Anda di halaman 1dari 5

1.

Maksud Pantun Kiasan


Pantun Maksud Pantun
Tikar pucuk tikar mengkuang, Sesuatu benda yang buruk tidak
Alas nikah raja Melayu; harus dibuang begitu saja kerana
Ikan busuk jangan dibuang, kemungkinan benda itu masih boleh
Buat perencah si daun kayu. digunakan untuk keperluan yang
lain.
Buah bacang masak serangkai, Orang dagang bersikap merendah
Burung dekut meniti batang; diri sehingga mengakui
Saya dagang tidak terpakai, kehadirannya tidak memberikan
Macam melukut di tepi gantang. faedah.

Tebang gelam tebang kenanga, Seorang lelaki ingin mendapat


Batangnya tumbang menimpa seseorang gadis sebagai kekasih
gedung; atau isteri tetapi gadis idamannya
Kumbang mengidam nak seri itu sukar diperoleh kerana terlalu
bunga, banyak halangan atau
Bunga kembang di puncak gunung. darjatnyaterlalu tinggi.

Pokok terap tumbuh di bukit, Seseorang tidak harus menyimpan


Belat berbanjar panjang ke hulu; harapan yang terlalu tinggi untuk
Jangan diharap guruh di langit, mencapai sesuatu kerana
Kilat memancar hujan tak lalu. dibimbangi harapannya tidak
kesampaian.
Limau Bentan di tepi tingkap, Seseorang yang mampu
Budak-budak melempar burung; menyelesaikan masalah yang besar
Harimau di hutan lagi kutangkap, tentu sahaja tidak menghadap
Kononlah pulak cicak mengkarung. kesukaran untuk menyelesaikan
masalah yang kecil.
Air surut memungut bayam, Jangan suka membesar-besarkan
Sayur diisi ke dalam kantung; kejayaan yang tidak seberapa.
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.

Anak punai anak merbah, Pendirian manusia sering berubah-


Hinggap di tonggak mencari sarang; ubah.
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hatinya orang.
Rotan siput rotan berlingkar, Perasaan marah akan segera hilang
Anak itik patah kakinya; dengan adanya nilai kesabaran
Hujan ribut gunung terbakar, dalam diri.
Embun setitik padam apinya.

Raut bilah pembatang taut, Orang yang merantau akhirnya akan


Kail berada dalam raga; kembali ke tempat asalnya semula.
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga

Sangkut terendak dekat beranda, Setiap perkara yang berlaku dan


Orang Papua anyam tak sudah; diperkatakan orang tentu ada
Jika tidak ada berita, sebabnya.
Masakan tempua bersarang
rendah.

Bunga geti bergulai temenung, Menginginkan sesuatu yang besar


Di hari raya memakan tapai; tetapi tidak mempunyai keupayaan.
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.

Suasa bertahil emas berbungkal, Jika pengetahuan sedikit, janganlah


Tetapi intan tiada sesaga; hendak melawan orang yang lebih
Kalau kail panjang sejengkal, banyak pengetahuannya.
Usah lautan hendak diduga.

Dang Nila memangku puan, Sudah bersiap sedia untuk


Berembang buah pedada; mengecap hasil yang belum lagi
Adakah gila bagimu tuan, diperoleh.
Burung terbang dipipiskan lada.

Hari hujan puyuh mendengut, Jika semasa masih muda sudah


Mendengut marl sepanjang jalan; malas, apatah lagi setelah usia tua;
Air dalam kapar tak hanyut, sedangkan semasa makmur tidak
Kononlah pula kemarau panjang. senang, apatah lagi semasa susah.

Berilah saya pisau raut, Seseorang yang inginkan sesuatu di


Hendak meraut bingkai tudung; luar kemampuannya.
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki
gunung.

Laksana gadis Menteri Bogor, Orang yang melakukan dosa tetapi


Bijak membilang ayam betina; sudah terlambat untuk bertaubat.
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.

Hilir berderap mudik berderap, Seseorang yang mempunyai rupa


Patah galah haluan perahu; paras yang elok tetapi tidak berbudi
Sungguh laksana bunga dedap, bahasa.
Cantik merah tidak berbau.

2. Persoalan
(a) Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan
masyarakat.
(b) Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat
orang.
(c) Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan
diri.
(d) Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti
hasilnya.
(e) Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri
sendiri.
(f) Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.
(g) Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.

3. Bentuk dan Ciri-ciri Pantun


(a) Terdiri daripada tujuh belas rangkap.
(b) Berisi empat baris setiap rangkap.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
(e) Terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata sebaris.
(f) Bentuknya terikat.

4. Gaya Bahasa
1. Hiperbola
• Hujan ribut gunung terbakar,
• Embun setitik padam apinya.  

2. Inversi
• Ikan busuk jangan dibuang;
• Gila apakah ikan di laut.

3. Penggunaan unsur alam.


ikan;burung dekut; gelam; kenanga; kumbang; bunga

4. Peribahasa
• Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung

5. Personifikasi
•nyawa menangis di pintu kubur.

6. Repetisi
• tikar (rangkap 1, baris 1);

7. Sinkope
• Kilat memancar hujan tak lalu

8.  Simile
• Macam melukut di tepi gantang

5. Nilai dan Pegajaran


1. Nilai berjimat cermat
Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran.

2. Nilai kesabaran
Kita mestilah banyak bersabar untuk memadamkan kemarahan dalam diri
3. Nilai berbudi bahasa
Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya kita akan dipandang mulia
oleh masyarakat.

4. Nilai merendah diri


Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila merantau ke tempat orang.

5. Nilai keinsafan
Kita haruslah insaf dan bertaubat setelah melakukan dosa.

Anda mungkin juga menyukai