Anda di halaman 1dari 3

NURUL FATIHAH MUSTAFFA | PISMP C9

PANTUN | SYAIR | GURINDAM

1. PANTUN KANAK-KANAK

Main api jari terluka,

Duduk bersimpuh di atas beranda,

Jaga hati ibu, jangan derhaka,

Syurga di bawah telapak kaki bonda.

Pak ali seorang saudagar,

Saudagar terkenal di Pekan Melawati,

Cakap guru haruslah dengar,

Barulah hidup diberkati.

Pergi ke kedai membeli gelang,

Gelang dibeli di kedai Mak Siti,

Habis sekolah haruslah pulang,

Kerana dirumah ibu sedang menanti.

Adik berlari terlanggar cawan,

Cawan itu berwarna pelangi,

Buatlah baik dengan kawan,

Supaya diri disayangi.

Jalan –jalan pergi ke pekan,

Pergi ke pekan membeli roti,

Kerja dan latihan perlu disiapkan,

Agar berjaya kemudian hari.


2. SYAIR KANAK-KANAK

Wahai adik ingatlah pesan,


Lengkapkan diri dengan pengetahuan,
Kerana itu adalah bekalan,
Untuk kegunaan masa hadapan.

Hidupmu kini belum dewasa,


Engkau bagaikan emas permata,
Janganlah hanyut di alam nyata,
Kelak menyesal tidak berguna.

Kelak nanti engkau dewasa,


Melangkah masuk alam remaja,
Janganlah cepat berputus asa,
Terus usaha sampai berjaya,

Kalau hati resah gelisah,


Kerana berhadapan dengan masalah,
Hadapi dengan hati yang tabah,
Agar segalanya dipermudah.

Gembira dihati tidak terkira,


Saat dinanti telah pun tiba,
Berbaiklah kepada orang tua,
Nanti hidup pasti bahagia.
3. GURINDAM KANAK-KANAK

Wahai adik yang bijaksana,

Selalu membantu ayah dan bonda,

Jadilah orang yang berguna,

Sepanjang masa semua orang suka.

Bangun la adik jangan terlena,

Gerakkan langkah usaha dijana,

Malas usaha tidak kemana,

Masa hadapan pasti terhina.

Burung merpati terbang sejoli,

Hinggap di atas kayu jati,

Berbuat baik tidaklah rugi,

Pasti dipuji dan disanjungi.

Godaan dunia teruja jangan,

Kelak melangkah jadi halangan,

Hidup bukanlah sekadar angan,

Indah laa tidak tercapai tangan.

Janganlah adik membuang masa,

Masa itu amanah buat kita,

Pesanan ayah hidup sederhana,

Tentu hidup kelak berjaya.

Anda mungkin juga menyukai