedah ini ialah:
Objek, gambar, gambarajah dan carta digunakan untuk menolong
membentuk imej mental dan menghubungkannya dengan perkataan.
Perbendaharaan kata disusun dalam satu kumpulan ayat yang pendek-
pendek yang berhubungan dengan sesuatu perkara atau subjek. Setiap
kumpulan ayat itu membentuk satu pelajaran.
Beberapa pelajaran dihimpunkan menjadi satu tajuk dan gabungan beberapa
tajuk membentuk satu siri.
Pada permulaannya keseluruhan pengajaran dijalankan secara lisan,
kemudian baru berdasarkan buku.
Bahasa pertama jarang digunakan.
Karangan diperkenalkan selepas beberapa pelajaran
Pengajaran nahu agak awal, tetapi bacaan dikemudiankan.

Kaedah Elektik
Kaedah ini adalah kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik dalam
pengajaran bahasa yang terdapat dalam kaedah-kaedah lain. Dengan perkataan
lain, ia merupakan satu cara mengajar bahasa yang menggunakan pelbagai kaedah
dan tidak terikat kepada satu-satu kaedah tertentu. Di Perancis, kaedah ini
dinamakan kaedah aktif. Guru boleh menggunakan usaha dan daya kreatif mereka
sendiri. Mereka bebas mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak.
Pada peringkat asas pengajaran misalnya, dijalankan dahulu latihan mendengar dan
kemudian diikuti pula dengan bertutur dan menulis. Kaedah ini banyak
menggunakan latihan-latihan dalam pengajarannya. Kanak-kanak dapat berfikir
terus dalam bahasa yang dipelajari dan dapat menggunakan bahasa itu secara aktif.

19

Tujuan Kaedah Elektik
Membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu dan di
samping itu dapat menggunakan bahasa itu dengan baik.

Kebaikan
Guru yang memakai kaedah ini menggunakan teknik-teknik yang paling baik
daripada kaedah mengajar bahasa untuk disesuaikan dengan kaedah
pengajaran di sekolah.
Kaedah ini mempertimbangkan keempat-empat kemahairan bahasa iaitu
mendengar, membaca, menulis dan bertutur.

Kaedah Fonetik
Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lisan, reform dan kaedah terus. Dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ini memulakan aktiviti dengan latihan
pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut iaitu daripada penyebutan
bunyi, perkataan, frasa dan ayat-ayat. Ayat-ayat ini kemudiaannya digabungkan
menjadi cerita dan dialog. Di dalam teks, yang digunakan bukanlah system ejaan
tetapi simbol-simbol fonetik.nahu pula diajarkan secara induktif sementara karangan
dibuat berdasarkan apa yang telah didengar atau dibaca.

Kaedah Semula Jadi
Kaedah ini adalah sama dengan kaedah terus. Pengajaran dimulakan dengan
soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan- perkataan
yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah
diketahui oleh murid-murid. Bahasa ibu dan terjemahan tidak langsung digunakan.
Cara permebalajaran adalah sama seperti kanak-kanak yng mempelajari bahasa
pertama, penyampaiannya disusun diperingkat-peringkatan. Keempat-empat
kemahiran yang hendak dikuasai perlu mengikut prosedurnya iaitu didahului dengan
aktiiti lisan, kemudian bertutur dan seterusnya kepada membaca dan menulis.
20

Kaedah Askar/Tentera
Kaedah ini bermula dalam perang dunia kedua untuk kakitangan askar yang
memerlukan kemahiran dalam beberapa bahasa bagi memudahkan operasi tentera
dalam peperangan tersebut. Oleh kerana keadaan dan keperluan itu mustahak,
maka hasil yang memuaskan perlu dicapai dalam masa yang singkat. Dalam hal ini
kemahiran lisan adalah menjadi tumpuan utama. Pelajaran hendaklah mencapai
peringkat kemahiran bahasa yang sama dengan pengguna-pengguna dan penutur
jati bahasa itu, baik dalam sebutan mahupun dalam bidang memahami bahasa itu.
Tulisan tidak dipentingkan. Di dalam kaedah ini, masa belajar diintensifkan
sedemikian rupa sehingga mencapai 6 hingga 9 jam setiap hari. Latih tubi digunakan
dengan kerap di dalam kaedah ini.

Kebaikan
Ia menekankan kemahiran lisan dan baik dilakukan pada permulaan
pelajaran.
Kaedah ini menjadikan murid-murid patuh mengikut atau meniru guru.
Kaedah ini amat sesuai untuk mengenalkan nahu dan perbendaharaan kata.

Kelemahan
Kaedah ini akan menyebabkan pembelajaran kurang berkesan sekiranya
guru-guru terdiri daripada ahli-ahli libguistik yang tidak cekpa.

Kaedah Membaca
Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Dr. Michael West. Kaedah ini merupakan
kaedah yang paling mudah. Ia tidak memerlukan menghafaz ataupun menggunakan
tatabahasa, idiom dan sebagainya secara kreatif. Kaedah ini hanya menggunakan
bacaan. Membaca hanya memerlukan murid mengenali perkataan-perkataan yang
tertulis dan membacanya. Kaedah ini mementingkan sebutan dan ini mudah kerana
21

ia hanya memerlukan pengenalan sahaja dan tidak memerlukan murid menghafaz
hukum-hukum tatabahasa yang rumit.
Membaca kuat hanya perlu untuk latihan sebutan dan tidak untuk tujuan lain.
Pembelajaran melalui kaedah ini selalunya menggunakan perbendaharaan kata
yang dirancangkan dengan teratur menurut frekuensi. Bahan bacaan dibuat secara
saintifik, disusun mengikut gred atau diperingkatkan dengan baik. Biasanya, senarai
perkataan digunakan untuk memilih bahan. Kaedah ini tidak mementingkan
terjemahan. Ia sering dilaksanakan oleh guru-guru di dalam kelas tanpa disedari dan
ia juga merupakan sebahagian daripada kaedah-kaedah yang lain.

Tujuan Kaedah Membaca
Kaedah ini bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan murid-murid berbahasa.
Ia juga membolehkan murid-murid mempelajari bahasa kedua tanpa terjemahan.
Kelemahan
Menerbitkan kesukaran kepada murid-murid yang mempunyai kesulitan
membaca.
Ia juga mungkin dapat menghasilkan murid-murid yang dapat membaca
dengan baik tetapi tidak dapat menguasai isi bacaan itu.


Kaedah Oral-Aural
Kaedah oral-aural atau kaedah dengartutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz
dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog
dianggap realistiK dan ia dilatih tubi secara berulang kali.Latih tubi dan dialog
dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang
betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati
bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika
gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu. Alat pandang dan dengar
digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang
22

realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut
dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah sisusun rapi. Sistem tatabahasa
yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan
yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya
dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu ialah
berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar
menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula
latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari, dan hanya
selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.

Tujuan Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur )
Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar
memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa , iaitu : mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi
keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk
pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami
kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.

Kaedah Bahasa Komunikatif
Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini berpegang kepada
beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah
berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab proses
pemerolehan bahasa kanak kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi
bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa (
tatabahasa ) serta kecekapan komunikatif ( ketepatan penggunaan bahasa mengikut
konteks penggunaan ).
Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih
berkesansekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga
berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai
23

makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan
makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa
pelajar mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog,
sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih
menggunakan struktur bahasa yang diajar.
Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsur-unsur
bahasa dalam teks dan wacana . Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-
mata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi unsur-unsur bahasa tetapi pengajaran
perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsu-unsur tatabahasa yang dilatih
tubi. Kesilapan bahasa selalunya bukanlahkesalahan bahasa. Dalam proses
pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah.
Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi
peluang kepada pelajar-pelajar untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-
situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan
pelajarmenguasai kecekapan bahasa , tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk
membolehkan pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsure-unsur yang
dipelajari dalam berbagaikonteks.
Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti Pelajar diberi
peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan tugas
yangdirancangkan oleh guru. Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini memerlukan
pelajar-pelajar memilih dan menggunakan unsure-unsur bahasa yang telah dilatih
dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam kontkes social yang diberi.Beberapa
teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar
dapatmenguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal
jawab dan latih tubi digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsur-unsur
bahasa dalam pra aktiviti.


24

Kekuatan dan Kelemahan
Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi
BahasaMelayu di sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa (
tatabahasa) tidakdipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi. Guru
dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu aktiviti
pengajaran. Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru. Murid yang
diajar melalui kaedah ini berminat untuk belajar. Walau bagaimanapun, guru yang
menggunakan kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-
mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran

Kaedah Kod Kognitif
J.B Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan
pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky berpendapat bahawa
bahasa merupakan sitem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk
linguistic.Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan
sejagat.Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-
rumus bahasa ibuandanya dalam jangka masa yang singkat. Pada umumnya Diller
(1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai andaian berikut terhadap
bahasa :
Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan- peraturan.
Boleh digunakan untuk berfikir.
Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi.
Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.
Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran
bahasa (khusus bahasa kedua):
Ia merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal
sesuatu bahasa kedua secara sedar.
Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti
pembelajaran ilmu pengetahuan .
25

Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada
kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna.
Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang
tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang
secara automatik.
Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi
murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat ayat pecahan digunakan
dan huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran
bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur tatabahasa sasaran
dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk
memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya
membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran kan
dan - i bagi membolehkan murid-murid memahami imbuhan transitif dan transitif
lokatif.
Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar
baharulah mereka diberi latihan peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk
kemahiran bahasa iaitu mendengar , bertutur ,membaca dan menulis juga adalah
berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep-konsep yang diajar.
Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini
mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam
pengajaran bahasa.

Kesimpulannya, Kepakaran guru menggunakan kaedah yang baik dan
berkesan menjadikan sesi pengajaran itu menarik, bermakna dan menghiburkan.


26

TEKNIK PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony
mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan
oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar
sesuatu bahagian bahasa tertentu. Sementara mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti
Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa,
teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar
berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Menurut buku Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia oleh Raminah Hj Sabran dan
Ranim Syam teknik pengajaran berhubungan dengan strategi atau cara bagaimana
sesuatu isi pelajaran disampaikan. Teknik juga melibatkan bentuk-bentuk aktiviti
tertentu yang akan ditekankan di dalam pengajaran seperti dialog, lakonan, hafalan,
latih tubi, permainan dan sebagainya. Kesimpulannya, teknik pengajaran
merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-
bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih
haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan
yang dianuti.
Antara teknik Pengajaran Bahasa yang sering digunakan oleh guru dalam
pengajaran Bahasa Melayu ialah teknik main peranan, teknik permainan bahasa,
teknik latih tubi, teknik bercerita, teknik inkuiri, teknik perbahasan, teknik kuiz, teknik
sumbangsaran, teknik soal jawab, teknik simulasi, teknik drama, teknik
perbincangan, teknik forum dan teknik dialog. Berdasarkan teknik-teknik yang telah
disebutkan, dapatlah dirumuskan tujuan kepelbagaian teknik pengajaran adalah
untuk menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran. Sebagai contoh,
gabungan beberapa teknik pengajaran seperti teknik drama dan teknik soal jawab
dapat menjadikan pengajaran lebih menarik dan seronok dalam diri murid.
Kepelbagaian teknik pengajaran juga bertujuan untuk mengekalkan perhatian murid
semasa berada di dalam kelas. Dengan menggunakan teknik main peranan
menggunakan puppet misalnya, membuatkan murid semakin berminat untuk belajar
dan murid seterusnya dapat menumpukan perhatian apabila sesuatu aktiviti
dijalankan dengan gembira dan seronok. Akhir sekali teknik pengajaran juga
27

bertujuan untuk membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid. Teknik inkuiri
misalnya dapat menggalakkan murid untuk mengkaji sesuatu persoalan sehingga
murid menemukan jawapannya.
Teknik Latih - Tubi
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg
menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar
akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-
perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan
diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu Sebutan (accent) -
menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi
yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Tatabahasa (grammer) -penggunaan
bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
Perbendaharaan kata (vocabulary)-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan
yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. Kefasihan (fluency) -
menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan
apakah maksudnya. Kefahaman (comprehension) -latihan memahami soalan dan
memberikan jawapan yang wajar. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan
sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

28

Teknik Simulasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan tertentu dalam keadaan yang terkawal dan selamat. Melalui teknik ini para
pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,
menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi
dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat
menwujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada
pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Simulasi
Terdapat beberapa tujuan teknik simulasi iaitu menggunakan bahasa dengan lebih
berfungsi, dapat berkomunikasi dengan berkesan, murid dapat memahami bidang
pengetahuan dan situasi yang dihadapi. Murid juga dapat berbincang dan
mengeluarkan pemikiran kreatif, analitis dan kreatif di samping murid dapat
membuat laporan dengan berkesan. Teknik simulasi juga membolehkan murid
membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Murid juga
dapat mengalami sendiri sesuatu situasi dan akhir sekali dapat memberikan
keyakinan kepada murid.


29

Jenis Simulasi
Simulasi terdiri daripada dua jenis iaitu simulasi yang berpusatkan kepada masalah
dan simulasi berpusatkan penerbitan. Simulasi berpusatkan kepada masalah
memerlukan murid berbincang tentang sesuatu masalah atau isu kemudian
membuat keputusan serta menyelesaikan masalah tersebut. Pemusatan kepada
masalah juga memerlukan murid menyediakan laporan atau cadangan setelah
sesuatu isu atau masalah dibincangkan. Sementara itu, simulasi berpusatkan
penerbitan pula memerlukan murid berbincang tentang sesuatu rancangan untuk
mencipta atau menghasilkan sesuatu penerbitan yang tertentu.

Teknik Main Peranan
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa
yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak
yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi
yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba
menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya
mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara
spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.
Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

Tujuan Main Peranan
Teknik main peranan mempunyai tujuan yang hampir sama dengan simulasi.
Secara khususnya teknik main peranan diadakan untuk membolehkan murid
menggunakan bahasa mengikut fungsi, berkomunikasi dengan berkesan,
memahami bidang penegtahuan dan situasi yang dipelajari. Teknik sumbang saran
juga membolehkan murid mengalami sendiri situasi yang diberikan di samping dapat
meyakinkan diri sendiri. Main peranan juga dapat melahirkan perasaan dengan
30

menggunakan bahasa dan aksi dan akhir sekali dapat mengubah sikap negatif dan
dapat membina sikap positif dalam diri murid.

Jenis Main Peranan
Terdapat dua jenis bagi teknik main peranan iaitu main peranan sebagai diri sendiri
dan main peranan sebagai individu lain.


Teknik Sumbangsaran
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan
bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti
perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada
pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. Teknik ini
dikemukakan oleh Alex Osborn pada tahun 1930 an sebagai satu usaha
mendapatkan pelbagai idea. Secara keseluruhannya, teknik sumbang saran
merupakan satu teknik perbincangan kreatif untuk mendapatkan beberapa idea dari
sesuatu kumpulan dalam masa yang singkat dan terkawal.

Tujuan Sumbangsaran
Antara tujuan teknik sumbang saran termasuklah topik perbincangan sesuai dengan
kebolehan dan minat murid. Tujuan lain ialah garis panduan guru haruslah ringkas
dan jelas, semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk
dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang
betul-betul layak dan setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.
Selain itu, sumbang saran bertujuan menggalakkan murid menyumbang seberapa
31

banyak idea. Selain itu, suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah
diwujudkan. Teknik sumbang saran memerlukan masa untuk sesi sumbangsaran
adalah dan mencukupi. Murid juga digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What?
Why? Who? Where? How? ) selain cadangan dan idea yang dikemukakan tidak
boleh dikritik Akhir sekali setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang
pelbagai kebolehan

Kelebihan Teknik Sumbang Saran

Sumbang saran amat berkesan bagi menggerakkan murid untuk berfikir dan
melibatkan diri secara berkumpulan. Teknik sumbang saran mempunyai beberapa
kelebihan seperti :
Rangsangan- teknik ini menghasilkan aktiviti lisan yang bebas,
menyeronokkan dan dapat menimbulkan minat dalam kalangan murid
Sikap positif- murid yang pasif dan pemalu digerakkan supaya lebih aktif
menyertai aktiviti perbincangan
Berfokus- penumpuan terhadap topik
perbincangan lebih terjamin
Kreativiti- gerak balas spontan murid boleh melahirkan idea yang kreatif
Sahsiah- murid dapat membina keyakinan diri apabila idea mereka diterima
Produktif dan cekap- pelbagai idea dan pandangan diperoleh dalam masa
yang singkat

Teknik Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan
32

kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya.
Objektif Permainan Bahasa
Teknik permainan bahasa mempunyai beberapa objektif seperti :
menambah kefasihan dan keyakinan
menyediakan konteks pembelajaran
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
merangsang interaksi verbal murid

Teknik Soal Jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan
dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan,
tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid
secara berkesan.. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan
soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi
tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar
berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.







33

Tujuan teknik soal jawab
Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran
pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
dinamik dan berkesan.

Teknik Bercerita
Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan. Berceritan juga dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Di samping itu, perhatian perlu diberi kepada
teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan
peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
34

Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan
dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.


35

Kemahiran dalam teknik bercerita
Fenwick (1990) menyenaraikan beberapa kemahiran yang boleh dikuasai murid-
murid melalui teknik bercerita iaitu :
Memperkembang kemahiran mendengar
Memperkaya perbendaharaan kata
Meningkatkan kemahiran membaca
Meningkatkan sensitiviti
Meningkatkan imaginasi
Meningkatkan kemahiran bertutur dan menulis
Berkongsi pengetahuan yang bernilai

Teknik dalam bercerita
guru menceritakan keseluruhan cerita dan murid mencatat urutan peristiwa
guru bercerita dan murid menceritakan semula
murid bebas memilih cerita dan menceritakan secara lisan
guru mengadakan teater pembaca
guru mengadakan teater bercerita

Teknik Drama
Drama membawa maksud melakonkan sesuatu atau melakonkan sesuatu peranan.
Drama sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama
darama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak
tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar
bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
36

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran. Drama juga dapat menimbulkan keseronokan dan
keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah
pelajar.
Ciri-ciri Drama
Heatcote (1984) telah menurunkan beberapa ciri yang terdapat dalam drama iaitu :
drama memerlukan kerjasama antara ahli yang mengambil bahagian
drama menggunakan pengalaman yang lepas
drama menimbulkan situasi dalam komunikasi yang tepat
drama melibatkan pengalaman
drama mencabar murid meneroka kebenaran dan menghayati sesuatu yang
baru
Kelebihan teknik drama
Teknik drama mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya ialah :
memberi rangka untuk berkomunikasi
menggalakkan kreativiti
memungkinkan penggunaan bahasa yang tidak dirancang
mewujudkan keyakinan diri
memberi motivasi
mewujudkan penglibatan murid secara fizikal
membolehkan murid meluahkan perasaan


37

Aktivti dalam teknik drama
Antara aktivti yang boleh dijalankan ialah :
mengajuk/ melakon bisu (mime)
main peranan (role play)
improvisasi
simulasi
lakonan berpandukan skrip

Teknik Inkuiri
Teknik inkuiri ini juga dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Teknik inkuiri
merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan
yang berorientasikan masalah dan dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan
pelajar. Inkuiri merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk
menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering
mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar
mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah
memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis.

Pengendalian teknik inkuiri
1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusan


38

Teknik Perbincangan
Menurut Kamus Dewan definisi bincang adalah bertukar-tukar pendapat antara
satu sama lain mengenai perkara yang penting. Teknik perbincangan juga
didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang
sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat
dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan adalah
satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan
dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.Perbincangan
melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam
mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik
yang diberi. Contoh aktiviti perbincangan termasuklah bermesyuarat, forum,
seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang
dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal.
Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat
melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan
guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.

Langkah-langkah dalam teknik perbincangan
1. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan
dijalankan.
2. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian
memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan
semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
3. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat
dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
4. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu
kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan
dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
5. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap
kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-
39

mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti
penulisan dan sebagainya.
Kelebihan teknik perbincangan
Pembelajaran : murid memperoleh pengetahuan dan menggunakannya
dengan cara yang lebih bermakna dan dapat membawa murid ke arah
pemikiran kognitif yang tinggi
Perkembangan sikap : perbincangan yang berkesan membolehkan murid
menilai
Kemahiran menyoal dan menjawab soalan : murid akan belajar menyusun isi
dan fakta dan pembentukan jawapan yang tepat
Perkembangan konsep kendiri yang positif
Aktiviti mental yang positif : murid akan sentiasa aktif dan mengekalkan
kecerdasan berfikir di tahap yang tinggi
Peningkatan fahaman guru tentang murid-muridnya
Peranan guru dalam perbincangan
Berikut adalah garis panduan tentang peranan guru :
Menyatakan tajuk
Menyatakan isi penting yang berkaitan dengan tajuk
Merujuk murid kepada pengetahuan asas yang telah diperoleh melalui
tugasan rujukan
Menyatakan skop perbincangan dan matlamat yang hendak dicapai
Menyatakan masa yang diberikan

Peranan murid dalam perbincangan
Memberi pendapat dan idea dengan jelas
Memberi alasan dan contoh yang munasabah dan mengukuhkan pendapat
sendiri
Menilai pendapat orang lain secara lojik dan kritis
40

Meneliti idea secara mendalam dan membuat perkaitan antara satu sama lain
Berani mengkritik dan sanggup menerima kritikan
Teknik Forum
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel
untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia
dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang
sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara
langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan
jelas, objektif, kreatif dan rasional. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang
dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran,
pencapaian serta peringkat umur pelajar. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama
ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

Teknik Perbahasan
Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu
pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini
sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.

Kelebihan teknik perbahasan
1. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
2. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan
teratur
3. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang
betul dan laras bahasa yang sesuai.
4. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
5. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
6. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di
kalangan pelajar.
41

7. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa
kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang
positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

Teknik Kuiz
Teknik ini diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran
British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa
pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-
sekolah Melayu.

Tujuan Kuiz
Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar
mengenai topik-topik tertentu.
Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan
soalan-soalan secara teka-teki.
Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi
bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini
iaitu :
Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan
penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,
penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
Kesimpulannya, teknik-teknik pengajaran bahasa dapatmenghidupkan proses
pengajaran dan pembelajaran.melalui pelbagai aktiviti. Dengan demikian proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan.

42
























STRATEGI PENGAJARAN
BAHASA MELAYU
PEMUSATAN GURU
PEMUSATAN
MURID
PEMUSATAN BAHAN
43

























PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
INDUKTIF
DEDUKTIF
EKLEKTIF
KOMUNIKATIF
44



























KAEDAH PENGAJARAN BAHASA
MELAYU
TERUS
AJUK HAFAZ
LINGUISTIK
TATABAHASA TERJEMAHAN
PSIKOLOGI
SEMULAJADI
ASKAR/TENTERA
ORAL-AURAL
BAHASA KOMUNIKATIF
MEMBACA
ELEKTIF
FONETIK
KOD KOGNITIF
45



TEKNIK PENGAJARAN BAHASA MELAYU
LATIH TUBI SIMULASI
MAIN
PERANAN
SUMBANGSARAN
PERMAINAN
BAHASA
SOAL JAWAB BERCERITA
DRAMA
INKUIRI
PERBINCANGAN
FORUM
PERBAHASAN
KUIZ

Anda mungkin juga menyukai