Anda di halaman 1dari 4

PANTUN KIASAN

Pengenalan

Pantun empat kerat yang berjumlah 17 rangkap ini termuat dalam naskhah antologi 'Baik
Budi, Indah Bahasa', muka surat 7 - 9. Seperti biasa, pembayang pantun pada dua baris
pertama setiap rangkap merupakan unsur alam atau kerenah manusia. Tumpuan biasanya
lebih menjurus terhadap maksud pantun pada baris 3 dan 4 setiap rangkap.

Maksud rangkap demi rangka

Tikar pucuk tikar mengkuang,


Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Pembayang: unsur alam


Bahan rosak tidak seharusnya dicampakkan begitu sahaja, sebaliknya dimanfaatkan
secara kreatif

Buah bacang masak serangkai,


Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.

Pembayang: unsur alam


Apabila merantau di tempat orang,seseorang itu hendaklah merendah diri

Tebang gelam tebang kenanga,


Batangnya tumbang menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.

Pembayang: unsur alam


Mengharapkan sesuatu perkara yang sangat sukar untuk dicapai

Pokok terap tumbuh di bukit


Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.

Pembayang: unsur alam


Seseorang itu tidak terlalu berharap walaupun tanda-tanda kejayaan sudah ada selagi
tidak beroleh kepastian

Limau Bentan di tepi tingkap,


Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.
Pembayang: kerenah manusia
Jika hal yang besar berjaya ditangani, tentulah hal kecil menjadi lebih mudah

Air surut memungut bayam,


Sayur diisi ke dalam kantung;
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung

Pembayang: kerenah manusia


Perbuatan suka menghebohkan sesuatu perkara/pencapaian kecil adalah tidak wajar

Anak punai anak merbah,


Hinggap di tonggak mencari sarang;
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hati orang.

Pembayang: unsur alam


Usah dihairankan jika seseorang itu tidak lagi bersikap seperti dahulu

Rotan siput rotan berlingkar,


Anak itik patah kakinya;
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.

Pembayang: unsur alam


Sesuatu masalah tidak semestinya berjaya diatasi menerusi idea hebat atau peralatan
canggih

Raut bilah pembatang taut,


Kail berada dalam raga;
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga.

Pembayang: kerenah manusia


Perantau / mereka yang berhijrah akan kembali ke tempat asal masing-masing

Sangkut terendak dekat beranda,


Orang Papua ayam tak sudah;
Jika tiada ada berita,
Masakan tempua bersarang rendah.

Pembayang: kerenah manusia

Bunga geti bergulai temenung,


Di hari raya memakan tapai;
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.
Pembayang: kerenah manusia
Keinginan tinggi yang sukar tercapai kerana kurang keupayaan diri

Suasa bertahil emas berbungkal,


Tetapi intan tiada sesaga;
Kalau kail panjang sejengkal,
Usah lautan hendak diduga.

Pembayang: unsur alam


Jika keupayaan diri terhad, seseorang itu tidak perlu mencuba

Dang Nila memangku puan,


Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.

Pembayang: kerenah manusia


Jika sesuatu berita itu belum pasti, tidak wajar membuat oersiapan yang berlebihan

Hari hujan puyuh mendengut,


Mendengut mari sepanjang jalan;
Air dalam kapar tak hanyut,
Kononlah pula kemarau panjang.

Pembayang: insur alam


Paras air yang tinggi tidak menghanyutkan timbunan sampah, apatah lagi kering kontang.
maksudnya, sesuatu masalah yang sudah terlalu rumit untuk diselesaikan

Berilah saya pisau raut,


Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.

Pembayang: kerenah manusia


Tidak munasabah memasang impian yang tidak mungkin kesampaian

Laksana gadis Menteri Bogor,


Bijak membilang ayam betina;
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.

Pembayang: kerenah manusia


Penyesalan yang sudah tidak berguna lagi)

Hilir berderap mudik berderap,


Patah galah haluan perahu;
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.
Pembayang: unsur alam
Sayang sekali wanita cantik yang tidak berakhlak mulia

Anda mungkin juga menyukai