Anda di halaman 1dari 7

Tikar pucuk tikar mengkuang,

Alas nikah raja Melayu;

Ikan busuk jangan dibuang,

Buat perencah si daun kayu.

(pembayang: unsur alam

Bahan rosak tidak seharusnya dicampakkan

begitu sahaja, sebaliknya dimanfaatkan

secara kreatif)

2 Buah bacang masak serangkai,

Burung dekut meniti batang;

Saya dagang tidak terpakai,

Macam melukut di tepi gantang.

(pembayang: unsur alam

Apabila merantau di tempat orang,

seseorang itu hendaklah merendah diri)

3 Tebang gelam tebang kenanga,

Batangnya tumbang menimpa gedung;

Kumbang mengidam nak seri bunga,

Bunga kembang di puncak gunung.

(pembayang: unsur alam

mengharapkan sesuatu perkara yang sangat sukar untuk dicapai )

4 Pokok terap tumbuh di bukit

Belat berbanjar panjang ke hulu;

Jangan diharap guruh di langit,


Kilat memancar hujan tak lalu.

(pembayang: unsur alam

Seseorang itu tidak terlalu berharap walaupun tanda-tanda kejayaan sudah ada selagi tidak beroleh
kepastian)

5 Limau Bentan di tepi tingkap,

Budak-budak melempar burung;

Harimau di hutan lagi kutangkap,

Kononlah pulak cicak mengkarung.

(pembayang: kerenah manusia

Jika hal yang besar berjaya ditangani, tentulah hal kecil menjadi lebih mudah)

6 Air surut memungut bayam,

Sayur diisi ke dalam kantung;

Jangan diikut resmi ayam,

Bertelur sebiji riuh sekampung

(pembayang: kerenah manusia;

perbuatan suka menghebohkan sesuatu

perkara / pencapaian kecil adalah tidak wajar)

7 Anak punai anak merbah,

Hinggap di tonggak mencari sarang;

Anak sungai lagi berubah,

Inikan pula hati orang.

(pembayang: unsur alam;

usah dihairankan jika seseorang itu tidak lagi bersikap seperti dahulu)
8 Rotan siput rotan berlingkar,

Anak itik patah kakinya;

Hujan ribut gunung terbakar,

Embun setitik padam apinya.

(pembayang: unsur alam;

sesuatu masalah tidak semestinya berjaya diatasi menerusi idea hebat atau oeralatan canggih)

9 Raut bilah pembatang taut,

Kail berada dalam raga;

Tidak sudah seluang melaut,

Akhirnya balik ke tepi juga.

(pembayang: kerenah manusia

perantau / mereka yang berhijrah akan kembali ke tempat asal masing-masing)

10 Sangkut terendak dekat beranda,

Orang Papua ayam tak sudah;

Jika tiada ada berita,

Masakan tempua bersarang rendah.

(pembayang: kerenah manusia )

11 Bunga geti bergulai temenung,

Di hari raya memakan tapai;

Hajat hati nak peluk gunung,

Apakan daya tangan tak sampai.

(pembayang: kerenah manusia

keinginan tinggi yang sukar tercapai kerana kurang keupayaan diri)


12 Suasa bertahil emas berbungkal,

Tetapi intan tiada sesaga;

Kalau kail panjang sejengkal,

Usah lautan hendak diduga.

(pembayang: unsur alam;

jika keupayaan diri terhad, seseorang itu tidak perlu mencuba)

13 Dang Nila memangku puan,

Berembang buah pedada;

Adakah gila bagimu tuan,

Burung terbang dipipiskan lada.

(pembayang: kerenah manusia

jika sesuatu berita itu belum pasti, tidak wajar membuat oersiapan yang berlebihan)

14 Hari hujan puyuh mendengut,

Mendengut mari sepanjang jalan;

Air dalam kapar tak hanyut,

Kononlah pula kemarau panjang.

(pembayang: insur alam;

paras air yang tinggi tidak menghanyutkan timbunan sampah, apatah lagi kering kontang.
maksudnya, sesuatu masalah yang sudah terlalu rumit untuk diselesaikan)

15 Berilah saya pisau raut,

Hendak meraut bingkai tudung;

Gila apakah ikan di laut,

Mengidamkan umpan di kaki gunung.

(pembayang: kerenah manusia;


tidak munasabah memasang impian yang tidak mungkin kesampaian)

16 Laksana gadis Menteri Bogor,

Bijak membilang ayam betina;

Nyawa menangis di pintu kubur,

Hendak pulang ke dalam dunia.

(pembayang: kerenah manusia;

penyesalan yang sudah tidak berguna lagi)

17 Hilir berderap mudik berderap,

Patah galah haluan perahu;

Sungguh laksana bunga dedap,

Cantik merah tidak berbau.

(pembayang: unsur alam;

sayang sekali wanita cantik yang tidak berakhlak mulia)


Yang kurik itu kundi,

Yang merah itu saga;

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Tingkap papan kayu bersegi,

Sampan sakat di Pulau Angsa;

Indah tampan kerana budi,

Maju bangsa kerana bahasa.

Banyak ubi perkara ubi,

Ubi Daik saya tanamkan;

Banyak budi perkara budi,


Budi baik saya kenangkan.

Pengertian Budi

Hati yang menjadi panduan kepada akal untuk membuat pertimbangan yang baik

Tabiat/ akhlak/ watak

Fikiran

Perbuatan baik

Daya upaya baik

Pertimbangan akal yang baik

Mustafa Haji Daud (1995: 1) merumuskan definisi budi yang dikemukakan oleh Yunus Maris, Kamus
Dewan dan Kamus Umum Bahasa Indonesia sebagai lambang pekerti yang baik atau akhlak yang
terpuji.

Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan
sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.

Lazimnya, orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan.

Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material, mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin
diberkati Allah SWT.

Orang yang menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi
diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.

Budi bahasa merupakan satu sifat atau perbuatan yang merujuk kepada perbuatan yang
menyenangkan hati orang lain.

Maka secara khususnya, budi bahasa merupakan satu elemen wajib bagi setiap individu untuk lahir
sebagai insan yang sempurna dari mata masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai